Anda di halaman 1dari 6

TEKS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BATU ANAM KALI KE 54(2013)

SEBELUM

Perhatian kepada ..
Ibu bapa dan para hadirin sekalian, sila ambil tempat
Aturcara majlis kita pada petang ini akan bermula dengan kehadiran Yang
dihormati En Yasiran bin Maskom, tuan-puan diminta berdiri ketika
kehadiran beliau. Kemudian kita akan sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku. Selepas nyanyian Negaraku tuan-tuan dan puan-puan
dipersilakan duduk.
Seterusnya akan disusuli dengan Perbarisan Lintas Hormat daripada
Pasukan Rumah-rumah sukan, bacaan doa, ucapan Guru Besar dan
ucapan perasmian daripada Yang dihormati En. Yasiran bin Maskom,
Kejohanan Balapan dan Padang akan diteruskan lagi dengan upacara
menaikkan bendera kejohanan, lafaz ikrar, dan penyampaian
cenderamata kepada Yang dihormati En. Yasiran bin Maskon.
Perbarisan keluar peserta-peserta rumah sukan dan acara persembahan.
Diminta kerjasama tuan-puan untuk memperlahankan nada dering telefon
bimbit dan mengawal anak-anak tuan-puan. Anak-anak tidak dibenarkan
berada di arena kejohanan atau berada di khemah jemputan.
Kepada pegawai dan pengurus pasukan jemputan, sila laporkan diri
kepada Urusetia di meja pegawai iaitu En. Zurayushazman bin Ismail.


PENGUMUMAN

Diumumkan ketibaan Yang dihormati En. Yasiran bin Maskom, Pegawai Pelajaran
Daerah Segamat

-Nyanyian lagu Negaraku.
*(sebelum Kejohanan Balapan dan Padang SK Batu Anam dimulakan, diminta
semua hadirin dan hadirat berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu
Negaraku)

KATA-KATA
ALUAN



Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Yang dihormati En. Yasiran bin Maskom, Pegawai Pelajaran Daerah Segamat .
Yang berusaha, En. Zulkfelee bin Esa, Guru Besar SK Batu Anam,
Yang dihormati En. Md. Deni bin Jasmin, YDP PIBG serta Ahli Jawatankuasanya,
(Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah)
Barisan Guru Penolong Kanan SK Batu Anam,
Pengetua-pengetua
Guru besar-guru besar,
Ketua-ketua Jabatan
Pegawai-pegawai kejohanan dan pegawai-pegawai pertandingan
Guru-guru,
Dif-dif jemputan,
Ibu bapa , hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Majlis mengucapkan selamat datang ke Kejohanan Balapan dan Padang SKBA kali
ke 54 tahun 2013.









PERBARISAN
LINTAS
HORMAT






Tuan-tuan dan puan-puan.
Kejohanan Balapan dan Padang SKBA kali ke 54 tahun 2013 ini dimulakan dengan
perbarisan lintas hormat oleh pasukan rumah-rumah sukan.
*muzik pancaragam*

Majlis mempersilakan Yang dihormati En. Yasiran bin Maskom, diiringi oleh En.
Zulkfelee bin Esa naik ke pentas untuk menerima tabik hormat

Mengetuai Perbarisan lintas hormat ini ialah, Adik
.
*biodata*

Pasukan Rumah-rumah sukan didahului oleh..

PASUKAN RUMAH CEMPAKA, diketuai oleh adik
.. Berbanggga dengan mottonya CEMPAKA
MARA CEMPAKA JUARA. Jumlah mata yang terkumpul bagi pasukan
Rumah Cempaka setakat ini ialah mata

Melintasi khemah dif jemputan sekarang ini ialah PASUKAN RUMAH
TERATAI, diketuai oleh adik ..,
TERATAI GEMILANG merupakan motto yang digunakan sebagai
pembakar semangat, setakat ini mendahului dengan mata.

Di belakangnya pula ialah PASUKAN RUMAH ANGGERIK , diketuai oleh
adik , ANGGERIK
BERUSAHA, ANGGERIK BERJAYA merupakan motto yang menjadi
pilihan. Setakat ini mengumpul mata
.

Dan diikuti seterusnya pula ialah PASUKAN RUMAH MAWAR , diketuai
oleh . . Motto bagi
pasukan rumah ini ialah MAWAR BOLEH. Setakat ini mengumpul
mata.



Terima kasih kepada Yang dihormati En. Yasiran bin Maskon atas kesudian
menerima tabik hormat peserta-peserta rumah sukan yang mengambil bahagian.


DOA

*kawad*
Bagi memberkati lagi majlis pada petang ini, majlis mempersilakan Ustaz Tumiran
bin Asjam untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis ini akan
diberkati Allah S.W.T.







UCAPAN

Tuan-tuan dan puan-puan..

Majlis mempersilakan En.Zulkfelee bin Esa Guru Besar SK Batu Anam, merangkap
Pengerusi Kejohanan Balapan dan Padang SK Batu Anam, untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Majlis seterusnya, dengan segala hormatnya mempersilakan,
Yang dihormati En. Yasiran bin Maskom untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya melangsung rasmi Kejohanan Balapan dan Padang SKBA kali ke 54
bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
*kompang*

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.


MENAIKKAN
BENDERA
KEJOHANAN

Seterusnya upacara menaikkan BENDERA SUKAN Kejohanan Balapan dan
Padang.

Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar daripada Ketua Perbarisan SK Batu Anam ,
adik

* (Majlis sekali lagi mempersilakan Yang dihormati En. Yasiran bin Maskom
diiringi oleh En. Zulkfelee bin Esa naik ke pentas untuk menerima ikrar kejohanan.)
*

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada dihormati En. Yasiran bin Maskon ,
Terima kasih juga kepada ahli-ahli Pasukan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit
Merah dan Kadet Remaja Sekolah yang terlibat di dalam upacara menaikkan
bendera kejohanan Balapan dan Padang.

Dgn bacaan ikrar itu tadi, maka Kejohanan Balapan dan Padang bermula dengan
rasminya.


PENYAMPAIAN
CENDERAMATA
KEPADA KETUA
RUMAH-RUMAH
SUKAN


Majlis dengan hormatnya, sekali lagi mempersilakan Yang dihormati En. Yasiran
bin Maskom , diiringi oleh En. Zulkfelee bin Esa untuk diperkenalkan kepada
Pengurus-pengurus Pasukan rumah sukan ........

*PASUKAN RUMAH CEMPAKA , PN. NORLIDA BT MD.NOR.
*PASUKAN RUMAH TERATAI , PN. NAJAD BT SHABUDIN
*PASUKAN RUMAH ANGGERIK, PN. ROZILAWATI BT MOHAMED
*PASUKAN RUMAH MAWAR , PN. ROSILA BT RAMLI

*VIP bergerak ke trek*
Sebagai tanda terima kasih dan ingatan abadi, majlis mempersilakan En. Zulkfelee
bin Esa untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang dihormati En. Yasiran bin
Maskom.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.







PERSEMBAHAN


Perbarisan keluar peserta-peserta rumah sukan

Tuan-tuan dan puan-puan;

Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan tarian zapin daripada Kelab
Kebudayaan SK Batu Anam

Kumpulan ini di bawah pimpinan Pn. Norhayati bt Ahmad , Pn. Fakizah bt Yaacob,
Pn. Nor Baizura bt Abdullah dan Cik Nor Azah bt Bidin.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.














































SEMASA
KEJOHANAN

Tuan-tuan dan puan-puan
Acara yang akan dijalankan sebentar lagi ialah acara NO(Rujuk Buku Program)

Berikut dibacakan kedudukan lorong bagi peserta-peserta rumah sukan.

Acara yang sedang berlangsung sebentar tadi ialah acara No.

Acara yang berlangsung sebentar tadi ialah acara No



PENYAMPAIAN
HADIAH



Seterusnya / Berikut adalah upacara penyampaian hadiah bagi acara
Nombor :.
Nama acara :
Peringkat umur :..

Bagi menyempurnakannya, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.. diiringi oleh.................
Nama: Tuan/Puan/Encik/Cik
Jawatan:.

Tempat pertama dimenangi oleh;
Nama pemenang:..
Dari pasukan rumah ..
Dengan catatan masa saat
Dengan jarak lompatan.meter
Dengan ketinggian lompatan.meter
Lembing dengan jarak rejamanmeter
Peluru dengan jarak lontaranmeter

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada
tuan/puan/Encik/Cik..
Dan tahniah kepada para pemenang

*merupakan rekod baru kejohanan


















PENUTUP

Semua peserta pasukan rumah sukan, masuk ke padang untuk majlis penutup.

*murid duduk*

Majlis berbesar hati mempersilakan En. Md.Deni bin Jasmin Yang Dipertua PIBG
SK Batu Anam diiringi oleh En. Zulkfelee bin Esa menyampaikan hadiah dan piala-
piala pusingan kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

(Piala-piala Pusingan RUJUK BUKU PROGRAM)

Terima kasih diucapkan kepada En. Md Deni Bin Jasmin.

*murid berdiri*
Seterusnya UPACARA MENURUNKAN BENDERA Kejohanan Balapan dan
Padang untuk diserahkan kepada En Zulkfelee bin Esa
*muzik*

Majlis mempersilakan En Zulkfelee bin Esa untuk menerima Bendera Kejohanan
Balapan dan Padang *muzik*

Berikut ialah nyanyian lagu sekolah .
Semua hadirin diminta berdiri

Marilah kita bersama-sama melaungkan ucapan terima kasih dan motto
kebanggaan kita, SKBA BOLEH sempena berakhirnya Kejohanan Balapan dan
Padang kali ke 54, SK Batu Anam .

SKBA.BOLEH 3x

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama, sumbangan dan
jasa baik anda sekalian dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke
54 bagi tahun 2013. Semoga kita jumpa lagi di kejohanan Balapan dan Padang kali
ke 55 di tahun 2014.

Kita akhiri majlis ini dengan membaca surah Al-Asr dan tasbih Kifarah.

Dengan ini majlis bersurai.

Mazni/yatie

Anda mungkin juga menyukai