Anda di halaman 1dari 2

Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Sajak : Kijang Yang Lelah

PUISI MODEN – SAJAK : KIJANG YANG LELAH

BIL SAJAK MAKSUD


1 Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Kehidupan seekor kijang tua yang
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba berasakan dirinya tidak lagi
Dia tidak lagi mampu menobat takhta diperlukan seperti zaman mudanya
Mengorak telapak di tanah menghijau yang gagah dan berkuasa.

2 Saat itu Ketika itu sang kijang berasa sangat


Sebak menyentap dahan kalbu sedih dan resah. Kekuatan
Dedaun resah mula berguguran dalamannya semakin hilang dan yang
Pepohon batin akhirnya tumbang tinggal hanyalah harapan.
Akarnya menguncup di perdu harap.

3 Hari ini Namun hari ini, sang kijang cuba


Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki membina kekuatan untuk
Menghambat waktu yang bersisa menghabiskan sisa-sisa hidupnya
Walau dalam jera lelah walaupun berasa serik dan tidak
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. berdaya lagi setelah keinginannya
terhalang.

4 Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang tetap berhati-hati kerana
Sang kijang lebih berhati-hati menapak takut tersadung akar dan terkena
Meski dalam peribadi yang keruh jerat manusia. Biarpun dalam
Diredah belantara yang mula teduh keadaan yang lemah, sang kijang
Nun jauh di batas nuraninya tetap meneruskan perjalanannya di
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah dalam hutan tebal tersebut. Namun
terus mengorak penuh berhemah jauh di sudut hatinya, sang kijang
dengan akal dan hati telah menanam tekad untuk terus
dia tidak lagi gundah melangkah walaupun pelbagai
menyusun gerak dan langkah. halangan menantinya dengan
menggunakan akal fikiran serta
kewarasannya.

Tema
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.

Persoalan
(a) Persoalan ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.
(b) Persoalan realiti kehidupan apabila kekuasaan semakin hilang ketika diri menginjak usia
tua.
(c) Persoalan sikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
(d) Persoalan kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk menghadapi cabaran hidup.
(e) Persoalan fikiran dapat membantu seseorang untuk menghadapi kehidupan yang penuh
dengan cabaran.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh


Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Sajak : Kijang Yang Lelah

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak


(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Setiap rangkap mempunyai baris yang tidak sama. Rangkap pertama mempunyai empat
baris, rangkap kedua dan ketiga mempunyai lima baris, dan rangkap keempat
mempunyai sepuluh baris.
(c) Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.
(d) Bilangan suku katanya dalam setiap baris adalah antara empat hingga tujuh belas suku
kata.
(e) Bentuknya bebas.
(f) Rima akhir bagi setiap rangkap ialah rangkap 1 (aaab), rangkap 2 (aabcd), rangkap 3
(aabcb), dan rangkap 4 (abccdccecc).

Gaya Bahasa
(a) Kata ganda. Contohnya, berhati-hati, dedaun, pepohon.
(b) Metafora. Contohnya, dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin, perdu harap.
(c) Personifikasi. Contohnya, Sebak menyentap dahan kalbu, Menghambat waktu yang
bersisa.
(d) Hiperbola.Contohnya, suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
(e) Responsi. Contohnya, pengulangan perkataan “tidak lagi” dalam rangkap 1.
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau

Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, terus mengorak penuh berhemah (perulangan vokal e).
(b) Aliterasi. Contohnya, Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan konsonan k).

Nada
Melankolik.

Nilai
(a) Ketabahan.
(b) Kesungguhan.
(c) Ketelitian.
(d) Hemah tinggi.
(e) Berwaspada.
(f) Rasional
(g) Keredaan

Pengajaran
(a) Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
(b) Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan agar diri kita menjadi lebih baik.
(c) Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara.
(d) Kita disarankan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu
perkara.
(e) Kita perlulah rasional dalam membuat sebarang tindakan walaupun berasa sedih dan
terluka.
(f) Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh

Anda mungkin juga menyukai