Sekuntum mawar
Bukan melontar harum indahmu
Di hujung lembah
Tapi mengangkat seri mahkotamu
Ke puncak iman
Rima : abcbd
Maksud rangkap sajak
Rangkap 1
Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis
tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.
Rangkap 2
Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah musnah.
Dia berasa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga berasa segala-galanya telah
musnah, dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaik keadaan tersebut.
Rangkap 3
Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan maruah mereka tercemar dalam
menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini tetapi sebaliknya hendaklah menjaga diri
supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.
Tema
Anak gadis mestilah menjaga martabat atau maruah mereka sebagai gadis.
.
Persoalan
(a) Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
(b) Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan hidupnya sudah tidak
bermakna lagi.
(c) Kehilangan maruah seorang gadis merupakan satu kemusnahan yang tidak sanggup
diterima oleh seseorang ibu.
(d) Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh,
iaitu sebagai gadis yang beriman.
Bentuk sajak
Gaya Bahasa
a) Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu kehidupan.
(b) Imej alam. Contohnya, malam; angin; laut; ombak; mawar; lembah.
(c) Simile. Contohnya, seperti telah menutup.
(d) Sinkope. Contohnya, tak.
(e) Asonansi. Contohnya, bukan melontar harum indahmu (perulangan vokal u)
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abb, rima akhir bagi rangkap kedua abcdee, dan
rima akhir bagi rangkap ketiga abcbd.
.
Nada
Melankolik.
Nilai
a) Kasih sayang. Sebagai contoh, seorang ibu sangat menyayangi anak gadisnya dan
sentiasa berharap anak gadisnya mejaga maruah diri dan keluarga.
b) Rasional. Sebagai contoh, seorang gadis perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu
perkara agar tidak terlibat dengan perkara yang boleh menjatuhkan maruah mereka.
c) Kesedaran. Sebagai contoh, seorang gadis perlu sedar bahawa maruah diri amat penting
dalam kehidupan mereka.
Pengajaran
a) Kita perlulah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
b) Kita hendaklah menjaga maruah diri agar tidak tercemar.
c) Kita mestilah menjaga diri agar menjadi wanita yang beriman dan dihormati.
Latihan
2. Pelbagai gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut,. Berikan dua gaya
Bahasa beserta contoh yang terdapat dalam sajak tersebut.
3. Semakin hari semakin banyak gadis yang terlibat dengan masalah sosial.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang gadis itu boleh terjerumus
dalam masalah sosial?