Anda di halaman 1dari 11

Teks Pengacaraan

Majlis Sambutan Hari Lahir & Hari Keluarga PPKI


SK Serian
Mohon perhatian…
Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil
tempat masing-masing.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Sebagai pemula acara, marilah kita bersama-sama menyanyikan rangkaian
2 buah lagu, LAGU NEGARAKU & IBU PERTIWIKU.
Sidang dataran dipersilakan berdiri.

….……… Nyanyian lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku……………

Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Pembukaan Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalammualaikum w.b.t., selamat pagi dan selamat sejahtera…

Yang berusaha, Tuan Banda Anak Notem, Timbalan Pejabat Pendidikan


Daerah Serian, Sektor Pembelajaran, PPD Serian.

Yang berusaha, Encik Zailan Bin Jeman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Serian.

Yang berusaha, Puan Endvyan Anak Piuh, Penolong Pegawai Pendidikan


Daerah, Unit Pendidikan Khas.
Yang berusaha, Encik Dizon Anak Gembang, Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah, Unit Pendidikan Khas.

Yang Berusaha, …………………………………………………….(PK lain sekiranya ada)

Yang berusaha, Puan Halini Binti Abon, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Sekolah Kebangsaan Serian.

Barisan guru-guru, staf-staf sokongan, ibu bapa dan murid-murid Program


Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Serian.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga
Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Serian, bagi sesi 2022-
2023.

Majlis ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada hadirin yang
hadir bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga PPKI
SK Serian di Dewan Masyarakat Serian ini.

Bacaan doa Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Hadirin ada pantun pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi memberkati Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga kita pada
hari ini, majlis mempersilakan Encik Norhishammudin Bin Nen bagi
mengetuai bacaan doa.

….………………………Bacaan doa…………………………………..

Amin amin Ya Rabbal Alamin


Terima kasih kepada Encik Norhishammudin di atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
Hadirin hadirat serta anak-anak yang dikasihi sekalian…

Ucapan aluan PKPK Anak monyet anak kera,


Anak siang bernama Tahim,
Sambil berkumpul beramah mesra,
Mempererat lagi silaturrahim.

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Penolong Kanak Pendidikan


Khas Sekolah Kebangsaan Serian, Puan Halini Binti Abon untuk
memberikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

….……………………..Ucapan aluan PKPK…………………………

Terima kasih Puan Halini Binti Abon atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan…

Ucapan Guru Besar Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Bagi maksud itu, majlis seterusnya menjemput Guru Besar SK Serian, Yang
Berusaha, Encik Zailan Bin Jeman bagi menyampaikan ucapan beliau
bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Lahir dan Keluarga PPKI SK
Serian. Majlis dengan ini mempersilakan…

….……………………..Ucapan Guru Besar…………………………

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tuan


guru besar, Encik Zailan di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan Perasmian Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Doa sudah ucapan pun sudah,
Tiba masa merasmi acara.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan ucaptama daripada tetamu kehormat kita


pada pagi ini. Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Banda Anak
Notem, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Sektor Pembelajaran
PPD Serian untuk tampil memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan
Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga SK Serian pada hari ini.
Majlis dengan ini mempersilakan.

….……………………..Ucapan Timbalan PPD…………………………

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Banda Anak Notem di atas
ucapan serta perasmian majlis sebentar tadi.

Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian,

Marilah kita bersama-sama menikmati persembahan daripada murid PPKI


SK Serian. Untuk makluman hadirin sekalian, semua persembahan murid
pada hari ini adalah di bawah bimbingan Puan Freda Rinya, Puan Sarina dan
Puan Mahaziqah Farhah.

Persembahan 1 merupakan persembahan daripada adik Leelah Husna Binti


Yaakub dari Kelas PPKI Tahun 4 yang akan mendendangkan lagu yang
dipopularkan oleh Wann bertajuk Darah Muda. Dipersilakan adik Leelah
Husna.

….………….Nyanyian Leelah Husna…………..

Terima kasih adik Leelah Husna. Cukup bersemangat nyanyian adik Leelah
Husna sebentar tadi.

Seterusnya, kita teruskan dengan persembahan kedua oleh adik Izzat


Muizzudin Bin Mustafa dari Kelas PPKI Tahun 4 yang akan menyanyikan
lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Floor 88 yang bertajuk Hutang…
Dipersilakan adik Izzat Muizzudin dengan persembahan beliau.

….……………..Nyanyian Izzat………….

Terima kasih kepada adik Izzat di atas persembahan sebentar tadi…

Majlis diteruskan dengan acara Cabutan Bertuah…


Majlis dengan ini menjemput Tuan Banda Anak Notem, Timbalan PPD
Serian, Sektor Pembelajaran dan diiringi oleh Guru Besar SK Serian, Encik
Zailan Bin Jeman serta Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Halini Binti
Abon bagi mencabut undian cabutan bertuah dan sekaligus menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan…

….……….cabutan bertuah - 10 cabutan, MC main peranan………

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Banda Anak Notem di atas kesudian
beliau sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara kemuncak pada hari ini - Majlis


Sambutan Hari Lahir - Semua murid dan guru dijemput untuk ke pentas
bagi melaksanakan sesi pemotongan kek.

Diminta jasa baik semua hadirin untuk menyanyikan lagu Hari Jadi kepada
semua murid dan guru.

….……….. nyanyian lagu dan sesi pemotongan kek berlangsung……………..


Semua murid dan guru boleh kembali ke tempat masing-masing. Terima
kasih diucapkan kepada semua hadirin atas kesudian menyanyikan lagu
Selamat Hari Jadi sebentar tadi.

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Sesi pemotongan kek sudah dilaksanakan, sekarang tibalah masa untuk


Penyampaian Hadiah Hari Lahir kepada murid-murid kelas Tahun 1 dan
Tahun 2. Majlis dengan ini menjemput Guru Besar SK Serian, Encik Zailan
Bin Jeman bagi menyampaikan hadiah kepada murid.

….………. rujuk lampiran senarai nama………

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Encik Zailan di atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Bagi terus menceriakan majlis kita pada hari ini, maka eloklah kita dijamu
dengan 2 lagi persembahan daripada murid-murid kita.

Persembahan seterusnya merupakan persembahan secara berkumpulan


yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 2. Dipersembahkan Wingle-
wingle.

….…………………..Persembahan murid tahun 2………………………

Terima kasih di atas persembahan murid tahun 2 sebentar tadi.

Persembahan solo sudah, persembahan berkumpulan pun sudah.


Seterusnya marilah kita menikmati persembahan duet oleh adik Leelah
Husna dan Izzat Muizzudin yang akan mempersembahkan lagu duet yang
bertajuk Pantun Budi. Dipersilakan…..

….…………………..Persembahan duet Leelah dan Izzat………………………

Terima kasih atas persembahan duet oleh adik Leelah dan Izzat.
Hadirin sekalian,
Kita teruskan dengan penyampaian hadiah hari lahir bagi Tahun 3 dan
Tahun 4.
Dijemput Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas, Puan
Endvyan Anak Piuh bagi menyampaikan hadiah kepada semua murid.

….………………….rujuk lampiran senarai nama murid……………………………

Terima kasih diucapkan kepada Puan Endvyan anak Piuh di atas kesudian
beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Kita teruskan dengan persembahan yang seterusnya bersama dengan adik
Camelyana Anak Napi dengan persembahan beliau - Cayunk, I Love You…
Dipersilakan adik Camelyana…

….……..persembahan Camelyana….

Terima kasih atas persembahan adik Camelyana. Persembahan yang cukup


bertenaga.

Kini kita sambung kembali dengan cabutan bertuah pada hari ini. Majlis
menjemput Encik Dizon Anak Gembang, Penolong PPD, Unit Pendidikan
Khas bagi mencabut 10 kertas undian dan sekaligus menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

….……….cabutan bertuah - 10 cabutan, MC main peranan………

Terima kasih diucapkan kepada Encik Dizon di atas kesudian beliau


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Persembahan 6:
Malam Pesta Muda Mudi - persembahan yang dipersembahkan oleh murid-
murid Tahun 2. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, lagu Malam Pesta
Muda Mudi ini akan dinyanyikan oleh Cikgu Nellia Anak Ridi. Majlis
mempersilakan……
.…Persembahan….

Terima kasih……..
…...Penyampaian Hadiah Hari Jadi kepada Guru-guru dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) SK Serian.
Dijemput Tuan Banda Anak Notem, Guru Besar Sk Serian- Encik Zailan Bin
Jeman, Puan Endvyan dan Encik Dizon bagi menyampaikan hadiah kepada
semua penerima.

Terima kasih…… (senaraikan nama)…

Persembahan 7: Diam-diam Jatuh Cinta - Camelyana Anak Napi

Cabutan Bertuah: 10 cabutan


Dijemput: …………………………………………………………………………………………………

Persembahan 8:
Berkikis Bulu Betis: Semua murid PPKI SK SERIAN

Persembahan 9:
Cintaku 100% : Semua murid PPKI SK Serian

Hadirin sekalian…

Majlis kita teruskan lagi dengan Penyampaian Sijil dan Hadiah. Dijemput
Tuan Banda Anak Notem dan diiringi oleh Puan Halini Binti Abon untuk
menyampaikan hadiah.

Penyampaian Sijil dan hadiah ini diberikan khas kepada murid-murid yang
telah memberikan sumbangan mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan di sepanjang sesi persekolah 2022/2023 ini. Murid-murid
ini bukan sahaja telah menyertai aktiviti serta pertandingan yang
dianjurkan pada peringkat daerah bahkan ada antara mereka berjaya ke
peringkat kebangsaan.

Dijemput adik Leelah Husna Binti Yaakub untuk tampil ke pentas untuk
menerima hadiah di atas sumbangan aktif beliau. Leelah Husna telah
menyertai pelbagai pertandingan yang bukan sahaja berjaya menyertai di
peringkat negeri bahkan berjaya ke peringkat kebangsaan. Beliau telah
menyertai pertandingan e-Mahabbah di bawah bimbingan Cikgu Zati
Hanani, e-Nilam di bawah bimbingan Cikgu Nariza dan juga pertandingan
MITC di bawah bimbingan Cikgu Mahaziqah.
Seterusnya dijemput adik Ahmad Thantawi Bin Abdul Karim yang juga
telah berjaya menyertai pertandingan di peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan bagi pertandingan e-Mahabbah dan MITC.

Nusyazwani Bt Muhammad Fazillah - untuk makluman juga turut berjaya


melayakkan diri untuk menyertai pertandingan peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan dalam pertandingan e-Mahabbah.

Izzat Muizzudin Bin Mustafa - untuk pengetahuan semua adik Izzat telah
menyertai dua pertandingan di peringkat negeri iaitu dalam pertandingan
e-Mahabbah dan MITC.

Jack Evan Anak Colman - beliau telah menyertai pertandingan e-Nilam


peringkat negeri pada Mei 2022 yang lepas.

Kita teruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi penyertaan
murid-murid PPKI SK Serian bagi Sukan Olahraga. Di bawah bimbingan dan
latihan Cikgu Nellia anak Ridi dan Cikgu Lingkai Anak Nesiah, 5 orang
murid telah menyertai sukan olahraga Peringkat Daerah dan Negeri yang
berlangsung di Mukah pada bulan Ogos, 2022 yang lepas. Dipersilakan adik

1. Camelyana anak Napi


2. Venovick Venny anak Eravin
3. Joenelton Julio anak Josephine Lisi
4. Yantzent Paul anak Edmund
5. Mohamad Saifudin Arsyad Bin Salahuddin

Pada 19 Ogos 2022 yang lepas, Pertandingan Larian 3X25m (Sindrom


Down) Sempena Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Program Pendidikan
Khas Integrasi telah dilaksanakan di SMK Tarat. Lima orang murid kita
telah terlibat dalam sukaneka ini. Dijemput adik…

Jeamillynie Ovien Anak Johnny Baker


Eric Zarel Anak Gabriel Atet
Nur Amani Binti Usup
Adelyn Anak Samuel
Noah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid. Diharap


kecemerlangan murid PPKI kita akan diteruskan untuk tahun-tahun yang
mendatang.
Terima kasih kepada Tuan Banda anak Notem atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Penyampaian Bukan saiz jadi ukuran


cenderahati Bukan harga jadi nilaian
Penyampaian cenderahati kita jayakan
Dengan penuh rasa keikhlasan

Seterusnya…
Diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati. Dijemput Tuan Guru
Besar, Encik Zailan Bin Jeman dan diiringi oleh Puan Halini Binti Abon bagi
menyampaikan cenderahati.

Penerima cenderahati:

Tuan Banda Anak Notem


Encik Vincent Anak Ragot - Guru Pendidikan Inklusif murid PPKI SK
Serian bagi subjek Pendidikan Jasmani.

Terima kasih Guru besar…….

Cabutan bertuah terakhir:……………………………


(Jemput mana-mana VIP untuk menyampaikan lebihan cabutan bertuah:
bahagikan cabutan)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Jamuan makan Cawan cerek sudah teratur


Pinggan mangkuk di atas meja
Hidangan juadah sudah diatur
Bersamalah kita menjamu selera.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para hadirin untuk


menjamu selera. Dipersilakan…

Sesi karaoke….. (MC main peranan….)


Penutupan majlis Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawaklah balik
Nan tak elok tinggallah sini.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil


kesempatan wakti di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis Sambutan Hari Lahir dan Sambutan hari Keluarga PPKI SK Serian
ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Terima kasih juga diucapkan kepada tetamu kehormat, guru-guru, ibu bapa
serta mruid-murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan
majlis ini.

Sekian, Wassalammualaikum w.b.t………

Anda mungkin juga menyukai