Anda di halaman 1dari 3

PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat telah
membawa banyak perubahan kepada ketamadunan manusia zaman sekarang dan secara tidak langsung
telah memberi kesan sama ada kesan positif mahupun negatif ke atas aspek sosial dalam negara kita.
Apabila menyentuh tentang aspek sosial, ianya sering kali dikaitkan dengan masalah sosial dalam
kalangan remaja. Gejala sosial bukan menjadi suatu perkara yang asing buat masyarakat di Malaysia
khususnya golongan remaja di negarakita. Pada setiap tahun, gejala sosial dalam kalangan remaja sudah
semestinya akan meningkatdan perkara tersebut menjadi semakin runcing dan serius. Buktinya, menurut
laporan akhbarHarian Metro (2015), kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di
negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan
pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun di mana berdasarkan statistik
dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya
3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes. Antara isusosial yang sering
berlaku dalam kalangan remaja ialah seperti penyalahgunaan bahan terlarang,pergaulan bebas,
penyalahgunaan media sosial dan sebagainya.

2.0 ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Penyalahgunaan media sosial merupakan “trend” yang kerap berlaku dalam kalangan remaja pada hari
ini. Penyalahgunaan media sosial merupakan satu tindakan di mana seseorang individu mahupun
sekelompok manusia menggunakan bahan teknologi maklumat untuk tujuan negatif yang boleh
membawa keburukan seperti fitnah, kemusnahan dan sebagainya sama ada kepada diri sendiri,
masyarakat mahupun maruah negara (Ida Destiana et.al , 2013). Antara contoh media sosial adalah
seperti Facebook, Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Golongan remaja pada hari ini meluangkan lebih
banyak masa dengan aplikasi media sosial menyebabkan mereka meluahkan segala yang difikirkan oleh
mereka ke dalam media sosial seperti menghinadan memaki hamun kerajaan serta membangkitkan
kebencian kaum ataupun “racist”.
PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

2 3.0 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA BERLAKUNYA ISU PENYALAHGUNAANMEDIA SOSIAL

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan isu penyalahgunaan media sosial berlaku. Antaranya ialah
kekurangan pengetahuan tentang hak sebagai seorang pengguna. Menurut Hajiman Mat Jusak (2002),
faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya pengetahuan dalam
penggunaan teknologi dengan selamat. Kebanyakan rakyat Malaysia khususnya golongan remaja
menggunakan teknologi atas desakan globalisasi atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Hal ini
secara tidak langsung menyebabkan golonganremaja menggunakan media sosial untuk melakukan
aktiviti yang berunsurkan fitnah sehingga mendatangkan kesan negatif kepada diri mereka dan
masyarakat di negara kita. Sebagai contoh, pada tahun 2008, negara kita dikejutkan dengan satu
kontroversi di mana seorang remaja negara kita yang menuntut di salah sebuah universiti di Taiwan telah
menghina lagu Negaraku dan memuatkan lagu tersebut ke laman Youtube sehingga mencetuskan
kemarahan orang ramai (Utusan Online, 2008). Faktor kekurangan pengetahuan tentang hak sebagai
seorang pengguna dapat dikaitkan dengan teori sistem ekologi yang dipelopori oleh Bronfen brenner.
Teori sistem ekologi menyatakan dalam peringkat kronosistem, persekitaran remaja akan dipengaruhi
oleh perubahan zaman. Jika dikaitkan dengan isu penyalahgunaan media sosial, perubahan zaman
tradisional kepada zaman teknologi menyebabkan remaja alpa dan ketagih terhadap media elektronik
sehingga cenderung untuk menyalahgunakan media elektronik untuk tujuan yang negatif. Akibat
daripada ledakan teknologi yang pantas secara tidak langsung menyebabkan remaja menggunakan
teknologi tanpa mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya mengenai undang-undang penggunaan
bahan teknologi dan hal inilah yang menyebabkan remaja mudah menyalahgunakan teknologi khususnya
media sosial untuk tujuan yang negatif. Selain itu, kekurangan pengawasan daripada ibu bapa di rumah
juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya isu penyalahgunaan media sosial. Pada
hari ini,kebanyakan ibu bapa akan keluar bekerja pada siang hari dan cuma akan balik ke rumah
padasebelah malam dan hal ini menyebabkan masa yang diluangkan bersama anak-anak menjadikurang
dan menyebabkan mereka tidak mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka (Cik
Suabuana dan Helni Mulyani, 2015). Apabila pengawasan daripada ibu bapaterhadap anak-anak mereka
semakin kurang, maka anak-anak akan cenderung menggunakankemudahan media sosial untuk tujuan
yang negatif seperti melayari laman sesawang lucah, menyebarkan berita palsu dan sebagainya kerana
ketiadaan bimbingan daripada ibu bapa di sisimereka.Jika ingin dikaitkan dengan teori perkembangan
remaja, faktor kekurangan pengawasan daripada ibu bapa juga dapat dikaitkan dengan teori sistem
ekologi yang dipelopori oleh UrieBronfenbrenner. Faktor kekurangan pengawasan daripada ibu bapa
dapat dikaitkan khususnya pada peringkat pertama teori sistem ekologi iaitu peringkat mikrosistem.
Bronfenbrenner dalam teorinya menyatakan bahawa dalam mikrosistem, ibu bapa merupakan agen
sosialisasi bagi anak-anak mereka di rumah. Hal ini bermakna, ibu bapa mempunyai pengaruh yang
sangat besar terhadap pembentukan tingkah laku anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah
meluangkan lebih banyak masa kepada anak-anak mereka supaya mereka boleh mengetahui tentang
perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka di luar rumah dan anak-anak juga akan kurang
melibatkan diri dalam masalah-masalah sosial sekiranya mereka mendapat kasih sayang dan perhatian
yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Di samping itu, sikap ingin mencuba dalam diri seseorang
remaja juga mendorong para remaja untuk melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan media sosial. Hal
ini demikian kerana, pada peringkat umur remaja, para remaja sememangnya dipengaruhi oleh sikap
PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

ingin mencuba dalam diri mereka sehingga mereka sanggup membuat apa-apa sahaja perkara demi
kepuasan diri mereka sendiri tanpa mengira baik atau buruk perkara yang mereka lakukan tersebut.
Buktinya, menurut Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir (2013), teori psikologi individu yang dipelopor
oleh Erik Erikson menegaskan bahawa dalam peringkat identiti lawan kekeliruan identiti, golongan
remaja cenderung mencuba sesuatu perkara baharu dengan adanya pengaruh persekitaran sehingga
kadang-kadang mereka sendiri tidak mengetahui bahawa tindakan mereka itu boleh mendatangkan
kesan negatif kepada diri mereka sendiri ataupun individu-individu di sekitar mereka. Faktor sikap ingin
mencuba dalam dalam diri murid dapat dikaitkan dengan teori moral remaja yang dipelopori oleh
Lawrence Kohlberg. Kohlberg dalam teorinya menjelaskan bahawa perkembangan moral setiap manusia
akan berkembang seiring dengan usia mereka yang menyebabkan mereka boleh menilai perkara yang
mereka lakukan dengan mengaitkan dengan prinsip-prinsip moraliti. Menurut Mattias Malanthon (n.d),
terdapat tiga peringkat perkembangandalam teori moral iaitu peringkat pra-konvensional, konvensional
dan pos-konvensional. Setiap peringkat perkembangan mempunyai dua tahap perkembangan moral yang
menjelaskan perkembangan moral remaja. Jika dianalisis dengan teliti, perkembangan moral bagi remaja
yang terlibat dengan isu penyalahgunaan media sosial ialah pada peringkat pra-konvensional iaitu pada
tahap orientasi dendaan dan kepatuhan. Hal ini demikian kerana, tahap orientasi dendaan dan
kepatuhan menjelaskan bahawa perkembangan moral seseorang manusia adalah dipengaruhi oleh sifat
egosentrik dalam diri dan mereka menentukan keselarasan moral untuk diri mereka sendiri. Hal ini
bermakna, remaja akan menganggap bahawa semua perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul.
Oleh itu, remaja yang menyalahgunakan media sosial seperti melayari laman web lucah menganggap
bahawa tindakan mereka tersebut adalah tidak salah dan tidak seteruk daripada perbuatan membunuh,
merompak dan sebagainya dan tiada pihak yang akan menyalahkan perbuatan mereka. Namun
hakikatnya, tindakan mereka yang menyalahgunakan media sosial juga dianggap sebagai satu kesalahan
di sisi undang-undang. Tahap pemikiran remaja pada peringkat tersebut menyebabkan isu
penyalahgunaan media sosial tidak dapat menemui sebarang jalan penyelesaian.

Anda mungkin juga menyukai