Anda di halaman 1dari 6

NORA-NYARING

Eksplorasi Minda Cetusan Rasa

Home ▼

Saturday, 23 July 2011

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS - MAJLIS GEMA MERDEKA IPG


KAMPUS ILMU KHAS

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS 


(MAJLIS GEMA MERDEKA IPG KAMPUS ILMU KHAS) 
TARIKH : 29 OGOS 2007
MASA: 8.30 - 10.40 MALAM

BIL MC TEKS PENGACARA


ZA Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Noorul Aini bt Abdul Rahman,
Pengarah Institut Purguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Para hadirin dipersilakan berdiri.

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

ZA Yang Berusaha Puan Noorul Aini bt Abdul Rahman


Pengarah
Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Yang Berusaha Puan Darawisah bt Sayuti


Timbalan Pengarah
Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua  Unit, para pensyarah yang dihormati dan


pelajar yang dikasihi sekalian. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Selamat datang ke Malam Gema Merdeka, majlis gilang-gemilang bagi


meraikan Hari Kemerdekaan ke-50 negara peringkat Institut Perguruan Ilmu
Khas.  Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dapat bersama-
sama berkumpul di dewan ini untuk satu lagi program berteraskan
patriotisme …Malam Gema Merdeka.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memulakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Encik Ishak bin Osman,
Ketua Jabatan Pendidikan, selaku Pengerusi Sambutan Malam Gema
Merdeka  untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

UCAPAN PENGERUSI SAMBUTAN


NO Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ishak
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Kini majlis dengan rasa bangganya mempersilakan Yang Berusaha Puan
Noorul Aini bt Abd Rahman, Pengarah,  Institut Perguruan Ilmu Khas untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Malam Gema Merdeka. 
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

UCAPAN PENGARAH
ZA Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Noorul Aini atas ucapan dan pelancaran Malam Gema Merdeka sebentar
tadi.

Baiklah, kita mulakan acara pada malam ini dengan menjemput saudari
Onniee, wakil staf sokongan dari Pusat Sumber untuk menyampaikan sebuah
lagu yang bertajuk…………………………………………………………

2.  Persembahan koir daripada staf akademik


3.  Saudari Nanie, staf sokongan

LAGU SELINGAN
NO Hadirin yang dihormati,

Selesai sudah kita mendengar acara selingan bagi segmen pertama, kini kita
beralih kepada apresiasi sebenar Malam Gema Merdeka iaitu Pertandingan
Nyanyian Lagu Patriotik. 

Tanpa membuang masa, dipersilakan peserta pertama iaitu :

1. Saudara Mohammad Hazzim – lagu Warisan


2. Pn Mokhlisa (Pensyarah dan dari Jab. HEP) – lagu Selamat Pergi
Pahlawanku
3. Encik Daud ( staf sokongan ) – lagu …………………………..
4. Saudari Onnie ( staf sokongan ) – lagu Lagenda

10 PERTANDINGAN  LAGU-LAGU PATRIOTIK

11 ZA Hadirin yang dihormati,

Kita redakan suasana pertandingan yang semakin hebat buat   seketika ,


dengan memberi laluan kepada persembahan daripada wakil-wakil asrama. 
Bagi persembahan pertama, ditampilkan kini wakil daripada Asrama Aman
yang akan diwakili oleh tiga orang pelajar.  Mereka ini akan
mempersembahkan sebuah Puisirama yang bertajuk
………………………………………………
…………………………………………………………………………………
Dipersilakan.

2. Asrama Damai  yang diwakili oleh seramai dua orang pelajar. 


Persembahan secara duet ini akan menyanyikan lagu yang berjodol
………..............................................................................................

.
3. Persembahan terakhir untuk segemen selingan ini adalah daripada
Asrama Sentosa.  Mereka akan mendeklamasikan puisi yang bertajuk
…………………………………………………………………………

Dipersilakan.

12 LAGU SELINGAN – ASRAMA

13 NO Hadirin yang dihormati,

Acara kita pada malam ini diteruskan lagi dengan Pertandingan


Mendeklamasi Puisi

Peserta pertama yang akan mendeklamasikan puisi dipersilakan …………….


…………………………………………………………………………………Judul puisi yang akan
dideklamasi beliau ialah ………………………………………….. Dipersilakan.

2. Peserta kedua………………………………………………………………
      …………………………………………………………………………….

3. Peserta ketiga ………………………………………………………………

      ……………………………………………………………………………..

4. Perserta terakhir bagi kategori mendeklamasikan puisi, ditampilkan kini


………………………………………………………………………………..

14 PERTAND DEKLAMASI PUISI

15 ZA Hadirin yang dihormati,


Kita teruskan lagi dengan sambungan Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu
Patriotik.  Untuk imbas kembali, kita telahpun mendengar persembahan
daripada empat orang peserta dan kini ditampilkan peserta kelima iaitu
saudari Nanii daripada ………………………………………………………………………………..  Beliau
akan menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Perwiraku.

2. Saudara Rizal – lagu Permai Bumi Bertuah

3. Encik Sudin – lagu Bunga Negara

4. Peserta terakhir …………………………………………………………….

16 SAMBUNGAN  PERTANDINGAN  NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


17 NO Begitulah tadi antara pertandingan yang dijalankan bersempena Hari
Kemerdekaan Negara ke-50.  Sementara menunggu keputusan daripada juri-
juri, apa kata kita perdengarkan bersama persmbahan selingan bagi segmen
terakhir daripada …………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………

Persembahan terakhir pada malam ini dipersilakan ………………………………..


………………………………………………………………………………………

18 ACARA SELINGAN TERAKHIR


19 ZA Begitulah tadi persembahan-persembahan gemilang yang telah dinyanyikan
dan dipersembahkan untuk dihayati kita bersama.  Berikan tepukan kepada
semua peserta yang telah mengambil bahagian.
Sebelum diumumkan keputusan pertandingan, ingin saya perkenalkan
barisan juri yang mengadili pertandingan ini secara telus dan adil.  Saya
perkenalkan ………..
………………………………………………………………………………….......
………………………………………………………………………………….......
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

20 PERKENALKAN JURI-JURI
21 NO Baiklah, keputusan telahpun ada di tangan kami.  Namun sebelum itu, saya
dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berusaha Encik Ishak bin Osman
untuk mempersila dan mengiringi Yang Berusaha Puan Noorul Aini bt Abd
Rahman, Pengarah, Institut Perguruan Ilmu Khas untuk naik ke pentas dan
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 
Dipersilakan.

22 PENGARAH NAIK PENTAS


23 ZA Diumumkan kini keputusan Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik
Tempat ke-3 - ………………………………………………………………………
Naib Johan   - ……………………………………………………………………….
Johan - ………………………………………………………………………………

Kita beralih kepada keputusan Pertandingan Mendeklamasi Puisi


Tempat ke-3 -……………………………………………………………………….
Naib Johan - ………………………………………………………………………..
Johan …………………………………………………………………………………......
24 NO Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noorul
Aini atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  Sebagai
tanda kenang-kenangan, dipersilakan Encik Ishak menyampaikan
cenderamata kepada Puan Noorul Aini. 
Dipersilakan.
CENDERAMATA
25 ZA Hadirin yang dihormati,
Dengan acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah upacara
Malam Gema Merdeka tahun 2007.  Semoga apa yang dipersembahkan akan
dapat dihayati bagi membentuk warganegara yang cinta akan tanah airnya. 
Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Selamat malam dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pengacara :  Nora
29/8/07

NoraNyaring at 07:01

Share

No comments:

Post a Comment

‹ Home ›
View web version

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai