Anda di halaman 1dari 30

KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

PETI SURAT 61156, 91021


TAWAU SABAH

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM EE-320-3:2012 THREE PHASE ELECTRICAL
PROGRAM’S CODE & INSTALLATION AND MAINTENANCE
NAME
TAHAP DAN SEMESTER
3 ( SEMESTER 3 )
LEVEL AND SEMESTER

KOD DAN TAJUK KURSUS


ETE 3012 : THREE PHASE DRAWING
CODE AND COURSE TITLE

1.01 IDENTIFY THREE PHASE DRAWING SPECIFICATION


AND REQUIREMENT
NO. DAN TAJUK 1.02 CARRY OUT LAYOUT DRAWING
KOMPETENSI 1.03 CARRY OUT THREE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
NO. AND COMPETENCY DRAWING
TITLE 1.04 CARRY OUT THREE PHASE WIRING DRAWING
1.05 INSPECT THREE PHASE DRAWING
NO. KOD KSKV
ETE 3012 /KP(2/2)
KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1
NO. KOD NOSS Drp / of : 30
EE-320-3:2012/C01/P(2/2)
NOSS CODE NO.

TAJUK / TITLE : LUKISAN PENDAWAIAN TIGA FASA

TUJUAN / PURPOSE :
Menyatakan tujuan, kandungan dan skop yang berkaitan dengan tajuk.
 MEMPELAJAR LUKISAN PELAN LANTAI TIGA FASA(PELAN BENTANGAN)
 MENGEATAHUI MENJALANKAN LUKISAN SKEMATIK
 MENGETAHUI JENIS PENDAWAIAN TIGA FASA

PENERANGAN/INFORMATION :

Untuk melukis dan menentukan lukisan bentangan dalam pemasangan industri mengikut
gambarajah bentangan, lukisan pendawaian dan lukisan skema, pelatih mesti memahami dan
mengetahui setiap langkah-langkah yang perlu dilakukan mengikut turutan yang betul. Dengan ini
ianya akan memudahkan untuk pelatih melukis dan menentukan lukisan bentangan. Di bawah ini
dinyatakan langkah-langkah seperti berikut.

1. LUKISAN PELAN LANTAI TIGA FASA(PELAN BENTANGAN)


NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 2 / 30

1.1 PERALATAN LUKISAN


i. Papan lukisan
Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas
lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan. 

Rajah 1.1 Ukuran papan lukis

ii. Kertas lukisan


 Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau
dengan menggunakan klip. Rajah 1.2 menunjukkan kedudukan kertas
lukisan di papan lukis.

 Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang


dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American
National Standard Institute ) bagi kertaslukisan ialah seperti berikut:

Rajah 1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis

iii. Sesiku T
 Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian
kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi
pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak
dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya
digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T
boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk
membuat garisan condong .Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan
sesiku T.

Rajah 1.3 Cara mengerakkan sesiku T

iv. Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisankejuruteraan


NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 3 / 30

Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan


a. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
b. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
c. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )

 Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok.


Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan
boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada
pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata
pensel untuk melukis atau membentuk garisan.

Rajah 1.4 Jenis – jenis jangka lukis

Rajah 1.5 Cara menggunakan jangka lukis

v. Pembahagi
Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi
mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:
a. Pembahagi jenis pegas
b. Pembahagi jenis bendul dan tradisi

Rajah 1.6 Jenis – jenis pembahagi

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian


yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah
1.7 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 4 / 30

Rajah 1.7 Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan

vi. Skala/Pengukur

Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk


membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang
digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan
semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel
digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh
diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 1.10
menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.

Rajah 1.10 Pembaris/ skala

vii. Pensel
Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal
( isian ), seperti dalam rajah 1.11. Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal
lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja
– kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja
seperti yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensel.

Rajah 1.11 Pensel kayu dan pensel mekanikal


NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 5 / 30

viii.  Getah Pemadam


 Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya
digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah
pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam
tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.
ix. Keselamatan Kertas Lukisan
 Jangan melukis seandainya tangan kita basah atau berpeluh.
 Jangan heret peralatan di atas kertas lukisan.
 Jangan tiub selepas memadam kesalahan, gunakan kain atau berus.
 Jangan buka kertas lukisan tersebut sehingga selesai kerja – kerja melukis

2. Lukisan pelan bangunan

2.1 Pelan Bentangan Domestik


i. Pelan Bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat
kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur
symbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda disediakan bersama-sama pelan
bangunan bagi menunjukkan symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.
2.2 Pelan Bentangan Industri
i. Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang
besar seperti makmal, kilang, dan premis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan
perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampung beban yang
besar. Kaedah pendawainya menggunakan kondiut atau sesalur logam. Bilangan alat
tambah dan kelengkapan elektrik pada plan bentangan industri adalah lebih banyak dan
dari jenis tugas berat.

2.3 Pelan Susunatur


i. Perkara utama yang dimuatkan dalam lukisan ini adalah pelan susunatur senibina atau
akitek.. Ternyata disini bahawa simbol-simbol senibina juga memainkan peranan yang
penting dalam plan susunatur elektrik. Oleh itu kita digalakkan mengetahui simbol-simbol
tersebut agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan.

ii. Susunatur elektrik yang berupa simbol-simbol sebagaimana yang tertera dalam simbol
Elektrik Piawai kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis symbol-simbol
senibina mengikut keperluan tempat/ruang/bilik itu sendiri.
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 6 / 30

iii. Pada amnya pelan ini dipenuhi dengan simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alir
keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Sekiranya simbol-simbol tersebut
dilukis mengikut skala, lukisan yang dihasilkan itu akan kelihatan sesuai dan berkadaran.

iv. Adalah amat penting sekali dan perluh diketahui sistem,Lukisan Bentangan
Pemasangan Domestik Satu fasa. Ia bertujuan mendedahkan dan menunjukan
kedudukan alatambah peralatan serta kelengkapan elektrik di dalam sesebuah pelan
rumah kediaman mahupun bangunan. Semua kedudukan alatambah atau kelengkapan
ditunjukan dalam bentuk simbol.

v. Pengenalan lukisan bentangan dan kelengkapan elektrik di dalam sebuah pelan rumah
kediaman. Kedudukan alatambah atau kelengkapan itu akan ditunjukan secara
bersimbol
a) Perancangan pemasangan yang baik bergantung kepada lukisan Ia menunjukan
kesemua kelengkapan alatan atau alatambah yang diperlukan pada masa
hadapan. Ini mengelakan sebarang pindaan atau tambahan pendawaian pada
masa akan datang, mungkin melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
b) Pengguna membuat tambahan pemasangan tanpa kelulusan boleh
membahayakan keselamatan.
c) Gaya lukisan
 Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana lukisan bentangan
dipersembahankan
Diantaranya garisan lurus selanjar, garis lurus putus-putus.

Rajah 2.1 garisan lurus selanjar; keliru dengan garisan bangunan

Rajah 2 .2 menunjukan garisan beriak; mudah, cepat, tak perluh alat lukisan
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 7 / 30

 Terdapat juga gaya garisan putus-putus berpenunjuk mudah, cepat, perlu


lukisan anak panah Rajah 2. 3

bat
peja
Bilik
ua
ket
ik
Bil
2.4 Pemilihan penempatan alatambah dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah
mustahak.
i. Menjadi panduan pada pendawai elektrik untuk mengetatui penempatan alatambah atau
kelengkapan dikehendaki.

Contoh;
Pemasangan lampu dalam bilik, lebih daripada satu tidak ada halangan dari mana-mana
pihak kuasa.
ii. Peraturan tidak membenarkan sebarang jenis soket alur keluar dipasang dalam bilik
mandi,kecuali soket khas untuk pencukur.
iii. Pihak yang terlibat secara langsung penyediakan bangunan & pendawaian (bangunan-
bangunan JKR) telah menetapkan bilangan perkakas, alatambah atau kelengkapan.
iv. Oleh yang demikian kerja menjadi seragam dan menjimatkan perbelanjaan dan masa
merancang.
2.5 Menentukan Lukisan Bentangan Pelan Bangunan

i. Bagi seorang pendawai elektrik, beliau mestilah mengetahui dan memahami kedudukan
dan keperluan bilik-bilik di dalam lukisan bentangan pelan bangunan yang telah diberi
untuk mementukan jenis lampu, kuasa dan pendawaian yang diperlukan untuk
bangunan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila rujuk kepada pelan
kedudukan bilik-bilik di dalam lukisan bentangan pelan bangunan , jenis lampu dan
kuasa dan juga jenis pendawaian untuk lampu dan kuasa yang ditempatkan di dalam
setiap papan suis agihan.
ii. Merujuk kepada pelan bangunan dan keperluan bilik kuliah 1, 2 dan 3 yang telah
diberi, senarai keperluan elektrik (lampu dan kuasa) dinyatakan di bawah. ( Untuk
melukis pelan susunatur elektrik , pendawai mestilah memahami setiap keperluan
elektrik yang diperlukan oleh bilik tersebut bersesuaian dengan permintaan pemilik
bangunan tersebut.
iii. Teknik Melukis Simbol Pemasangan
iv. Diberikan beberapa contoh teknik melukis simbol pemasangan pada pelan bangunan.
Ini termasuk cara seperti:
a. Melukis sambungan
b. Menempatkan simbol yang betul seperti:
c. Kedudukan suis
 Kedudukan poin lampu
 Kedudukan kipas
 Kedudukan soket keluaran
v. akan menjadi panduan kepada pendawai ketika membuat kerja pendawaian sebenar.
vi. segala penempatan aksesori pendawaian hendaklah mematuhi kehendak peraturan
I.E.E Edisi 16 dan Peraturan Suruhanjaya Tenaga bagi mematuhi langkah-langkah
keselamatan.
vii. berkait rapat dengan keperluan sesebuah bilik bangunan mengikut peraturan yang
sediada.
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 8 / 30

viii. Suis hendaklah dipasang pada tempat yang mudah dicapai, tidak terlindung atau
ditempat yang dilarang oleh peraturan I.E.E/Suruhanjaya Tenaga. Contoh penempatan
adalah seperti berikut:
 Bilik:
 Suis hendaklah dipasang di dalam bilik di tepi pintu masuk,tidak terlindung oleh
pintu.
 Bilik Mandi / tandas.
 Suis hendaklah dipasang di luar bilik mandi, tandas.
 Suis dua hala atau suis perantaraan di dalam satu bilik dicadangkan dikumpulkan
bersama.
2.6 Simbol Elektrik

i. Dalam sesebuah lukisan elektrik simbol akan digunakan bagi menunjukkan lokasi
peralatan yang digunakan. Penggunaan simbol yang standard dapat mengelakkan
kekeliruan untuk mentafsirkan sesebuah lukisan.
ii. Simbol-simbol pendawaian yang digunakan dalam pepasangan elektrik ditunjukkan
dalam Jadual 1. Untuk penjimatan pendawaian:
iii. Suis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi,bilik rehat atau tandas yang tertakluk
kepada peraturan.
 Lampu:
 Satu bilik sekurang-kurangnya satu lampu kecuali;
 memerlukan cahaya yang lebih.
 kegunaan khas.
 jarak tidak kurang daripada 2 meter antara satu dengan lain.
iv. Lampu bilik mandi:
 jenis tungsten glob
 pendaflour bertutup sepenuhnya.
 Lampu dinding:
 Cahaya yang seimbang dalam sebuah bilik boleh ditempatkan dengan penempatan
lampu yang betul. Simbol mata (point) lampu hendaklah dilukis ditengah-tengah
bilik.Sesuai untuk;
 Bilik Rehat.
 Anjung Rumah.
 Ruang Tamu.

v. Kipas:
 Simbol untuk kipas siling dilukis ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu,
hendaklah ditempatkan dengan sesuai supaya angin kipas seimbang pada ruang
yang diperlukan.
vi. Unit Kawalan pengguna:
 Kotak agihan serta peranti kawalan pengguna boleh ditempatkan dalam bilik khas
atau di tepi dinding berhampiran pintu utama sesuatu rumah atau premis.
 Soket Keluaran:
 Dicadangkan dari jenis tunggal.
 Tidak boleh dipasang dalam bilik mandi kecuali jenis khas.
 Utamakan pemasangan mengikut keperluan penggunaan.
 Bilangannya bergantung kepada jenis pendawaiannya tertakluk kepada peraturan
I.E.E / Suruhanjaya Tenaga.
2.7 Memahami Simbol-Simbol Lukisan Bentangan Elektrik
 Untuk melukis simbol-simbol, pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik
untuk memudahkan pelatih melukis simbol-simbol yang berkaitan. Lukisan
bentangan elektrik, lukisan plan bangunan, yang mana terdapat simbol-simbol
elektrik.Ia menunjukkan alat-alat yang dipasang sama ada di bangunan, di rumah
dan sebagainya.
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 9 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 10 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 11 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 12 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 13 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 14 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 15 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 16 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 17 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 18 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 19 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 20 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 21 / 30
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 22 / 30

2.8 Melukis lukisan bentangan pelan susunatur elektrik (mengikut ukuran) , Penunjuk elektrik
dan lukisan skimatik elektrik.
i. Untuk melukis lukisan bentangan pelan susunatur elektrik , pendawai elektrik perlu
merujuk kepada lukisan. Untuk melukis lukisan penunjuk elektrik rujuk kepada lukisan.
Untuk melukis pelan skimatik elektrik untuk bangunan tersebut , sila rujuk kepada lukisan
ii. Perkara utama yang dimuatkan dalam lukisan ini adalah pelan susunatur senibina atau
arkitek.
iii. Susunatur elektrik merupakan simbol-simbol yang tertera dalam simbol elektrik piawai
kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah di lukis simbol-simbol senibina
mengikut keperluan tempat / ruang / bilik itu sendiri.
iv. Pada amnya ia dipenuhi oleh simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas
siling dan peralatan elektrik yang lain.
v. Skala yang biasa digunakan dalam pelan susunatur ialah 1:100

anjung Ruang
tamu

stor

bilik orang gaji


Ruang makan

dapur
Biik mandi dan Balkoni
tandas dapur

Rajah 1 Contoh lukisan pelan susun atur sebelum melukis kelengkapan keperluan elektrik bagi
tingkat bawah

Bilik mandi dan tandas


2
Bilik tidur 2
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 23 / 30

Rajah 2 Pelan susun atur dibahagian tingkat atas


NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 24 / 30

Rajah 3. Pelan susun atur serta lukisan kelengkapan peralatan elektrik bawah
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 25 / 30

Rajah 4 Pelan susun atur serta lukisan kelengkapan peralatan elektrik tingkat atas

vi. Pelan susun atur dibahagian tingkat atas beserta dengan kelengkapan elektrik
Merujuk daripada pelan susunatur elektrik untuk banglo dua tingkat di atas, pelatih boleh
menentukan litar elektrik yang sesuai untuk pendawaian tersebut. Ini akan memudahkan
seseorang pendawai elektrik mendawai dan memasang setiap peralatan di tempat yang
sesuai di dalam gambarajah susunatur bangunan mengikut permintaan .

3. Menjalankan lukisan litar skematik


3.1 DEFINISI LUKISAN SKEMATIK 3 FASA.

 Lukisan skematik adalah satu garisan yang menunjukkan pengalir, kabel atau dawai.
Biasanya garisan ini menyambungkan beberapa kompenan elektrik atau alat
pelindungan yang digambarkan melalui simbol piawai elektrik.

 Lukisan skematik adalah lukisan yang menunjukkan susunatur alatan perlindungan


elektrik dari litar pembekal ke litar pengguna berserta maklumat pembahagian beban
didalam sesuatu fasa.

3.2 CIRI-CIRI LUKISAN SKEMATIK 3 FASA

i. Gambarajah skematik 3 fasa terbahagi kepada dua jenis iaitu :


a) Skematik busbar gabungan
b) Skematik busbar berasingan
ii. Perbezaan bagi kedua-dua jenis gambarajah skematik ini ialah dari segi susunan litar
kecil akhir.
iii. Perbezaan juga boleh dilihat pada susunan MCB di KFA 3 fasa.
iv. Pada gambarajah skematik 3 fasa, agihan litar kecil akhir (MCB) perlu seimbang bagi
setiap fasa Merah, Kuning dan Biru.
v. Gambarajah skematik 3 fasa gabungan :

1.5mm2 PVC /PVC


2.5mm2 PVC /PVC
4mm2 PVC /PVC
R1
Y1
4 x 16mm2 PVC / PVC
B1

R2

Y2

KWJ 3 B2


R3

Y3

B3
Fius Perkhidmatan dan Perangkai Meter KWJ 3Φ Suis Utama ELCB
Neutral 30A / 415V 30A / 415V 40A / 300mA / 415V
30A / 415V 60A / 415V 60A / 415V 60A / 300mA / 415V
60A / 415V

KFA 3 Fasa 3 Hala

Rajah 1 Gambarajah skematik 3 fasa berasingan :


NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 26 / 30
1.5mm2 PVC /PVC
2.5mm2 PVC /PVC
4mm2 PVC /PVC

R1

R2

R3

R4

2 R5
4 x 16mm PVC / PVC

Y1

Y2

Y3
KWJ 3

Y4

Y5

Fius Perkhidmatan dan Perangkai Meter KWJ 3Φ Suis Utama ELCB


Neutral 30A / 415V 30A / 415V 40A / 300mA / 415V B1
30A / 415V 60A / 415V 60A / 415V 60A / 300mA / 415V
60A / 415V B2

B3

B4

B5

KFA 3 Fasa 5 Hala

Rajah 2 Gambarajah skematik 3 fasa KFA tambahan (SUB DB) :

1.5mm2 PVC /PVC


KFA 3 Fasa 3 Hala
2.5mm2 PVC /PVC
4mm2 PVC /PVC
R1
Y1
4 x 16mm2 PVC / PVC
B1

R2

Y2

B2

R3
ELCB
40A / 300mA / 415V Y3
60A / 300mA / 415V
B3

KWJ 3

KFA 3 Fasa 3 Hala

R1
Y1
Fius Perkhidmatan dan Perangkai Meter KWJ 3Φ Suis Utama
Neutral 30A / 415V 30A / 415V B1
30A / 415V 60A / 415V 60A / 415V
60A / 415V R2

Y2

B2

R3
ELCB
40A / 300mA / 415V Y3
60A / 300mA / 415V
B3

Rajah 3 Gambarajah pendawaian busbar gabungan :

4. JENIS PENDAWAIAN TIGA FASA

i. Dalam gambarajah pelan bentangan pemasangan domestik tidak dinyatakan jenis


pendawaian yang digunakan. Oleh kerana itu agak sukar ditentukan jenis pendawaian
yang hendak dicatatkan dalam gambarajah skema. Penentuan jenis pendawaian di
pemasangan itu hanyalah sebagai anggapan sahaja. Misalnya bangunan kediaman
rumah batu mungkin menggunakan pendawaian jenis tersembunyi, bangunan kediaman
rumah kayu pendawaian jenis terdedah , pendawaian pembuluh dan sebagainya
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 27 / 30

ii. Kadaran arus alat-alat kawalan ini secara am ditentukandaripada jumlah aurs yang
digunakan oleh litar kahir di pemasangan itu (jumlah arus beban). Pihak pembekal
biasanya akan menggunakan kadaran arus ini berdasarkan faktor kepelbagaian.
Bagaimana atua berapakah kadaran arus yang boleh dikurangkan? Bagi menentukan ia
perlulah dikira berdasarkan beberapa perturan khas, hal ini ada dibincangkan dalam buku
pemasangan / peraturan elektrik. Oleh kerana nota ini hanya menerangkan hal-hal yang
berkaitan dengan panduan melukis gambarajah pemasangan elektrik, aspek pengiraan
tidak diberi penekanan
iii. Dalam penggunaan papan agihan tentang bilangan hala, bilangan kutub dan kadaran arus
pernti perlindungan arus lebih perlulah dinyatakan seperti yang berikut:-
a. Pengguna kuasa kecil sederhana dan besar satu fasa menggunakan papan fius
agihan satu kutub dan neutral (SPN) sementara pengguna kuasa sederfhana dan
besar tiga fasa menggunakan
b. Papan agihan fasa kutub dan neutral (TPN)
c. Bilangan hala ditentukan berdasarkan jumlah bilangan litar akhir dan simpanan
d. Kadaran arus peranti perlindungan arus lebih mengikut kadaran arus beban litar

4.1 Gambarajah Skema Berpandukan Gambarajah Pendawaian


i. Melukis gambarajah skema tidaklah sesukar melukis gambarajah skema yang berpandukan
gambarajah pelan bentangan. Ini kerana hampir ke semua maklumat yang diperlukan oleh
gambarajah skema ada ditunjukkan oleh gambarajah pendawaian. Walaupun begitu sebagai
panduan dan kemudahan kerja melukis, perkara-perkara atau maklumat penting yang diperlukan
dalam gambarajah skema perlulah dicatatkan.
a. Bilangan litar kecil akhir termasuk simpanan
b. Kadaran arus perlindungan arus lebih di papan agihan
c. Saiz dan jenis kabel
d. Sistem pendawaian yang digunakan
e. Kadaran arus atau jenis alat-alat kawalan pengguna
f. Jenis takrif dan pengguna kuasa

ii. Gambarajah skema bolehlah di ibaratkan sebagai gambarajah mudah yang diperolehi daripada
gambarajah pendawaian. Gambarajah ini hanya berbeza pada bahagian penyambungan alat-
alat kawalan, di mana penyambungan menggunakan satu garisan sahaja bagi mewakili
beberapa dawai penyambung. Ini tidaklah sesukar seperti melukis gambarajah pendawaian
4.2 Melukis gambarajah skema berpandukan data
i. Dalam data perincian yang diberikan itu perlulah di hurai dan di buat pembahagian
untuk memudahkan melukis gambarajah skema, dismping memudahkan menyemak
iaitu :-
a. Bilangan litar kecil akhir termasuk simpanan
b. Kadaran arus pelindungan arus lebih di papan agihan
c. Saiz dan jenis kabel
d. Sistem pendawaian yang digunakan
e. Kadaran arus atau jenis alat-alat kawalan pengguna
f. Jenis takrif dan pengguna kuasa

4.3 Maklumat penting


i. Kesemua maklumat yang penting perlu di catat pada gambarajah skema ini termasuk
nama peranti, saiz dan bilangannya, kadaran arus peranti, jenis pendawaian, jenis
bekalan, jenis takrif pengguna
ii. Untuk menjelaskan maksudnya, huruf-huruf singakatan boleh digunakan. Ini bertujuan
untuk meringkaskan penulisan dan menjimatkan ruang supaya lukisan akan kelihatan
kemas. Di antara huruf singakatan biasa digunakan ialah :-
P. F. A ………. Papan fius agihan
P.A ………. Papan agihan
SKN ………. Satu kutub & neutral
TKN ……….. tiga kutub & neutral
PVK ……….. polivinial klorida
NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 28 / 30

Contoh pengiraan :
Sebuah rumah memerlukan beban-beban yang berikut. Lukisakan gambarajah skema
bagi pemasangan tersebut.
a. 12 lampu tungsten (T)
b. 5 soket alur keluar
c.2 kipas siling
d. 1 loceng elektrik
Pemasangan ini menggunakan pendawaian permukaan dan jenis kabel pvc/pv
digunakan.

Contoh pendawaian kotak fius agihan


NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 29 / 30

Lampu 1 Lampu 2 Lampu 3 Lampu 4

Dapur
2x4mm² elektrik
pvc/pv Unit kawalan pemasak

S/k13A S/k13A
ELCB
60A 2x2.5mm²
S/k
pvc/pvc
13A
S/k 13A
S/k 13A bersuis
bersuis
Suis utama
60A S/k
S/k13A
13A
bersuis
S/k 13A

Meter
KWJ

Kabel minimum
6.0mm²
Neutral link
60A/80A

GAMBARAJAH PENDAWAIAN SEBUAH RUMAH


NO. KOD / CODE NUM. EE-320-3:2012/C01/P(2/2) Muka: 30 / 30

SOALAN/QUESTION :

1. Merujuk kepada pelan susunatur bangunan setingkat Bengkel Percetakan, lukiskan pelan
susunatur elektrik untuk bangunan tersebut mengikut permintaan yang telah disenaraikan di
dalam rajah di bawah untuk rujukan. Setiap litar pendawaian elektrik haruslah mempunyai
pembahagian beban yang seimbang

BIL TEMPAT JENIS KEPERLUAN KUANTITI


2 x 36W Lampu Pendaflour (lengkap 12
dengan rod gantung)
Kipas siling (lengkap dengan rod 6
BENGKEL
1 gantung)
PERCETAKAN
Kipas pelawas 5
1 x 13A soket alir keluar 20
1 x 30A pengasing 20

2 x 36W Lampu Pendaflour (lekapan 6


siling)
BILIK
2 32A Pengasing untuk pendingin 1
PENGAJAR
1 x 13A soket alir keluar 4
Kipas siling 3

2. Apakah perkara dan maklumat penting yang diperlukan dalam gambarajah skema?

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
________________________________________________________________

3. Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Padankan kenyataan berikut.

Bahagian A Bahagian B
1 SKN Papan Agihan
2 PFA Satu kutub & Neutral
3 PA Papan fius agihan

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia. 
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia 
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik,
Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd 
4. Giesecke, F. E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall 
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth
Edition) Institution of Electrical Engineers

Anda mungkin juga menyukai