Anda di halaman 1dari 3

Pada pukul 8.

00 pagi, kami, pelajar PISMP 5A telah bertolak ke Institut Sukan Negara


dengan menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Selepas tiba di
situ, kami telah bersinggah di kantin untuk bersarapan di situ sebelum bergerak ke
Institut Sukan Negara (ISN). Kedatangan kami dialu-alukan oleh wakil dari pihak ISN,
iaitu Puan Matura dan juga Cik Rohana. Sebelum kami masuk ke dalam ISN, kami
diberikan taklimat. Mereka telah memperkenalkan serba sedikit mengenai ISN. Kami
juga diminta untuk tidak membuat bising semasa membuat lawatan tersebut. Selain itu,
kami juga diminta untuk tidak mengambil gambar atlet sebarangan kerana ada
sesetengah atlet yang tidak ingin diambil gambar.
Pertama sekali kami telah ke Makmal Prestasi Tinggi. Dalam makmal ini, terdapat
pelbagai teknologi yang membantu untuk membuat penyelidikan yang ama membantu
dlaam meningkatkan prestasi atlet Malaysia. Semasa tiba ke makmal tersebut, kami
telah disuruh untuk menutup semua mobile data dan juga wifi supaya tidak mengganggu
proses penyelidikan mereka dan juga atletnya. Pengawai di situ telah memperkenalkan
dirinya sendiri serta memberitahu kita. Makmal ini lebih kepada biomekanik. Biomekanik
merupakan pergerakan anggota tubuh manusia yang boleh diperbaiki dengan
menggunakan pelbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan
paling optimum. Biomekanik adalah sains pengerakan tubuh badan iaitu berlari,
melompat dan sebagainya. Teknik biomekanik memang sangat penting dalam sukan
kerana ia melibatkan pergerakan tubuh badan seseorang atlet..ia meliputi kefahaman
tentang otot dan tulang. Setiap individu itu mempunyai biomekanik yang berbeza-beza.
Jadi, seseorang atlet itu sendiri perlu lebih faham mengenai tubuh badan mereka.
Jurulatih hanya boleh memberi tunjuk ajar, selebihnya bergantung kepada atlet untuk
menggunakan kaedah yang betul dalam latihan mereka. Pihak ISN akan menganalisis
pergerakan atlet dengan menggunakan perisian khas untuk mengetahui pergerakan
atlet yang sesuai untuk meningkatkan prestasi. Kami berasa kagum dengan penerangan
yang telah diberikan tadi.
Selain itu, kami juga dibawa ke Maklmal Fisiologi Senam. Makmal ini berperanan untuk
menjalankan ujian kecergasan, pemulihan, pemantauan semasa latihan dan juga
penyelidikan. Pegawai makmal tersebut akan membuat pemantauan denyutan jantung
atlet semasa bersukan dengan memanipulasikan intensiti semasa latihan dijalankan.
Bukan itu sahaja selepas sukan, atlet akan dibawa untuk melakukan icebath. Atlet akan
direndamkan dalam air sejuk untuk mengeluarkan bahan toksik dari otot atlet. Bukan itu

sahaja, beliau juga mengatakan mereka juga menggunakan contrast bath. Atlet akan
mengalami kedua-dua air sejuk diikuti dengan air panas yang bersuhu 43 darjah celcius.
Proses ini dilakukan selama lima hingga tujuh set. Ini banyak membantu atlet untuk
menghilangkan keletihan dan sebagai pemulihan untuk otot atlet kerana proses ini
meningkatkan pengedaran saluran darah. Pegawai

di makmal tersebut

juga

menjalankan ujian darah untuk atlet. Dalam ujian ini, pihak ISN akan mengesan
hormone kortisol dalam badan atlet. Mereka akan memastikan hormone tersebut pada
peringkat yang betul. Hal ini demikian kerana jika horman kortisol ini pada tahap yang
tinggi, atlet akan dinasihatkan untuk mengurangkan latihan. Bagi ujian kecergasan, atlet
akan mengalami dua jenis ujian, iaitu ujian makmal seperti threadmill dan juga ujian
lapangan seperti ujian bleep 20 km. Selepas penerangannya yang panjang lebar itu,
kami dibawa untuk ke gelanggang untuk menyaksikan ujian bleep altlet.
Seterusnya, kami juga dibawa ke pusat suaian fizikal. Pegawai di pusat tersebut pada
permulaannya memperkenalkan diri sendiri dan memperkenalkan bahagian-bahagian
dalam pusat tersebut. Antara adalah bahagian alatan yang memerlukan pergerakan
bebas, bahagian peralatan timbang berat dan sebagainya. Sebagai pengetahuan, pusat
ini disediakan untuk atlet bagi menjalankan latihan pengukuhan, latihan kardio dan juga
latihan ketahanan. Pusat ini mula beroperasi dari pukul 6.30 pagi sehingga 8.00 malam.
Pusat ini akan tutup pada 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Namun, atlet masih boleh ke
pusat tersebut untuk menjalani latihan jika terdapat jurulatih di situ. Atlet akan mula ke
pusat tersebut untuk berlatih dari pukul 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Bagi sesi petang,
atlet akan ke pusat tersebut pada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang. Setiap atlet ini
akan menjalani latihan selama 2 jam setiap kali dan latihan untuk setiap atlet adalah tiga
kali seminggu. Setiap jurulatih akan mengambil peranan dalam satu bidang sukan.
Setiap jurulatih akan menyediakan rancangan untuk setiap sesi latihan itu. Namun, sesi
latihan itu akan disesuaikan dengan keadaan atlet pada masa tersebut. Setiap atlet
memerlukan latihan yang berbeza. Oleh itu, jurulatih akan menjalankan latihan untuk
atlet dengan menyesuaikan intensiti latihan bagi meningkatkan prestasinya. Pusat ini
bukan sahaja untuk atlet yang dalam keadaan yang baik, atlet yang mengalami
kecederaan juga boleh melakukan latihan pemulihan di situ. Pada hari Jumaat atlet akan
menjalani circuit training.
Bukan itu sahaja, kami telah dibawa ke Juice Bar yang menyediakan minuman jus untuk
atlet selepas latihan. Juice Bar ini dikendalikan oleh pegawai pemakanan. Idea Juice

Bar ini adalah dari Dr.Ramlan pada tahun 2009 dan direalisasikan pada tahun 2012. Jus
ini merupakan campuran jus sebenar, vitamin C dan mineral asli. Untuk mendapatkan
jus ini, atlet perlu memberikan kupon yang telah disediakan khas yang mengandungi
nama atlet, berat badan atlet dan juga latihan yang diterima untuk atlet kepada pegawai.
Jus yang disediakan adalah sebanyak 200 ml hingga 300 ml. Buah-buahan yang
digunakan adalah seperti epal, tembikai, pisang, tembikai susu, mangga dan juga pir.

Anda mungkin juga menyukai