Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEROSAKAN MOTOR TIGA FASA.

Jenis-jenis kerosakan yang berlaku pada motor elektrik tiga fasa;


 Motor tidak dapat dihidupkan
 Motor menjadi panas bila beroperasi
Kaedah membaikpulih kerosakan motor elektrik tiga fasa;
 Motor tidak dapat dihidupkan sebab-sebab dan tindakanya.
1. Voltan rendah.
Periksa nilai voltan pada belitan nama naikkan voltan kepada
peringkat yang diperlukan dengan beberapa cara.
2. Litar terbuka @ litar pintas dililitan motor.
Jika ini disahkan dengan beberapa ujian,lilitan baru pada motor
hendaklah dilakukan.
3. Grease didalam alas menjadi kejal .
Sistem pelinciran dibersihkan dan grease baru dimasukkan ke
dalam alas.
4. Sambungan tidak kemas dipunca sambungan
Periksa dipunca sambung serta ketatkan sambung yang tidak
kemas.
 Motor menjadi panas bila beroperasi sebab-sebab dan
tindakan;
1. Motor beroperasi dalam lebihan beban yang berat.
Rujukan kepada bahagian mekanikal yang mempunyai
keterangan mengemal lebihan beban.Kurangkan beban jika
terdapat lebihan beban yang berat.
2. Motor beroperasi didalam satu fasa
Periksa semua litar tersebut.Bagi mengetahui samada motor
Beroperasi dalam 1fasa ialah ketika motor tidak dapat
dihidupkan semula setelah ia dimatikan
3. Kedudukan motor tidak sesuai perendaran udara tersekat
atau ruang udara melalui motor tersumbat
Baiki kawasan sekeliling motor supaya peredaran udara lebih
baik serta bersihkan ruang udara motor
4. Motor beroperasi didalam voltan dan ulangan yang tidak
sesuai
Perbetulan voltan dan ulangan seperti tercatat pada pelit nama
motor

5. Alas terlalu ketat


Catat suhu alas.periksa geseran ketika rotor diputar dengan
tangan serta diperbetulkannya.sahkan jenis pelincir pada alas
6. Jika motor memandu memlalui tali (belt),mungkin tali
terlalu ketat
Periksa ketegangan tali. Longgarkan jika ia terlalu ketat
7. Grease berlaian dari yang disyorkan oleh pembantu motor
Bersihkan sistem pelinciran dan grease semula dengan bahan
yang ditentukan.
8. Grease berlebihan dialas
Keluarkan grease lama dan gantikan grease bary sebanyak ½
hingga ¼ isipadu ruang
9. Kelunturan sifat pelincir
Kelunturan disebabkan oleh suhu alas yang tinggi, bendasing
dalam grease dan grase tidak ditukar mengikut jadual.Gantikan
grease baru
10. Coupling yang tidak kemas
Pastikan coupling dijajar dan diikat dengan kemas

FUNGSI MOTOR
Motor aruhan atau motor tidak segerak merupakan sejenis motor AC di
mana kuasa dibekalkan kepada rotor melalui aruhan elektromagnet.

Motor elektrik berputar kerana daya magnet dikenakan


antara elektromagnet pegun dipanggil stator dengan elektrimagnet
berputar dipanggil rotor. Dalam motor DC serta motor AC gelang gelincir,
arus dibekalkan kepada rotor melalui sesentuh bergerak dipanggil
komutator serta gelang gelincir. Dalam motor aruhan pula, arus diaruhkan
ke dalam rotor tanpa sebarang sentuhan oleh medan magnet stator,
melalui aruhan elektromagnet. Motor aruhan kadang-kadang digelar
sebagai transformer bergerak kerana stator membentuk bahagian primer
transformer manakala stator membentuk bahagian sekunder transformer.
Tidak seperti transformer biasa yang mengubah arus menggunakan fluks
berkadaran masa, motor aruhan pula menggunakan medan magnet
berputar untuk menukar voltan. Arus pada bahagian primer
menghasilkan medan elektromagnet yang bertindak balas dengan medan
magnet di bahagian sekunder bagi menghasilkan kilasan, dan seterusnya
menukar tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Motor aruhan digunakan
secara meluas, terutamanya motor aruhan berbilang fasa, yang sering
digunakan dalam industri.

Motor aruhan menjadi pilihan utama sebagai motor industri kerana


binaannya yang tahan lasak, ketiadaan berus yang mengurangkan
kecekapan mekanikal (yang amat diperlukan dalam kebanyakan motor DC)
serta — hasil teknologi elektronik kuasa moden — keupayaan untuk
mengawal kelajuannya.

Anda mungkin juga menyukai