Anda di halaman 1dari 6

SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

Kita umpama sehelai daun (Asonansi ) / Repetisi /simile

Bertunas segar di hujung ranting (imej alam)

Lalu melebar dan merimbun ( konsonan L)

Tempat bercanda unggas meriang (personifikasi)

Di bawah redup bebayang mentari (Konsonan b) / kata ganda ; bebayang

RIMA : ababc

Andai kikir jasa dan bakti (vokal i)

Di mana lagi tempat bernaung

Dari tusukan bahang memijar (Hiperbola)

Unggas kecil tidak berkudrat

RIMA : abcd

Kita umpama sehelai daun (repetisi) / simile

Bakal kering sampai waktunya (konsonan k)

Usahlah angkuh keupayaan diri ( vokal u)

Sehingga lupa makhluk duafa

Ingin bernaung mencari hidup

RIMA : abcbd

Jadilah sehelai daun

Hijau menunas menyegar mata

Kering gugur menjadi baja

RIMA : abb
MAKSUD SAJAK

Rangkap 1

Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan
, membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk
menerangi  kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

Rangkap 2

Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka
yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3

Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu
sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang
lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4

Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun,
banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

TEMA

Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.

PERSOALAN

1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.

2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan menyebabkan hubungan
dengan masyarakat akan menjadi renggang.

3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.

BENTUK

1. Bebas

2. Terdapat empat rangkap

3. Baris-baris ayat dan rima akhir

 Rangkap 1 terdapat 5 baris.  Rima akhir ababc


 Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd

 Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd

 Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb.

Gaya Bahasa

1. Unsur Bunyi (3x atau lebih)

2. Asonansi (perulangan huruf vokal) (a,e,I,o,u)

3. Aliterasi ( Perulangan huruf konsonan)

4. Hiperbola ( perumpamaan yang melebih-lebih)

5. Imej alam : pokok, pasir, daun, unggas

6. Diksi : pemilihan perkataan

7. Personifikasi : ikan menari riang, pokok melambai-lambai, burung menyanyi girang

8. Repetisi ; pengulangan perkataan atau frasa dalam 1 baris atau keseluruhan puisi.

9. Anafora : pengulangan perkataan di awal baris.

10. Responsi : pengulangan perkataan di tengah baris

11. Epifora : Pengulangan perkataan di hujung baris

#AnaResponEpi

Aku____ _____ _____ _____

Aku ______ ____ ____ _____

___ ____ kamu ____-

____ _____lalu ________

_____ ______ kamu ______

___ ______ ____ _____ dia

____ _____ ____ _____ dia


12. Simile : perumpamaan ; seperti, bak, bagai, umpama, macam

13. Sinkope : singkatan perkataan ( kamu- mu, aku –ku, dahulu – dulu)

14. Metafora : gabungan perkataan konkrit dan abstrak : pintu kemaafan, api amarah,pulau
impian.

Nilai

a) Hormat – menghormati . Sebagai contoh, setiap makhluk perlu saling menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira pangkat atau darjat.

b) Kasih sayang . Sebagai contoh, kehidupan yang penuh dengan kasih sayang dan membuat kebaikan
kepada sesama makhluk.

c) Baik hati. Sebagai contoh, sifat suka berbuat kebaikan sewaktu hidup dan selepas meninggal dunia
demi kelangsungan hidup insan lain.

Pengajaran

a) Kita mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira peringkat umur, pangkat,
bangsa dan agama.

b) Kita haruslah menyayangi sesama makhluk ciptaan Tuhan supaya kehidupan kita menjadi lebih aman
dan tenteram.

c) Kita hendaklah sentiasa membuat kebaikan semasa hidup dan dapat memberi manfaat kepada orang
lain walaupun selepas kita telah meninggal dunia.
Latihan

1. Apakah kepentingan-kepentingan daun kepada unggas?

= Antara kepentingan daun kepada unggas ialah, daun dapat memberi perlindungan kepada

unggas daripada bebayang mentari. Selain itu, daun juga dapat menjadi tempat unggas berteduh

daripada panas matahari.

2. Banyak pengajaran yang dapat diperoleh dalam sajak Kita Umpama Sehelai Daun.

Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

= Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita mestilah hormat-menghormati antara

sama lain tanpa mengira peringkat umur, pangkat, bangsa dan agama.

(3 Markah)

3. Kita digalakkan untuk banyak berbuat jasa dan bakti kepada nusa dan bangsa.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan jika masyarakat sering berbuat baik dan berjasa

kepada sesama masyarakat?

= Pada pendapat saya, kesan-kesan jika masyarakat sering berbuat baik dan berjasa kepada

sesama masyarakat ialah tidak berlakunya pergaduhan antara masyarakat. Ini membuatkan

semua orang akan mempercayai antara satu sama lain. Selain itu, tidak terjadinya perkara yang

tidak diingini. Hal ini kerana penduduk yang bermasyarakat akan melindungi antara satu sama

lain.

(4 Markah)

Isi 1. huraian 1.(penanda wacana) Isi 2 . huraian 2.

Anda mungkin juga menyukai