Anda di halaman 1dari 4

ISU-ISU SEMASA: ISU PENYALAHGUNAAN MEDA SOSIAL

DALAM RAKYAT MALAYSIA


Dasawarsa ini, dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang
semakin pesat telah membawa perubahan kepada ketamadunan manusia dan secara tidak
langsung telah memberi impak yang besar terhadap rakyat Malaysia dari segi sosial. Apabila
menyentuh tentang aspek sosial, ianya acap kali dikaitkan dengan masalah sosial dalam
kalangan remaja. Malah, bukan golongan remaja sahaja, golongan dewasa juga turut tempias
dalam masalah ini. Perkara yang menyebabkan masalah sosial ini sering terjadi adalah
penyalahgunaan mereka dalam menggunakan laman-laman media sosial.

Abad 21 ini, pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan oleh barat
yang telah disebarkan ke seluruh dunia termasuk Negara kita, Malaysia. Dengan adanya
kemuudahan teknologi yang mereka cipta, kehidupan manusia menjadi semakin mudah
dengan limpahan kemewahan dan kemajuan. Namun, dengan adanya semua teknologi di
hujung jari ini, perlbagai perkara yang tidak ingini sering terjadi di Negara kita disebabkan
penyalahgunaan dalam laman-laman media sosial. Pada setiap tahun, gejala-gejala sosial
dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kepada remaja semestinya akan meningkat dan
perkara tersebut menjadi semakin serius. Buktinya, menurut laporan akhbar Harian Metro,
kadar peningkatan krisis akhlak dan golongan remaja Negara ini semakin menggerunkan
apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat
sebanyak 111 peratus dan tempoh setahun di mana berdasarkan statistic dikeluarkan Polis
Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan berbanding pada tahun sebelumnya
hanya 3,700 kes iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes.

Penyalahgunaan media sosial merupakan trenda yang kerap berlaku dalam masyarakat
pada hari ini. Penyalahgunaan media sosial merupakan satu tindakan di mana seseorang
individu mahupun sekelompok manusia mengguakan bahan teknologi maklumat untuk tujuan
negatif yang boleh membawa kemudaratan kepada pihak kedua, diri sendiri mahupun maruah
negara. Antara contoh media sosial yang digunakan di Malaysia adalah seperti Facebook,
Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Masyarakat harini tidak kira tua mahupun muda sering
meluangkan masa yang lebih banyak dengan aplikasi media sosial. Tidak kira di mana sahaja
kita berada, dengan gajet yang sentiasa ada di tangan sering membuka laman sosial sehingga
leka dan alpa akan situasi harian. Perkara seperti ini menyebabkan rakyat Malaysia tidak
hirau akan keadan sekeliling. Perkara ini dapat dilihat dengan lebih teliti apabila Kajian
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati kebanyakan
pemandu di negara ini mengakui bahawa membuka laman-laman sosial dalam telefon bimbit
ketika memandu merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya, kata
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye. Selain itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai memberitahu, pada ketika ini data-data menunjukkan jumlah kemalangan jalan
raya membabitkan penggunaan telefon bimbit semakin membimbangkan.

Oleh itu, perlbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya disebakan masalah buruk ini. Antaranya ialah dakwaan
melakukan kesalahan mengikut kaedah 17A dalam kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959 serta
boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300. Dalam pada itu, memandu sambil
menggunakan laman media sosial antara 20 kesalahan baharu yang akan dihubungkan dalam
pangkalan data MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi pelaksanaan Sistem
Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) berkuatkuasa tahun depan. AWAS adalah
gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit
Kesalahan Jalan Raya (KeJaRa) yang dilaksanakan pada 15 April lalu. Pesalah-pesalah jalan
raya dikenakan mata demerit di bawah Sistem KeJaRa. Ketika ini, hanya kesalahan memandu
melebihi had yang dibenarkan dan melanggar lampu isyarat terdapat dalam sistem tersebut.

Di samping itu, isu penyalahgunaan media sosial menyebabkan remaja negara kita
terlibat dengan gejala yang tidak bermoral. Menurut Nor Aziah dan Che Azlina dalam
Mazulizam Ismail, mendaoati bahawa terdapat segelintirr pengguna meda sosial ini telah
menyalahgunakan kemudahan komunikasi in untuk mengakses laman yang tidak bermoral
seperti laman pornografi yang akhirnya boleh mendorong mereka melakukan hubungan
seksual denga kekasih, rakan dan juga antara penyebab berlakunya peningkatan kes sumbang
mahram dan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara Malaysia. Buktinya,
menurut laporan Utusan Online, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimeda Malaysia (SKMM)
teelah menerima sebanyak 2,613 aduan berkaitan penyalahgunaan kandungan media sosial
melibatkan kandungan lucah dan sumbang yang tertaluk kepada seksyen 211 dan 233, Akta
komunikasi dan Multimedia 1998. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan lebih ramai
remja negara kita akan tercicir daripada pelajaran dan tidak mampu menyumbag kepada
pembangunan negara.

Perkara seperti ini haruslah dibendung daripada terus menular sehingga menjadikan
remaja rosak. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting seperti mengawal
penggunaan media sosial kepada anak-anak mereka. Contohnya, mengawasi penggunaan
lama-laman sosial yang mereka gunakan dan mengajar cara penggunaan yang betu. Hal ini
serba sedikit dapat menghindarkan mereka daripada membuka laman yang tidak bermoral.

Seterusnya, dengan penggunaan media sosial ini kita sering membaca pelbagai
maklumat, berita perkaitan di Malaysia mahupun di luar. Akan tetapi, berita seperti itu tidak
diketahui akan kebenarannya sebenar. Hal ini dikatakan demikin kerana, penyebaran berita
yang tidak benar juga semakin berleluasa menyebabkan sesetengah info yang kita dapat tidak
tepat. Apa yang lebih membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima
bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi tular sehingga
boleh menjejaskan keselamatan negara. Bagi memahami dan menangani fitnah media sosal,
Kelab UMNO luar negara Negara Irbid, Jordan dengan kerjasama Persatuan Sahabat Karya
mengadakan program Two Side of a Coin yang mendedahkan tentang peranan media utama,
etika kewartawanan dan juga isu-isu semasa, baru-baru ini . Dalam ucap utama yang
disampaikan Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah, beliau banyak
menyebut mengenai kaitan negara, media dan individu. Beliau mengambil contoh pertemuan
Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Presiden
Amerika Syarikat, Donald Trump yang telah diberi pelbagai tanggapan negatif oleh rakyat
negara ini.

Malah, penipuan wang atas talian juga menjadi suatu isu dalam penyalagunaan media
sosial. Menurut satu kajian kumpulan Telenor, di mana Digi adalah sebahagian darinya,
mendapati terdapat tiga jens penipuan internet yang paling banyak di Malaysia

1) Penipuan bekerja dari rumah (30%)


2) Penipuan jualan internet (22%)
3) Penipuan temujanji dalam talian (20%)

Penipuan bekerja di rumah berbentuk samada membayar seseorang untuk memulakan


peniagaan atau membuat tugasan tetapi tidak mendapat bayaran manakala penipuan jualan
internet pula, barang yang diterima berbeza dari yang dipamerkan atau tidak sampai
langsung. Penipuan temujanji dalam talian, biasanya melibatkan akaun peribadi palsu yang
digunakan untuk mengumpan mangsa memberi wang kepada mereka. Kajian menunjukkan
rakyat Malaysia adalah pengguna internet tegar, dengan lebih 10 jam berhubung dengannya
setiap hari. 46% menyatakan mereka pernah menjadi mangsa penipuan internet. Oleh itu,
rakyat perlulah guna dengan berkhemat agar tidak tertipu.
Kesimpulannya, isu penyalahgunaan media sosial sememangnya banyak memberi
impak negatif kepada individu itu sendiri dan masyarakat. Rakyat Malaysia seharusnya bijak
menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan untuk tujuan kebaikan dan bukannya
menyalahgunakan kemudahan tersebut. Oleh itu, guru-guru di seklah perlu memainkan
peranan yang utama untuk mendidik murid-murid sejak kecil lagi tentang ilmu penggunaan
kemudahan teknologi dengan betul. Malah, pihak atasan juga perlu mengadakan kempen
kesedaran mengenai penggunaan media sosial agar masyarakat dapat mempraktikkan
penggunaan media sosial dengan baik. Dengan ini, rakyat Malaysia bebas dari segala masalah
sosial.

Anda mungkin juga menyukai