Anda di halaman 1dari 10

ARAHAN YANG KURANG JELAS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh: Linda Eu Hai Lun

MASALAH

Untuk minggu yang keempat ini, perkara yang saya fokuskan untuk penulisan jurnal
ialah komunikasi antara guru dengan murid yang kurang berkesan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran, dengan kata lain saya selalu menghadapi masalah dalam memberi arahan
yang tepat. Setiap kali saya beri arahan, terdapat sahaja sebilangan murid yang keliru dan
saya terpaksa mengulangi arahan saya. Sepanjang tiga bulan menjalani tempoh praktikum di
Sekolah Kebangsaan Petaling 1, saya telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran
Sejarah untuk murid-murid tahun 4 Delima, 4 Berlian dan juga 6 Mutiara. Setelah beberapa
minggu mengajar untuk ketiga-tiga kelas ini, saya dapati komunikasi antara saya dengan para
pelajar di dalam kelas adalah agak kurang memuaskan. Percakapan dan penerangan saya
agak laju. Walaupun saya tidak pernah mendpat teguran dari para pelajar mengenai
kepantasan memberi arahan saya terhadap mereka, namun saya boleh mengesannya
daripada hasil kerja mereka. Sebagai contoh, apabila saya meminta mereka untuk melukiskan
sekolah dengan menuliskan nama sekolah pada lukisan tersebut, ada dalam kalangan
mereka menulis nama mengikut kesukaan mereka sendiri seperti Sekolah Ayam Goreng dan
sebagainya. Mereka tidak faham apa saya yang cakap sebentar tadi. Saya rasa kecewa.
Sebenarnya, saya juga telah mengalami masalah yang sama dari praktikum fasa pertama lagi.

Menurut A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bererti saling bertindak, saling
mempengaruhi di antara satu sama lain. Interaksi juga melibatkan guru dan murid dan sangat
berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998).
Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka,
interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pra-aktif iaitu ketika guru
bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran, dengan kata lain, adalah
pada peringkat guru menyediakan rancangan pengajaran harian dan menyediakan bahan
bantu mengajar bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang
serta peringkat interaktif iaitu ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam
bilik darjah yang juga membawa maksud apabila guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

ANALISIS MASALAH
Situasi ini timbul mungkin kerana cara penyampaian saya yang kurang jelas. Dalam hal ini,
saya berpendapat masalah komunikasi yang timbul antara saya dan para pelajar saya ialah
pertama kurangnya pengalaman saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri,
Selama ini saya tidak pernah mengalami masalah apabila berkomunikasi bersama rakan
sebaya, pensyarah dan keluarga saya kerana rnereka sudah biasa dengan percakapan saya
yang agak laju. Namun, pada hakikatnya, bagi murid-murid terutamanya murid yang hanya
berusia sepuluh tahun, adalah agak sukar bagi mereka untuk menerima maklumat dengan
gaya percakapan yang saya praktikkan selama ini. Hal ini demikian mungkin kerana
disebabkan pengaruh bahasa ibunda saya yang sememangnya diucapkan dalam kadar yang
amat laju dan juga arahan yang saya berikan agak panjang. Bukan itu sahaja, saya juga
memberikan arahan pada masa yang tidak begitu sesuai, contohnya memberi arahan semasa
murid-murid sedang membuat kerja sendiri, bercakap dan membuat bising.

Hasil kerja daripada murid-mruid saya secara tidak langsung telah menunjukkan
kegagalan saya dalam menyampaikan maklumat yang benar dan tepat kepada mereka. Hal
ini telah menyedarkan saya agar bersikap lebih peka dan prihatin terhadap apa juga gaya
pertuturan saya di dalam bilik darjah kerana perkara yang saya nyatakan di dalam bilik darjah
akan didengar dan dianalisis dengan teliti oleh sebahagian besar murid-murid saya.

Hasil kerja atau juga dikenali sebagai lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid
telah menunjukkan bahawa keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat
bergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej yang guru sampaikan. Jika pelajar
gagal menerima dan mentafsir perkara yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka,
maka secara tidak langsungnya, objektif pembelajaran juga sukar untuk dicapai. Oleh itu
adalah wajip untuk saya mengatasi kelemahan saya agar murid-murid ini mendapat maklumat
yang sepatutnya mereka perolehi di dalam bilik darjah semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

CADANGAN

Beberapa cadangan telah saya fikirkan untuk mengatasi masalah ini. Saya akan
membaca buku tentang cara untuk memberi arahan dengan lebih berkesan dan efektif.
Melalui apa yang telah saya baca ini, dalam buku yang bertajuk Mengurus Tingkah Laku
Pelajar, adalah lebih baik untuk seorang guru untuk memulakan arahan mereka dengan
perkataan seperti sila, tolong, atau bolehkah. Hal ini demikian kerana ia memberikan impak
arahan yang lembut tetapi tegas oleh guru kepada murid. Murid tidak akan berasa tersinggung
dengan arahan yang telah diberikan oleh guru. Kesantunan bahasa yang telah digunakan
oleh guru ini menunjukkan guru menyuruh dengan memohon kerjasama murid dengan nada
yang lembut. Guru juga harus mengucapkan terima kasih kepada pelajar atas pertolongan
dan kerjasama murid, Saya juga akan melatih diri saya untuk memberi arahan yang ringkas
dan tepat dengan menyediakan nota untuk memberikan arahan. Bukan itu sahaja, saya juga
akan memastikan semua pelajar memberikan perhatian kepada saya semasa semua
memberi perhatian kepada saya. Saya juga akan meminta pandangan rakan pelatih, guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing.

Cara komunikasi yang dinyatakan di atas juga telah disokong oleh Anderson dan
Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa
terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu
mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat
dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti menentukan
secara terperinci segala gerak geri murid, enggan menerima langsung cadangan dari murid
dan juga mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara
murid dengan persekitaran bilik darjah. Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai
ciri-ciri tingkahlaku seperti sentiasa bersetuju dengan cadangan murid, menerima perbezaan
pendapat dari murid dan bersimpati dengan masalah murid. Dapatan kajian ini telah
menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif
terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif
pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

Ciri-ciri guru yang intergratif ini adalah sangat penting dalam mewujudkan komunikasi
antara guru dan murid. Hal ini demikian kerana pada kebiasaannya, murid atau juga
digolongkan dalam kalangan kanak-kanak lebih mendengar arahan daripada guru yang
disayangi dan disukai oleh mereka sendiri kerana mereka berpendapat mereka ini dihargai
oleh guru-guru mereka.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Februari sehingga April 2017

TINDAKAN SUSULAN

Pertama, saya telah mendapatkan komen daripada pensyarah dan guru pembimbing
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan. Bukan itu sahaja,
saya juga menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap sepuluh pelajar yang paling
lemah dalam menyiapkan lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru. Kemudian, saya
menambahkan lagi lebih banyak pengetahuan mengenai cara berkomunikasi dan
memberikan arahan kepada murid secara lebih berkesan dengan membaca pelbagai bahan
bacaan. Saya juga telah menuliskan arahan yang pendek jika diperlukan untuk dijadikan
sebagai panduan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk melihat
keberkesanan cadangan saya, saya telah meminta pensyarah pembimbing untuk memantau
saya dan seterusnya melihat perkembangan saya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya dijalankan.

KESIMPULAN

Melalui pemerhatian terhadap masalah ini, masalah ini boleh diselesaikan sekiranya guru
menjadi lebih berkeyakinan diri semasa memberi arahan. Selain itu, guru juga haruslah
banyak membaca buku bagi mendapatkan lebih banyak ilmu tambahan.
KAWALAN KELAS SEMASA PELAKSANAAN PERMAINAN DALAM PROSES
PEMGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh: Linda Eu Hai Lun

MASALAH

Pada 4.4.2017, iaitu pada hari Selasa yang lalu, saya telah mencuba untuk melaksanakan
permainan dam ular dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Sejarah dalam
topik 'Sejarah tempat tinggal'. Murid-murid dikehendaki utnuk bermain dam ular untuk
mendapatkan maklumat tentang Sejarah tempat tinggal mereka. Namun, saya mendapati
bahawa kawalan kelas memang sangat teruk apabila permainan dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Objektif pembelajaran yang ditetapkan pada hari tersebut tidak
dapat dicapai.

ANALISIS MASALAH

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan pengalaman guru dalam
melaksanakan permainan dam ular dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru gagal
meramalkan perkara-perkara yang mungkin berlaku dalam melaksanakan dam ular dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga kurang ilmu mengenai
pengendalian sesuatu permainan dengan sistematik dan teratur. Selain itu, kawalan dan
arahan dari pihak guru juga merupakan salah satu penyebab kegagalan pelaksanaan
permainan ini. Penggunaan peta dam ular juga adalah amat menyelirukan. Menurut
Permainan Kreatif Untuk Guru & Jurulatih, perkara yang perlu dilakukan sebelum sesuatu
permainan dijalankan ialah memberikan arahan yang jelas dan terang. Guru haruslah
memberikan arahan yang ringkas dan tidak mengelirukan kepada pelajar untuk memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Abdullah Sani Yahaya dalam Guru sebagai Pemimpin mengatakan bahawa
guru perlu mengetahui tentang kaedah mengajar dan mempunyai keyakinan pada
keupayaannya mengenai keseluruhan isi elajaran supaya guru boleh membimbing pelajar
untuk menguasai sukatan pelajar tersebut. Bagi menampilkan keyakinan diri dalam diri guru,
guru haruslah merancang langkah-langkqh tentang kaedah dan pendekatan yang telah dipilih.
Hal ini telah menunjukkan bahawa saya perlu mendalami lagi peraturan -peraturan dam ular
serta isi pelajaran mengenai sejarah tempat tinggal untuk menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan.
CADANGAN

Untuk menyelesaikan masalah ini, guru perlu menggunakan peta dam ular yang bergambar
dan bukanlah menggunakan jenis nombor yang boleh mengelirukan pelajaran dalam
mendapatkan maklumat dan seterusnya menyebabkan penindihan maklumat. guru juga
haruslah menyediakan kad peraturan yang mengandungi arahan yang mudah difahami dan
pendek supaya peraturan yang dikemukakan kepada pelajar boleh disampaikan dengan
baik.Adalah lebih baik jika guru melakukan demonstrasi cara bermain dam ular.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN

4.4.2017 7.4.2017

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu menggunakan peta dam ular
bergambar, menghasilkan kad arahan untuk arah yang pendek dan mudah difahami dan kad
senarai semak untuk setiap ketua kumpulan. Dalam menghasilkan arahan yang tepat dan
ringkas, guru boleh meminta kanak-kanak lain sebagai responden selepas membaca arahan
yang telah disediakan oleh guru sendiri yang sedia untuk digunakan semasa aktiviti
permainan dijalankan.

Penggunaan gambar dalam peta dam ular berjaya mengelakkan kekeliruan dalam
kalangan pelajar terhadap arahan yang telah diberikan untuk bermain dam ular sambil belajar.
Begitu juga penggunaan kad arahan yang mempunyai ayat yang mudah juga memberi
bantuan yang banyak dalam melancarkan lagi proses pdp. Pengalaman guru yang semakin
bertambah ini mampu menjadikan guru lebih intensif dalam merancangkan proses pdp
berasaskan permainan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, permainan sememangnya banyak membantu dalam pembelajaran


pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Namun begitu,guru haruslah mengambil inisiatif utnuk
memastikan permainan ini bole dijalankan dengan lancar dan tidak mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.
SUKANTARA SEKOLAH

Oleh: Linda Eu Hai Lun

MASALAH

Pada 2.5.2017 yang lalu, SK Petaling 1 telah mengadakan sukantara untuk pelajar
tahap 2. Menurut Portal Sukan dan Permainan dalam Wikipedia, 'Sukan ' adalah semua
bentuk Pertandingan aktiviti fizikal yang melalui penglibatan yang terancang, berhasrat untuk
menggunakan, mengekalkan atau meningkatkan keupayaan fizikal dan memberi hiburan
kepada para peserta. Beratus-ratus sukan wujud, dari orang-orang yang memerlukan hanya
dua peserta, melalui dengan mereka yang mempunyai beratus-ratus peserta-peserta yang
serentak, sama ada di pasukan atau bertanding sebagai individu.

Menurut Blog Bahasa Melayu pula, antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan
dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri
sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam
sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi
arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin
murid tersebut. Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat.
Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta
menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah
banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema
berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan. Selain itu, seseorang murid yang
aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal
ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk
memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang
murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar.
Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Pada hari tersebut hanya pelajar Tahun 4 yang terlibat. Guru-guru praktikal termasuk
saya dilantik sebagai juri untuk sukantara tersebut. Terdapat tiga acara yang dipertandingkan
pada hari tersebut, termasuklah acara lompat tinggi, acara lompat jauh dan jua acara lontar
peluru. Setiap acara ini dijaga oleh dua orang guru praktikal.

Namun apa yang berlaku di sini adalah wujudnya pembaziran masa yang berlaku
sehingga menyebabkan pelajar banyak menunggu untuk mendapatkan giliran mereka untuk
menyertai acara sukantara iaitu, lompat tinggi, lompat jauh dan juga lontar peluru.
ANALISIS MASALAH

Masalah ini timbul apabila kurangnya kepekaan dalam diri guru yang
bertanggungjawab. Guru tidak melakukan persiapan awal seperti menyediakan bahan-bahan
yang diperlukan untuk sukantara yang akan dijalankan. Guru mengambil ringan terhadap
sukantara ini.

Apa yang saya timbulkan di sini adalah melalui pemerhatian saya terhadap guru yang
bertanggungjawab dalam sukantara ini. Guru yang berkenaan hanya mencari alat-alat yang
berkenaan pada masa yang sepatutnya acara sukantara dijalankan. Antara alat yang
dicarikan pada masa tersebut adalah

Menurut Utusan Onilne (2013), Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi
Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Sufa'at Tumin telah berkata, tidak timbul isu
bahawa aktiviti sukan ini membebankan guru ataupun murid kerana ia bergantung kepada
pihak sekolah menyusun atur program sukan tanpa menganggu pembelajaran murid,''
katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

CADANGAN

Satu taklimat ringkas haruslah diadakan antara panitia Pendidikan Jasmani dan juri-
juri untuk berbincang mengenai tugas dan persiapan awal. Menurut Omardin Haji Ashaari,
dalam buku yang berjudul Pengurusan sukan : Siri pengurusan dan pentadbiran Utusan.
Mesyuarat adalah perlu diadakan untuk membincang dan menyelesaikan masalah, membuat
keputusan di samping untuk mengetahui dan merancang sesuatu kegiatan sukan. Guru yang
berkenaan haruslah datang awal ke tapak kejadian untuk memastikan semua dalam keadaan
yang baik.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN

2.5.2017 -4.5.2017
TINDAKAN SUSULAN

Saya sebagai juri akan memastikan keadaan dalam sedia untuk menerima pelajar
untuk menjalankan sukantara dalam acara yang terlibat. Saya telah berbincang dengan ketua
Panitia untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat supaya tidak melakukan kesalahan
dalam sukantara.

Persiapan yang lebih awal berjaya memastikan kelancaran sukantara yang dijalankan.
Kerjasama daripada semua pihak termasuk guru rumah sukan juga banyak membantu dalam
memastikan sukantara dijalankan dengan lancar. Hal ini boleh mengurangkan pembaziran
masa dalam diri pelajar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, persiapan adalah penting untuk memastikan kelancaran sesuatu


programn diadakan. Murid akan menjadi lebih seronok dan aktif dalam melibatkan diri dalam
aktiviti yang dirancang dengan baik. Oleh itu, guru haruslah mengambil inisiatif untuk
menyediakan program supaya lebih sempurna.

Anda mungkin juga menyukai