Anda di halaman 1dari 11

LATIHAN ULANG KAJI PKPB

KERTAS 1
BAHAGIAN A (20 MARKAH ) 30 MINIT
SOALAN 1 -4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Landasan kereta api yang ____________kawasan rendah itu ditenggelami air
sedalam satu meter.
A. menyeberangi
B. mengharungi
C. merentasi
D. melintasi

2. Semua murid berkumpul di padang setelah mendapat ____________ daripada

Pengetua.
A. arahan
B. ingatan
C. teguran
D. pesanan

3. Suasana di pasar borong itu_____________ dengan suara penjual yang ingin

menarik perhatian pelanggan.
A. kacau-bilau
B. kucar-kacir
C. keluh-kesah
D. hingar-bingar

4. _____________lah bersedih kerana kesedihan tidak dapat menyelesaikan masalah

yang kamu hadapi, ‘’nasihat ibu kepada kakak.
A. Sila
B. Jangan
C. Tolong
D. Jemput

Soalan 5-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan
D.

5. Memanglah lumrah bahawa setiap manusia yang bermacam ragamnya itu

A B
Mempunyai pelbagai kehendak yang sukar untuk dipenuhi. Tiada kesalahan.
C D
6. Pemandangan di Tasik Kenyir yang indah nian dengan yang sungguh nyaman itu
A B
menimbulkan suasana yang damai sekali. Tiada kesalahan.
C D
Soalan 7-8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betulnya.
7. I. Penyerang bola sepak itu menentang bola kea rah gawang lawan.
II. Lapang hati abang saya setelah dapat menentang wajah gadis yang selalu
tersenyum itu.
III. Kita harus berusaha sedaya upaya untuk menentang keganasan yang berlaku di
negara ini.
IV. Pak Harun menentang hasrat adiknya yang mahu menjual tanah pusaka
peninggalan bapa mereka.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

8. I. Kuasa beli rakyat di negara itu begitu lemah sejak perang saudara meletus.
II. Dia tidak terpilih sebagai pemimpin kerana lemah dalam membuat keputusan.
III. Gerak langkahnya begitu lemah kerana sudah sehari tidak menjamah makanan.
IV. Oleh sebab prestasi kerjanya lemah,dia sering ditegur oleh pengawai atasannya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 9 -10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
9. Kertas kerja itu akan beliau bentangkan sebaik-baik sahaja pengerusi selesai
memberikan ucapan.
A. dia akan bentangkan
B. beliau akan bentangkan
C. akan dibentangkan oleh beliau
D. akan beliau bentangkan

10. Kami amat suka dengan sikap Justin yang peramah dan ringan tulang itu.
A. teramat suka sekali akan
B. teramat suka dengan
C. amat suka akan
D. amat suka dengan
Soalan 11 -12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11. I. Kerja –kerja itu dilakukannya di masa lapang.(pada)
II. Ahli-ahli jawatankuasa akan membincang (membincangkan) masalah itu dalam
mesyuarat nanti.
III. Encik Hazim menghadiahi isterinya seutas rantai emas.
IV. Liana telah memberikan buku cerita itu kepada Fitri.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
12. I. Kotoran pada kemeja itu sukar digilap.
II. Kedua orang gadis itu mahasiswi Universiti Malaya.
III. Guru baharu itu mengajarkan mata pelajaran Matematik.
IV. Sekawan kambing sedang meragut rumput di kawasan lapang itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
13. Pengambilan makanan yang berzat dapat mengekalkan tahap kesihatan secara
menyeluruh dan memperbaiki sistem pencernaan.
A. Tahap kesihatan secara menyeluruh dapat dikekalkan dan sistem pencernaan dapat
diperbaik melalui pengambilan makanan yang berzat.

B. Tahap kesihatan dapat diperbaiki melalui pengambilan makanan yang berzat secara
menyeluruh dengan mengekalkan sistem pencernaan.

C. Tahap kesihatan dapat diperbaik dengan mengekalkan sistem pencernaan semasa

pengambilan yang berzat secara menyeluruh.

D. Tahap kesihatan dapat dikekalkan kerana sistem pencernaan secara menyeluruh

dapat diperbaik melalui pengambilan makanan yang berzat.
Soalan 14 -15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14. Suraya yakin bahawa dia akan dapat mengembangkan perniagaan membuat kek milik
keluarganya kerana baginya
A. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B. Biar berputik tulang, jangan berputik mata
C. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
D. Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya
15. Rajin-rajinlah mengikuti perkembangan semasa dunia supaya kamu tidak digelar
A. seperti ular kena palu
B. bagai kacang lupakan kulit
C. bagai telur di hujung tanduk
D. seperti katak di bawah tempurung

Soalan 16 -20
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pada Sekuntum Mawar (keluar)

Sehelai kelopakmu gugur

adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia..

Merenung pada malam yang kematian angin

pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta..

Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman..

(Dipetik daripada antologi Baik Budi indah

Bahasa,
Tingkatan 2 , Kementerian Penddikan
Malaysia),
16. Mengapakah air mata ibu menitis pada rangakap pertama sajak.

A. Kelopak bunganya gugur

B. Dirinya semakin dimamah usia
C. Bunga kesayangannya akan mati
D. Anak gadisnya hilang maruah

17. Nyatakan pengajaran yang terdapat pada rangkap ketiga sajak

A. Seorang gadis mestilah menjaga kehormatan diri.

B. Seorang gadis mestilah berani menempuh ranjau kehidupan
C. Seorang ibu mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak
D. Seorang anak mestilah diberikan hukuman apabila dia memalukan keluarga

18. Rima yang sesuai bagi rangkap ketiga sajak tersebut ialah

A. abcde
B. abccd
C. abcbd
D. abbac

19. Pilih baris sajak yang mengandungi gaya bahasa metafora

A. Pintu kehidupan
B. Sekuntum mawar
C. Titis air mata bonda
D. Melontar harum indahmu

20. Mengapakah penjagaan maruah dan kehormatan diri lebih dititikberatkan kepada kaum
wanita?

A. Wanita yang rosak akhlak akan merosakkan dirinya sahaja

B. Wanita yang rosak akhlak tidaka akan mampu mendidik anak dengan baik
C. Wanita yang rosak akhlak akan kehilangan rakan-rakan.
D. Ibu bapa akan mengalami tekanan perasaan apabila anak perempuan mereka rosak
akhlak.
BAHAGIAN B (25 MARKAH ) 45 MINIT
Soalan 1 (a)
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif. Tulis jawapan anda pada ruang
jawapan yang disediakan.
I. Abang akan menyertai perkhemahan pengakap yang akan diadakan di Ulu Bendul
pada cuti sekolah nanti.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

II. Kita haruslah menanam cita-cita yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

III. Saya telah menjemput semua rakan baik ke majlis hari lahir saya yang akan
diadakan pada hujung bulan ini.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 1 (b)
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama adaa Frasa Nama + Frasa Nama [FN +FN],
Frasa Nama + Frasa Kerja [FN + FK], Frasa Nama + Frasa Adjektif [FN +FA] atau
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama [FN +FS].

I. Air kopi itu agak pahit rasanya.

_FN+FA________________________________________________________________

II. Buku ini tentang dasar - dasar pendidikan negara.

_FN+FS________________________________________________________________
__
[2 markah]
Soalan 2:
Baca maklumat di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikan
dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Bahan 1

Hatta seketika hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya itu.
Apabila sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan
sahaja habis mati, darahnya tumpah di situ. Maka diperiksa, dikenal bekas kaki Syah Alam
Rimba saja. Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan
anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan
akan anak-anaknya itu. Ikan –ikan itu pun dibawanya masuk ke dalam lubangnya. Hari
pun malamlah. Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak menghadap Nabi Allah
Sulaiman permaklumkan hal kematian anaknya oleh kerana kelakuan Syah Alam di
Rimba membuat aniaya ke atasnyya. Setelah putusnya mesyuaratnya itu, lalu tidur
keduanya.

(dipetik daripada prosa tradisional ‘Pelanduk Mengajar Memerang’

dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bahan 2

I. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 tersebut, apakah nasib yang di hadapi oleh
anak-anak memerang dan kanak-kanak ?
II.
Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 tersebut , nasib yang dihadapi oleh anak2
memerang dan kanak2 ialah anak2 memerang dlm bahan 1 tujuh ekor berkaparan mati
dipijak oleh syah alam di rimba manakala nasib kanak2 dalam bahan 2 ialah kanak2 itu
meningal dunia kerana dipercayai didera oleh ibu dan kekasih ibunya .
[3 markah]
III. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1
Persolan yang terdapat dalam bahan 1 ialah persolan kasih sayang ibu bapa kepada anak .
Contohnya, Sang Memerang suami isteri berasa sedih dan menganis kerana teramat
sayang akan
anak-anaknya. Selain itu,persoalan yang kedua ialah menuntut keadilan .Misalnya, Sang
Memerang suami isteri bermesyuarat dan bercadang untuk mengadap Nabi
Sulaiman bagi menutut keadilan atas perbuatan syah alam di rimba terhadap
anak anaknya
[3 markah]
IV. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mengadu masalah mereka kepada
pemimpin?

____Pada pendapat saya , rakyat perlu mengadu masalahb mereka kepada pemimpin
kerana dapat mengambil sebarang tindakan yang wajar kepada pesalah melalui
hukuman yang diberikan .Selain itu, pemimpin akan lebih peka dengan
pemasalah rakyat yang dihadapi oleh mereka .
[4 markah]

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji.
Pengajaran sering dipaparkan oleh penulis sesebuah novel supaya dapat diteladani oleh
pembaca. Pengajaran disampaikan dalam pelbagai cara termasuklah menerusi watak
sampingan.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan tiga pengajaran yang
dapat dikaitkan dengan Pak Yusuf yang telah ditetapkan berserta contoh peristiwa yang
sesuai
[10 markah]
____Novel yang saya pelajari ialah Meniti Impian karya Mo hd Osman Ayob. Antara tiga
pengajaran yang dapat dikaitkan dengan watak sampingan Pak Yusuf ialah kita hendaklah
amanah dan rajin dlm mengejarkan tugasan yang diberikan .Contohnya, Pak Yusuf
berusaha menyiapkan rak kasut Tak Imam untuk kegunaan jemaah masjid.
Selain itu , pengajaran lain yang kedua ialah kita hendaklah berpandangan jauh.
Buktinya,Pak Yusuf menaruh harapan kepada Zahar agar dia dapat memperbesarkan
bengkel pertukangannya setelah Zahar tamat di IKM.
Akhir sekali,kita hendaklah prihatin dengan masalah orang lain.Misalnya. Pak Yusuf
mengambil berat tentang Zahar dan keluarganya.
BAHAGIAN C (15 MARKAH ) 15 MINIT
1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar
secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group,
study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini
merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan
bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan
itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak
dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang
kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita
miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu
memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu
mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih
mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal
ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan
demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan
perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu
perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak
memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai
_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
2.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai