Anda di halaman 1dari 9

1.

Ikatan Simpulan dan Anyaman


KAEDAH menggunakan simpul untuk sukatan baru Ujian Pengakap telah pun disusun. Beratusratus simpulan telah diperkenalkan, tetapi tidak dapat dipelajari kesemuanya. Maka sia-sialah
jika simpul itu dipelajari semata-mata untuk lulus ujian. Kita mesti memberi pandangan yang
positif terhadap simpul-simpul itu se-belum kita memulakannya supaya dapat digunakan sebaikbaik-nya. Anda juga tidak hanya belajar tentang cara bagaimana hendak mengikat simpulsimpul itu, tetapi mesti tahu cara menggunakan-nya dengan betul. Kadang-kadang pengakap
suka membeli tali yang murah harganya, tetapi untuk pengetahuan anda, tali yang mahal lebih
baik mutunya dan tahan lama pula.
Kalau boleh jangan gunakan tali nilon dalam sebarang kerja perintis oleh sebab tali nilon
tidak tahan dan sangat berbahaya. Tidak syak lagi bahawa tali 'sisal' yang terbaik dan murah
dan digunakan juga secara meluas di negara-negara Asia. Cuma ada satu kekurangan, iaitu tali
'sisal' berat dan tidak mudah dibawa, ter-utama'sekali jikalau perjalanan itu jauh dan
memenatkan. Bagi kumpulan pengakap yang menggunakan tali 'sisal', tentukan bahawa tali itu
betul-betul kering sebelum disimpan. Amalan ini dilakukan adalah untuk mengelakkan tali itu
menjadi reput. Tali ini hendak-lah dijemur, tetapi jangan terlalu lama dan kemudian gulungkan
dan letakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Dengan menggunakan budi bicara dan
dengan sikap yang positif anda akan mendapati bahawa menggunakan 'ikatan' dan 'simpul'
amat me-nyeronokkan.
Buku Sila (Simpul Hidup) (Reef Knot)
Buku sila (simpul hidup) digunakan untuk mengikat dua utas tali yang sama tebal. Simpul ini
dikenal juga sebagai simpul rata. Simpul buku sila ini sering digunakan dalam pertolongan
cemas, kerapkali digunakan sebagai ikatan kain pembalut pertolongan cemas dan tornique oleh
kerana simpul ini dapat dibuka dengan cepat dan digunakan secara berkesan. Dengan kata
lain, simpul ini mudah dibuka jikalau diikat dengan betul. Cara vang cepat sekali untuk membuka
simpul ini ialah dengan menarik 'A' dan 'B' serentak (lihat gambarajah). Simpul ini digunakan juga untuk mengikat
bungkusan.

Simpul Bunga Keti (Sheet Bend)


Biasanya, simpul bunga keti ini digunakan untuk mengikat dua utas tali yang sama saiz atau tebalnya, atau yang
tidak sama saiz atau tebalnya. Simpul ini digunakan juga untuk mengikat,seutas tali ke seutas aelungan tali dan
kerapkali digunakan untuk mengikat bendeca. Bagaimanapun, simpul ini jarang sangat digunakan, tidak seperti
simpul buku sila.

Simpul Belit (Round Turn and 2 Half Hitches)

Simpul belit ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang. Simpul ini sangat berguna
juga untuk mengikat tali dan untuk membuat penyidai kain. Ketegangan tali penyidai kain ini boleh
menjadi bertambah tegang dengan menggunakan kekuatan pada simpul itu (3 atau 4 lilitan). Ikatan itu diakhiri
dengan membuat dua lilitan Simpul Manuk

(dove hitch).

Simpul Manuk (Clove Hitch)

Simpul ini digunakan untuk mengikat hujung tali pada pancang atau tiang. Di samping itu,
simpul ini digunakan juga apabila manuk itu dalam keadaan menegak dari tali pada tiang.
Manuk itu digunakan untuk membuat ikatan empatsegi atau ikatan seraya. Untuk
memulakannya, A dan B terpaksa dipintal (lihat gambarajah).

Simpul Tindih Kasih (Bowline)


Simpul tindih kasih digunakan untuk membuat gelungan tali yang tidak akan tergelincir keluar pada hujung tali. Oleh itu, simpul
ini digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu untuk membawa seseorang mangsa itu turun dari bangunan yang tinggi. Yang
penting ialah bahawa 'A' dan 'B' mesti ditarik serentak, kalau tidak, ikatan itu bukanlah simpul tindih kasih yang betul.

Simpul Pulih (Sheep-Shank)


Simpul ini digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotong-nya dan juga untuk menguatkan
bahagian tali yang kurang kuat. Jikalau hendak menguatkan tali itu, bahagian tali yang kurang kuat itu
mesti diletakkan pada bahagian C. Simpul ini dapat di-kukuhkan dengan meletakkan sebatang kayu pada
gelung tali 'A' dan 'B'

Simpul Tindih Kasih atau Tali Berkembar (Bowline on Bight)


Ini adalah suatu bentuk simpul tali yang lain sedikit daripada simpul tindih kasih. Simpul ini mungkin lebih kukuh daripada
simpul tindih kasih biasa. Simpul tindih kasih pada tali berkembar ini boleh juga digunakan sebagai simpul kerusi bomba dalam
kerja-kerja menyelamat untuk menurunkan mangsa-mangsa yang cedera. Simpul ini adalah dua kali ganda lebih kuat daripada
kekuatan tali pemacak yang digunakan untuk perkhemahan.

Simpul Balak (Timber Hitch)

Simpul balak ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang, balak atau batang pokok dengan
tujuan untuk menariknya. Ikat satu lagi separuh gelung tali pada bahagian yang ditarik. Cuma
ada suatu kekurangan, iaitu tali ini tidak akan kukuh lagi setelah kayu balak itu ditarik begitu
lama. Simpul-simpul ini selalunya digunakan daripada simpul-simpul lain oleh sebab senang
diikat dan dibuka.

Simpul Tengah/Gelung Tali Pengail (Middleman's Knot/Fisherman's Loop)


Biasanya, simpul ini digunakan sebagai gelung untuk melajui tiang pada pertengahan tali, ataupun
digunakan untuk melilit tiga orang pendaki serentak. Pada asalnya, simpul ini digunakan untuk pen-daki
yang di tengah. Tali itu meliliti pinggang pendaki yang di tengah apabila mendaki bukit yang curam
bersama-sama dengan pendaki-pendaki lain. Simpul ini biasanya digunakan dalam kerja-kerja merintis
dan dalam gerakan oleh sebab simpul ini mudah dibuka. Untuk membukanya, tarik sahaja simpul itu.

'Simpul Angka Lapan (Figure of Eight)


Oleh kerana simpul ini kelihatan seperti angka lapan, maka sebab itulah dinamakannya simpul angka
lapan. Biasanya, simpul ini di-gunakan untuk mematikan simpul pada takal. Daya tindakan pada simpul
ini sangat seimbang.

Simpul Tali Tangga (Marling Spike/Hitch)


Simpul ini biasanya digunakan untuk membuat tangga tali. Simpul ini menjadi lebih kukuh cengkemannya jikalau ditambah berat
di atasnya.

Simpul Dua Bunga Keti (Double Sheet Bend)


Fungsinya adalah sama seperti fungsi simpul bunga keti juga. Simpul itu akan menjadi lebih kukuh jika disambung dengan talitali yang berbeza tebalnya.

Simpul Skafol (Scaffold Hitch)


Simpul skafol ialah cara yang terbaik untuk mengikat tali kepada sekeping papan untuk tujuan kerja mengecat atau sebagai
buaian. Mula-mula buat 2 pusingan di sekelilingi hujung kepingan papan, dan kemudian ambil tali pusingan yang terletak di kiri
mengeli-lingi pusingan tali yang sebelumnya. Tali pusingan yang terletak di kiri kemudiannya dibawa mengelilingi kedua-dua
ulas tali di kanan dan di bawah hujung kepingan papan tersebut. Hujung tali dibawa ke atas dan diikat dengan simpul bowline.

Simpul Kerusi/Bomba (Fireman's Chair Knot)

Simpul ini adalah lebih kurang sama dengan 'simpul tindih kasih'. Oleh sebab fungsinya sama, iaitu untuk
menurunkan orang yang cedera yang tidak sedarkan diri dari tempat yang tinggi. Orang yang cedera itu
boleh duduk atas gelungan tali itu dan bergantung serta berpegang pada gelung tali itu dan tali yang lagi

satu itu di-lilitkan pada bahagian bahu di bawah ketiak. Sila rujuk 'simpul tindih kasih' atau 'tali
berkembar'.

Simpul Gelung Tali (Man-harness/Artillery Knot)


Simpul jenis ini biasanya digunakan bagi meletakkan garpu,sudu, pisau di tempat yang betul di dapur.
Perlu mengambil langkah-langkah keselamatan jika hendak mengikat simpul ini sebab senang terumbak
keluar. Untuk menentukan bahawa simpul ini kukuh, tolak simpul-simpul ini bersama sebelum menarik 'A'
dan 'B'. Jika simpul itu tidak ditarik bersama, maka gelung tali itu akan ber-cantum sama apabila tali itu
ditarik.

Simpul Pengail (Fisherman's Knot)

Lazimnya, simpul pengail ini digunakan untuk menyambung tali yang sama tebalnya terutama
sekali bagi tali yang licin dan nipis (tali kail, nilon). Untuk mengetatkannya tarik 'A' dan 'B', dan
untuk melonggarkannya, tarik kedua-dua hujung tali itu. Amat susah bagi tali ini tergelincir
keluar. Oleh itu, tali itu adalah selamat digunakan.

Anduh (Tali) Tong (Barrel Sling)


Simpul ini digunakan untuk mengangkat tong atau bekas air, balak dan Iain-Iain. Untuk mengakhiri ikatan itu, ikat seutas tali
tindih kasih pada hujung tali itu.

Ikatan Seraya (Square Lashing)

Ikatan Seraya Empatsegi - Ikatan ini digunakan untuk mengikat 2 palang yang bersilang antara
satu sama lain, dan disambung pada beban sesuatu palang yang mungkin tergelincir di atas
palang yang lagi satu itu. Hampirsemua projek kerja perintis memerlukan ikatan seraya yang
penting ini. Simpul ini sangat kukuh jika diikat dengan betul. Ikatan seraya ini dimulakan dengan
simpul manuk di bawah palang yang mendatar dan dililit seperti yang ditunjukkan, Tarik ketatketat pada setiap peringkat dengan lilitan kemas tanpa menyilangkannya. Selepas beberapa
lilitan, lilitan kecil hendaklah dibuat pada tali, bersudut tepat dengan ikatan seraya itu. Lilitan ini
hendaklah betul-betul ketat. Akhiri ikatan itu dengan 'ikatan manuk' bersudut tepat dengan lilitan
yang terakhir. Ikat dengan perlahan-lahan sambil tentukan bahawa setiap lilitan itu ketat dan
kukuh.

Ikatan Serong (Diagonal Lashing)


Ikatan serong digunakan untuk menyamfeung 2 batang tiang yang bukan 90 antara satu sama lain, atau apabila ada
kemungkinan bahawa 2 batang tiang itu akan ditarik seicara berasingan. Biasanya, ikatan itu dimulakan dengan
mengikat kayu balak itu dengan meliliti tali itu pada kedua-dua tiang itu. Lilit keliling tiap-tiap tiang itu, dan
diakhiri dengan membuat simpul manuk pada tiang itu.

Anda mungkin juga menyukai