Anda di halaman 1dari 33

JENIS-JENIS KAWALAN

MOTOR ELEKTRIK
P U A N S I T I FA R I D A B I N T I P I L L A K
ISI KANDUNGAN

PENGHIDUP TALIAN TERUS (DOL)

LITAR KAWALAN

LITAR KUASA

PRINSIP KENDALIAN PENGHIDUP TALIAN


TERUS

KELEBIHAN & KEKURANGAN PENGHIDUP


TALIAN TERUS (DOL)
PENGENALAN
 Mengikut peraturan IEE (Per. 552-01-01,02,03), sesebuah motor yang melebihi 5 hp atau 0.37
KW mestilah mengadakan kawalan keselamatan bagi:

a. Menghidup dan memberhenti motor


b.Beban lampau (Overload relay)
c.Mengelak motor dihidupkan semula dengan tidak sengaja (No.volt coil)

 Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) sesuatu motor hendaklah dikawal
oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup dan memberhentikannya.
TUJUAN PENGHIDUP DIGUNAKAN

 Mengurangkan dan menghadkan arus mula (starting current) kepada satu nilai
yang kecil dan selamat.

 Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan
atau susutan voltan.

 Pengendalian motor dapat dilakukan dengan selamat walaupun secara kawalan


jauh.

 Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan dengan adanya alat-alat
perlindungan dan alat kawalan dalam sistem penghidup motor.
CONT.

Setiap penghidup dipilih mengikut faktor berikut

a.Jenis motor
b.Kerja yang dijalankan oleh motor
c.Punca bekalan motor
d.Kadar kuasa motor.

Setiap penghidup boleh diadakan kawalan ke depan dan ke


belakang bergantung kepada kegunaan motor.
Bagi motor 1 fasa penukaran arah boleh dibuat dengan menukar
sambungan gelung permulaan (starting coil)
KOMPONEN-KOMPONEN KAWALAN MOTOR

Terdapat pelbagai jenis penghidup motor yang digunakan dalam kawalan


motor. Penghidup talian terus ádalah salah satu jenis penghidup yang
sering digunakan dalam kawalan motor satu fasa dan tiga fasa. Di dalam
litar penghidup talian terus terdapat pelbagai jenis komponen dengan
berbagai fungsí dan kendalian. Setiap komponen ini mestilah dikenalpasti
fungsi dan kegunaannya.
CONT.
Lampu Penunjuk

Pemutus litar /
MCB
Penyentuh

/ Contactor

Tapak timer
Geganti Beban / Base timer
Lampau /

Over Load Punat Tekan

ON & OFF

Punca penyambungan ke
motor

Komponen yang terdapat pada penghidup motor.


PUNAT TEKAN

Punat tekan
Punat tekan hidup (push button start )
Skru pengunci
pada panel bord
Kebiasaanya berwarna hijau dan mempunyai 2 terminal untuk PB-1 ( STOP )
tamatan kabel litar kawalan. Keadaannya mestilah boleh
ditekan dan dilepaskan. Ia berfungsi untuk menyambungkan PB-2 ( START )
pengaliran arus elektrik dalam litar.

Apabila punat ditekan, sesentuh akan tertutup dan


Punca penyambungan
menyambungkan pengaliran arus. Sebaliknya apabila punat punat tekan
dilepaskan sesentuh akan terbuka dan pengaliran arus terputus.
Rajah punat tekah jenis STOP /
OFF
Punat tekan mati (push button stop)
Simbol Punat Tekan henti dan
Kebiasaanya berwarna merah dan mempunyai 2 terminal untuk
Hidup
tamatan kabel litar kawalan. Keadaanya mesti boleh ditekan
dan dilepaskan. Ia memutuskan pengaliran arus elektrik dalam
litar.

Apabila ditekan, sesentuh akan terbuka dan memutuskan


pengaliran arus. Sebaliknya, apabila dilepaskan sesentuh akan
tertutup dan menyambungkan pengaliran arus.

Punat Tekan henti dan Hidup


PENYENTUH MAGNET (CONTACTOR)

Penyentuh ialah satu suis yang dikendalikan  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
oleh satu elektromagnet. Elektromagnet penyentuh tidak dapat bekerja dengan sempurna
mempunyai gelung dimana litarnya dan mengeluarkan bunyi bising ketika penyentuh
dilengkapkan dengan satu punat tekan, suis sedang beroperasi.
had apung atau mana-mana alat kawalan
yang lain. Ia adalah suis electromagnet yang Antara sebab-sebab itu ialah:-
berfungsi menyambungkan atau memutuskan
pengaliran arus elektrik dalam litar. i. Voltage kendalian terlalu rendah.
ii. Gelung yang salah pemasangannya.
Arus akan mengalir ke dalam gelung dan iii. Susunan antara angkir dan pasangan magnet
menghasilkan urat daya magnet yang mana tidak lurus.
akan menarik angkir supaya ia bergerak dari iv. Kotor, karat dan lain-lain di atas permukaan
keadaan terbuka kepada tertutup. Sesentuh- magnet. Ini menyebabkan angkir tidak dapat
sesentuh suis dihubungkan secara mekanikal menutup sepenuhnya.
ke angkir supaya apabila angkir bergerak v. Bahagian-bahagian yang bergerak menghadapi
kepada keadaan tertutup, ia juga akan kesukaran untuk berbuat demikian, oleh itu
pergerakan bagi angkir sepenuhnya terhalang.
menutup sesentuh tersebut.
vi. Pemasangan penyentuh tidak betul.
CONT.

Sesentuh / Contacts

Teras
Rajah Sesentuh / Gegelong / Besi
Contector Coil
Pelapik
getah

Keratan rentas Sesentuh Bahagian dalam Sesentuh


SESENTUH (CONTACTS)

Sesentuh bagi penyentuh ialah bahagian Sesentuh lazim buka (normally open)
pembawa arus yang terdekat kepada Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum
bertenaga. Pada kedudukan ini arus tidak akan
perlengkapan litar kuasa ke motor mengalir ke dalam litar.
apabila penyentuh tertutup. a)
Bahagian penyentuh yang tidak bergerak b) Sesentuh lazim tutup (normally close)
dilekatkan ke tapak penyentuh sementara c) Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh
bahagian sesentuh yang bergerak belum bertenaga. Arus akan mengalir dan
dicantumkan kepada satu bar atau akan berhenti apabila penyentuh sudah
mendapat bertenaga.
pembawa sesentuh yang digerakkan oleh
angkir.
Jika sesentuh itu membuka suis
dinamakan sesentuh lazim buka
(normally open), jika sesentuh itu
tertutup sebelum penyentuh bertenaga ia
dinamakan sesentuh lazim tutup
(normally close).
CONT.

DALAM KEADAAN NORMAL KETIKA GEGELONG BERTENAGA

Sesentuh
SESENTUH TAMBAHAN (AUXILIARY
CONTACTS).
Sebagai tambahan kepada sesentuh
utama atau kuasa yang membawa arus
motor, penyentuh biasanya mempunyai
sesentuh tambahan.
Sesentuh tambahan ini tidak dibentuk
untuk membawa arus motor tetapi hanya
arus kawalan.
la boleh jadi sesentuh sedia buka atau
sedia tutup dan biasanya digunakan
untuk mengawal penyentuh yang lain Sesentuh tambahan ( Auxiliary Contacts )

apabila kawalan turutan diperlukan, * Sesentuh ini boleh dipasang dengan


memasukan slot kekunci pada bahagian atas
contohnya untuk mengawal dua penyentuh (Contector )

penyentuh daripada menutup dalam satu Penyentuh ( Contector )

masa yang lama.


Sesentuh tambahan juga boleh
digunakan sebagai suis untuk lampu
pandu dan lampu isyarat.
PRINSIP KERJA
Gelung kendalian boleh berfungsi bagi bekalan 240 V atau 415 V. Kadarnya ada
tercatat di plat nama.
Apabila gelung kendalian mendapat bekalan, ia akan menghasilkan electromagnet
pada teras tetap.
Teras tetap akan menarik teras boleh gerak, oleh itu ia akan menolak pelocok di
mana ia akan menggerakkan bar bersilang.
Bar bersilang yang mengandungi sesentuh boleh gerak akan menutup sesentuh
(sesentuh lazim buka dan sebaliknya).
Apabila bekalan ke gelung kendalian ditutup, maka tiada daya tarikan magnet lagi.

Pada masa yang sama spring menolak akan menolak pelocok teras boleh gerak dan
seterusnya bar bersilang akan membuka sesentuh dan sesentuh kembali kepada
keadaan normal.
Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang akan digunakan.
KEGUNAAN & PENYELENGGARAAN

KEGUNAAN PENYELENGGARAAN
Di mana penyesuaian litar tidak boleh Sesentuh hendaklah dibersihkan dari
dikendalikan secara manual . habuk oksida dengan kertas pasir. Ia
Di mana penyesuaian jarak jauh hendaklah disapukan dengan Vaseline
dilakukan. Ketegangan spring hendaklah dalam
Di mana bekalan ke litar perlu dimatikan keadaan baik.
secara automatik iaitu alat-alat Skru pengikat punca-punca hendaklah
perlindungan boleh mengeluarkan signal dalam keadaan baik dan kemas
pelantikan (tripping signal).
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

KEBAIKAN KELEMAHAN

Boleh dikawal secara kawalan jauh (remote control). Mahal untuk digunakan dalam pemasangan domestik.

Boleh memutuskan litar secara automatik jika voltan Terhad kepada beban sederhana sahaja bagi bekalan
tergendala atau tiada voltan. masuk.

Alat-alat perlindungan boleh mengendalikan Litar kawalan merupakan kerja tambahan dalam
penyentuh dalam keadaan beban lampau atau beban senggaraan
terpintas.

Bagi penghidup motor yang bersaiz besar ia boleh


dikendalikan dalam litar kawalan di mana arusnya
rendah. Justeru itu alat dan peralatan dalam litar
tersebut tidaklah begitu besar.
PELINDUNG (PROTECTOR).

Arus Lebihan Dan Pelindung Arus Lebihan.

 Arus lebihan berlaku apabila arus di dalam satu Iitar naik ke satu nilai yang lebih tinggi
daripada biasa. Ini disebut litar pintas (kadangkala sebahagian kerosakan tebatan lilitan
motor juga menghasilkan arus lebihan yang terhad. Arus ini mampu membawa kepada litar
pintas). Pelindung arus lebihan dibekalkan oleh fius ataupun pemutus litar. Pelindung arus
lebihan juga menjadi sebahagian komponen kawalan.
PERLINDUNG BEBAN LAMPAU

 Untuk melindungi sesebuah motor daripada kepanasan maka satu geganti beban lampau
dipasang di penghidup agar dapat memutuskan litar motor apabila lebihan arus berlaku.
Geganti beban lampau bagi satu penghidup bekerja untuk melindungi sesuatu motor daripada
mengeluarkan arus yang berlebihan. Geganti beban lampau Jenis 'thermo' - peka atau elemen
magnet disambungkan sama ada terus ke talian motor atau secara tidak langsung melalul
alatubah. Geganti beban lampau bekerja untuk menghentikan tenaga elektrik terhadap
penghidup atau menghentikan sesebuah motor itu apabila arus yang berlebihan melaluinya.
CONT.
 Geganti beban lampau direka bentuk untuk dua tujuan iaitu:-
N/O

a. Untuk digunakan secara automatik iaitu berfungsi


apabila dipasang di tempat yang sukar ditanggalkan
dan dikendalikan secara manual.

b. Geganti beban lampau boleh dilaraskan dengan


mudah untuk memutuskan litar antara 85% - 115%
kadar pemutus bagi unit panas. Gerakan pemutus
bagi litar kawalan memerlukan perbezaan Bekalan dari MCB

N/O
pengembangan dua logam yang mempunyai Kabel
N/C

perbezaan pengembangan semasa panas. Arus yang penyambungan

berlebihan akan menjadikan logam mengembang Ke Lampu


N/C
Ke punat tekan henti
dan menolak bar dan seterusnya menolak angker. Trip

Dengan itu sesentuh lazim tutup (normally close)


akan terbuka dan motor akan berhenti beroperasi Bekalan dari MCB

Ke Lampu Trip Ke punat tekan henti

Over Load yang terdiri dari empat terminal


PRINSIP KERJA OVERLOAD

 Ketika berlaku beban lampau pada motor arus beban yang mengalir di geganti haba akan
melebihi dari nilai arus yang telah di setkan pada geganti haba.

 Alat logam dua lapis akan menjadi panas dan ia membengkok.

 Ia akan menolak bar kerja dan seterunya menolak sesentuh – sesentuh tripping.

 Dengan ini geganti haba pelantik dan mengendalikan penyentuh di mana ia akan
memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar kuasa.

 Untuk menghidupkan litar semula, punat reset hendaklah ditekan dahulu untuk
mengendalikan sesentuh tripping kepada kedudukan asal.
PELINDUNG TANPA VOLT
 Pelindung tanpa volt atau pelindung voltan rendah juga disebut sebagai alat kawalan tiga dawai.
Ini bermakna bahawa penghidup akan terhenti apabila sesuatu kegagalan voltan berlaku tetapi
tidak akan hidup kembali secara automatik apabila voltan kembali semula.

Punca bekalan masuk

Punat tekan ON dan Off

Bekalan keluar ke motor Pelaras kepekaan alat


perlindungan

Alat perlindungan tanpa Voltan


SUIS PEMASA (TIMER)
 Digunakan untuk menghidupkan dan
mematikan litar secara automatk dan
bergantung kepada masa yang ditetapkan
seperti saat, minit, jam, mingguan atau bulanan.
Alat ini akan beroperasi dengan bekalan Arus
Terus dan Arus Ulang Alik. Lazimnya suis ini
digunakan untuk litar kawalan.

 Apabila bekalan dibekalkan pada gelung


pemasa ia akan mula mengira masa yang
ditetap. Setelah ia mengira masa semua
sesentuh tambahannya akan berkendalian iaitu
daripada keadaan sentiasa terbuka kepada
keadaan sentiasa tertutup (NO – NC) manakala
keadaan sentiasa tertutup kepada keadaan
sentiasa terbuka (NC – NO). Apabila bekalan
diputuskan ia akan berhenti beroperasi dan Sambungan kepada pemasa
sesentuh tambahannya akan menjadi seperti
sediakala
CONT.

Untuk menghidupkan voltan yang lebih besar kita boleh membuat kawalannya dengan membuat pendawaian yang
diselarikan pemasangan bekalannya kepada gegelung penyentuh (coil contactor).

BEKALAN MASUK

N/C

Timer 240 V
COMMEN

Contektor
N/O
Timer

NEUTRAL

Penyambungan timer yang disirikan pendawaiannya kepada penyentuh


(Contector)
CONT.

Simbol Pemasa dan Sesentuh Pemasa yang berada di pasaran


GEGANTI (RELAY)
 Alat ini digunakan untuk menghidupkan litar kawalan secara elektromagnet, ia mempunyai fungsi yang
sama dengan penyentuh ( Contactor ). Padanya terdapat sesentuh sedia buka dan sedia tutup dan punca
penyambungan Coil untuk membolehkan ia beroperasi.

Geganti

Sesentuh

Tapak Sesentuh ( Relay Base )

Geganti (Relay)
LAMPU PANDU ( PILOT LAMP )
 Alat ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan
tentang operasi litar kawalan. Sebagai contoh :

Warna Maksud kod warna

Merah Stop, Trip, Fasa merah.

Kuning Fasa kuning, Pemanas ( Hilter )

Biru Fasa biru.

Hijau On, Run

Warna dan maksud lampu penunjuk


SIMBOL-SIMBOL KAWALAN MOTOR DAN
KEGUNAANNYA

Bil. Simbol Nama Kegunaan


1. (Normally Open) Bila sesentuh mendapat tenaga litar akan
sesentuh lazim terbuka tertutup
( hidup)

2. (Normally close) Bila sesentuh mendapat tenaga litar akan


Sesentuh lazim tertutup terbuka
(mati )

3. Punat tekan henti) Menghentikan penghidup dan motor


(Push button stop)

4. Punat tekan hidup Menghidupkan penghidup dan motor


(Push button Start)
PENGUJIAN KOMPONEN-KOMPONEN
KAWALAN MOTOR
Bil. Komponen Kaedah Pengujian
1. Fius 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada
kedua-dua hujung fius.
2. Jika jarum meter bergerak kearah 0, ini menunjukkan
terdapat keterusan dan fius dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika jarum tidak bergerak kearah 0, ini
menunjukkan tiada keterusan dan fius terputus.
2. Punat tekan hidup 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada
kedua-dua punca punat tekan hidup.
2. Apabila punat tekan hidup ditekan, jarum meter
bergerak kearah 0, ini menunjukkan terdapat keterusan
dan apabila dilepaskan, jarum meter akan kembali
semula ke infiniti. Ini menunjukkan punat tekan hidup
dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum tidak
bergerak kearah 0, ini menunjukkan tiada keterusan dan
punat tekan hidup rosak.
4. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum meter
bergerak kearah 0 dan apabila dilepaskan jarum meter
tidak kembali ke infiniti, ini menunjukkan punat tekan
hidup rosak.
3. Punat tekan hidup 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca punat tekan henti. Jarum
meter bergerak kearah 0.
2. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter
akan bergerak semula kearah infiniti, ini
menunjukkan tiada keterusan. Sebaliknya,
apabila dilepaskan, jarum meter akan bergerak
ke arah 0 dan menunjukkan terdapat keterusan.
Ini menunjukkan punat tekan henti dalam
keadaaan baik.
3. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter
bergerak ke arah 0, ini menunjukkan terdapat
keterusan. Sebaliknya, apabila dilepaskan jarum
meter kembali ke infiniti. Ini menunjukkan
punat tekan henti telah rosak.

4. Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
Gegelung pada kedua-dua punca gegelung.
2. Sekiranya jarum meter menunjukkan bacaan
rintangan, ini menunjukkan kedua-dua punca
gegelung ada penyambungan.
3. Sebaliknya, jika jarum meter tidak bergerak dan
berada pada kedudukan infiniti, ini
menunjukkan kedua-dua punca gegelung tiada
penyambungan.
Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada
Sesentuh lazim terbuka kedua-dua punca sesentuh lazim terbuka. Tekan pelocok
di bahagian tengah penyentuh.
2. Sekiranya, jarum meter bergerak kearah 0, ini
menunjukkan terdapat keterusan.
3. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan
bergerak semula ke infiniti. Ini menunjukkan sesentuh
lazim terbuka dalam keadaan baik.
4. Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0 apabila
pelocok ditekan, ini menunjukkan tiada keterusan dan
didapati sesentuh lazim terbuka rosak.
5. Sekiranya jarum meter bergerak ke arah 0 apabila
pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat keterusan dan
apabila pelocok dilepaskan, jarum meter tidak bergerak
semula ke infiniti. Ini menunjukkan sesentuh lazim
terbuka rosak.

Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pad
 Sesentuh lazim tertutup kedua-dua punca sesentuh tertutup. Tekan pelocok di
bahagian tengah penyentuh. Sekiranya jarum meter tidak
bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan tiada keterusan
2. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan
bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan sesentuh lazim
tertutup dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, kiranya jarum meter bergerak ke arah 0
apabila pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan didapati sesentuh lazim tertutup rosak.
5. Geganti beban lampau(GBL) 1. Sentuhkan probe merah (+) dan sentuhkan probe hitam
(-) pada kedua-dua punca beben lampau. Jika jarum
meter tidak bergerak ke arah 0, ini menunjukkan tiada
keterusan dan punca berkedudukan dalam keadaan lazim
terbuka.
2. Pastikan semasa hendak menguji gegenti beban lampau,
punat reset ditekan terlebih dahulu.
3. Pengujian GBL juga boleh dilakukan dengan menolak
pelantik bagi memastikan sesentuh lazim tutup tertutup
dan sesentuh lazim terbuka berfungsi dengan baik.

6. Gegenti lewat masa (GBM) Petunjuk :-

Punca 2 dan 7 = Gegelung


Punca 5 dan 8 = Sesentuh lazim tertutup
Punca 6 dan 8 = Sesentuh lazim terbuka

1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada


punca gegelung gegemti lewat masa. Sekiranya jarum
meter bergerak dan menunjukkan bacaan rintangan, ini
menunjukkan penyambungan gegelung dalam keadaan
baik dan tidak terputus. Sekiranya jarum meter tidak
bergerak, ini menunjukkan penyambungan gegelung
terputus.
2. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung. Laraskan
pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dan julat x1.
Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada
punca sesentuh lazim tertutup. Sekiranya jarum meter
tidak bergerak ke arah 0, ini menunjukkan penyambungan
sesentuh lazim tertutup dalam keadaan baik. Sebaliknya,
jika jarum meter bergerak, ini menunjukkan GLM rosak.
3. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung. Laraskan
pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dn julat x1.
Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada
punca sesentuh lazim terbuka. Sekiranya jarum meter
bergerak kearah 0, ini menunjukkan penyambungan
sesentuh lazim terbuka dalam keadaan baik. Sebaliknya,
jika jarum meter tidak bergerak, ini menunjukkkan GLM
rosak.

7. Lampu Pandu 1. 1.Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada
kedua-dua punca lampu pandu. Sekiranya jarum bergerak
ke arah 0, ini menunjukkan terdapat keterusan dan lampu
pandu dalam keadaan baik.
2. 2.Sekiranya, jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini
menunjukkan tiada keterusan dan lampu pandu rosak.
SEE YOU NEXT CLASS

Thank you.

Anda mungkin juga menyukai