Anda di halaman 1dari 27

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2021/2022

JABATAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM

KOD / KURSUS ETE 1013 SINGLE PHASE DRAWING

KOMPETENSI 2. Carry out layout drawing.

1. Identify single phase drawing specifications and requirement.


2. Carry out layout drawing.
KOMPETENSI UNIT 3. Carry out single line / schematic diagram drawing.
4. Carry out single phase wiring drawing.
5. Inspect single phase drawing.

Trainee must be able to:


HASIL
 Draw the single phase drawing according to symbol, size cable, connection
PEMBELAJARAN
and specification.

TARIKH

NO KOD C-051-1 KOD JPK EE-320-3:2012


MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
ROZALIN BINTI HASHIM YEW SIEW CHEN
(PENTAKSIR) (KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
TARIKH: PENYELARAS KURSUS)

TARIKH:
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 2 drp : 27

TAJUK: PENGENALAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai lukisan elektrik fasa
tunggal.

PENERANGAN :

1.0 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan pemasangan
elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan. Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur
keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi
sesuatu bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang sesuai dengan
menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam plan susunatur ini ialah 1:100.

Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang dilakukan memenuhi
kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat
membantu kerja-kerja perancangan peralatan di masa hadapan.

Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis dengan jelas
dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan agar kelihatan menarik dan tidak
mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan
mestilah lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan
sebagainya.

Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri.

a. Pelan Bentangan Domestik

Pelan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis
kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur simbol piawai alat tambah pada pelan lantai
adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda (simbol) disediakan
bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah. Rajah 1
menunjukkan contoh pelan domestik berserta lagenda.

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 3 drp : 27

Rajah - Contoh Pelan Bentangan Domestik


b. Pelan bentangan industri

Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti
makmal, kilang dan permis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang
tinggi dan boleh menampung beban yang besar. Kaedah pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur
logam. Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan
dari jenis tugas berat.

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 4 drp : 27

2.o Alatan Lukisan Pelan Bentangan

Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual).
Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem reka bentuk Terbantu Komputer. Namun
sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah
mempunyai ciri keboleh hasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan
kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan. Penerangan dibawah akan menrangkan berkenaan alatan yang
kebiasannya digunakan dalam menghasilkan lukisan bentangan yang baik :

i. Papan / Meja Lukisan

a. Papan Lukisan biasanya berukuran 60 cm x 80 cm, diperbuat dari papan jenis lembut ataupun plastik.

b. Meja lukisan pula biasanya bersaiz lebih besar dimana permukaan mejanya boleh dilaras kecondongan dan

ketinggiannya. Sesetengah meja lukisan mempunyai permukaan yang bermagnet serta dilengkapi dengan

sesikut-T dan set segitiga yang boleh digerakkan dengan mudah. Permukaan papan / meja lukisan mestilah

rata serta bucu sebelah kiri dan kanannya rata dan bersudut 90° bagi menghasilkan lukisan yang tepat.

c. Langkah-langkah penjagaan.

• Permukaan papan/meja lukisan mestilah dibersihkan daripada habuk/kotoran sebelum dan selepas digunakan.

• Elakkan dari menebuk lubang, menggasah pensil atau memotong kertas dengan menggunakan pisau di atas

permukaan papan/meja lukisan .

• Elakkan dari melukis atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan papan/meja lukisan.

• Pastikan bahagian bucu dan tepi papan/meja lukisan dalam keadaan rata, lurus dan bersudut tepat (90°)

antara satu sama lain.

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 5 drp : 27

ii. Sesiku-T (Tee Square)

Diperbuat daripada kayu keras atau plastik tebal dan boleh didapati dengan pelbagai saiz. Ia
dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bilah.

Ianya digunakan di atas papan / meja lukisan dengan cara menggelungsurkan ke atas atau ke bawah
dan pastikan bahagian kepalanya setiasa rapat dengan tepi papan/meja lukisan untuk membina garis mendatar
yang lurus. Sesiku-T yang dilekatkan pada meja lukisan adalah mudah digunakan atau digerakkan.

a. Langkah-langkah penjagaan.

• Jangan gunakan sesiku-T untuk menekan paku tekan atau memotong kertas dan sebagainya dengan pisau.

• Sebaik-baiknya ianya disimpan dengan cara menggantungkannya dengan bahagian kepalanya ke bawah.

iii. Sesiku Segitiga (Set Square)

Sesiku segitiga dibuat daripada bahan yang lutsinar dan terdiri daripada dua sesiku yang berbentuk
segitiga. Segitiga tersebut mempunyai sudut 30° dan 60° serta satu lagi bersudut 90° dan 45°. Sesiku segitiga
digunakan bersama-sama dengan sesiku-T untuk melukis garisan tegak dan garisan condong dengan cara
menggelungsurkan ke kanan dan ke kiri di atas bilah sesiku T. Kombinasi sesiku segitiga boleh melukis garisan

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 6 drp : 27

condong yang bersudut 15° dan 75° selain dari sudut-sudut 30°, 60°, 90° dan 45°. Terdapat juga sesiku
segitiga yang bolehlaras bagi mendapatkan sudut-sudut yang dikehendaki.

a. Langkah-langkah penjagaan.

• Pastikan setiap tepi sesiku segitiga berkeadaan lurus.

• Jangan biarkan sesiku segitiga dalam keadaan melengkung.

iv. Pensil Lukisan

Pensil untuk membuat lukisan mekanikal samada dari jenis Pensil Jenis Kayu ataupun Pensil Mekanikal
dimana mata pensil mekanikal tidak perlu ditajamkan. Mata pensil biasanya diklasifikasi berdasarkan
kehitamanya. Ianya terbahagi kepada 3 gred iaitu keras, sederhana dan lembut.

Gred Keras diantara 9H hingga 4H. Biasanya gred ini digunakan untuk menghasilkan garisan ringan
seperti garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan yang memerlukan ketepatan. Gred
Sederhana adalah seperti 3H, 2H, H, F, HB dan B. Digunakan untuk menghasilkan garisan ringan. Sesuai
digunakan untuk membuat lakaran penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah. Gred
Lembut adalah antara 2B hingga 7B. Digunakan untuk menghasilkan garisan kasar dan menwarnai objek. Pensil
gred ini membolehkan kertas menjadi kotor dan comot jika tidak digunakan dengan cermat.

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 7 drp : 27

a. Langkah-langkah penjagaan.

• Pastikan mata pensil sentiasa tajam dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat.

• Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata.

• Cara yang baik untuk menajamkan mata pensil ialah dengan kertas pasir.

• Bagi pensil mekanikal, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil patah.

• Cara memegang pensil mekanikal.

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 8 drp : 27

v. Pemadam (Eraser)

Pemadam Pensil digunakan untuk memadam garisan dan tulisan yang dibentuk dengan menggunakan
pensil. Manakala pemadam Dakwat adalah lebih keras/kasart dimana garisan yang dibentuk dengan dakwat
dapat dipadamkan. Pemadam pensil adalah lebih lembut berbanding dengan pemadam dakwat. Pemadam yang
berkualiti akan dapat memadam garisan tanpa meninggalkan sebarang kesan kasar dan kotoran kepada
permukaan kertas.

a. Langkah-langkah penjagaan.

• Pilih pemadam yang sesuai agar tidak merosakkan permukaan kertas.

• Letakkan kertas keras di bawah permukaan yang hendak dipadam bagi menghilangkan kesan lurah pensil dan

juga serabut.

• Gunakan berus atau kain yang bersih untuk membuang habuk pemadam di atas kertas lukisan, elakkan dari

menggunakan tangan.

• Jangan tekan terlalu, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang dihasilkan oleh tekanan pemadam tadi.

vi. Perisai Pemadam (Erasing Shield)

 Diperbuat daripada logam nipis atau plastik. Mempunyai berbagai-bagai bentuk lubang yang bertujuan
sebagai panduan memadam sesuatu garisan tanpa menganggu atau terpadam garisan lain yang
berhampiran.

 Cara menggunakan alat ini iaitu letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan
yang hendak dipadam dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai.

 Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada
lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang berhampiran.

a. Langkah-langkah penjagaan.

• Jangan dilipatkan perisai pemadam kerana ianya akan menjadi tak rata dan mungkin akan patah.

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 9 drp : 27

vii. Plat Pencontoh (Template)

Sebagai alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk serta
mempercepatkan masa melukis. Contohnya, pelukis akan lebih cepat menggunakan plat pencontoh bulat untuk
melukis buatan berbanding menggunakan alat jangka lukis (compass). Plat pencontoh terdapat dalam berbagai-
bagai bentuk seperti bulatan, elips, segiempat, segitiga dan bentuk-bentuk simbol tertentu mengikut bidang
khusus kejuruteraan seperti kejuruteraan elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi.

viii. Set Jangka Lukis

 Set Jangka Lukis biasanya mengandungi dua alatan iaitu Jangka Lukis (compass) dan Jangka
Pembahagi (divider).

 Jangka Lukis digunakan untuk melukis bulatan. Satu kakinya mempunyai jarum yang digunakan
sebagai penanda pusat bulatan manakala satu kaki lagi mempunyai mata pensil yang digunakan untuk
melukis garis bulatan. Jangka Pembahagi digunakan untuk membahagi sesuatu garisan dengan sama
jarak atau memindahkan jarak atau ukuran. Biasanya ia mempunyai kedua-dua hujung kakinya yang
berjarum dan juga ada yang mempunyai penyelaras sengkangan.

a. Langkah-langkah penjagaan.

• Hujung mata jarum perlu dijaga agar ianya sentiasa lurus dan tajam.

• Hujung mata pensil perlulah diletakkan dengan cara yang betul dan sentiasa tajam.

• Gunakan kertas pasir untuk menajamkan mata pensil dengan cara yang betul (60° kecondongan).

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 10 drp : 27

ix. Lengkung Perancis (French Curve) dan Lengkung Boleh Lentur (Flexible Curve)

 Digunakan untuk melukis lengkung-lengkung yang tidak sekata seperti lengkuk elips dan bentuk
lengkung-lengkung yang lain. Alat ini dibuat daripada bahan plastik lutsinar dan boleh didapati dalam
pelbagai bentuk.

 Sesetengah lengkong boleh dilukis secara tepat dengan menggunakan Lengkung Boleh Lentur
(flexible curve).

a. Cara menggunakannya

• Menentukan terlebih dahulu titik-titik lengkuk yang hendak dibentuk.

• Setelah titik-titik ditentukan, gunakan alat ini dan pilih bahagian lengkung yang sesuai dengan titik-titik tersebut.

• Tidak semestinya memilih bahagian lengkung yang bersesuaian dengan keseluruhan titik, tetapi lengkuk boleh

dibentuk sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian lengkung Perancis.

x. Kertas Lukisan

 Terdapat pelbagai saiz piawai kertas lukisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Saiz-saiz
kertas tersebut.

 Tracing paper juga selalu digunakan kerana ianya lebih licin dimana sesuai jika menggunakan
Technical Pen. Kertas ini juga adalah lutsinar yang akan memudahkan kerja-kerja menekap. Oleh
kerana permukaan kertas ini licin dan halus, setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah menggunakan
razor blade.

10

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 11 drp : 27

xi. Pita Perekat (Drafting tape atau Masking Tape)

 Pita perekat digunakan untuk melekapkan bahagian penjuru kertas lukisan pada papan lukisan.

 Terdapat pelbagai jenis pita perekat seperti pita selofan (cellophane tape), masking tape, pita kertas
dan double sided tape. Perekat berbentuk kepingan nipis besi juga digunakan untuk melenkapkan
kertas di atas papan lukisan yang telah mempunyai permukaan magnet atau kemudahan clip
bermagnet.

3.0 Computer Added Drawing

Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Drafting’ (CAD). Ianya

merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD

akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan,manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian

komputer.Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia

menjimatkan kos. Di samping itu,perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat

pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk.

Kelengkapan Dalam Sistem CAD


Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua
1. Secara manual
2. Secara CAD

Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti pemprosesan,
peranti keluaran dan peranti storan.
1. Peranti masukan :
• Papan kekunci
• Tetikus
• Pengimbas

2. Peranti keluaran :
• Monitor
• Pencetak
• Pemplot
11

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 12 drp : 27

3. Peranti storan :
• Cakera keras
• Disket
• CD
• ‘ Pen-drive’

Perkakasan Komputer
1) Peranti Masukan
Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagimembentuk
lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukanarahan dan data. Peranti
masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci dantetikus.Papan kekunci mempunyai ciri-ciri
seperti kekunci huruf, angka dan simbol.Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus
merupakan alat peranti yangmenggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan
pergerakan.
2) Peranti Keluaran
Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian AutoCAD boleh dicetak denganmenggunakan
peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.Pencetak pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz
A4 dan A3 berwarna atau hitam putih.Pemplot digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga
AO.Terdapat pelbagai jenis pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik,microgrip dan yang terkini
teknologi pemplot laser.
3) Peranti Paparan
Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan ataureka bentuk
dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkanmaklumat seperti angka, huruf,
simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus danpapan kekunci.
4) Peranti Storan
Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras, disket,cakera padat
(CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya

4.0 Petunjuk Lukisan (Drawing Legend)

Petunjuk digunakan bagi membantu melaksanakan tugas dengan sempurna. Petunjuk digambarkan
dengan menggunakan simbol-simbol elektrik yang lengkap dengan keterangan dan kuantiti.
12

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 13 drp : 27

Rajah - Petunjuk Lukisan

5.0 Skala Lukisan.

 Lukisan boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut keperluan. Bandingan antara saiz sebenar projek
dengan lukisan ditentukan oleh skala lukisan.Skala lukisan dinyatakan dalam suatu nisbah,
umpamanya 1 : 50.
 Ini bermaksud saiz sebenar sesuatu projek adalah 1 / 50 daripada saiz yang digambarkan oleh lukisan.
 Dengan menggunakan pembaris berskala, saiz sebenar sesuatu projek/ binaan dapat ditentukan.

6.0 Simbol Elektrik

Dalam sesebuah lukisan elektrik simbol akan digunakan bagi menunjukkan lokasi peralatan yang
digunakan. Penggunaan simbol yang standard dapat mengelakkan kekeliruan untuk mentafsirkan
sesebuah lukisan. Simbol-simbol pendawaian yang digunakan dalam pepasangan elektrik ditunjukkan
dalam di bawah seperti berikut :

13

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 14 drp : 27

14

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 15 drp : 27

15

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 16 drp : 27

16

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 17 drp : 27

17

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 18 drp : 27

18

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 19 drp : 27

19

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 20 drp : 27

20

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 21 drp : 27

21

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 22 drp : 27

22

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 23 drp : 27

23

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 24 drp : 27

24

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 25 drp : 27

25

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 26 drp : 27

26

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 27 drp : 27

27

kvsr_svmLee

Anda mungkin juga menyukai