Anda di halaman 1dari 6

Skrip Pengacara Majlis

Sambutan Ambang Kemerdekaan SJKT Jalan Meru 2022

Perhatian… Minta kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan Sambutan


Bermulaan Ambang Kemerdekaan yang akan dimulakan sebentar lagi….terima kasih

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat kita

TUAN AZAHAR BIN ABDUL MALIK


PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
Ketibaan
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG.
Majlis ini merakamkan sekalung penghargaan kepada TUAN AZAHAR
atas kelapangan masa dalam merealisasikan majlis ini.

Mencari timba si anak dara,


Kata-kata Aluan Dibawah sarang burung tempua,
salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berbahagia……
- ENCIK AZAHAR BIN ABDUL MALIK-PENOLONG PEGAWAI HAL
EHWAL MURID,SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KLANG,
- Yang berusaha Puan Annaburanai Velu Pandaram – Penolong Kanan,
Pentadbiran,
- Yang dihormati Encik Nagappan Subramanian – Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
- Yang dihormati Puan Kavita Thiagarajoo – Penolong Kanan
Kokurikulum,
- Yang dihormati Puan Muniamah Munisamy – Penyelia Petang,
- Yang dihormati Encik Mohanaraja Mardaveeran – YDP PIBG SJKT
Jalan Meru,

Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, salam sejahtera dan
selamat datang diucapkan ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka bagi peringkat
SJKT Jalan Meru bagi tahun 2022.
irama beralun gendang dipalu…
tari dimula langkah dibuka,
65 tahun telah berlalu.
Bumi tercinta megah merdeka
Pada tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 yang bertemakan
#Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang dipilih sebagai tema Hari
Kemerdekaan tahun ini selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.
Tema tahun ini menzahirkan rakyat Malaysia sebagai sebuah keluarga yang
mempunyai kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan
mampan.

Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka tirai, Diminta kepada semua hadirin untuk berdiri tegak dan
bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu…iaitu
Nyayian lagu
Lagu Negaraku… Lagu Selangor dan Lagu Patriotik …

Terima kasih diucapkan atas nyayian tadi…Para hadirin dipersilakan


duduk.

Hadirian yang dihotmati sekalian,


Bunga kaca cantik tersemat
Disanggul gadis bunga melati
Doa dibaca mohon rahmat
Semoga majlis sentiasa diberkati
Bacaan doa Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan adik Susmithaa, untuk bacaan
doa, Majlis mempersilakan……
*Para hadirin diminta berdiri…

Ucapan terima kasih diucapkan kepada adik Susmithaa di atas bacaan doa
sebentar tadi, moga majlis ini sentiasa mendapat kebaikan.
Bagi meneruskan acara hari ini, majlis menjemput Penolong Kanan
Kokurikulum Puan Kavita Thiagarajoo untuk memberi ucapan aluan…..Majlis
Ucapan Aluan (PK
KOKU) mempersilakan…..

Terima kasih diucapkan di atas ucapan aluan sebentar tadi…

Ucapan YDP PIBG Seterusanya, majlis menyemput YDP PIBG SJKT Jalan Meru Encik Mohanaraja
Mardaveera untuk memberi sepatah dua kata…
Majlis mempersilakan…..

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
…..

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Penolong kanan Pentadbiran,


Puan Anna Buranai Velu Pandaram, mewakili Puan Guru Besar untuk memberi
Ucapan Guru Besar ucapan..Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan beliau tadi…..

Kini, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia ENCIK


AZAHAR BIN ABDUL MALIK-PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL
MURID,SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH KLANG untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan
Majlis Ambang Kemerdekaan SJKT Jalan Meru, 2022.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..


Ucapan Tetamu Khas

& Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik
Azahar bin Abdul Malik atas kesudian menyampaikan ucapan dan
Perasmian dan Gimik
menyempurnakan majlis perasmian Ambang Kemerdekaan SJKT Jalan
Meru 2022. Semoga dengan itu, akan bersemaraklah semangat cintakan
negara di sanubari setiap warga SJKT Jalan Meru, Klang.

Perarakan Untuk acara seterusnya dalam Program Ambang Kemerdekaan SJKT Jalan Meru
dalah perarakan menggibarkan Jalur Gemilang beramai-ramai mengelilingi
taman perumahan di sekitar sekolah. Untuk itu, majlis dengan suka cita
menjemput.. Yang berusaha Puan Anna Buranai, barisan pentadbir sekolah dan
YDP PIBG menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Encik Azahar bin
Abdul Malik untuk bersama-sama menyertai warga sekolah ini dalam perarakan
mengibarkan Jalur Gemilang.

Dengan segala hormatnaya dipersilakan.

Para guru diminta menyusun ataur murid-murid mengikut kelas dan berkumpul
di hadapan pagar sekolah.

Dengan semangat cinta akan negara…. Marilah warga SJKT Jalan Meru
bersama-sama tetamu Khas kita menyertai perarakan

Selamat datang diucapkan semula……

Dari Kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan Majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis akan diteruskan dengan persembahan kanak-kanak comel dengan


bertajuk Ragam Malaysia ….
Persembahan Ragam
Malaysia
Sama-sama kita saksikan…

Terhiburlah mata memandang dengan persembahan yang comel tadi…


persembahanya disembahkan oleh murid-murid Prasekolah Malligai dan
Prasekolah Marutham. Ucapan terima kasih kepada murid-murid
prasekolah tadi dan kepada guru-guru yang melatih mereka.

Hadirin yang dihormati,

Hati dipenuhi dengan persembahan menarik tadi…Jadi masa untuk alas


perut……dengan ini, Majlis menjemput Yang Berusaha TUAN AZAHAR, Guru
Jamuan VIP
Besar, Penolong-penolong Kanan ke bilik ICT. bagi menikmati sedikit jamuan
ringan.

mempersilakan…………………

Manakala, murid-murid pula dijemput ke kantin sekolah untuk bersarapan…..

Murid tahun 1 dan 2

Rehat untuk Murid Murid Tahun 3 dan 4

Murid tahun 5 dan 6

Murid-murid berkumpul di sini semula pada pukul…………………

Persembahan Seterusnya, terimalah persembahan istimewa dari murid-murid SJKT Jalam


Meru…..
1. Marilah kita terhibur dengan sebuah tarian yang akan dipersembahankan
oleh Murid Tahun 1 Malligai..majlis dengan sukacitanya
mempersilakan… (terima kasih)
2. Marilah kita menyaksikan sebuah tarian dari murid-murid kita yang
membawa tajuk Tarian 3 bangsa…Majlis mempersilakan murid-murid
ke pentas…

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang menyampaikan tarian


tadi….
3. Sajak – Bangsaku Merdeka – Saudara Kavish

Saudara Kavish

Terima kasih diucapkan kepada saudara Kavish..

Hadirin sekalian, seterusnya marilah, kita menyaksikan sebuah persembahan dari


murid-murid tahun 4 dan 5.
4. Tokoh negara – Murid tahun 4 dan 5

Terima kasih diucapkan kepada…………………………………

5. Sajak – Saudari Dushantini (Suthanthiram)

6. Tahun 1 – Pertunjukkan fesyen pakaian tradisional

7. Nyanyian – china china aasai (Mithra alagi & Rudra alagi)

8. Tahun 2

9. Pertunjukkan Fesyen – Murid Tahun 4, 5, dan 6

10. Tahun 1

11. Nyayian – Nenjam undu neermai undu…..(Adik Saswin Rooney)

12. Tahun 2

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang telah membuat
persembahan itu tadi…

Kita sampai ke penghujung Majlis,… dengan ini mempersilakan Encik Satthiyah


Ucapan Terima untuk memberi ucapan penutup……
Kasih (SU KOKU)
Terima kasih atas ucapan beliau tadi…
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Kenangan lara akan terbuku,


Pusaka bangsa suka dan duka,
Laungan suara pekikkan Tunku,
Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka!!

Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas


Bersurai kesudian memeriahkan majlis pada hari ini. Seribu
kemaafan saya hulurkan jika sepanjang mengendalikan
majlis pada hari ini terdapat kesalahan tutur kata
dan tersilap bicara… Salam sayang, salam
#Keluarga Malayisa Teguh Bersama… terima kasih sekali lagi saya ucapan..

Maka dengan ini berakhirlah sudah Majlis Ambang Kemerdekaan ke 65 SJKT


Jalan Meru 2022.

Selamat bercuti dengan semarak kemerdekaan….jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai