Anda di halaman 1dari 33

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

TINGKAT 7 - 8, BLOK D4, KOMPLEKS D


PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
MC-050-2:2012 MACHINING OPERATION
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
C02 LATHE MACHINE OPERATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. INTERPRET DETAIL DRAWING
2. PREPARE CUTTING TOOL
3. SELECT RAW MATERIAL TO BE MACHINED
NO. DAN PENYATAAN 4. SELECT LATHE MACHINE AND ACCESSORIES
AKTIVITI KERJA / WORK 5. SETUP WORKPIECE
ACTIVITIES NO. AND 6. SETUP CUTTING TOOLS
STATEMENT 7. EXECUTE LATHE MACHINE OPERATION
8. INSPECT FINISHED PRODUCT
9. SUBMIT FINISHED PRODUCT WITH RECORDING DATA TO
SUPERIOR
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P (1/4)
Drpd / of : 33

TAJUK/TITLE : PERSEDIAAN ALATAN DAN BAHAN

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan persediaan mata alat, cara-cara
untuk mengenal keluli dan penentuan saiz logam.

PENERANGAN/INFORMATION :
pemilihan mata alat dan bahan yang betul boleh menghasilkan kerja yang jitu, licin dan
memuaskan.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

1. PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN


Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada
pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan
kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini
merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang
disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

2. TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN


Secara amnya, lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i. LukisanArtis
ii. LukisanKejuruteran

Lukisan artis adalah lukisan yang dilakar secara bebas untuk menggambarkan bentuk
sebenar sesuatu objek, benda ataupun dengan alamsemula jadi.
Lukisan kejuruteraan pula adalah lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada
pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan
peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan.
Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih
terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.
Lukisan kejuruteraan mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya tersendiri dan dilukis
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Lukisannya terdiri daripada susunan
berbagai-bagai jenis garisan serta simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami
oleh mereka yang daripada kejuruteraan yang sama.

3. DIMENSI LUKISAN DAN TOLERANSI


Untuk menentukan supaya sesuatu pepasangan akan berfungsi dengan betul,
bahagian-bahagian komponennya mestilah boleh dipasangkan seperti mana yang
dianggarkan.

4. Asas Had dan Gegasan


Secara praktik, tiada komponen yang boleh dibuat mengikut saiz yang sebenar. Ini akan
menimbulkan masalah kepada perekabentuk untuk menentukan.had saiz nilai atas dan
bawah (upper and lower limits) yang boleh diterima untuk setiap dimensi atau ukuran
yang digunakan bagi mendefinisikan rupa dan bentuk supaya objek boleh beroperasi
dengan memuaskan.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
Sebagai contoh, dimensi/ukuran 10 ± 0.02 bermaksud sesuatu bahagian itu boleh
diterima, sekiranya dibuat sebarangan di antara saiz had bawah 9.98 mm dan had atas
10.02 mm, iaitu 10 - 0.02 dan 10 + 0.02.
Lebih umum lagi, perhatikan contoh di mana suatu ruang kelegaan (clearance) perlu
dikekalkan antara omboh dan silinder di antara atau di dalam lingkungan 0.012 mm.
Satu cara ialah untuk mengubah ukuran kedua·dua omboh dan silinder supaya menjadi
0.006 mm. Ini amat sukar dikekalkan had terima (tolerance) dan juga terlalu mahal
untuk dibuat atau dihasilkan. Secara praktik, had-terima (tolerance) kedua-duanya dapat
dikekalkan dalam lingkungan 0.06 mm dan kemudiannya bahagikan dalam kumpulan-
kumpulan untuk pepasangan. Ini melibatkan 'gauging' setiap komponen.
Seorang perekabentuk mestilah memastikan supaya lukisan yang dihasilkan
menunjukkan dengan jelas nilai had saiz atas dan bawah untuk setiap dimensi atau
ukuran. Rajah 1 berikut menunjukkan kaedah yang biasa digunakan.

Rajah 1
Kaedah yang ditunjukkan adalah amat jelas untuk memperlihatkan had atas dan bawah,
iaitu seseorang operator memesin tidak perlu membuat sebarang kiraan. Dimensinya
ditunjukkan dalam bentuk mudah, iaitu had atas berada di atas had bawah dan kedua-
duanya dalam angka perpuluhan yang sama.
Selain daripada kaedah di atas, saiz asas (basic size) boleh ditunjukkan dan hadterima
(tolerance limits) ditambahkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

RAJAH 2:

RAJAH 3:

5. Gegas Dan Basi (Fit and Allowance)


Apabila satu lubang dan satu aci dicantumkan, sistem cantuman ini disebut gegas.
Telusan yang berlaku antara aci dan lubang apabila percantuman dilakukan dinamakan
basi. Terdapat dua jenis basi dalam sistem ini, iaitu basi maksimum dan basi minimum.
i) Basi Maksimum (Maximum Allowance) Basi jenis ini terjadi apabila aci yang dibuat
pada had rendah dicantumkan dengan lubang yang dibuat pada had tinggi.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

ii) Basi Minimum (Minimum Allowance) Basi minimum terjadi apabila aci yang dibuat
pada had tinggi dicantumkan dengan lubang yang dibuat pada had rendah.

Contoh:
Jika satu aci dan lubang mempunyai ukuran yang berikut:

+0.05
Aci : 50 -0.06 Lubang : 50
- 0.03 + 0.03

Basi maksimum = Had tinggi lubang - Had rendah aci


= 50.05 - 49.94
= 0.11

Basi minimum = Had rendah lubang - Had tinggi aci


= 50.03 - 49.97
= 0.06

Gegas (fits) boleh diambil secara terus dari jadual yang ditunjukkan dalam 'BS 4500:ISO
limits and fits'. Apabila gred gegas perlu ditunjukkan secara teratur, kaedah-kaedah lain
untuk mendimensi ciri-ciri tertentu boleh digunakan. Misalnya, untuk lubang (hole):

Rajah 4
Sekiranya, penggunaan yang tersebut di atas hendak diulang banyak kali, maklumat ini
boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual, dan lukisan komponen yang biasa seperti di
bawah.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
Sekiranya, penggunaan yang tersebut di atas hendak diulang banyak kali, maklumat ini
boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual, dan lukisan komponen yang biasa seperti di
bawah.

Rajah 5
2.1.3. Had Terima (Tolerance)
Had terima tinggi dan had terima rendah ialah saiz satu komponen yang boleh diterima
atau dikira betul.
Contoh:
+ 0.02
Jika satu dimensi 50 diberi, ini bermakna :
-- 0.03

a) 50.00 + 0.02 = 50.02 ialah had tinggi


b) 50.00 - 0.03 = 49.97 ialah had rendah
c) 50.02 - 49.97 = 0.05 ialah telusan

Had terima (tolerance) tidak perlu meliputi dimensi yang terlalu luas. Satu kotak yang
siap dengan penerangan ditambahkan pada lukisan seperti yang ditunjukkan di bawah.

Rajah 6
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
6. Pengelasan Gegas Dan Pemilihannya
Gegas kejuruteraan di antara dua bahagian yang bertemu boleh dibahagikan kepada
tiga jenis.
a) Gegas kelegaan
b) Gegas peralihan
c) Gegas terganggu

Rajah 7

7. Gegas Kelegaan (clearance fits).


Gegas ini berlaku apabila saiz aci lebih kecil daripada saiz lubang tidak kira apa juga
kombinasi aci dan lubang itu dipilih. Ia digunakan apabila bahagian-bahagian yang
dicantumkan bolih bergerak dengan bebas dan senang. Berikut ialah tingkat gegas
kelegaan:
i) Kelegaan longgar
ii) Kelegaan sederhana
iii) Kelegaan rapat
iv) Kelegaan jitu
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah 8
Rujuk Rajah 8. Saiz aci sentiasa kecil dari saiz lubang di mana aci dipasangkan. Basi
sentiasa positif.

8. Gegas peralihan (transition fit)


Gegas peralihan bolih menghasilkan dua kelas gegas yang berlainan apabila komponen
itu dibuat mengikut had-had terima yang diberi.
i) Aci yang paling besar apabila dicantumkan dengan lubang yang paling kecil
menghasilkan gegas terganggu.
ii) Aci yang paling kecil apabila dicantumkan dengan lubang yang paling besar
menghasilkan gegas kelegaan.

Gegas ini digunakan apabila bahagian-bahagian perlu dicantumkan dengan kemas dan
tidak longgar tetapi bolih dipisahkan kembali dengan mudah. Berikut ialah tingkat gegas
peralihan:
i) Sorong
ii) Mengunci ringan
iii) Mengunci sederhana
iv) Mengunci berat

Rujuk Rajah 9, saiz aci adalah lebih besar atau lebih kecil dari saiz lubang dimana aci
dipasangkan. Jadi, gegasan peralihan atau kelegaan boleh diperolehi dalam satu
kumpulan (group) pepasangan. Basi sama ada positif atau negatif.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah 9
2.4. Gegas Gangguan (interference fits)
Gegas ini berlaku apabila saiz aci lebih besar daripada saiz lubang tidak kira apa juga
kombinasi lubang dan aci itu dipilih. Ia digunakan apabila bahagian-bahagian itu hendak
dicantumkan dengan kekal. Yang berikut ialah tingkat gegas terganggu:
i) Gerakan ringan
ii) Gerakan berat
iii) Gegas paksa

Rujuk Rajah 10. Saiz aci sentiasa lebih besar dari saiz lubang di rnana aci
dipasangkan.Basi sentiasa negatif.
Adalah diterima, sekiranya, darjah kejituan yang diperlukan untuk setiap dimensi
bertambah, maka, harga membuat untuk mengekalkan kejituan ini bertarnbah pada
kadar tinggi.

Rajah 10
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
9. LUKISAN GEOMETRI DAN TOLERANSI
JENIS-JENIS GARISAN DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN
Sebelum memulakan lukisan, pelajar-pelajar perlu tahu jenis-jenis garisan yang
digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Setiap garisan mempunyai ketebalan dan
kehitaman garisan yang berlainan. Jadual berikut menerangkan jenis pensil dan garisan
yang dihasilkan.

Jenis Garisan Jenis Pensil


Garisan Keratan H
Garisan Tersembunyi. H
Garisan Tengah, Dimensi, 2H
Tambahan & Pembentukan. HB / B
Garisan Sempadan. HB
Garisan Objek. HB
Menghuruf & Mengangka. B/H
Garisan Satah & Pemotongan.

Terdapat 10 jenis garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.


a) Garisan objek
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir objek yang kelihatan seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah11.

Rajah11 Garisan bahagian tepi objek

b) Garisan terlindung
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggir yang terlindung seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 12.

Rajah12 Garisan bahagian tepi yang terlindung


Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
c) Garisan keratan
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permukaan yang dipotong oleh satah
pemotong seperti yang ditunjukkan dalam Rajah13.

Rajah13 Garisan permukaan yang dipotong

d) Garisan tengah
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan paksi simetri keseluruhan objek,
paksi lubang dan pusat bulatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah14.

Rajah14 Garisan kedudukan paksi simetri

e) Garisan dimensi dan garisan tambahan


Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permulaan dan penghujung sesuatu jarak
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.

f) Garisan satah pemotongan

Garisan ini menunjukkan kedudukan satah pemotongan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 15

Rajah15 Garisan kedudukan satah pemotongan


Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Garisan pecah pendek


Garisan ini digunakan untuk menandakan bahagian objek yang dipecahkan. Garisan ini
dilakukan untuk menunjukkan butiran dalam sesuatu objek seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 16.

Rajah16 Garisan bahagian objek yang dipecahkan

h) Garisan pecah panjang


Garisan ini digunakan untuk memberi maklumat bahawa bahagian objek yang dilukis
adalah sebahagian daripada objek yang lebih besar seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 17.

Rajah17 Garisan objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang besar

i) Garisan fantom
Garisaninidigunakanuntuk menunjukkankedudukan alternatif bagi komponen yang sama
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah18.

Rajah18 Garisan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama

10. Garisan binaan, garisan unjuran dan garisan panduan


Garisan ini ialah garisan permulaan yang digunakan oleh peluki suntuk menghasilkan
lukisan yang dikehendaki. Garisan ini bukan sebahagian penting lukisan akhir dan
dilukis dengan pensel sahaja. Garisan unjuran dan garisan panduan adalah contoh
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
garisan binaan. Garisan binaan menggunakan pensel jenis 2H dengan ketebalan
garisan 0.2mm.

TEKNIK-TEKNIK MEMBINA GARISAN

Garisan Ufuk
Letakkan sesiku-T secara melintang di atas kertas lukisan yang telah betul-betul
tegak dan lurus kedudukannya.
Mulakan garisan dari bahagian kiri ke kanan kertas. Sekiranya pensil kayu
digunakan, maka kedudukan pensil hendaklah condong 60° dengan permukaan kertas
dan putarkan pensil perlahan-lahan ikut arah putaran jam semasa menggaris. Ini adalah
untuk memastikan katajaman mata pensil sentiasa tajam dan menghasilkan garisan
yang sekata. Manakala untuk pen pula, ia perlu digunakan secara menegak (bersudut
tepat dengan permukaan kertas) dan tidak perlu diputarkan.

11. Garisan Tegak


Letakkan sesiku-T secara melintang di atas kertas lukisan dan kemudian tempatkan
sesiku segitiga yang diperlukan pada sesiku-T dan pastikan bahagian tegak pada sesiku
segitiga berada disebelah kiri .
Garisan yang sekata dibuat bermula daripada bahagian bawah ke atas kertas
lukisan berpandukan bahagian tepi sesiku segitiga. Kedudukan dan cara penggunaan
pen dan pensil adalah sama seperti melukis garisan ufuk.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah 20

12. Garisan Condong


Cara meletakkan sesiku-T adalah sama, manakala hanya kedudukan sesiku segitiga
sahaja yang perlu ditukar untuk mendapatkan sudut yang dikehendaki.

Rajah 21
13. Garisan Dimensi
 Dimensi merupakan ukuran bagi sesuatu bentuk yang biasanya diukur dalam
unit metrik atau imperial. Terdapat beberapa jenis garisan yang digunakan
dalam lukisan untuk menunjukkan ukuran dimensi iaitu garisan unjuran dan
garisan dimensi.
 Garisan Unjuran ~ merupakan garisan yang dilukis secara terus dari bahagian
yang mengunjur dari titk, garisan atau permukaan bagi memudahkan dimensi
ditempatkan diluar garisan penuh yang mana jarak antara keduanya ialah 2 mm.
 Garisan Dimensi ~ merupakan garisan yang ditempatkan di luar garisan penuh
yang selari dengan garisan objek dengan jarak tidak melebihi 10 mm. Ia
digunakan untuk menempatkan huruf atau angka. Pada bahagian hujung garisan
ini, anak panah dilukiskan dan saiz anak panah yang betul ialah 3 mm panjang
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
dan 2 mm lebar dimana hujungnya dilukis tajam dan tepat menyentuh garisan
unjuran.

Rajah 22
14. LUKISAN SUDUT DAN DIMENSI
Sudut merupakan 2 garisan lurus yang bersilang atau bertemu hujungnya dan
membuka pada satu bahagian. Sudut pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti berikut:

15. CARA-CARA MEMBINA SUDUT


Sudut-sudut tertentu boleh dilukis dengan menggunakan peralatan lukisan asas seperti
pensil dan jangka lukis sahaja. Sudut-sudut tersebut ialah seperti sudut 30, 45, 60dan
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
90. Berikut merupakan cara-cara melukis sudut-sudut yang dinyatakan dengan kaedah-
kaedah yang tertentu.

a) Membina sudut 30

Langkah—langkahnya:
i) Satu garis AB dilukis.
ii) Langkah seterusnya sudut 60 dibina.
iii) Selepas itu sudut 60 tadi dibahagi kepada dua.
iv) Sudut FCB adalah sudut 30 seperti dalam rajah 23.

Rajah23 Membina sudut 300


b) Membina sudut 45

Langkah-langkahnya:
i) Sudut 90 dilukis terlebih dahulu.
ii) Selepas itu, sudut GCB dibahagikan kepada dua.
iii) Akhirnya HCB adalah sudut 45 seperti dalam rajah 24.

Rajah 24 Membina sudut 450


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
c) Membina sudut 60
Langkah-langkahnya:
i) Satu garis AB dilukis.
ii) Dari titik C, satu lengkok dibina yang memotong AB di D.
iii) Dari titik D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang memotong lengkok dari C di
E.
iv) Selepas itu, titik C dan E disambung.
v) Sudut ECB adalah sudut 60 seperti dalam rajah 25.

Rajah25 Membina sudut 600


d) Membina sudut 90
Langkah-langkahnya:
i) Satu garis AB dilukis.
ii) Dari titik C, satu lengkok dibina yang memotong AB di D.
iii) Dati titik D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang memotong lengkok dari C di
E.
iv) Dari E dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang mana akan memotong lengkok
dari C di F.
v) Selepas itu, titik ECF dibahagikan kepada dua bahagian.
vi) Akhirnya satu garis dibina dari titik C ke titik persilangan pembahagian E dan F di G.
vii) Sudut GCB adalah sudut 90 seperti dalam rajah 26.
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah26 Membina sudut 900


16. CARA-CARA MEMBINA SEGIEMPAT
Berikut merupakan cara-cara membina segiempat dengan menggunakan peralatan
lukisan.

Segiempat Sama
Langkah-langkahnya:
i) Satu garis AB dilukis.
ii) Laraskan sesiku-T supaya selari dengan sisi AB.
iii) Letakkan sesiku segitiga diatas sesiku-T.
iv) Lukis garisan lakar condong 45 kedua-dua titik A dan B.
v) Bina garisan tegak lurus pada titik A supaya memotong pada titik D. Bina juga garisan
BC.
vi) Segirmpat sama yang telah siap dibina seperti dalam rajah 27.
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah 27 Cara melukis segi empat sama

17. MEMBINA POLIGON SEKATA


Poligon sekata ialah bentuk yang mempunyai ukuran sisi yang sama panjang. Ia juga
mempunyai buka sudut yang sama bagi dua sisi dan jumlah sudutnya ialah 360. Setiap
bentuk poligon mempunyai
jumlah sisi yang berlainan dan cara pembinaan yang berlainan. Berikut merupakan
langkah-langkah pembinaan poligon.
a) Membina Pentagon Sekata Apabila diberi Panjang Sisi.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

b) Membina Pentagon Sekata Apabila diberi Satu Bulatan.


Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

c) Membina Heksagon Sekata Apabila diberi Jarak Antara Penjuru.


Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

d) Membina Haksagon Sekata Apabila diberi Panjang Sisi.

e) Membina Oktagon Sekata.


Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

18. CIRI-CIRI LUKISAN KEJURUTERAAN


Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu
dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut
peraturan lukisan. Diantaranya ialah ketepatan melukis, teknik melukis, kebersihan
melukis dan kepantasan menyiapkan lukisan.
a) Ketepatan
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuk ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis- jenis garisan mengikut jenis
pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

b) Teknik Melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan, termasuk teknik
membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan
mudah difahami.

c) KebersihanLukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang
dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan
mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan
untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.

d) Kepantasan Menyiapkan Lukisan


Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan
menghasilkan seorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek
ini tidak seharusnya mengenepikan ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan
kemahiran-kemahiran yang tertentu.

19. DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN


a) Kertas lukisan

Kertaslukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan


pensel.Biasanya ukuran piawai ANSI (American National Standard Institute) bagi kertas
lukisan ialah seperti berikut:
A. 8.5”x11” A. 9” x12”
B. 11” x17” B. 12” x15”
C. 17” x22” C. 18” x24”
D. 22” x34” D. 24” x36”
F. 34” x44” F. 36” x48”

b) Petak tajuk
Petak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas lukisan untuk
memberikanketerangan tentang sesuatu lukisan yang dilukis pada kertas lukisan itu.

c) Skala
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
Skala menolong kita memperkecilkan sesuatu objek yang besar atau memperbesarkan
sesuatu objek yang kecil bersesuaian dengan kertas lukisan semasa melukis.Berikut
adalah kadar skala mengikut piawai BS (BritishStandard):
Saiz penuh : 1: 1
Dikecilkan dari saiz penuh:

1:2 1:20 1:200


1:5 1:50 1:500
1:10 1:100 1:1000

Dibesarkan dari saiz penuh:

2:1 20:1 200:1


5:1 50:1 500:1
10:1 100:1 1000:1

d) Penghurufan dan Nombor


Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat huruf dan nombor iaitu kaedah
menegak dan kaedah condong. Rajah28 menunjukkan cara pergerakan pensel semasa
menghuruf dalam kaedah tegak dan Rajah29 menunjukkan cara pergerakan pensel
semasa menghuruf dalam keadaan condong.

Rajah28 Menghuruf dalam kaedah menegak


Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah29 Menghuruf dengan kaedah condong

e) Penjarakan
Apabila menulis sesuatu perkataan, hendaklah dijarakkan bukan sahaja diantara huruf-
huruf, tetapi juga perkataan itu sendiri.Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya
campuran perkataan yang menyukarkan pembaca membacanya. Rajah30 menunjukkan
penjarakan yang sesuai digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah30 Penjarakan perkataan dalam lukisan kejuruteraan

20. PEMILIHAN ALAT PENGUKURAN


Pengukuran ialah prosedur untuk menggambarkan ciri-ciri atau tingkah laku yang diukur
dengan menggunakan nombor supaya terdapat pertalian antara dunia nyata dengan
apa yang diukur mengikut peraturan tertentu.

a) JENIS DAN FUNGSI ALAT PENGUKURAN


Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa digunakan dalam kerja-
kerja menanda. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Pengukuran linear
ii. Pembaris kejuruteraan

Pembaris kejuruteraan atau pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau
keluli alat. Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati
dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga 1 meter,
bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter hingga 300
milimeter.

Rajah 31: pembaris keluli

b) Vernier / Dial / Digital Caliper

i) Angkup Vernier
Merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat. Ia lazimnya digunakan
di bengkel mesin. Angkup vernier ini mempunyai 2 skala iaitu skala utama dan skala
vernier.

Rajah 32 Angkup Vernier


Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

ii) Angkup ‘Dial’


Jenis ini sangat popular dengan ramai pengguna kerana ia mudah untuk membaca.
Kelebihan utama angkup ‘dail’ adalah bahawa ia lebih tepat daripada angkup vernier.

Rajah 33 Angkup ‘Dial’

iii) Angkup Digital


Angkup digital merupakan jenis angkup yang terbaru dan juga yang paling versatile dan
tepat daripada angkup vernier dan angkup ‘dial’. Kelebihan utama bagi angkup digital
adalah
kebolehan nilai bacaan pengukuran boleh dilihat sebagai hasil pengukuran sebenar.

Rajah 34 Angkup Digital

c) Mikrometer
Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan dalam bengkel
mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat.
Terdapat beberapa jenis mikrometer yang biasa digunakan, antaranya ialah:
i) Mikrometer luar
ii) Mikrometer dalam
iii) Mikrometer tolok dalam

Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik dan unit imperial.
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah 35 Jenis-jenis Mikrometer

‘Gauge Block’
‘Gauge Block’ merupakan pengukuran yang tepat dan pengukuran panjang yang
standard. Ia juga merupakan piawaian pengukuran utama yang digunakan dalam
bidang industri.

Rajah 36 Set ‘Gauge Block”

e) Tolok Tinggi Vernier


Secara umumnya,tolok tinggi vernier digunakan untuk mengukur dan menanda jarak
yang menegak terus pada plat atau bongkah kerja. Tolok tinggi juga mengukur
kedalaman lurah atau lekuk.

Rajah 37 Tolok Tinggi Vernier


Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
21. Pengukuran Sudut
a) Protraktor ‘Bevel’

Protraktor ‘Bevel’ merupakan pengukuran sudut yang membulat dengan lengan


dipangsikan. Protraktor ini digunakan untuk mengukur atau menandakan kira sudut.

Rajah 38 Jenis-jenis Protraktor ‘Bevel’


b) Bar Sine

Bar Sine merupakan alat untuk mengukur berapa banyak permukaan menegak dari alat
pengukur. Ia boleh digunakan untuk menetapkan permukaan tepat mengunting, seperti:
i) Gergaji
ii) Bar selaras
iii) Plat muka

Rajah 39 Bar Sine

22. Pengukuran Tolok


Muka Surat / Page : 32
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33
a) Tolok Jejari
Tolok jejari terdiri daripada kepingan keluli yang mempunyai jejari dan terdapat dalam
pelbagai jenis. Saiznya boleh didapati dalam unit inci dan metrik. Tolok jejari digunakan
untuk menguji permukaan-permukaan yang melengkung dan penjuru jejari.

Rajah 40 Jenis Tolok Jejari

b) Tolok ‘Go No-Go’


Tolok ini digunakan untuk menentukan sama ada ciri-ciri sebahagian hanya lulus atau gagal
semasa pemeriksaan. Tidak ada usaha yang dibuat untuk menentukan darjah kesilapan yang
tepat.

Rajah 41 Tolok ‘Go No-Go’

c) Sesiku L
Sesiku L ini terdapat 2 bahagian iaitu ‘bilah’ dan ‘badan’. Kedua-dua bahagian ini adalah
bersudut tepat dan saiznya pula ditentukan berdasarkan panjang bilahnya. Sesiku L ini
digunakan untuk menguji sudut 90 dan membuat garis tegak dari tepi.
Muka Surat / Page : 33
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C02/P(1/4)
Drpd / of : 33

Rajah 42 Sesiku L

Anda mungkin juga menyukai