Anda di halaman 1dari 2

Motor rotor berlilit

 Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang gelincir


atau slip ring motor dan wound induction motor.
 Binaannya adalah sama dengan motor aruhan 3 fasa
jenis sangkar tupai Cuma bahagian rotornya/ pemutar
disambungkan kepada 3 perintang luar menerusi gelang
gelincir.
 Daripada gelang gelincir/slip ring ini ia akan
disambungkan ke litar luar dengan menggunakan 3
berus karbon sebagai perantaraan.

Prinsip kendalian
 Sepertimana yang berlaku pada motor aruhan 3 fasa
sangkar tupai,apabila pemegun/stator mendapat
bekalan 3 fasa ia akan menghasilkan medan magnet
berputar di pemegun dengan kelajuan Ns.
 Dengan berlakunya proses aruhan saling diantara stator
dan rotor, maka arus teraruh akan di rotor berbelit dan
menyebabkan rotor mula berputar dengan kelajuan Nr.
 Sekiranya pada masa itu,perintang yang disambungkan
pada rotor pada tahap maksima, maka kadar putaran
rotor adalah pada tahap paling minima tetapi motor
adalah tinggi.
Ciri-ciri motor ini
 Kelajuan motor ini boleh dikawal kelajuannya dengan
menggunakan perintang boleh laras yang disambung
pada bahagian pemutar.
 Kelajuan pemutar tinggi- Nilai rintangan rendah.
 Kelajuan pemutar tinggi- Nilai rintangan tinggi.
 Kawalan kelajuan dengan menggunakan perintang boleh
laras tidak berapa baik kerana banyak kehilangan kuasa
berlaku pada perintang tersebut.
 Kelajuan kawalannya hanya 50% daripada kelajuan
segerak motor.
 Kilas/tork motor ini adalah agak baik.
 Penyelenggaraan motor ini adalah agak mahal.
 Bagi menyongsangkan arah putaran motor,ia hanya
dilakukan dengan menukarkan urutan fasa bekalan
motor ini.

Anda mungkin juga menyukai