Anda di halaman 1dari 20

MOTOR ARUHAN TIGA FASA SANGKAR TUPAI

Ciri-Ciri Operasi:
Motor aruhan tiga fasa sangkar tupai merupakan motor yang mempunyai saiz
yang kecil dari segi fizikalnya jika dibandingkan dengan kuasa yang dibekalkan dengan
motor aruhan yang lain. Ia merupakan motor yang mempunyai penyelarasan kelajuan
yang baik dengan perubahan keadaan beban serta bentuk pembinaan yang kasar
(rugged) dan operasi yang berupaya. Motor aruhan sangkar tupai ini secara meluas
digunakan pada industri masakini.

Prinsip Operasi Motor Aruhan Sangkar Tupai:


Sebagaimana yang diketahui bahawa pembinaan stator bagi motor aruhan tiga
fasa mengandungi beberapa slot yang terpisah bagi membolehkan sebanyak tiga belitan
fasa tunggal dibuat. Apabila arus tiga fasa dibekalkan ia akan menghasilkan sudut 120
diantara satu sama lain melintasi belitan dan menghasilkan putaran medan magnetik.
Perjalanan medan ini terbentuk di sekeliling teras stator tadi. Putaran medan megnetik
tadi bergantung kepada bilangan kutub pada stator dan frekuansi pada sumber bekalan.
Kelajuan ini dipanggil sebagai kelajuan synchronous (sychronous speed) seperti formula
berikut:
120 x frekuansi (Hz)
Kelajuan synchronous = ---------------------------
Bilangan Kutub

atau

S = 120 x f / p

Contoh:-
Jika motor aruhan tiga fasa sangkar tupai mempunyai 6 kutub dan
disambungkan dengan bekalan tiga fasa, 60 hz. Cari pusingan synchronous bagi motor
tersebut.

S = 120 x f / p
= 120 x 60 / 6

= 1,200 rpm.
Apabila medan megnetik berputar pada kelajuan sychronous, ia akan dipotong
oleh copper bar bagi menghasilkan voltan di dalam rotor untuk menghasilkan arus di
dalam rotor bars. Ini akan menghasilkan medan di dalam rotor core yang akan
bertindak dengan medan pada stator bagi menghasilkan tork yang akan memusingkan
rotor. Pada kebiasanya kelajuan rotor adalah kurang sedikit atau hampir sama dengan
kelajuan-kelajuan sychronous yang dihasilkan oleh medan stator. Ini bermakna medan
stator akan memotong pada rotor bar. Jika rotor berputar pada kelajuan yang sama
dengan medan stator, medan stator tidak akan memotong rotor bars dan tork tidak
terhasil.

Peraturan Kelajuan dan Peratusan Slip:

Motor aruhan sangkar tupai mempunyai ciri-ciri peraturankelajuan yang baik


(kadar perbezaan pada speed daripada tanpa beban kepada beban penuh). Prestasi
kelajuan ini diukur dalam bentuk peratusan slip. Kelajuan synchronous pada putaran
medan stator digunakan sebagai titik rujukan. Ini bergantung kepada bilangan kutub
pada stator dan frekuansi operasi dari bekalan. Jika dua kuantiti ini sama, maka
kelajuan synchronous adalah sama, jika kelajuan pada rotor adalah pada beban penuh
berkurangan daripada kelajuansynchronous maka perbezaan putaran per minit di mana
rotor slip kebelakang medan stator. Ini dapat dijelaskan oleh formula seperti dibawah:

Kelajuan sychronous – Kelajuan rotor


Peratusan Slip = -------------------------------------------------- x 100 %
Kelajuan Synchronous.

Contoh:
Jika motor aruhan tiga fasa sangkar tupai mempunyai kelajuan synchronous
1,200 rpm dan kelajuan pada beban penuh ialah 1,140 rpm, cari peratusan slip pada
stator berkenaan;
1,200 – 1,140
Peratusan Slip = ------------------- x 100 %
1,200

= 5 %.

Bagi motor aruhan sangkar tupai, jika nilai peratusan slip berkurangan,
kelajuan pada motor adalah baik. Purata peratusan slip bagi motor aruhan sangkai tupai
ialah 2% hingga 6%.

Arus Permulaan:

Apabila motor aruhan tiga fasa sangkar tupai disambungkan pada sumber
bekalan, arus terjah (surge) yang tinggi dihasilkan sehingga diantara 400 hingga 600%
pada kadaran arus pada masa beban penuh. Pada masa ini rotor berada di dalam
keadaan pegun. Pada masa beberapa saat medan pada stator memotong pada rotor
bar pada kadaran yang cepat menyebabkan rotor tersebut berpusing. Ini bermaksud
pada masa permulaan voltan yang terbentuk pada rotor adalah tinggi yang
menyebabkan arus yang besar terbentuk pada stator. Di sebabkan oleh arus
permulaan yang tinggi menyebabkan perlindungan pada permulaan adalah tinggi
sehingga 300% daripada nilai arus beban penuh pada masa pepasanganmotor aruhan
sangkar tupai ini.

Kebanyakan motor aruhan sangkar tupai menggunakan voltan penuh pada


peringkat permulaan (start). Jika terdapat masalah pada peringkat permulaan bagi
motor yang bersaiz besar perlulah dirujuk pada pengeluar. Pada tahap ini juga penyuap
(feeder) dan alat perlindungan yang lain tidak dapat menampung arus permulaan yang
tinggi. Pengurangan voltan pada peringkat permulaan adalah diperlukan oleh motor
tersebut.

Faktor Kuasa:
Faktor kuasa bagi motor aruhan sangkai tupai adalah rendah pada masa beban
sifar (no load). Pada masa ini faktor kuasa boleh mencecah 15% membelakang, walau
bagaimanapun apabila beban diberikan pada motor berkenaan faktor kuasa akan
meningkat pada tahap maksima di antara 85 hingga 90 %.

Faktor kuasa pada beban sifar adalah rendah disebabkan oleh komponen yang
mengalami proses kemegnetan memerlukan arus masukkan yang besar daripada arus
masukkan pada motor berkenaan. Apabila beban bertambah, yang mengalami proses
kemegnetan adalah sama. Ini bermaksud resultant arus talian adalah hampir sama
dengan voltan bekalan dan faktor kuasa dapat dibaiki.

Gambarajah di bawah menunjukkan apabila pertambahan faktor kuasa daripada


beban sifar kepada beban penuh. Dalam arus/fasa (I energy) adalah kecil jika
dibandingan dengan arus kemegnetan (I m). Jadi faktor kuasa adalah rendah pada
masa beban sifar.

Kesimpulannya ialah sudut membelakang bagi arus talian berkurangan dan


faktor kuasa bertambah.

ENERGY E

SUDUT YANG BESAR MEMBELAKANG


FAKTOR KUASA BESAR

I RESULTANT
I M

TANPA BEBAN
I ENERGY E
SUDUT YANG KECIL MEMBELAKANG
FAKTOR KUASA DIKECILKAN

I RESULTANT

I M

BEBAN PENUH

Pusingan Terbalik:

Arah pusingan bagi motor aruhan boleh terbalik dengan menukarkan polaritinya.
Ini dapat dilihat di dalam gambarajah di bawah bagi motor aruhan tiga fasa.

LINE 1

LINE 2

LINE 3
ARAH PUSINGAN MENGIKUT JAM

LINE 1

LINE 2

LINE 3

ARAH PUSINGAN MENGIKUT LAWAN JAM

Kawalan Kelajuan:
Motor aruhan sangkar tupai hampir tidak mempunyai kawalan kelajuan.
Kelajuannya bergantung kepada frekuansi daripada bekalan tiga fasa dan jumlah kutub
pada belitan stator. Pada kebiasanya frekuansi adalah diantara 50 – 60 Hz. Ini adalah
bergantung kepada pihak pembekal kuasa berkenaan. Jika bilangan kutub adalah tetap
dan frekuansi adalah tetap, maka kelajuan synchronous pada motor berkenaan adalah
tetap.

Sebagai kesimpulannya motor aruhan sangkai tupai tidak boleh di kawal


kelajuannya. Jadi penggunaannya hanya tertumpu pada kelajuan yang sedia ada yang
ditetapkan oleh pihak pembekal.

MOTOR SEGERAK

Binaan
Binaanya sama dengan pengulang-alik jenis medan berkisar angkir pegun.
Statornya dibelit dengan belitan tiga fasa sementara rotornya dibuat dua bentuk iaitu
sama ada kutub tonjol atau kutub selinder rata. Motor segerak ini memerlukan ujaan
arus terus (AT) dari luar dan dibekalkan ke rotor melalui gelang gelincir.
Kendalian
Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan, putaran medan magnet akan wujud $pada
stator motor itu. Bagi motor segerak berukuran kecil, rotornya dibuat daripada magnet
kekal (Tidak memerlukan ujaan arus terus), maka motor akan terus berputar mengikut
arah putaran medan magnet stator pada kelajuan ‘kesegerakan’ kerana rotor seolah-
olah telah terkunci oleh medan magnet stator.
Bagi motor segerak yang berukuran sederhana, rotornya mempunyai belitan
bersama-sama ‘sangkar tupai’. Semasa motor mula dihidupkan, putaran rotor
diwujudkan dengan cara aruhan. Rotor akan terus berputar dengan ‘sangkar tupai’.
Apabila kelajuan ini hampir mencapai kelajuan kesegerakan, bekalan arus terus
diujakan kepada rotor motor itu. Medan magnet rotor yang baru itu seolah-olah dikunci
oleh putaran medan magnet stator dan motor itu akan terus berputar pada kelajuan
kesegerakan.
Bagi motor yang berukuran besar, rotor motor itu akan dipusingkan dahulu
dengan bantuan penggerak dari luar pada arah yang sama dengan arah putaran medan
magnet stator.
Bila kelajuan motor itu hampir mencapai kelajuan kesegerakan, barulah bekalan
arus terus diuja pada rotor dan motor itu akan terus berputar pada kelajuan
kesegerakan. Ketika itu barulah penggerak bantuan ditanggalkan dari rotor itu.

Ciri-ciri
Kelajuan motor ini tetap dan kelajuan rotornya sama dengan kelajuan
kesegerakan. Faktor kuasa motor ini boleh boleh dilaraskan dengan mengubah nilai
ujaan arus terus yang diberikan pada rotor. Jika nilainya lebih, faktor kuasa akan
mendahului dan jika nilainya rendah, faktor kuasa akan menyusul. Semakin besar rotor
motor ini, semakin tinggi kecekapannya dan biasanya ia hanya digunakan pada satu
arah putaran sahaja serta tidak membawa beban yang berat.
Kegunaan
Motor ini biasanya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang perlukan
kelajuan yang tetap dan terus menerus seperti pum, pemampat dan sebagainya kerana
kecekapan motor ini tinggi. Selain daripada itu, motor ini juga digunakan untuk membaiki
faktor kuasa bekalan serta memperbaiki voltan pada talian.
MOTOR UNIVERSAL
Motor universal ditakrifkan sebagai motor yang mana boleh digunakan pada AT
& AU untuk halaju dan keluaran yang sama. Biasanya motor jenis ini dibuat dalam saiz
yang kecil, dari 1/200 KK hingga 1/3 KK. Disebabkan motor ini adalah dari jenis lilitan
siri, maka ia mempunyai dayakilas yang tinggi serta halaju yang berubah-ubah. Pada
keadaan tanpa beban, motor ini ‘berlari’ pada kelajuan yang tinggi dan merbahaya.
Oleh kerana itu, biasanya motor ini sentiasa dijalankan dengan berbeban.
Motor universal ini dibuat dalam dua jenis iaitu:
i. Concentrated-pole non-compensated.
ii. Distributed field compensated.
Jenis ‘concentrated-pole’ biasanya mempunyai dua ‘salient-pole’ sebagaimana
pada motor AT kecuali semua laluan magnetnya (magnetic path) dibuat dalam keping-
keping besi (laminated).

Stator yang berlamina adalah perlu kerana fluks akan berulang-alik apabila
motor digunakan pada AU. Rotor/angkirnya adalah sama dengan motor AT.

Jenis ‘distributed field’ pula mempunyai stator yang sama dengan stator fasa belah dan
rotor yang sama dengan motor AT. Satu gelung ‘compensating’ digunakan bagi
mengurangkan voltan regangan terdapat pada angkir apabila motor beroperasi dengan
AU. Voltan ini disebabkan oleh fluks ulang-alik (alternating fluxs) melalui tindakbalas
alatubah.

Dalam motor ‘two pole non-compensated’, voltan yang diaruh oleh


tindakbalas alatubah di dalam gelung rotor semasa ‘komutasi’ adalah tidak mencukupi
untuk menghasilkan gangguan komutasi. Beberus karbon rintangan tinggi digunakan
bagi membantu komutasi.

OPERASI MOTOR UNIVERSAL

Motor ini biasanya menghasilkan dayakilas berbagai-arah (unidirectional torque)


tanpa mengira sama ada ia digunakan pada AT atau AU. Penghasilan dayakilas
berbagai-arah adalah seperti yang ditunjukan dalam rajah.
Motor ini bekerja mengikut prinsip yang sama dengan motor AT iaitu daya di
antara fluks medan dan arus dalam pengalir angkir.
Ciri-ciri Halaju / Beban
Halaju motor universal berubah-ubah sama seperti motor siri AT iaitu pada
beban penuh halajunya adalah rendah dan pada tanpa beban, halajunya tinggi. Pada
keadaan tanpa beban halajunya hanya dihadkan oleh geseran (friction) dan beban
gelung (windage load). Biasanya susunan gear digunakan bagi mengurangkan halaju
sebenar pada suatu nilai yang sesuai.

Penggunaan Motor Universal


Motor ini digunakan pada ‘vacum cleanner’ di mana kelajuan sebenar adalah
halaju beban. Penggunaan lain di mana halaju dikawal oleh susunan gear adalah sama
seperti pada mesin pembancuh makanan (food mix), alat gerudi, mesin jahit dan
sebagainya.

Menukar Arah Pusingan


Motor universal jenis ‘concentrated-pole’ atau ‘salient pole’ boleh ditukar arah
pusingannya dengan menukar punca beberus karbon seperti dalam rajah. Bagi jenis
‘distributed field compensated’ arahnya boleh ditukar dengan mengubah punca sama
ada pada angkir atau punca medan dan juga mengubah kedudukan beberus karbon
dalam arah yang berlawanan dengan kedudukan asal. Biasanya beberus diubah selang
beberapa bahagian komutator.

Pengawalan Halaju Motor ‘Universal’


Terdapat beberapa cara yang digunakan bagi tujuan pengawalan halaju motor
ini, antaranya:
1) Resistant Method (Cara rintangan)
Pengawalan halaju dilakukan dengan menyambungkan perintang boleh laras
sesiri dengan motor. Cara ini biasanya digunakan pada mesin jahit. Jumlah rintangan
diubah-ubah dengan menggunakan pedal kaki (foot pedal).

2) Tapped Field Method


Dengan cara ini kutub medan di’tap’ pada beberapa titik dan halaju dikawal
dengan mengawal kekuatan medan. Bagi tujuan ini terdapat berbagai cara yang di buat:
i. Kutub medan dililit dalam beberapa bahagian dengan saiz dawai yang
berlainan.
ii. Satu dawai nikrom dililit pada kutub medan dan beberapa punca
dikeluarkan.
3) Centrifugal Switch Method (Cara Suis Ampar)
Motor universal terutamanya yang digunakan pada pembancuh
makanan/minuman mempunyai beberapa kelajuan. Kelajuan ini dibuat oleh satu suis
ampar yang diletakan di dalam motor dan disambungkan seperti dalam rajah.

MOTOR
R

Centrifugal Switch Method

Suisnya adalah dari jenis boleh laras dengan bantuan satu ‘lever’ luar (pelaras).
phmu/ima

Jika kelajuan motor meningkat melebihi yang ditetapkan oleh pelaras, suis ampar akan
membuka sesentuh dan membenarkan arus mengalir melalui perintang ‘R’ yang mana
menyebabkan kelajuan motor berkurangan. Apabila motor bergerak perlahan, sesentuh
akan tertutup dan rintangan akan dilitar-pintaskan supaya kelajuan motor meningkat.
Proses ini diulangi dengan pantas menyebabkan perubahan dalam kelajuan tidak begitu
ketara. Satu kapasitor ‘C’ digunakan merintangi sesentuh bertujuan untuk
mengurangkan bunga-api yang disebabkan oleh proses membuka dan menutup
sesentuh. Ia juga dapat menghindarkan sesentuh dari terhakis.

1.0 PENGHIDUP MOTOR


Penghidup motor alah bertujuan untuk :
a. Mengurangkan / menghadkan arus permulaan kepada suatu
nilai yang kecil dan selamat.
b. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah
berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
c. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat
dan secara kawalan jauh.
d. Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan
dengan mengadakan alat-alat perlindungan dan alat kawalan
di dalam sistem penghidup motor.

Pertimbangan yang perlu dibuat semasa melakukan sambungan pendawaian


di motor ialah kadaran voltan yang diberi kepada gegelung lilitan motor dengan
sistem voltan bekalan.Maklumat-maklumat tersebut boleh didapati pada plat tanda
motor berkenaan.

2.0 PENGHIDUP TALIAN TERUS ( DOL STARTER )


Penghidup jenis ini akan menghasilkan arus permulaan yang tinggi iaitu
sehingga enam hingga lapan kali daripada arus kendalian. Sekiranya sesbuah motor
mempunyai arus kendalian normal 8A, arus mula yang akan wujud pada motor akan
menjadi sehingga 48A sehingga 64A, keadaan ini berlaku untuk beberapa saat
sahaja.Penghidup jenis ini biasanya digunakan untuk beban-beban seperti penghawa
dingin, air blower, air compressor dsb. Biasanya pada beban tidak melebihi dari
3.3k.k .Beban tidak boleh melebihi 3k.k kerana arus mulanya adalah antara enam
hingga lapan kali arus kendalian, dan boleh mengganggu sumber bekalan ke beban-
beban yang lain. Tetapi kes ini tidak terdapat di stesen janaelektrik di mana motor-
motornya yang berkeupayaan sehingga beberapa ratus kuasa kuda masih
menggunakan penghidup cara ini. Ini adalah kerana sumber bekalan yang banyak
boleh didapati dalam stesen itu sendiri dan ini tidak mengga nggu sumber bekalan
yang lain.
Penghidup terus ke talian adalah di mana sistem bekalan dikenakan terus
kepada motor tanpa apa-apa alat-alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau
voltan ke motor. Dalam sistem penghidup motor kendalian automatic, alat yang
digunakan untuk menggantikan suis tiga kutub ialah sesentuh-sesentuh dari
penyentuh. Geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan
beban.Motor tiga fasa yang sesuai bagi penghidup terus ke talian ialah motor jenis
sangkar tupai.Mengikut peraturan 25 Kaedah Elektrik 1949, penghidup terus ke talian
hanya digunakan bagi motor tidak lebih daripada 3k.k ( 2.2KW )

KEBAIKAN KELEMAHAN

 Daya kilas  Arusnya


permulaan adalah tinggi mulanya dalah tinggi. Ini
dan juga mencapai kadar menyebabkan pusuan di
kelajuan maksima dengan dalam sistem adalah amat
singkat. tinggi dan mengganggu
sistem bekalan yang lain.
 Binaannya
ringkas dan dengan itu  Untuk
hanya lebih murah serta menanggung arus mula
penyenggaraan pun murah yang tinggi pengalir-
pengalir dan alat-alat
perlindungan perlu
dilebihkan kadarnya.
Dengan itu
perlindungannya kurang
sensitive.

Gambarajah Skematik Penghidup Talian Terus ( D.O.L Starter )


3.0 PENGHIDUP MOTOR BINTANG-DELTA

Terdapat dua cara / jenis asas penghidup bintang-delta dapat diadakan bersama
sama dengan alat bantuan tambahan :

a. Penghidup Bintang-Delta
b. Penghidup Bintang-Delta Forward Reverse

Penghidup motor secara bintang-delta, motor berkendali dengan sambungan


bintang pada permulaan dan bertukar kepada delta untuk kendalian seterusnya.

MULA BINTANG

SEMASA KENDALIAN DELTA

Arus pada sambungan bintang adalah dikecilkan sehingga 58% atau


1/3 dari arus permulaan.

Arus Bintang = 58% x ( 6 hingga 8 kali arus kendalian )

Mengikut peraturan 25 kaedah Elektrik 1949, penghidup cara ini hanya


digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan 3k.k hingga 10k.k.Penghidup
cara ini sering diaplikasikan kepada penggunaan :
a. Injap bermotor
b. Pam elektrik
c. Conveyor
d. Sistem penghawa dingin.
Berikut adalah kebaikan dan kelemahan penghidup bintang-delta secara am :

KEBAIKAN KEBURUKAN

 Boleh  Keupayaan
dihidupkan dan dimatikan motor-motor yang
beberapa kali pada bila- digunakan terhad kepada
bila masa. 3k.k – 10k.k.
 Senggaraan  Menggunakan
adalah kurang jika punca-punca motor yang
dibandingkan dengan lebih iaitu dari 6 –7 punca.
penghidup alatubah auto.
 Bagi
keupayaan motor yang
sama, kos
pemasanggannya adalah
lebih murah dari
penghidup alatubah auto.

Gambarajah Skematik Penghidup Bintang-Delta

4.0 PENGHIDUP ALATUBAH AUTO

Penghidup alatubah auto mengurangkan arus permulaan yang tinggi semasa


sistem dihidupkan di mana, arus yang mengalir kepada motor pada tatah 70%
alatubah auto. Dengan ini cuma 70% daripada voltan penuh dikenakan pada motor
tersebut, arus permulaan telah dikurangkan kepada nilai yang selamat dan
berpatutan.Ketika ini, perhatian hendaklah diberikan kepada alatubah auto, sistem
hendaklah berada dalam keadaan sambungan bintang dan tidak berlakunya litar
terbuka pada bahagian sambungannya. Jika terdapat litar buka pada sambungan
bintang pada ketika mula dihidupkan , alatubah auto akan mengalami kesan voltan
tinggi yang membahayakan.
Setelah sistem berkendali untuk berapa ketika, dan seterusnya sistem akan
berkendali tanpa alatubah auto iaitu alat ubah auto dipintaskan melalui
penyentuh.Mengikut peraturan 25 kaedah Elektrik 1949, penghidup jenis ini hanya
digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan 3k.k hingga 10k.k.Alatubah yang
digunakan boleh terdiri daripada tiga alatubah auto satu fasa atau satu alatubah tiga
fasa.Bagi penghidup jenis ini, alatubah auto boleh ditatahkan kepada nilai peratus
yang berlainan DAN boleh diadakan lebih dari satu tatah bergantung kepada jenis
beban.
KEBAIKAN KEBURUKAN

 Boleh mengandungi  Disebabkan tiada


beberapa tatah di mana ia dawai neutral jika beban
sesuai untuk motor yang seimbang, gangguan bekalan
berlainan kuasa menggunakan akan berlaku.
voltan-voltan yang tertentu.
 Sekiranya terdapat
 Kehilangan kuasa litar terbuka pada sambungan
di alat-alat bantu adalah kecil. bintang, kemungkina voltan
tinggi akan teraruh pada
alatubah auto.

 Sesuai untuk motor


samada dalam sambungan  Dibandingkan
delta atau bintang. dengan penghidup bintang-
delta cara ini mempunyai alat

 Motor hanya tambahan merupai alatubah

mempunyai tiga atau empat auto. Kos yang tinggi

punca dan tidak enam atau


tujuh punca seperti kes star-  Daya kilas yang
delta. tidak sepenuhnya semasa
permulaan. Tidak sesuai pada
kerja yang memerlukan daya
kilas yang tinggi. Oleh itu,
ianya terhad kepada
penggunaan motor-motor
berkeupayaan sederhana
sahaja.
Gambarajah Skematik Penghidup Mara-Songsang

Anda mungkin juga menyukai