Anda di halaman 1dari 6

Bil Acara Teks

Umumkan Mengumumkan ketibaan


ketibaan VIP Yang Berusaha, En. Ab Wahab bin Muhammad,
LAGU KOMPANG Penolong Pengarah Ko-Akademik STEM,
GAMELAN JPNK, diiringi oleh Yang Berusaha, IR Mat Azmi bin
Abdullah, YDP PIBG SMK Kemumin, Yang
Berbahagia Datin Sri Nor Azizah bt Sulaiman, NYDP
PIBG SMK Kemumin, bersama Yang Berusaha, Hj.
Lokman Zakey Bin Hashim, Pengetua SMK
Kemumin, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan
barisan guru kanan.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke


Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kemumin Kali kali
ke-23 bagi tahun 2023.

Yang Berusaha
En. Ab Wahab bin Muhammad, Penolong Pengarah
Ko-akademik STEM, JPNK

Yang Berusaha
IR Md Azmi bin Abdullah, YDP PIBG SMK Kemumin

Yang Berbahagia, Datin Sri Nor Azizah Bt Sulaiman


NYDP PIBG SMK Kemumin

Yang Berusaha
Haji Lokman Zakey bin Hashim
Pengetua SMK Kemumin

YM Tuan Ibrahim bin Tuan Soh, Penolong Kanan


Pentadbiran SMK Kemumin

Yang Dihormati,
En. Zamri bin Md Noor, Penolong Kanan HEM SMK
Kemumin,

En. Mazlan bin Hamad, Penolong Kanan


Kokurikulum, SMK Kemumin

Barisan Guru Kanan, Guru-guru SMK Kemumin yang


penuh dedikasi, tuan-tuan, puan-puan seterusnya
murid-murid SMK Kemumin yang dirahmati Allah
sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola


kejohanan mengalu-alukan kehadiran YBRS Penolong
Pengarah Ko-akademik STEM JPNK, tuan-tuan dan
puan-puan ke Kejohanan Olahraga Tahunan SMK
Kemumin kali ke-23. Semoga dengan kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi
hari ini.

Kain cindai bawa berjalan


Buat menghias nyamuk dan agas
Rajin dan tabah dalam bersukan
Minda cerdas jasmani cergas.

Perbarisan lintas Hadirin dan hadirat sekalian,


hormat Sebagai pembuka tirai kejohanan olahraga tahunan ini,
marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas
hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya


menerima tabik mempersilakan Yang Berusaha , En. Ab Wahab bin
hormat dari Muhammad, Penolong Pengarah Ko-akademik
peserta perbarisan STEM, JPNK, dengan diringi YDP, NYDP PIBG dan
barisan pentadbir sekolah untuk menerima tabik
hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembaca ikrar


Bendera ………………………………………………………….dan
kejohanan pembawa bendera kejohanan iaitu adik

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah


Delima Biru dengan mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini
diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan
dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa
sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt
Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn Umi
Kalsom bt Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang


Zamrud dianggotai seramai 135 orang peserta perbarisan
dengan mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’. Kontinjen ini
diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin
Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah
ialah adik Adibah Nawal bt Mohd Lokman. Ketua bagi
kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Mutiara yang


Mutiara dianggotai seramai 130 orang peserta perbarisan
dengan mottonya ‘ Kuning Dipersada’. Kontinjen ini
diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin
Sha’arani. Pembawa sepanduk rumah Kuning
ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua kontinjen
rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah Kontinjen terakhir ialah rumah Nilam dengan


Nilam mottonya ‘Hijau Sapu Habis’. Kontinjen ini diketuai
oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailan dan disertai
seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi
rumah Hijau ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin.
Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md
Isa.

Majlis merakamkan terima kasih kepada YBRS En. Ab.


Wahab bin Muhammad kerana sudi menerima tabik
hormat daripada kontinjen perbarisan.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-


Negaraku dan sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagi
Selamat Sultan Negaraku dan Selamat Sultan

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan


menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang
bendera pembawa bendera sekolah untuk menyempurnakan
upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU DERAP KOMANDO

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Olahraga


Tahunan SMK Kemumin Kali kali ke-23 bagi tahun
2023.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen


pembawa bendera yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama
mengiringi mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh
pembaca ikrar adik
………
Lafaz ikrar
kejohanan Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar
kejohanan itu tadi.
Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon
keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan
untuk mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh al-
Fadhil Ustaz Azani bin Mohamed.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz


Azzani. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita
akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah
s.w.t. Insya-Allah.

Ucapan Aluan Hadirin yang berbahagia,

Susun acara majlis kita diteruskan lagi dengan


mempersilakan YBRS Hj. Lokman Zakey bin Hashim,
Pengetua SMK Kemumin untuk memberikan ucapan
aluan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ….

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, En.


Ab Wahab bin Muhammad, Penolong Pengarah Ko-
akademik STEM, JPNK untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga
Tahunan SMK Kemumin kali ke-23. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
……………………
(lagu perasmian)- SEROJA MALACCA

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang


Berusaha, En. Ab Wahab bin Muhammad di atas
ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi
penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan
Olahraga Tahunan SMK Kemumin Kali ke-23.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput,


YBRS En. Ab Wahab bin Muhammad dengan diringi
oleh barisan def kehormat untuk turun ke padang bagi
pelancaran gimik KOT SMK Kemumin…dipersilakan.

GIMIK KOT ….MUZIK…ALE ALE

Penerangan KOT
Seterusnya, majlis mempersilakan pula Yang
Berusaha, En. Ab Wahab bin Muhammad untuk
bergerak kembali ke pentas untuk merasmi dan
menandatangani banting KPI Sekolah SMK Kemumin
dipersilakan…

(Penerangan KPI Sekolah)…RUJUK HAND PHONE.

Terima kasih diucapkan dan YBRS En. Ab Wahab bin


Muhammad seterusnya dipersilakan pula untuk ke
green golf bagi merasmikan pula green golf telah kita
bina dengan inisiatif tuan pengetua. Dipersilakan…

Penerangan Golf…En. Wahab memukul golf bersama


pengetua.

Muzik Grammy Award.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YBRS


En. Ab Wahab bin Muhammad, Penolong Pengarah
Ko-akademik STEM, JPNK di atas kesudian beliau
hadir ke sekolah kita pada pagi ini.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang Panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Seterusnya, majlis mempersilakan YBRS En. Ab Wahab


bin Muhammad dengan diringi oleh tetamu kehormat
yang lain untuk menjamu selera di tempat yang
disediakan.
Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang
padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk
ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian


Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kemumin Kali kali
ke-23. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-
peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan
lintas hormat sebentar tadi. Sekian…wabillahitaufik…

Acara Sukan Serah majlis…

Anda mungkin juga menyukai