Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ YAYASAN SABAH

JLN DEWAN BAHASA & PUSTAKA


OFF JLN SULAMAN, TELUK LIKAS,
88813 KOTA KINABALU
SABAH

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL
INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
C01 SINGLE PHASE DRAWING
AND TITLE
1. IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATION AND
REQUIREMENT
NO. DAN PENYATAAN
2. CARRY OUT LAYOUT DRAWING
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND 3. CARRY OUT SINGLE LINE/SCHEMATIC DIAGRAM DRAWING
STATEMENT 4. CARRY OUT SINGLE PHASE DRAWING
5. INSPECT SINGLE PHASE DRAWING

ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) Muka / Page : 1
COMPETENCY UNIT ID
Drpd/of : 08

TAJUK:

LUKISAN BENTANGAN

TUJUAN :
Lukisan pelan rumah menunjukkan rupa sebenar sesebuah bangunan dan biliknya dari
pandang atas. Biasanya lukisan ini dilukis secara unjuran garis finit dari atas ke bawah. Ini
membolehkan dan menentukan tempat alat tambah, peralatan atau kelengkapan elektrik. Pelan
rumah amat penting bagi perancangan elektrik untuk menetapkan kelengkapan atau peralatan

1
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) MUKA : 2 DRP 8
COMPETENCY UNIT ID

PENERANGAN:

Mengenali lukisan atau mengetahui kedudukan sebenar blok-blok rumah serta untuk
mencapai tahap lukisan yang baik, mestilah memenuhi syarat-syarat yang ada pada lukisan
arkitek. Penerangan ini menekankan amalan lukisan elektrik, maka itu tidaklah secara terperinci.
Walaubagaimanapun panduan asas perlu diketahui yang mana perkara berikut perlu di ambil
perhatian. Seperti gambarajah 1.2.

i) Daun pintu dan pintu hendaklah dilukis dengan jelas arah ia ditutup dan dibuka.

ii) Setiap bilik atau ruang hendaklah dilabelkan dengan jelas.

iii) Tempat basuhan (sink), kolah, air pancut dan yang terlibat penggunaan air atau
gas hendaklah ditunjukkan supaya alat tambah tidak dipasang pada tempat itu.

iv) Setiap tingkap dan pintu hendaklah dilukis, jika perlu.

v) Ukuran dimensinya juga perlu dilukis.

vi) Gunakan simbol arketik yang betul untuk mewakili sesuatu bahagian, misalnya
simbol menunjukkan tangga dan sebagainya,

Untuk melukis semula pelan rumah yang telah diberi, ini boleh dilakukan dengan
pemindahan ukuran. Biasanya lukisan pelan rumah yang sedia ada akan diperbesarkan dua
atau tiga kali ganda lukisan asal. Seperti Rajah 1.1.

RUMAH “A”
DIPERBESAR 2
RUMAH KALI GANDA

“A”

2
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) MUKA : 3 DRP 8
COMPETENCY UNIT ID

Bilik-1

Anjung

Ruang tamu
Dapur

Anjung
Bilik-2

RAJAH 1.2 Bentuk Lukisan Pelan Rumah


LUKISAN BENTANGAN

(a) Pengenalan
Perancangan pemasangan yang baik bergantung kepada lukisan ini. Ia menunjukkan
kesemua kelengkapan, alatan atau alatambah yang hendak dipasang. Kesemua alatambah
atau kelengkapan yang hendak dipasang akan ditunjukkan secara bersimbol.

(b) Gaya lukisan


Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana lukisan bentangan dipersembahkan.
Diantaranya ialah secara garisan lurus selanjar, garisan putus-putus, garisan lurus yang
condong dan garisan beriak.

3
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) MUKA : 4 DRP 8
COMPETENCY UNIT ID

Pemilihan penempatan alatambah

Pemilihan penempatan alatambah dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah


mustahak. Ia menjadi panduan bagi pendawai elektrik untuk mengetahui penempatan
alatambah atau kelengkapan yang dikehendaki.
Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-perkara ini perlu diambil
perhatian sewaktu melukis gambarajah bentangan pemasangan domestik.

(i) Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terselindung atau di
tempat yang dilarang oleh peraturan IEE. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis yang
dicadangkan.
 Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia
mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.
 Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima, tangga dan
sebagainya.
 Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.
 Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama
dikumpulkan bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan kemudahan
kawalan.

(ii) Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar
dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. Berikut ialah contoh-
contoh penempatan lampu yang sesuai.
 Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter
persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan
kedua-dua bilik.
 Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang dapat disebarkan
terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.
 Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya
lampu-lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik.

iii) Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia mestilah di
pasang di tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang

(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau di tepi
dinding pintu masuk rumah.

(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang
daripada 300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.

4
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) MUKA : 5 DRP 8
COMPETENCY UNIT ID

Menulis nombor litar kecil akhir

Setelah kesemua kelengkapan, alat dan alatambah siap dilukis, berikan nombor
bilangan litar akhirnya (L.A). Nombor ini bertujuan untuk memudahkan pembaca dan
pendawai memasangkan litarnya. Bilangan litar akhir ini hendaklah dikirakan untuk
ditetapkan nombor bilangan L.A.

Sebagai panduan di bawah ini telah disiapkan bilangan yang boleh ditampung oleh
sesuatu litar akhir.

Peranti perlindungan
Bil Beban yang ditanggung
Lebihan Arus
1 6A 10 Bil. Lampu termasuk kipas siling
2 10A 2 bil. Soket alir keluar 5A
1 soket alur keluar 15A atau 1 soket alur keluar
3 16A
13 Amps
4 20A Soket alur keluar 13A
5 32A Soket alur keluar jenis litar gelang

5
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) MUKA : 6 DRP 8
COMPETENCY UNIT ID

CONTOH LUKISAN BENTANGAN:

PELAN RUMAH KEDIAMAN

LAGENDA

KETERANGAN SIMBOL

Lampu pendarfluor

BILIK Lampu tungsten


MANDI TANDAS glob

DAPUR BILIK 2 Kipas siling

BILIK 3
Kipas ekzos

Unit kaw alan


pemassak

BILIK UTAMA Soket alur keluar


13 A

Lampu tungsten
dinding
RUANG MAKAN TANDAS Unit penghaw a A
dingin C

Kotak fius agihan

BILIK 1 Alat atur kipas


C

2
Suis 2 hala
RUANG TAMU
A

Suis 1 hala

A
C

MASUK

6
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) MUKA : 7 DRP 8
COMPETENCY UNIT ID

PENERANGAN

Bilik
air
Tempat
letak kereta \

Bilik tidur Bilik tidur

store
st
Ruang
makan

Unit Ruang
penggunaD/E
1 bertebat
penuh serambi

Papan Ruang rehat


meter
serambi
Kwj LLN

Rajah: 1.3: Lukisan Bentangan Mengandungi Poin-poin beban

7
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012/CO1/P(1/5) MUKA : 8 DRP 8
COMPETENCY UNIT ID

SOALAN:

1. Apakah definasi bagi gambarajah bentangan dalam elektrik ?

2. Di manakah biasanya Suis dipasang pada suatu pemasangan pendawaian Elektrik ?

3. Di manakah biasanya Papan agihan dan alat kawalan pengguna dipasang pada suatu
pemasangan pendawaian ?

4. Senaraikan 4 gaya lukisan dalam melukis lukisan bentangan elektrik ?

RUJUKAN:

1. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif

2. TEKNOLOGI ELEKTRIK
(Untuk Sekolah Menengah Vokasional)
Oleh;
Abd. Samad Bin Haji Hanif
Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa
Editor : Amirudin Bin Abdullah
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
ISBN 967-902-285-4

Anda mungkin juga menyukai