Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN


TARIKH : 15 OGOS 2023 (SELASA)

ATUR CARA BUTIRAN PENGACARAAN

KETIBAAN Diumumkan ketibaan Yang berusaha Cg Rohaya binti Md Zain diiringi barisan pentadbir
PERASMI Sekolah Tinggi Segamat

***(VIP mengambil tempat)


NYANYIAN Sedia untuk menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu STS Sentiasa
LAGU Maju
NEGARAKU Hadirin diminta bersedia.

***********
Hadirin dipersilakan duduk.

*** (VIP menerima buku program)

KATA-KATA Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan salam kemerdekaan.


ALUAN
Ceria wajah terserlah manis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang Berusaha Cg Rohaya binti Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat


Yang dihormati,
Cg. Sahri bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Cg. Mohd Naim bin Sidek, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Cg. Norhayati binti Mohd Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Cg. Suraya binti Aziz, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Barisan guru kanan bidang, rakan-rakan guru,
serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

Terlebih dahulu bersama-samalah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita bersama-sama berkumpul
bagi memeriahkan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-66 peringkat
Sekolah Tinggi Segamat bagi tahun 2023.

Dengan tema " Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", secara rasminya
menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke-66, sekaligus menjadi lambang
kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang
boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi
secara berterusan.
Hadirin sekalian,
BACAAN
DOA Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Asraf bin Che Nor untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

***********
Terima kasih kepada Ust. Asraf bin Che Nor atas bacaan doa itu tadi.

IKRAR Hadirin sekalian,


RUKUN Seterusnya, dipersilakan __________________________________ untuk mengetuai
NEGARA bacaan lafaz ikrar rukun negara. Dipersilakan.

***********

Terima kasih kepada __________________________________ atas lafaz ikrar rukun


negara itu tadi.

UCAPAN
PENGETUA Sidang hadirin yang budiman,

Keris melayu lambang pusaka,


Tapak sirih lambang sejahtera,
Negara sudah aman merdeka,
Hidup rakyat bergaul mesra.

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan majlis pada pagi ini dengan mempersilakan Yang
Berusaha Cg Rohaya binti Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya melangsung rasmikan Majlis Perasmian Sambutan Bulan
Kemerdekaan kali ke-66 peringkat Sekolah Tinggi Segamat tahun 2023.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

***********
Dengan ucapan itu tadi, maka rasmilah Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
kali ke-66 peringkat Sekolah Tinggi Segamat tahun 2023.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

GIMIK Hadirin sekalian,


PERASMIAN
Majlis perasmian bulan kemerdekaan pada hari ini, tidak lengkap tanpa ada gimik
perasmian yang merupakan simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah
Tinggi Segamat. Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Cg Rohaya binti
Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat untuk menyempurnakan acara gimik
kemerdekaan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cg Rohaya binti Md Zain
atas kesudian menyempurnakan acara gimik sebentar tadi.

MAKLUMAN Untuk makluman semua pelajar dan hadirin, sepanjang bulan kemerdekaan ini banyak
PROGRAM / program dan pertandingan yang akan diadakan.
AKTIVITI
SEMPENA Antara program yang akan dilaksanakan ialah Sudut Kemerdekaan yang diadakan di Foyer
BULAN PSM iaitu berhadapan dengan Koperasi.
KEMERDEK
AAN Selain itu juga, antara pertandingan yang turut diadakan ialah Kuiz Kenegaraan,
Pertandingan mengarang esei patriotik bagi kategori Menengah Rendah, pertandingan
mengarang cerpen patriotik bagi kategori menengah atas, Pertandingan Melukis Poster
Kemerdekaan, Pertandingan Tiktok Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Selfie
Kemerdekaan dan Pertandingan Video Pendek.

Diharapkan semua pelajar boleh turut serta dalam semua pertandingan yang diadakan. Dan
pastinya hadiah yang berbaloi menanti anda semua....

PERSEMBAH Hadirin sekalian,


AN PELAJAR
Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara persembahan
pelajar. Untuk itu, marilah kita saksikan persembahan koir lagu warisan dan persembahan
deklamasi sajak yang bertajuk tanah air menjelang kemerdekaan yang akan disampaikan
oleh Alisha Nazira binti Shahriel Rizal dari kelas 3 Mawar

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Segamat atas persembahan
itu tadi.

NYANYIAN Hadirin yang dihormati sekalian,


LAGU
PATRIOTIK Bagi menghangatkan lagi majis pada hari ini, marilah sama-sama kita berdiri untuk
menyanyikan tiga buah lagu patriotik dengan penuh bersemangat iaitu
(i) Lagu Tanggal 31 Ogos
(ii) Lagu Jalur Gemilang
(iii) Lagu tema pada tahun ini, lagu Malaysia Madani

Terima kasih kepada semua atas nyanyian lagu patriotik yang penuh bersemangat itu tadi.

MAJLIS Dengan nyanyian lagu patriotik itu tadi, maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.
BERSURAI Selaku juruacara majlis pada pagi ini, kami memohon maaf andainya ada kekasaran bahasa,
kekhilafan kata sepanjang mengacarakan majlis pada pagi ini.

Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang
berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita
terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Marilah, dengan penuh semangat, kita laungkan kalimah keramat MERDEKA sebanyak 7
kali

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,


MERDEKA.

Terima kasih.
Sekian sahaja majlis kita pada hari ini, semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai