Anda di halaman 1dari 9

SAJAK : KIJANG YANG LELAH

MAKSUD
RANGKAP 1
Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan
dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman
mudanya yang gagah dan berkuasa.

RANGKAP 2
Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan
resah. Kekuatan dalamannya semakin hilang dan
yang tinggal hanyalah harapan.
MAKSUD
RANGKAP 3
Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan
tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.

RANGKAP 4
Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan
terkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah,
sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan
tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah
menanam tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai
halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran serta
kewarasannya.
TEMA
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam
mengharungi kehidupan.
PERSOALAN
(a) Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.

(b) Realiti kehidupan apabila kekuasaan semakin hilang


ketika diri menginjak usia tua.

(c) Sikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan


seharian.

(d) Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk


menghadapi cabaran hidup.
GAYA BAHASA
(a) Metafora. Contohnya, dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin.

(b) Personifikasi. Contohnya, Menghambat waktu yang bersisa.

(c) Hiperbola.Contohnya, suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.

(d) Asonansi. Contohnya, terus mengorak penuh berhemah (perulangan vokal e).

(e) Aliterasi. Contohnya, Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan
konsonan k).

(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah aaab, rima akhir bagi rangkap kedua
ialah aabcd, rima akhir bagi rangkap ketiga ialah aabcb, dan rima akhir bagi
rangkap keempat ialah abccdeefee.
BENTUK DAN CIRI SAJAK
(a) Terdiri daripada empat rangkap.

(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua


dan ketiga mempunyai lima baris, dan rangkap keempat
mempunyai sepuluh baris.

(c) Bilangan katanya dua hingga tujuh patah kata.

(d) Terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.

(e) Bentuknya bebas.


NILAI
(a) Ketabahan.

(b) Kesungguhan.

(c) Ketelitian.

(d) Hemah tinggi.

(e) Berwaspada.
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

(b) Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan.

(c) Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara.

(d) Kita disarankan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dalam


melakukan sesuatu perkara.

(e) Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat


sebarang tindakan.

(f) Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir.

Anda mungkin juga menyukai