Anda di halaman 1dari 2

Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Sajak : Pesan Ibu Beribu-ribu

PUISI MODEN – SAJAK : PESAN IBU BERIBU-RIBU

BIL SAJAK MAKSUD


1 Kita ada ibu Setiap anak mempunyai seorang ibu sahaja tetapi
ibu kita satu terdapat banyak pesanan ibu kepada anak dalam
pesanannya beribu-ribu. menghadapi kehidupan.
2 Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu Pesanan ibu kepada anak meliputi keseluruhan
"Buat begini jangan begitu kehidupan anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin
bacalah buku selalu belajar supaya dilengkapi dengan ilmu pengetahuan
kukuhkan diri dengan ilmu dan berhati-hati dalam memilih kawan. Ibu juga
pilihlah kawan yang mulia hati berpesan agar anaknya mencari rakan yang baik dan
tolaklah kawan pementing diri menjauhi rakan yang boleh mempengaruhi anaknya
pilihlah kawan yang punya petunjuk melakukan perkara yang negatif. Ibu berpesan lagi
tolaklah kawan bertabiat buruk." agar si anak berwaspada ketika keluar dari rumah
Ibu yang satu menyekat kita di pintu kerana bimbang akan bahaya yang mungkin
bertanya ke mana arah tuju menimpa diri. Walaupun si anak berasa jemu dengan
"Jagalah diri selalu setiap pesanan ibu namun ibu tidak pernah berhenti
di luar sana mungkin bencana menunggu." berpesan. Pesanannya sentiasa bertambah dari
Kita menjadi jemu sehari ke sehari, termasuklah pesanan agar menjaga
mendengar pesanan beribu-ribu kesihatan diri.
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
3 Suatu senja Suatu hari penyajak melihat rakannya bersedih
seorang temanku merintih kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Dia baru
kerana kehilangan kekasih menyedari bahawa kekasihnya ialah seorang penipu
kini baru disedarinya dan telah ditangkap.
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.

4 Dia menyatakan kesalnya Ketika itu rakan penyajak telah menyedari bahawa
kerana dia alpa dia telah mengabaikan pesanan ibunya agar berhati-
ibunya berpesan sejak dulu hati dalam memilih sahabat. Setelah itu, penyajak
"Pilihlah kawan yang bermutu mula menerima hakikat kebenaran pesanan ibunya
Jangan dipilih kawan berhantu." dan merindui pesanan-pesanan ibunya.
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.

5 Ibu, Akhirnya, penyajak mengakui bahawa ibunya lebih


kuyakini kau mengenali arif dalam menilai perkara yang baik dan yang buruk.
yang mana permata, yang mana kaca Penyajak sanggup menerima lebih banyak pesanan
yang mana budaya, yang mana buaya ibunya kerana dia tidak akan bosan mendengarnya.
berilah pesanan beribu-ribu Penyajak sedar bahawa sempurnanya
malah berpuluh ribu tanggungjawab seorang ibu apabila beliau dapat
aku tidak akan jemu menyampaikan pesanan yang baik kepada anaknya.
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh


Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Sajak : Pesan Ibu Beribu-ribu
Tema (d) Epifora (perulangan kata yang sama pada
Seorang ibu yang tidak pernah jemu berpesan akhir baris). Contohnya,
dan memberi nasihat kepada anak  aku merindui pesanan ibu.
kesayangannya supaya tidak tersalah memilih Ya, pesanan ibu.
jalan hidup. (e) Repetisi. Contohnya, tapi ibu tetap ibu,
(f) Hiperbola. Contohnya, kawan berhantu.
Persoalan (g) Perlambangan. Contohnya, musang
(a) Kasih sayang seorang ibu terhadap berbulu arnab.
anaknya.
(b) Sikap berhati-hati dalam memilih sahabat. Unsur Bunyi
(c) Kepentingan ilmu pengetahuan dalam (a) Asonansi. Contohnya,
kehidupan sebagai penyuluh kehidupan.  setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
(d) Sikap tidak ambil peduli terhadap pesanan (perulangan vokal i).
ibu akan membawa musibah kepada diri  yang mana permata, yang mana kaca
anak-anak. (perulangan vokal a).
(e) Pengalaman yang mengajar manusia  di luar sana mungkin bencana
tentang erti kehidupan. menunggu (perulangan vokal u).
 kerana kehilangan kekasih
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak (perulangan vokal e).
(a) Terdiri daripada lima rangkap. (b) Aliterasi. Contohnya,
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah  bacalah buku selalu (perulangan
tidak sama. Contohnya: konsonan b).
 rangkap 1 : tiga baris  kerana kehilangan kekasih
 rangkap 2 : lapan belas baris (perulangan konsonan k).
 rangkap 3 : sembilan baris
 rangkap 4 : lapan baris Nada
 rangkap 5 : sepuluh baris. Melankolik.
(c) Bilangan patah perkataan bagi setiap baris
antara satu hingga tujuh patah kata. Nilai
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara (a) Kasih sayang.
dua hingga enam belas suku kata. (b) Kesungguhan.
(e) Sajak ini berbentuk bebas. (c) Kebijaksanaan.
(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya : (d) Kemuliaan hati.
 rangkap 1 : aaa (e) Keinsafan
 rangkap 2 : aaaabbccaaaaaaaaaa (f) Bertanggungjawab
 rangkap 3 : abbacdddd (g) Ketaatan
 rangkap 4 : aabbbbbb
 rangkap 5 : abccaaaaaa. Pengajaran
(a) Kita mestilah sentiasa patuh dan
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi mendengar nasihat ibu bapa.
(a) Inversi. Contohnya, ibu kita satu. (b) Kita hendaklah rajin dalam menuntut ilmu
(b) Anafora (perulangan perkataan yang sama pengetahuan.
pada awal baris). Contohnya, (c) Kita disarankan untuk menjaga kesihatan
 Si Bedul sudah ditangkap supaya tidak memudaratkan diri sendiri.
Si Bedul di dalam lokap (d) Kita hendaklah menunaikan
 yang mana permata, tanggungjawab yang telah diamanahkan
yang mana kaca yang mana budaya, kepada kita.
yang mana buaya. (e) Kita perlulah bijak dalam memilih sahabat
(c) Responsi (perulangan kata yang sama yang boleh memberi tunjuk ajar kepada kita.
pada tengah baris). Contohnya,
 pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh

Anda mungkin juga menyukai