Anda di halaman 1dari 7

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

ISI:
Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan
juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan
berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan
daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan
komputer. Malah pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif
sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan
merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Di samping itu, hal
ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana
kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah
penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam
menguruskan organisasi. Selain menjadikan remaja malas mengikuti
aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan
pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur
penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer,
pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang
demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi
mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu
untuk melakukan jenayah. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi
minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan
yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda
pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di
internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi
negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil
dari penipuan di internet.
KESIMPULAN;
Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan
keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet
dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan
dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi

muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat


berilmu di negara ini.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEFON BIMBIT


ISI;
Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini
boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja
terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja
sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran
mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh,
mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa
seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada
melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan
mereka.
KESIMPULAN/PENUTUP
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja
memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang
menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak
menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini
dengan cara yang betul. Jika tidak di gunakan untuk kebaikan, perkara
ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri.
Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan tonggak negara pada
masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu
perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya selera.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


ISI;

Seterusnya,teknologimaklumatinijugamemudahkanahlipernigaan
menjalankanaktivitipernigaanmerekahanyadidalamtaliansahajasekaligus
dapatmenjimatkankosdantenaga.Aktivitiperniagaanyangdijalankan
melaluitalianbukansahajadapatmemudahkanurusanpekerja,bahkania
jugadapatmemudahkanpembeliataupengguna.
PENUTUP/KESIMPULAN
Akhirsekali,manusiadapatmelakukanpembayaranbildanurusan
perbankanmelaluilamansesawangsahaja.Manusiatidakperlu
menghabiskantenagadanbersusahpayahuntukmenguruskanpelbagai
pembayarandanurusanurusankewangan.Iajugamemudahkanseseorang
yangterlalusibukdengankerjaseharianmembuatpembayarandengan
mudah.
Kesimpulannya,teknologimaklumatyangadamarcapadamemainkan
perananvitalkepadasetiapmanusia.Teknologimaklumatiniharuslah
digunakandengansebaikyangmungkinkeranabanyakmanfaatyangdapat
kitaperolehmenerusiperananteknologimaklumatitusendiri.
KEPENTINGANPERPADUANKAUM
SIS;

Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum


dalam masyarakat juga dapat menarik kedatangan pelancong ke
Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,salah satu sumber ekonomi
negara adalah dalam sektor pelancongan yang dapat
menjana ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan
kebudayaan yang unik disamping kepelbagaian adat resam yang

membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat memikat hati


pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat
tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri
daripada tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India
yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini,
seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat
menjana ekonomiMalaysia secara tidak langsung.
KESIMPULAN
Konklusinya, terdapat pelbagai kepentingan mengamalkan
perpaduan kaumdalam kalangan masyarakat di negara ini.
Rakyat Malaysia amat diseru agarmempertahankan maruah
bangsa hingga ke titisan darah yang terakhir dan
memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah,
Keranamu Malaysia, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Oleh itu, semua pihak perlu menggembeleng
tenaga bagi memurnikan dan mengekalkan perpaduan antara
kaum.
PUNCA DAN LANGKAH MENANGANI JENAYAH
Isi;
Di samping itu, media massa turut menjadi punca peningkatan masalah
jenayah di negara ini. Perkara ini disebabkan penyiaran rancanganrancangan berunsur keganasan dan seks yang melampau telah
menyebabkan minda masyarakat dipengaruhi oleh aksi-aksi negatif
tersebut. Senario ini berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah penerbit
yang lebih mementingkan keuntungan diri sendiri daripada kepentingan
melahirkan masyarakat yang berkeperibadian yang luhur dan unggul.

Sikap penerbit ini dapat dikatakan umpama enau dalam belukar


melepaskan pucuk masing-masing. Sebagai contoh, stesen televisyen
swasta sering menyiarkan rancangan dari Barat yang menonjolkan
unsur-unsur negatif seperti rock, punk, dan black metal. Terdapat
juga sesetengah rancangan televisyen yang menggunakan pelakonpelakon yang berpakaian tidak senonoh serta mencolok mata seperti
rancangan-rancangan dari Amerika Latin. Hal ini dapat merangsang
hawa nafsu penonton lantas menyebabkan mereka terlibat dalam aktiviti
seks seperti pelacuran dan sumbang mahram. Maka, tidak hairanlah
kadar jenayah khasnya jenayah rogol dalam kalangan orang yang
dikenali meningkat. Masyarakat turut digemparkan dengan kes rogol dan
bunuh Norita Shamsuddin dan Haserawati Saridi yang berumur
sembilan tahun di Menggatal, Sabah. Di Johor, Nurul Huda Abdul Ghani
dirogol secara bergilir-gilir oleh beberapa orang lelaki sebelum dibunuh.
Jenayah yang berlaku ini menyebabkan keadaan hidup masyarakat
awam tidak tenteram dan mampu menggugat ekonomi negara
disebabkan peningkatan kadar jenayah. Deduksinya, peningkatan kadar
jenayah juga didorong oleh pengaruh media massa.

KESIMPULAN;
Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa masalah sosial
pada masa kini sangat berleluasa, ia bukan sahaja melibatkan
golongan dewasa malah juga golongan remaja terutamanya pelajar
sekolah. salah satu masalah sosial yang dilakukan ialah kegiatan
menghidu gam. Pada kebiasaannya kegiatan ini berlaku adalah
disebabkan oleh beberapa faktor misalnya seperti kurangnya
perhatian ibubapa, pengaruh rakan sebaya, remaja yang inginkan
untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga pengaruh keluarga.
Justeru itu mereka melakukan kegiatan tersebut khususnya kegiatan
menghidu gam sehingga akhirnya boleh memberikan impak dan
kesan bukan sahaja kepada diri seseorang remaja itu sendiri, malah
juga kepada keluarga, pendidikan dan juga masyarakat serta negara.

Oleh yang demikian, bagi menghindari perkara atau kegiatan ini dari
terus berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa
membentuk beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya
masalah sosial ini khususnya bagi kegiatan Menghidu gam.Pelbagai
langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih
penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab
dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh manamana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.

Anda mungkin juga menyukai