Anda di halaman 1dari 4

teks ucapan

Teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

Teks ucapan Majlis Penutupan Bulan Patriotisme


Peringkat Sekolah

Ayam Selasih di dahan kuini,


Memagut serangga mencari makan;
Terima Kasih berkampung di sini,
Penutup Bulan Kebangsaan kita raikan

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam Malaysia Madani, ’Tekad
Perpaduan Penuhi Harapan”
Yg Berusaha Puan Hajah Sabariah Binti Ismail,Guru Besar Sk Bukit Kechil,
Yang Dihormati Cik/Puan Azila Binti Mohd Saad, Pen. Peg Daerah SISC+ Sains Sosial,
Yang Dihormati En Zakaria Bin Ahmad, GPK Kurikulum,
Yang Dihormati Puan Azamunah Binti Baki, GPK Hal Ehwal Murid,
Yg Dihormati En Mohamad Yusri Bin Mohd Yusoff, GPK Kokurikulum,
Yg Dihormati En Halim Bin Omar, Yang Dipertua PIBG SKBK,
Yg Dihormati rakan – rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn
limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Penutupan
Bulan Patriotisme peringkat sekolah bagi tahun 2023 pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,


sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang merdeka. Justeru
marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan menunjukkan
semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan Patriotisme pada tahun ini..
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohamad Mohafez Bin Hussain untuk memimpin
bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad Mohafez Bin Hussain yg telah sudi
memimpin bacaan
doa.

Para Hadirin Sekalian,


Untuk tidak melengahkan masa, pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Puan Hajah Sabariah Binti Ismail, Guru Besar SKBK untuk menyampaikan
ucapan alu – aluan....dipersilakan puan......pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada puan atas ucapan tersebut..

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dihormati Cik / Puan Azila Binti Mohd
Saad Pen. Peg. Daerah SISC+ Sains Sosial untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Penutup Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. Dipersilakan.

Kalungan apresiasi buat Yang Dihormati Cik / Puan Azila Binti Mohd Saad atas ucapan yang
dititipkan dan sudi merasmikan Penutup Bulan kebangsaan sebentar tadi.

GIMIK PERASMIAN.............

Para Hadirin Yang Dihormati,

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Murid cemerlang Sekolah terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Marilah kita sama – sama saksikan persembahan mendeklamasikan sajak yang akan
disampaikan oleh Adik..................... dari kelas .............. dan sebuah lagu Patriotik yang
disampaikan oleh .......................... dari kelas..................dipersilakan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan atas persembahan yang bersemangat itu tadi..
Para Hadirin,
Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama – sama menyanyikan Lagu Malaysia Madani,
Para hadirin diminta untuk berdiri dan menyanyikan bersama – sama..................Terima
kasih diucapkan kepada semua kerana dapat menyanyi dengan penuh semangat...Para
hadirin dipersilakan duduk....

Meneruskan kelangsungan acara, Kita tampilkan pula model-model cilik yang akan
memperagakan pakaian-pakaian yang bertemakan Cintakan negara.
Dipersilalkan adik...................... ( Pra sekolah/ Tahap 1 / Tahap 2 )

Begitulah indah dan berwarna-warninya peragawati dan peragawan cilik dari SK Bukit
Kechil memperagakan busana patriotik.

# Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan rehat kepada semua


murid.
PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin sekalian.

Tak akan megah empayar Melaka.


Tanpa kelibat, laksamana Hang Tuah
Kita redakan debar seketika
Dengan upacara penyampaian hadiah.

Berikut akan disempurnakan majlis penyampaian hadiah untuk acara melukis poster,
pertandingan replika,pertandingan mewarna, pertandingan mendeklamasikan sajak dan
teka silang kata.....
Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati
Cik / Puan Azila Binti Mohd Saad untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan...

BACA SENARAI NAMA PEMENANG.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Cik / Puan Azila Binti
Mohd Saad atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para penerima.

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Murid cemerlang Sekolah terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Kini kita langsungkan pula penyampaian hadiah kepada pemenang – pemenang Nyanyian
Patriotik, pertandingan sudut patriotik & hiasan kelas dan pakaian beragam......
majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah
Sabariah Binti Ismail untuk menyempurnakan majlis...... Dipersilakan puan..

BACA SENARAI PEMENANG

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah
Sabariah Binti Ismail atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sambutan Kemerdekaan terlaksana sudah,

Semoga tercapai matlamat dicita. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai