Anda di halaman 1dari 14

Bab 3

Data dan Huraian


Kes-kes Yang Dilaporkan dalam Akhbar

KES 1: KES BULI PELAJAR JILAT JALAN (2016)


Enam remaja lelaki termasuk empat bawah umur telah melakukan buli terhadap
dua orang pelajar sekolah dengan memerintah mereka untuk bersujud sambil menjilat
jalan raya di sekitar Sea Park dengan tujuan untuk mengaibkan kehormatan mangsa.
Kes ini disebarkan melalui sebuah video yang menjadi viral dalam laman sosial pada 29
Januari 2016. Video tersebut berdurasi sepanjang 34 saat dan dimuatnaikkan di
Facebook. Enam pelajar tersebut didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Tiga remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku bersalah manakala seorang lagi
remaja bawah umur berusia 17 tahun pada permulaannya mengaku tidak bersalah
terhadap pertuduhan itu. Dua lagi remaja, Tan Sze Keong, 18, lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia dan Lim Khoo Boo Kean, 19, pelajar kolej pada permulaannya mengaku tidak
bersalah terhadap pertuduhan.
Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat menawarkan wang jaminan RM1,000 bagi
empat remaja bawah umur namun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Tan
dan Lim. Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Tan dan Lim
memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan kedua-dua tertuduh masih
tinggal bersama keluarga dan ibu bapa mereka bersedia memastikan kehadiran
tertuduh ke mahkamah untuk prosiding seterusnya.

Majistret Fadzlin Suraya

membenarkan empat pesalah bawah umur masing-masing diikat jamin RM500 dengan
seorang penjamin manakala Tan dan Lim dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan
seorang penjamin. Namun pada 10 Mac 2016, mereka mengaku salah. Pada hari yang
sama, tiga remaja yang telah mengaku salah sebelum itu telah dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah, namun media tidak dibenarkan masuk ketika prosiding kerana kes itu
melibatkan juvana. Bentuk hukuman yang dikenakan terhadap mereka juga tidak
didedahkan kepada media

Kes ini ditangguhkan dan akan diberi hukuman pada 14 April nanti sementara
menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pembuli
yang baru mengaku kesalahan.

KES 2- KES BULI JALAN RAYA


Dua orang lelaki yang berusia 21 dan 25 tahun mengganggu seorang pemandu lelaki di
Lebuh Raya Kesas, Sabtu lalu. Dengan bantuan video dan gambar diambil dari telefon
bimbit mangsa, polis berjaya mengesan motosikal suspek, lapor Star Online. Pemangsa
tersebut kemudian ditangkap pada hari Ahad. Pemangsa itu mengatakan mereka marah
kerana mangsa memandu laju dan hampir merempuh mereka.
Suspek kini di lokap pusat Jijang dan akan direman.

KES 3- KES MEMUKUL GADIS DI WAKAF (2015)


17 Nov 2015, 6:58 pagi

17 Nov 2015, 7:03 pagi

Seorang gadis yang berusia 20-an telah dibelasah oleh beberapa wanita di Wakaf Mek
Zainab antara jam 3 dan jam 4 pada 15 Oktober 2015. Kes ini disebarkan melalui video
yang dimuatnaik di laman sosial. Puncanya adalah mangsa tersebut dituduh untuk
mencuri barang kemas salah satu suspek dan juga dituduh untuk menjalinkan hubungan
dengan suami dan bekas tunang suspek. Wanita tersebut dibelasah dan dimalukan
dengan bajunya diselak dan dipijak sehingga menunjukkan bahagian dada. Mangsa
juga turut dibawa ke Terengganu oleh kumpulan wanita suspek tersebut dan dipukul
dengan menggunakan pengunci stereng kereta. Bukan itu sahaja, mereka juga telajh
merakam sepanjang perbuatan buli dilakukan serta mengugut mangsa supaya tidak
membuat laporan polis. Seorang suspek wanita yang bernama Nija berusia 21 tahun
dan juga seorang lagi suspek utama yang bernama Ika, Nurul Atikah Hanafi serta dua
orang suspek perakan telah ditahan. Kes buli ini berpunca daripada salah faham.
Pemangsa ini dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah di Kota
Baharu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul
orang.

KES 4- PEMBULIAN JALAN RAYA DI JALAN DEMAK (2015)


17 Mac 2015, 5:18 petang

17 Mac 2015, 5:19 petang

Seorang pengadu mendakwa dipukul selepas berlaku perselisihan faham antara mereka
di Jalan Demak petang semalam. Terdapat video yang menunjukkan aksi ganas dua
aspek memukul pengadu yang menjadi viral di Facebook. Ketiga-tiga suspek ditahan
pada jam 2 pagi selepas polis menerima laporan. Mereka disiasat mengikut Seksyen
324 Kanun Keseksaan iaitu hukumannya maksimun 3 tahun atau dendaan atau sebatan
katau kedua-duanya

KES 5- 5 PELAJAR MENGAKU SALAH MERUSUH DI ASRAMA


ANAK YATIM (2014)
6 Nov 2014, 6:00 petang

6 Nov 2014, 5:53 petang

Polis hari ini mengesahkan video klip aksi buli membabitkan tujuh pelajar dan
seorang mangsa yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. Pembulian ini berlaku
antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks
Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat Kangar. Video ini melibatkan tujuh orang
pelajar iaitu tiga pelajar tingkatan satu, dua pelajar tingkatan dua, dan dua pelajar
tingkatan tiga yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajudin yang
telah memukul seorang pelajar darjah lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Kubang Gajah, Arau. Mangsa dipukul kerana enggan membersihkan bilik sedangkan
pada hari berkenaan merupakan gilirannya untuk berbuat demikian. Klip video berdurasi
enam minit 51 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja lain
di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah, sehingga menimbulkan rasa
marah dalam kalangan masyarakat. Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen
147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun
atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret menetapkan masingmasing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Dis untuk
menjatuhkan hukuman.

KES 6- PEMBULIAN JALAN RAYA TERHADAP WARGA EMAS


(2014)
16 Jul 2014, 6:34 petang

16 Jul 2014, 11:15 malam

Seorang pesara kerajaan, Sim Siak Hong berusia 68 tahun yang memandu kereta jenis
Toyota dilaporkan telah terlanggar bahagian kiri belakang sebuah kereta jenis Peugeot
208 yang dipandu oleh seorang wanita, bernama Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30.
Warga emas bersama isterinya dalam kereta itu sedang memandu keluar dari kawasan
parkir telah terlanggar kereta yang dipandu wanita di hadapan Pusat Transformasi
Bandar (UTC) pada 14 Julai 2014. Wanita itu keluar dari keretanya dan mengeluarkan
kata-kata kesat terhadap warga emas tersebut. Wanita itu turut mencekak baju lelaki
warga emas itu dan merampas kunci keretanya walaupun kereta wanita itu hanya calar
di bahagian bumper.
Dia mengambil batang pengunci stereng dalam kereta warga emas dan
memukul tingkap serta bahagian hadapan kereta yang dihadiahkan oleh anak warga
emas selain mengarahkan warga emas membayar wang tunai sebanyak RM2,000.
Warga emas tersebut hanya mampu untuk membayar RM200, namun, wanita tersebut
tidak puas hati. Kiki merosakkan kereta dengan cara mengetuk bonet hadapan, bonet
atas dan cermin hadapan kereta warga emas itu hingga menyebabkan kerugian
berjumlah RM500. Akhirnya, mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Trafik
Kuantan. Kemalangan itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan
dimuat naik di beberapa laman sosial sehingga video berdurasi 2.33 tersebar luas.
Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin akan menemui pesara kerajaan itu dalam masa
terdekat untuk memohon maaf. Kiki melakukan pembulian ini akibat kehilangan sikap
rasionalnya pada waktu itu. Kiki dan orang tua itu menyelesaikan masalah itu dengan
baik. Warga emas tersebut menerima permohonan maaf Kiki dan menasihatinya supaya
tidak mengulangi kesalahan.
Polis memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan terperinci
mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506
Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Wanita

tersebut

didenda

RM5,000

dan

diperintah

melakukan

khidmat

masyarakat selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen Kuantan.

KES 7- KES BULI TERHADAP RAKAN (2013)


28 Nov 2013, 7:05 malam

28 Nov 2013, 7:06 malam

Tiga remaja telah membelasah seorang kawannya yang berpakaian seragam di


dalam bilik darjah. Tindakan ini dilakukan di sekolah kira-kira 2.45 petang. Perbuatan
tiga remaja itu dirakam dalam klip video berdurasi seminit 32 saat dan tersebar di laman
sosial YouTube.
Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam ini telah memerintahkan tiga pelajar yang
mengaku membuli seorang rakan mereka awal Mac lepas ditempatkan di Sekolah
Tunas Bakti, Teluk Air Tawar dekat Bukit Mertajam.
Kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah itu diperintahkan dan ditempatkan di sekolah berkenaan
selama tiga tahun.
Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun
sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

KES 8- Buli di MTD (2010)


28 Jun 2010, 7:56 malam

28 Jun 2010, 8:00 malam

Mohammad Naim meninggal dunia Rabu lepas 24.6.2010 di Pusat Perubatan


Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri dipercayai dibuli.
Mangsa tersebut dilaporkan meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi

semalam (27.6.2010). Jenazah pelajar malang itu kemudiannya dibawa ke Hospital


Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.
Pada 25 Jun lalu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima kolej itu bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan
membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori. Salah seorang pelajar tingkatan
lima Maktab Tentera Diraja (MTD) terlibat dalam kes buli mengakibatkan kematian
Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 disingkir serta-merta daripada
pengajiannya.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan
dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar
tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini. Empat lagi rakannya digantung
pengajian sehingga siasatan kes selesai.
25 Jun 2010, 11:36 pagi

25 Jun 2010, 6:09 petang

KES 9- KES BULI DI SEKOLAH AGAMA SWASTA (2015)


SABTU, 21 NOVEMBER 2015
Empat orang pelajar lelaki terbabit dalam kes buli seorang pelajar Tingkatan Satu
sebuah sekolah menengah agama swasta di Alor Setar. Mangsa menghadapi cedera
serius di pinggang dan pundi kencing. Empat orang pelajar lelaki berusia antara 15 dan
18 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Mohd Irfan Azizan,
pelajar yang berumur 13 tahun dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)
selepas mengalami kecederaan dan pendarahan serius di beberapa bahagian badan
akibat dibelasah lima senior di asrama sekolah berkenaan. Pelajar berasal dari Kodiang
itu ditumbuk dan ditendang rakan senior selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik
salah seorang daripada mereka.

KES 10- KES BULI MRSM PULAU PINANG (2014)


Kes buli pelajar melibatkan pelajar Asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Balik Pulau, Pulau Pinang telah menjadi viral di media sosial. Kejadian berlaku pada 22
Oktober lalu melibatkan sekumpulan lapan pelajar Tingkatan 4 membuli pelajar junior.
Puncanya kerana kehilangan telefon bimbit dan sekumpulan pelajar junior itu dikatakan

terlibat mencurinya. Laporan polis telah dilakukan oleh ibu mangsa. Mangsa dirawat di
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Mangsa dipukul oleh sekumpulan pelajar tingkatan 4 pada 22 Oktober 2014
pukul 11.45 malam hingga 1 pagi di dalam dorm asrama. Mangsa dipukul dengan
menggunakan seterika serta dipijak. Bahu kanan dan kiri mangsa turut cedera terkena
seterika panas. Mangsa di tahan di ICU HTAR Klang. Mangsa patah rusuk tulang dan
terkena pada jantung. Suspek seramai lapan orang telah dikenalpasti membabitkan
pelajar tingkatan 4. Pada 23/10/14 jam 3 petang, HEP berhubung dengan keluarga
mangsa dan arahkan untuk ambil balik ke rumah. Mangsa dihantar menggunakan kapal
terbang dan setibanya di Lapangan Terbang Subang mangsa terus dikejarkan ke
hospital oleh ayah mangsa. Pada 27 Oktober 2014, kira-kira pukul 12 tengah hari,
sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Inspektor Boby telah
menahan

suspek

pergaduhan

di

asrama

MRSM

Balik

Pulau

Siasatan dibawah Seksyen 326 itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya
untuk mendapatkan arahan keputusan kes serta tindakan lanjut.

KES 11: KES BULI DI SURAU SEKOLAH RENDAH (2015)


Rakaman video berdurasi enam minit menunjukkan beberapa murid membuli
seorang pelajar yang berpakaian uniform pengawas sekolah yang berwarna coklat.
Mangsa disepak di seluruh badan termasuk ditendang di belakang badan oleh beberapa
pelajar yang berpakaian sukan. Mangsa tersebut meraung kesakitan sambil menangis
dan turut disembur air pada muka. Mangsa juga disuruh untuk cium stoking oleh
pembuli. Kejadian ini berlaku di surau sekolah berkenaan. Mangsa tersebut juga selalu
diugut untuk memberi duit kepada pemangsa. Jika duit tidak diberi, mangsa itu akan
dipukul. Begitu juga jika membocorkan rahsia, mangsa tersebut juga dipukul. Bapa
mangsa mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah mengenai kejadian yang
menimpa mangsa. Perbuatan buli ini berlaku di Jertih. Kes ini diakhiri apabila keluarga
murid mangsa menarik balik laporan polis yang dibuat dan memaafkan pembuli tesebut.
Seorang guru yang dianggap cuai dalam kes ini ditukarkan sekolah sebagai amaran
supaya tidak mengulangi kesalahannya lagi. Beliau ditukarkan ke sekolah yang terletak
di daerah yang sama.
16.11. 2015

KES 12- KES BULI SEKOLAH MENENGAH KUALA


TERENGGANU (2015)
Bapa mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala
Terengganu. Mangsa tersebut berumur 14 dalam Tingkatan Dua yang sama
sekolah dengan pemangsa mengalami kesan lebam dan lemah anggota badan
serta gagal menghadirkan diri ke sekolah. Kejadian ini berlaku pada 14 Ogos
2015 di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu. Selain itu kes ini juga
disebarkan luas dalam sebuah video yang berdurasi 1 minit 45 saat melalu
Whatsaap sebelum Facebook dan Youtube. 7 pembuli tersebut diberkas dan
ditahan reman selama 3 hari. Mereka disiasat mengikut seksyen 147 Kanun
Keseksaan kerana merusuh.

KES 13- KES BULI REMAJA PEREMPUAN DI SEKOLAH (2012)


Kes dilaporkan berlaku pada 2012 di Kota Tinggi, Johor. Tiga remaja perempuan yang
berang dengan seorang rakan sekolah mereka bertindak ganas dengan menampar,
menendang, menggunting rambut dan mengugut mahu membogelkan mangsa. Kes ini
disebarkan luas melalui video yang berdurasi 11 minit 57 saat. Kelakuan jijik tiga remaja
terbabit turut dihadiri seorang remaja lelaki, bertindak sebagai jurukamera tambahan
apabila remaja perempuan ketiga membelasah mangsa. Klip video itu bermula dengan
dua remaja perempuan bertengkar dengan seorang daripada mereka mula memarahi
mangsa sebelum menamparnya. Beberapa minit kemudian, seorang rakannya yang
bertudung memaki hamun mangsa sebelum turut menampar dan mengeluarkan gunting.
Remaja bertudung itu kemudian semakin berani apabila menggunting rambut mangsa
sambil menghamburkan kata-kata kesat.

KES 14- KES BULI LUNDU (2015)


21 nov 2015

LUNDU 21 Nov. -Video berdurasi dua minit 52 saat tersebut memaparkan dua pelajar
perempuan menampar seorang lagi pelajar perempuan dan menghentakkan kepalanya

ke dinding. Seorang lagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki pula dilihat seperti
mengejek mangsa yang terjatuh ke lantai selepas rambutnya ditarik. Semua pembuli ini
berada di Tingkatan Empat. Kejadian itu menarik perhatian warga netizen yang
mahukan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian
berkenaan. Selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut pihak polis telah
membuat siasatan dengan menahan empat pelajar dari sekolah berkenaan untuk
membantu siasatan. Pelajar-pelajar itu direman selama tiga hari. Kejadian ini berlaku
apabila mangsa menegur rakan sekolahnya yang keluar dengan teman lelaki. Kes ini
disiasat sebagai rusuhan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. kesemua terlibat
telah dipanggil untuk memberi keterangan iaitu kumpulan pelajar yang dirakamkan
dalam video itu dan pengetua sekolah.

Kes 15- KES BULI PUKUL KETUA KELAS SEKOLAH DI SMK TUN
HUSSEIN ONN (2013)
Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja yang masih
memakai pakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain yang merupakan rakan
sekolahnya di dalam sebuah kelas
Mangsa itu dilihat tidak melawan dan hanya mampu menahan kesakitan apabila
seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu menyerangnya bertubi-tubi
menumbuk, menendang dan menyiku mangsa ala Tomoi. Kes ini berlaku akibat
mereka tidak puas hati akan ketua tingkatan mereka mahu membuat laporan kepada
guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Kes ini disebar luas di Facebook dan tiga pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya
itu yang terlibat dalam kes buli ini dikenakan tindakan buang sekolah. Kejadian pada
4 Mac 2013, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar
lain dan membelasah mangsa di sekolah. Pelajar berkenaan masih diberi peluang
merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui
beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan
semula persekolahan

KES 16- KES BULI UNTUK BALAS DENDAM

Seorang pelajar Tingkatan 5 telah menyerang rakan sekolahnya, ditemani oleh


bapanya di hadapan sekolah yang terletak di Alor Setar. Menurut video yang
disebarkan di media sosial pada hari Isnin tadi, pelajar itu telah memarahi dan juga
menampar mangsa dengan bapanya berdiri berhampiran dengannya kira-kira pda
dua petang. Pegawai keselamatan sekolah tersebut ingin menghalang kejadian buli
ini namun dihalang oleh ayah pemangsa itu. Ibu pemangsa tersebut telah
mengatakan bahawa punca pelajar tersebut menyerang rakan sekolahnya kerana
mangsa tersebut selalu membuli pemangsa di sekolah. Perbuatan ini adalah atas
tujuan balas dendam. Sebelum ini, pemangsa telah meminta kebenaran dari
bapanya sebelum melaksanakan perbuatan buli. Ibu pemangsa tersebut juga
mengatakan bahawa mereka pernah melaporkan perkara ini kepada pihak sekolah
tetapi mangsa dengan rakannya masih mengacau pemangsa tersebut. Kes buli ini
telah diselesaikan dengan perjumpaan pihak sekolah dengan kedua-dua belah ibu
bapa.

A FORM FIVE student attacked her schoolmate in the presence of her father in
front of their school in Alor Setar, Guang Ming Daily reported.
According to a video clip circulated on social media on Monday, the student was
seen scolding and slapping her schoolmate while her father was standing nearby
at 2pm.
A school security guard tried to intervene but was stopped by the students father,
it reported. However, the guard still managed to stop the fight.
Later, a woman who identified herself as the students mother told the daily that
her daughter attacked the girl as the latter kept bullying her at the school.
Her daughter could no longer tolerate the bully so she fought back after getting
permission from her father, the woman claimed.
The woman claimed that she previously had brought the matter up to the school
authorities but the bully and her friends still kept picking on her daughter.
It was learned that the school had met the parents of both students to settle the
matter.

KES 17- KES BULI YANG MENYEBABKAN KEMATIAN (2015)


Seorang pelajar tingkatan empat Kolej Vokasional Bachok telah meninggal dunia
akibat dibelasah oleh rakannya di asrama sekolah. Kes ini berlaku di Kota Bharu,
asrama Kolej Vokasional Bachok pada sekitar 12 tengah malam. Mangsa tersebut
disepak akibat salah faham berhubung dengan kain tuala yang didakwa disidai oleh
mangsa di kepala katil rakannya. Mangsa tersebut disepak pada bahagian badan dan
juga leher. Pada pukul 1 lebih, mangsa tersebut meninggal dunia. Mangsa sebelum ini
belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang sebelum bertukar
ke kolej berkenaan tiga bulan lalu dengan tujuan lebih dekat dengan keluarga. Mayat
mangsa tersebut ditempatkan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk
proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Kampung Gelam Pasir Puteh. Polis telah
menahan suspek yang terlibat dalam kes buli ini.

KES 18- KES BULI WANITA KOTA TINGGI


Seorang mangsa yang merupakan pelajar di sekolah tersebut dibuli oleh enam
orang pelajar perempuan sekolah berkenaan. Seorang pembulinya bertindak sebagai
jurukamera untuk merakam adegan kejam selama 11 minit sembilan saat. Terdapat
enam rakaman video dimuat naik oleh beberapa individu di Youtube dan tersebar luas.
Ketika dibuli, pembuli tersebut pada permulaannya menyelak baju dan seluar sukan
yang dipakai oleh mangsa dan seterusnya menaruk rambut mangsa yang berumur 14
tahun. Mulut mangsa tersebut ditekup serta disumbat dengan stoking pembuli selepas
pembuli tersebut meletakkan kaki di atas kepala mangsa dan mukannya dilap dengan
stoking tersebut. Mangsa tersebut yang ketakutan dan lemah tidak dapat buat apa-apa
dan hanya menangis. Pembuli ketawa apabila melihat keadaan ini dan menghalakan
kasut ke muka mangsa dan menyuruh mangsa untuk menciumnya. Selain itu, pembuli
yang umurnya dalam lingkungan 15 tahun hingga 16 tahun turut menekup hidung
magsa, memukul serta menendang mangsa. Rambut mangsa juga ditarik dan digunting
oleh pembuli. Kumpulan pembuli itu sudah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi
hukuman pada 5 Februari lalu. Pembuli tersebut dibuang sekolah dan menjalani
pemulihan. Selain itu, Mahkamah Majistret juga mengarahkan pembuli itu untuk
membayar RM500 kepada mangsa dan menandatangani bon untuk berkelakuan baik
selama tiga tahun. Pembuli itu juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan setiap
bulan selama dua tahun. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan
kerana penganiayaan secara lisan dan penghinaan.

KES 19- PEKERJA GERAI MAKANAN MEROSAKKAN CERMIN


HADAPAN KERETA
Seorang pekerja gerai makanan merosakkan cermin depan van Pos Malaysia Berhad
selepas pertingkahan jalan raya berlaku. Kes ini berlaku pada 16 Desember. Kes ini
berlaku selepas pembuli tersebut dihon oleh pemandu van yang bernama Mohd. Hafiz
Afzan Abdul Aziz. Tertuduh yang berumur 24 tahun itu dihon apabila dia cuba untuk
memotong laluan van tersebut tanpa memberi sebarang signal. Tertuduh gagal untuk
berbuat demikian namun telah mengikut belakang van tersebut sehingga kedua-dua
kenderaan tersebut berhenti di simpang T di Jalan Tiong off Jalan Ipoh Batu 3, Sentul
pada pukul 10.50 pagi. Tertuduh tersebut memanggil rakannya yang berhampiran
dengan gerai makanan dan mengepung van tersebut. Tertuduh itu mengutip satu batu
dari tepi jalan raya dan membalingnya ke arah cermin depan van tersebut. Tertuduh
tersebut ditahan oleh polis pada keesokkan harinya selepas kes tersebut dilaporkan
oleh mangsa. Tertuduh tersebut didakwa di bawah Seksyen 472 Kanun Keseksaan di
mana tertuduh tersebut boleh dikenakan penjara maksimum 2 tahun, dendaan wang
atau kedua-dua. Tertuduh akan dipenjarakan selama 3 bulan jika gagal membayar
dendaan RM2500.

KES 20- PEMBULI JALAN RAYA PEMANDU TAXI MENAMPAR


MANGSA
21 NOVEMBER 2014 @ 8:07 AM KUALA LUMPUR:
Seorang pemandu taxi yang bernama Chong Kim Fah telah menampar seorang
pembonceng wanita semasa pergaduhan di jalan raya. Kejadian ini berlaku di Jalan
Angsoka, off Jalan Nagasari Dang Wangi pada pukul 7.40 pagi. Mangsa tersebut
bekerja di sebuah syarikat insurans sedang memandu dari Bandar Menjalara ke Raja
Chulan melalui Jalan Angsika yang merupakan jalan raya dua hala yang penuh dengan
kenderaan yang diletakkan secara haram di dua-dua belah jalan tersebut. Pemandu
teksi tersebut yang datang dari hala yang berlainan telah menghonkan kereta untuk
wanita tersebut memberi laluan. Apabila wanita tersebut enggan membuat demikian,
pemandu teksi tersebut melanggar kereta wanita. Kedua-dua pihak ini keluar dari kereta
dan bertelingkah sebelum pemandu teksi itu menampar kedua-dua belah pipi mangsa.
Bukan itu sahaja, bibir mangsa juga dicubit oleh pemandu teksi tersebut sehingga

berdarah. Mangsa tersebut telah membuat laporan kepada polis selepas mendapat
rawatan di Hospital Selayang. Mangsa tersebut telah menceritakan kejadian ini di
Facebook berserta dengan gambar-gambar yang menunjukkan bibirnya yang berdarah
serta kereta. Status ini menjadi viral di Facebook. Pemandu teksi tersebut ditahan oleh
polis dan didakwa. Pemandu teksi itu mengaku salah dengan dakwaan tersebut.
Majistret menjatuhkan hukuman dengan bayaran RM1000 dan dua bulan penjara.

KES 21- BUDAK PEREMPUAN DICABULI DI KEDAI RUNCIT


(2014)
Seorang budak perempuan telah dicabuli oleh seorang lelaki yang
kewarganegaraanya Myanmar. Kejadian ini berlaku di sebuah kedai runcit di Sungai
Sekamat, Kajang Selangor pada pukul 10.15 pagi. Mangsa tersebut telah ke kedai runcit
tersebut untuk membeli telur. Ibu mangsa telah meminta mangsa tersebut untuk ke
kedai runcit untuk membeli telur, namun budak perempuan tersebut balik dalam masa
yang singkat dan mengatakan bahawa duit tersebut tidak cukup untuk membeli telur.
Ibunya suruh mangsa tersebut kembali ke kedai tersebut untuk mengetahui sebabnya.
Semasa mangsa tersebut ke kedai runcit tersebut bagi kali kedua,

Consultant charged over road-bullying BY KHAIRAH N. KARIM - 20 NOVEMBER


2014 @ 8:14 AM PETALING JAYA:

Kes 22- PEMBULI JALAN RAYA MELUDAH DAN MEROSAKKAN


WIPER KENDERAAN
Khoo Kok Ann yang berumur 58 tahun telah meludah pada cermin hadapan kertera
Alisis Thean Wei Yun. Bukan itu sahaja, Khoo juga bertindak untuk membengkokkan
wipers kenderaan tersebut. Khoo telah melakukan kes ini di flyover di Lebuh Raya
Damansara-Puchong ke arah Putrajaya pada pukul lapan pagi pada 17 November 2014.
Pembuli tersebut juga menghadapi tuduhan mengugut seorang mangsa yang berumur
45 tahun di tempat dan masa yang sama. Pembuli ini ditawarkan dengan jaminan
sebanyak RM5000 untuk setiap dakwaan. Video bagi kejadian ini telah dirakam oleh
mangsa pada dua hari lepas telah menjadi viral dalam laman sosial. Mangsa tersebut
telah membunyikan hon pada tertuduh kerana memandu dengan bahaya. Tertuduh
tersebut menghalang laluan kenderaan mangsa dan melepaskan kemarahannya.

A CONSULTANT company director whose photographs of him allegedly spitting at a


womans car went viral on social media was charged at the magistrates court
yesterday. Khoo Kok Ann, 58, who appeared expressionless when the charge was

read to him, claimed trial to spitting on the windshield of a car belonging to Alisia
Thean Wei Yun and causing damage to the personal assistants vehicle by bending
the wipers. He allegedly committed the offence at a flyover at the DamansaraPuchong Highway heading towards Putrajaya here at 8am on Nov 17. Khoo also
faced a second charge of committing criminal intimidation against the 45-year-old
victim at the same place and time. Magistrate Salamiah Salleh allowed RM5,000 bail
for each charge and fixed Dec 15 for mention. Earlier, deputy public prosecutor Tan
Gin Han proposed RM10,000 bail for both charges as the case was of public
interest. Khoo was represented by counsel T. Geetha. He posted bail. The video of
the incident was taken by the victim two days ago and had gone viral on social
network with viewers calling for justice against the road bully. The victim allegedly
honked at the accused for driving recklessly when the man blocked her car and
vented his anger.
Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/09/consultant-charged-over-roadbullying

KES 23- PELAJAR DIBULI OLEH EMPAT PELAJAR


BERHAMPIRAN SEKOLAH
Seorang pelajar yang berumur 15 tahun, berasal dari Kampung Atas Tol telah dibelasah
oleh empat orang pelajar lain. Pelajar tersebut mengalami kecederaan setelah diserang
oleh empat orng pelajar lain berhampiran dengan sekolah mangsa di Kampung
Chendering pada petang Hari Isnin pada pukul 1.30 petang. Mangsa tersebut bernama
Muhammad Sharil Aiman Mohd Ashrof, mengatakan bahawa dia dipukul dan ditendang
selepas dikepung oleh lebih daripada 15 orang. Bapa kepada mangsa , Mohd Ashrof A
Rahman, 33 mengatakan mangsa sudah pernah dibuli di sekolah minggu lepas. Mangsa
tersebut ke Hospital Sultanag Nur Zahirah untuk menerima rawatan lebam. Kejadian buli
tersebut berlaku pada 24 September 2014. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147
Kanun Keseksaan bagi pembuli yang melakukan keganasan.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/09/boy15-kicked-and-punched-4students

Anda mungkin juga menyukai