Anda di halaman 1dari 2

MASA AKTIVITI/PERISTIWA CATATAN

1130 KEPUTUSAN PERTANDINGAN (BUSANA TERCANTIK)

Majlis diteruskan lagi dengan keputusan pertandingan busana tercantik kepada


beberapa orang yang telah berjaya menambat hati para hakim kita pada hari ini.
Untuk makluman, penilaian sudah dijalankan oleh para hakim bermula pada awal
majlis.

Dengan itu, majlis sukacitanya menjemput …………………………………………….


bagi mengiringi …………………………………………………… bagi menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan
1.
2.
3.
4.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ……………………………. atas kesudian


menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

1145 PERSEMBAHAN KOIR MURID

Seterusnya pula marilah kita sama-sama saksikan persembahan koir dari murid
tahun …………….. yang bertajuk TERIMA KASIH CIKGU di bawah pimpinan
cikgu Asraf bin Nordin. Dipersilakan.

Begitulah santapan mata yang dihadiahkan oleh murid-murid buat guru-guru yang
tersayang. Sekalung penghargaan terma kasih atas persembahan istimewa itu
tadi.

1200 PENYERAHAN HAMPER KEPADA WARGA TUA

Hadirin dan Hadirat sekalian, atur cara seterusnya ialah penyerahan hamper
kepada warga tua setiap rumah. Dengan itu, majlis menjemput
……………………………………………….. mengiringi
…………………………………............. bagi menyampaikan hamper kepada warga
tua. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil dari rumah ………………………., seterusnya wakil dari rumah


…………………………., diikuti wakil dari rumah ……………………….., dan akhir
sekali wakil dari rumah ………………………………

Majlis mengucapkan terima kasih.

1215 PERSEMBAHAN KHAS PIBG

Majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan persembahan khas oleh
ibu bapa. Persembahan akan dimulakan dari rumah …………………………….
seterusnya diteruskan dari rumah ………………………………..
Dengan ini dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan khas oleh ibu bapa.


1230 CABUTAN TIKET BERTUAH

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kita hentikan seketika acara persembahan yang seterusnya untuk memberi laluan
cabutan bertuah pula. Dengan segalanya hormatnya menjemput Encik Malik
Husain Dadang, Penolong Kanan Pentadbiran untuk mencabut lima nombor
bertuah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dibacakan nombor bertuah yang pertama iaitu………………………….

1245 NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

Hadirin sekalian,
Sampailah kita ke penghujung majlis. Sebelum majlis bersurai dijemput para
hadirin berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu ibu pertiwiku.

1300 JAMUAN (PERSEMBAHAN MURID/WAKIL IBU BAPA)

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya nyanyian ibu pertiwiku, maka selesai sudah
majlis kita. Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Hari Guru dan Gawai
Raya peringkat SK Rumah Undi .

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Dijemput kepada semua tetamu VIP, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk
menikmati jamuan hidangan di dewan makan sekolah, dipersilakan.

1330 BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai