Anda di halaman 1dari 4

SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR

Sehelai kelopakmu gugur


Adalah titis air mata bonda
Yang luruh dalam lipatan usia
Rima: abb

Merenung pada malam yang kematian angin


Pada laut yang kematian ombak
Seperti telah menutup
Pintu kehidupan ini
Menjadi sepi dan lara
Pada kemusnahan yang tak pernah dipinta
Rima : abcdee

Sekuntum mawar
Bukan melontar harum indahmu
Di hujung lembah
Tapi mengangkat seri mahkotamu
Ke puncak iman
Rima : abcbd
Maksud rangkap sajak
Rangkap 1
Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar,
maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.
Rangkap 2
Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah musnah. Dia
berasa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga berasa segala-galanya telah
musnah, dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaik keadaan tersebut.
Rangkap 3
Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan maruah mereka tercemar dalam
menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini tetapi sebaliknya hendaklah menjaga diri
supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

Tema
Anak gadis mestilah menjaga martabat atau maruah mereka sebagai gadis.
.
Persoalan
(a)   Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
(b)   Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan hidupnya sudah tidak bermakna
lagi.
(c)   Kehilangan maruah seorang gadis merupakan satu kemusnahan yang tidak sanggup
diterima oleh seseorang ibu.
(d)    Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh,
iaitu sebagai gadis yang beriman.

Bentuk sajak

a)   Terdiri daripada tiga rangkap.


(b)   Rangkap pertama mempunyai tiga baris, rangkap kedua mempunyai enam baris, dan
rangkap ketiga mempunyai lima baris.
(c)   Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.
(d)   Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris.
(e)   Bentuknya bebas.

Gaya Bahasa
a)   Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu kehidupan.
(b)   Imej alam. Contohnya, malam; angin; laut; ombak; mawar; lembah.
(c)   Simile. Contohnya, seperti telah menutup.
(d)   Sinkope. Contohnya, tak.
(e)   Asonansi. Contohnya, bukan melontar harum indahmu (perulangan vokal u)
(f)    Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abb, rima akhir bagi rangkap kedua abcdee, dan
rima akhir bagi rangkap ketiga abcbd.
.
Nada
Melankolik.

Nilai
a) Kasih sayang. Sebagai contoh, seorang ibu sangat menyayangi anak gadisnya dan sentiasa
berharap anak gadisnya mejaga maruah diri dan keluarga.
b) Rasional. Sebagai contoh, seorang gadis perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara
agar tidak terlibat dengan perkara yang boleh menjatuhkan maruah mereka.
c) Kesedaran. Sebagai contoh, seorang gadis perlu sedar bahawa maruah diri amat penting
dalam kehidupan mereka.

Pengajaran
a) Kita perlulah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
b) Kita hendaklah menjaga maruah diri agar tidak tercemar.
c) Kita mestilah menjaga diri agar menjadi wanita yang beriman dan dihormati.
Latihan

1. Berdasarkan sajak tersebut, bagaimanakah keadaan bonda apabila mengetahui bahawa


maruah anak gadisnya tercemar?
= Keadaan bonda apabila mengetahui bahawa maruah anak gadisnya tercemar ialah
berasa sedih dan merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

2. Pelbagai gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut,. Berikan dua gaya Bahasa
beserta contoh yang terdapat dalam sajak tersebut.
= Asonansi. Contohnya, adalah titis air mata bonda ( pengulangan vokal a).
Simile. Contohnya, seperti telah menutup.

3. Semakin hari semakin banyak gadis yang terlibat dengan masalah sosial
Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang gadis itu boleh terjerumus dalam
masalah sosial?
= Pada pendapat saya, punca-punca seseorang gadis itu boleh terjerumus dalam
masalah sosial ialah pengaruh rakan sebaya. Seseorang gadis mudah terpengaruh
dengan perlakuan rakannya yang tidak baik. Selain itu, kurang perhatian ibu bapa juga
merupakan punca masalah sosial. Hal ini terjadi sekiranya ibu bapa tidak ambil tahu
akan keadaan anaknya.

Anda mungkin juga menyukai