Anda di halaman 1dari 160

PEMBANGUNAN WRITTEN INSTRUCTIONAL

MATERIALS (WIM)

AHLI JAWATANKUASA

1. AHMAD ASTAJUDDIN PEGAWAI PENGESAH


DALAMAN

2. ROHAIDA BT RAZAK PEGAWAI PENILAI

i
ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA
SURAT

Topik 1 PENGENALAN KEPADA LAKARAN 1–9


KEJURUTERAAN

Topik 2 PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI 10 – 28

Topik 3 KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN 29 - 39


LUKISAN

Topik 4 KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI 40 – 54


LUKISAN 2 DIMENSI

Topik 5 PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI 55 – 90

Topik 6 KEPERLUAN KEPADA LUKISAN 91 – 113


ISOMETRIK DAN ORTOGRAFIK

Topik 7 KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI 114 – 121


LUKISAN 3 DIMENSI

Topik 8 PROSEDUR DRAWING BILL OF 122 – 124


MATERIAL

Topik 9 KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI 125 – 129


DRAWING BILL OF MATERIAL

Topik 10 PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN 130 -149

ii
COCU
Hasil 01
Pembelajaran
INDUSTRIAL
Diakhir topik ini pelatih-pelatih dapat:
AUTOMATION
1. Mengetahui tentang lukisan lakaran
ENGINEERING
2. DRAWING
Mengetahui tentang lukisan 2 Dimensi (2D)
3. Mengethaui tentang lukisan 3 Dimensi (3D)
4. Mengenali Bill of Material
5. Mengetahui cara penyimpanan lukisan

iii
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
PENERANGAN

Lukisan lakaran ini adalah lukisan yang menggunakan “free hand” dan menjadi
media komunikasi dalam bentuk grafik yang mengandungi maklumat lengkap,
ringkas dan tepat Lukisan lakaran ini dibentuk daripada pelbagai jenis garisan
seperti garisan tersembunyi, garisan titik tengah, dan juga pendimensian (jika perlu).
Butiran dalam lukisan lakaran mestilah lengkap bagi mentafsir sesuatu objek.

Kepentingan Lakaran Tangan Bebas (Sketching) di dalam Kejuruteraan


Mekanikal, Rekabentuk (Design) dan sebagai bahasa komunikasi teknikal tidak
boleh dipandang ringan. Seseorang pelukis pelan mestilah berkebolehan untuk
melahirkan idea yang lengkap, memproses idea dengna pantas, tepat serta jelas
diatas kertas. Lakaran ini akan menjadi dokumen awal yang amat penting dalam
sesuatu proses permulaan untuk merekabentu sesuatu objek. ‘Sketching’ adalah
mustahak bagi designer untuk melahirkan dan merakamkan idea. Ianya adalah
cepat, pantas dan murah. Berbanding dengan menggunakan alatan yang mengambil
masa yang lama. Ini boleh mengakibatkan designer akan kehilangan atau lupa akan
idea yang sedang difikirkannya.

Istilah Lakaran Tangan Bebas (Freehand Sketching) biasanya difahami


sebagai sebuah lukisan yang tidak mempunyai ukuran. Walau bagaimanapun ianya
mestilah dilukis dengan teliti, nisbah ‘Proportion’, jelas dan ketebalan garisan yang
sesuai atau betul. Sebagai contoh, jika kita ingin memulakan sesuatu projek, ia
haruslah bermula dengan lakaran idea untuk menunjukkan penyampaian bagi objek
yang hendak di olah. Segala idea yang dikembangkan akan diterjemahkan dalam
bentuk lakaran yang menunjukkan bentuk, saiz dan juga butiran yang jelas.

Setelah itu, lukisan lakaran yang sudah siap dan betul akan dihantar untuk
penyemakkan dan segala idea akan diterjemahkan dalam bentuk lukisan
berbantukan perisian komputer, CADD. Dari perisian Autocad ini, akan terhasilnya
produk atau objek yang sebenar.

1
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
CIRI LUKISAN LAKARAN MEKANIKAL

ALAT – ALAT MELUKIS :

Kelebihan utama sketching adalah penggunaan alatan yang paling minima, iaitu
pensel, kertas dan pemadam sahaja. Apabila sesuatu lukisan perlu dilukis di tapak
pembinaan mungkin buku catitan kecil dan ‘clip board’ untuk mengalas kertas kerap
juga digunakan. Disamping itu keras graf juga dapat membantu pelukis untuk
menghasil lakaran lukisan yang cantik dan kemas. Lihat contoh mata pensel pada
rajah 1.

Rajah 1 : Contoh mata pensel

Sebelum komputer berkembang pesat, kebanyakkan lukisan kejuruteraan dilukis


secara manual. Namun, sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara manual atau
berbantukan dengan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri
kebolehan hasilan yang mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan
kejuruteraan. Selain itu, alatan yang paling minima yang digunakan dalam lukisan
lakaran adalah,

a. Pensel

- Mata pensel untuk melakar mestilah tajam dan tidak tumpul. Ini kerana untuk
menghasilkan garisan yang berkualiti. Kaedah memegang pensel hendaklah

2
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
tidak terlalu kuat dan jangan teragak-agak ketika membuat gerisan. Pensel
yang sesuai digunakan adalah pensel mekanikal 0.5 mm & 0.3mm.

b. Pemadam

- Pemadam mestilah jenis getah untuk memudahkan memadam garisan yang


tidak diingini dan tidak meninggalkan kesan.

c. Kertas lukisan

- Kertas lukisan mestilah bersih dan tidak berkedut.

d. Papan lukisan

- Papan lukisan mestilah bersih, kemas, dan rata.

Selain itu, ciri lukisan lakaran mekanikal yang seterusnya adalah:

a. Ketepatan
- Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat mengikut ukuran yang
tepat ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis-
jenis garisan mengikut jenis pensel.

b. Teknik melukis
- Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang the ditetapkan
termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya
lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

c. Kebersihan lukisan
- Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai
lukisan yang dibuat. Dengan itu, pelukis akan lebih berhati-hati semasa
membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu
termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan
kekemasan dan kebersihan lukisan.

3
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
d. Kepantasan menyiapkan lukisan
- Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu
akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan
tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri-ciri lukisan
kejuruteraan yang memerlukan kemahiran yang tertentu.

JENIS DALAM LUKISAN LAKARAN

Pada asasnya, lukisan lakaran dilukis dalam bentuk 3 dimensi. Rajah 3 dibawah
menunjukkan contoh jenis lakaran. Dalam lukisan lakaran ini terdapat beberapa
kaedah asas untuk melukiskan lukisan lakaran. Antaranya adalah:

a) Multiview
b) Axonometric
c) Oblique
d) Perspective

Rajah 2 : Contoh jenis lakaran

4
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
SKALA :

Biasanya tidak menggunakan skill yang tertentu. Lakarkan lukisan rupabentuk


objek sebaik mungkin mengikut pandangan mata kasar. Kertas grid boleh
membantu anda mendapat nisbah yang diperlukan.

Besar atau kecil sesuatu lukisan bergantung kepada keras yang anda gunakan.
Jikalau objek terlalu kecil lakarannya lebih besar daripada ukuran asal, ianya
adalah untuk memudahkan anda meletakkan ukuran.

TEKNIK MEMBUAT GARISAN :

Perbezaan utama antara lukisan lakaran (sketching) dengan lukisan yang


menggunakan alat adalah gaya atau teknik garisan. Garisan lakaran yagn baik tidak
semestinya lurus dan sekata seperti menggunakan alatan atau bantuan komputer.
Garisan lakaran kelihatan bebas dan berbagai – bagai.

Sebagai contoh lakaran untuk garisan binaan bebas mestilah halus dan nipis.
Sedangkan garisan –garisan lain mestilah hitam tebal tetapi kemas. Lihat contoh
Rajah 3.

Rajah 3 : Contoh garisan binaan

Selain dari bentuk jenis lakaran, garisan dalam lukisan lakaran juga mempunyai
maksud yang tersendiri. Garisan-garisan yang terdapat pada lukisan lakaran ini akan
memudahkah kerja untuk jurutera dan pelukis pelan untuk mengelasifikasikan
sesuatu objek.

5
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
Antara gaya garisan yang terdapat pada lukisan lakaran adalah:-

i. Construction line
ii. Hidden line
iii. Dimension line
iv. Center line
v. Cutting-plane line

Rajah 4 : Contoh garisan yang terdapat dalam lukisan lakaran.

Tanpa membezakan garisan – garisan ini ataupun penggunaan yang salah,


lukisan yang dihasilkan akan menjadi rumit dan mengelirukan untuk difahami.
Untuk memastikan lukisan anda jelas dan mudah difahami, pastikan setiap
garisan yang mewakili kumpulan tertentu adalah berbeza. Sebagai contoh garisan
objek mestilah lebih tebal daripada garisan binaan. Garisan – garisan dimensi
mestilah lebih jelas daripada garisan binaan dan lain – lain lagi. Lihat contoh –
contoh garisan pada Rajah 4.

6
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
Contoh – contoh seterusnya adalah untuk menunjukkan teknik – teknik melukis
secara lakaran garisan – garisan tegak condong dan lain – lain lagi. Rajah 5
dibawah menunjukkan teknik menghasilkan garisan.

Rajah 5 : Teknik menghasilkan garisan

MELAKAR BULATAN, GARIS LENGKOK DAN ELLIPSE

Bulatan dan garis lengkok yang kecil boleh dilakarkan dengan lengkap hanya
dengan satu atau dua kali stroke sahaja. Rajah 6 dibawah menunjukkan teknik
menghasilkan bulatan dan garis lengkok yang kecil.

Rajah 6 : Teknik menghasilkan bulatan dan garis lengkok yang kecil.

7
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
Secara umumnya adalah lebih mudah untuk melakarkan garis lengkok dengan
menandakan dahulu beberapa titik yang sekata di sepanjang garis lengkok
berkenaan dan sambungkan titik – titik berkenaan. Lihat contoh lukisan pada
Rajah 7.

Rajah 7 : Contoh lukisan

8
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN
SOALAN

1. Apakah maksud lakaran?

2. Berikan peralatan yang digunakan untuk melakar.

3. Berikan ciri lukisan yang perlu ada dalam lukisan lakaran.

4. Nyatakan 4 jenis asas untuk melukis lakaran.

5. Apakah gaya garisan yang terdapat dalam lukisan lakaran?

9
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA LAKARAN
KEJURUTERAAN

10
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

PENERANGAN

Penggunaan peralatan pada lakaran mempunyai langkah kerja yang tersendiri.


Peralatan lukisan merupakan kelengkapan bagi seseorang pelukis pelan untuk
mempercepatkan kerja-kerja melukis dengan mudah dan cepat adalah satu
kemestian bagi menghasilkan lukisan yang betul dan tepat mengikut standard.
Kelebihan utama lakaran adalah penggunaan alatan yang paling minima. Rujuk
pada gambarajah dibawah untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai cara
yang betul untuk membangunkan lukisan lakaran mekanikal.

RAJAH 1: Contoh jarak penghurufan

1. PENGHURUFAN DAN ANGKA

Berikut adalah kaedah membuat penghurufan serta angka dengan betul:

i. Setiap penghurufan boleh ditulis dalam huruf besar atau kecil


ii. Mata pensel hendaklah tajam
iii. Setiap penghurufan haruslah mempunyai jarak yang sama
iv. Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan lakaran
biasanya menggunakan tulisan tangan. Ini termasuk:
a. Ukuran dimensi
b. Blok tajuk
c. Lukisan sesuatu objek

v. Walau terdapat alat tambahan yang boleh digunakan, tetapi cara pen-
ulisan tangan juga diutamakan.

11
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

RAJAH 2: Cara menulis penghurufan yang betul

vi. Terdapat beberapa jenis penghurufan yang boleh digunakan sewaktu


membuat lukisan. Antaranya adalah:
a. Gothic
b. Roman
c. Text

vii. Berikut adalah ketinggian atau ketebalan angka yang sesuai:

RAJAH 3: Ketinggian penghurufan yang sesuai

viii. Sebelum memulakan penghurufan, perlulah membuat petak segi em-


pat kecil mengikut ketinggian yang sesuai.
ix. Untuk penghurufan yang condong pula, bina garis panduan condong
untuk mendapat condong yang betul.

12
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

RAJAH 4: Penghurufan condong

x. Terdapat beberapa institusi kepiawaian di peringkat kebangsaan dan


antarabangsa. Antaranya ialah:
a. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
(SIRIM);
b. Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI);
c. Kepiawaian British (BS);
d. Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO);
e. Kepiawaian Australia (AS);
f. Kepiawaian Industri Jerman (DIN);
g. Kepiawaian Kanada (CS); dan
h. Kepiawaian Antarabangsa Jepun (JIS)

13
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

2. TEKNIK MENGGUNAKAN PERALATAN PADA LUKISAN LAKARAN.

Dalam membuat lakaran lukisan kejuruteraan, terdapat beberapa faktor yang


perlu diambil kira antaranya adalah seperti berikut:
i. Garisan lakaran yang baik tidak semestinya lurus dan sekata.
ii. Garisan lakaran kelihatan bebas dan berbagai-bagai
iii. Garisan binaan mestilah halus dan nipis. Rajah 5 dibawah menun-
jukkan contoh garisan binaan lakaran

RAJAH 5: Contoh garisan binaan lakaran

A. Langkah-langkah menggunakan pembaris T

Rajah 6 dibawah menunjukkan kaedah menggunakan pembaris T.

RAJAH 6 : Kaedah menggunakan pembaris T

Kaedah menggunakan pembaris T adalah seperti berikut:

14
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

i. Lekatkan kertas lukisan pada papan lukisan


ii. Tampalkan pita pelekat pada kertas lukisa supaya kertas tidak
bergerak
iii. Letakkan pembaris T pada permukaan kertas lukisan, gariskan
garisan lurus pada kertas lukisan
iv. Hendaklah mengangkat pembaris jika hendak menukar kedu-
dukan pembaris

B. Langkah-langkah menggunakan pembaris sudut yang betul

Rajah 7 dibawah menunjukkan kaedah menggunakan pembaris sudut.

RAJAH 7 : Kaedah menggunakan pembaris sudut

Kaedah menggunakan pembaris sudut adalah seperti berikut:


i. Lekatkan kertas pada atas permukaan papan lukisan
ii. Gunakan pita pelekat supaya kertas lukisan tidak bergerak
iii. Letakkan pembaris T pada permukaan kertas lukisan
iv. Gunakan pembaris sudut 30, 60 atau 45 darjah untuk mem-
buat sudut yang dikehendaki
v. Gariskan dengan tekanan pensel yang sekata

C. Langkah-langkah membuat bulatan

15
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

Rajah 8 dibawah menunjukkan kaedah membuat bulatan.

RAJAH 8 : Kaedah membuat bulatan

Kaedah menggunakan pembaris sudut adalah seperti berikut:


i. Tandakan titik pusat
ii. Ukur jarak jejari bulatan
iii. Berpaksikan titik pusat, bina lengkok bulatan dengan meng-
gunakan jangka lukis.

D. Langkah-langkah melukis segi empat


Rajah 9 dibawah menunjukkan kaedah melukis segi empat.

RAJAH 9 : Kaedah melukis segi empat

Kaedah melukis segi empat adalah seperti berikut:

16
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

i. Bina garisan mendatar


ii. Tandakan jarak AB
iii. Tandakan jarak AC dan BD sebagai tinggi segiempat
iv. Bina garisan yang menghubungkan titik A dengan titk C dan titik
B dengan titik D
v. Bina garisan yang menghubungkan titik C dengan titik D hingga
terbentuk segi empat

E. Langkah melukis segi tiga


Rajah 10 dibawah menunjukkan kaedah melukis segi tiga.

RAJAH 10 : Kaedah melukis segi tiga

Kaedah melukis segi empat adalah seperti berikut:


i. Bina garisan mendatar AB
ii. Tandakan titik C sebagai pembahagi kepada jarak AB
iii. Bina garisan menghubungkan titik A dengan titik C dan titik B
hingga terbentuk segitiga sama

17
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

F. Membina elips pada lakaran

Dalam lukisan lakaran, bulatan tidak dapat dibuat, ia kerana dalam


lakaran bulatan dikenali sebagai elips. Elips ini dikenali sebagai bu-
latan dalam lukisan lakaran. Elips ini diperbuat daripada lengkok seo-
lah pandangan 3D. Dalam lukisan lakaran juga, kita boleh melakar
lukisan dari segi pandangan 3D iaitu isometric. Lukisan lakaran juga
memainkan peranan yang penting untuk melakar pandangan seperti
isometric dan juga unjuran ortografik. Rajah 11 dibawah menunjukkan
pembinaan elips dalam lukisan isometric.

RAJAH 11: Pembinaan elips dalam lukisan isometric

Selain daripada itu, elips juga boleh dibina dengan menggunakan dua
bulatan pada satu pusat. Kaedahnya adalah seperti berikut:
i. Dua bulatan dilukis dengan jejari yang diberikan
ii. Bulatan tersebut dibahagi kepada 12 sektor yang sama
iii. Garisanpembahagi sector itu akan memotong bulatan kecil dan
bulatan besar
iv. Garisan mendatar dan garisan menegak dilukis pada titik persil-
angan tadi
v. Akhir sekali, titik titk persilangan antara garisan mendatar dan
garisan menegak disambung sehingga membentuk elips yang
lengkap.

18
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

Rajah 12 dibawah menunjukkan pembinaan elips dalam dua bulatan.

RAJAH 12 : Pembinaan elips dalam dua bulatan

1. LUKISAN KERATAN
Dalam lukisan unjuran ortografik, sesuatu bahagian yang tidak kelihatan akan
digambarkan dengan menggunakan garisan tersembunyi.  Jika garisan-
garisan tersembunyi dilukis terlalu banyak pada sesuatu gambarajah, ia boleh
mengganggu kejelasan bentuk objek yang dilukis itu.

Bagi mengatasi masalah ini obiek yang hendak dilukis itu akan dilukis secara
pandangan keratan supaya bahagian-bahagian yang tersembunyi dapat
ditunjukkan dengan garisan keratan yang lebih jelas.  Kerja-kerja mendimensi
objek seperti ini lebih mudah berbanding dengan objek yang dilukis tanpa
dikerat (potong) pada lukisan ortografik.  Kekeliruan tentang bentuk sebenar
objek dapat diatasi jika bahagian-bahagian tersembunyi objek itu dibukakan.

19
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

Rajah 13 dibawah menunjukkan lukisan keratan.

RAJAH 13 : Lukisan keratan

I. Langkah-langkah membuat lukisan keratan.


i. Peraturan dalam lukisan keratan.
a. Semua garisan akhir di belakang permukaan keratan mestilah ditunjukkan
(tidak termasuk garisan tersembunyi yang kadangkala diperlukan untuk men-
jelaskan lagi pandangan itu). Rajah 14 dibawah menunjukkan garisan akhir di
belakang permukaan keratan.

RAJAH 14 : Garisan akhir di belakang permukaan keratan.

b. Pandangan gambarajah keratan mestilah disempadankan dengan garisan


nyata, bukan garisan tersembunyi atau dibiarkan sahaja tiada bersempadan.
Rajah 15 menunjukkan contoh pandangan gambarajah keratan.

20
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

RAJAH 15 : Contoh pandangan gambarajah keratan

c. Kedudukan pandangan keratan bergantung pada sudut pandangan lukisan


unjuran ortografik yang digunakan.  Jika sesuatu objek dilukis dari sudut pan-
dangan pertama, maka kedudukan anak panah garisan pemotong menun-
jukkan arah pandangan yang dikehendaki. Ini bererti kedudukan gambarajah
pandangan keratan itu mestilah berada di bahagian hadapan arah panah gar-
isan pemotong. Bagi objek yang: dilukis secara pandangan sudut ketiga pula,
kedudukan pandangan keratan berada pada tempat yang berlawanan dengan
kedudukan objek di pandangan sudut pertama, iaitu pandangan keratan itu di-
lukis belakang anak panah garisan pemotong. Rajah 16 dibawah menun-
jukkan contoh kedudukan pandangan keratan.

RAJAH 16 : Contoh kedudukan pandangan gambarajah keratan

21
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

II. Satah pemotong pada lukisan keratan.


a. Jenis-jenis lukisan keratan.
Terdapat beberapa jenis lukisan keratan, antaranya adalah seperti berikut:
a. Keratan penuh (full section)
b. Keratan separuh (half Section)
c. Keratan ofset/melencong (offset section)
d. Keratan pecah (brokenout section)
e. Keratan pusing (revolved section) 
f. Keratan alih (removed section)
g. Keratan jajaran/simetri (aligned section)
h. Keratan jajaran/simetri (aligned section)
i. Keratan pecahan lazim (conventional breaks, intersection)
j. Lukisan keratan pemasangan.

a) Keratan penuh

Keratan penuh bererti objek itu dikerat dua sepenuhnya dan pandangan pada
yang bahagian yang dikerat itulah yang dilukis. Keratan penuh digunakan un-
tuk melihat melihat seluruh bahagian dalam objek pada satu rataan keratan
objek sahaja. 

Lukisan keratan penuh biasanya digunakan untuk objek yang mudah sahaja. 
Arah anak panah garisan pemotong akan menertukan arah objek yang
hendak dilihat. 

Jika unjuran ortografik pandangan yang dipotong dengan garisan pemotong,


pandangan keratan objek itu boleh dilukis pada pandangan hadapan.

Sebaliknya jika pandanqan hadapan yanq dipotong oleh garisan pemotong,


pandangan keratan boleh dilukis pada pandangan atas. Jika pandangan
hadapan yang di potong dengan garisan pemotong secara menegak, pandan-
gan keratan yang hendak dilukis itu dilukis pada pandangan sisi.

22
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

Rajah 17 dibawah menunjukkan contoh lukisan keratan penuh.

Rajah 17 : Contoh lukisan keratan penuh.

b) Keratan separuh

Sesuatu objek yang sama bentuknya seperti bulat, bersegi dan sebagainya
tidak perlu dikerat sepenuhnya kerana ia dapat dijelaskan dengan hanya
mengerat separuh (sebahagian) daripada objek itu disamping dapat
nenjimatkan masa melukis. 

Walaupun lukisan keratan separuh ini mudah di lukis, ia jarang-jarang digun-


akan pada lukisan yang memerlukan penjelasan secara mendalam, kerana
proses mendimensi dalam lukisan jenis ini sangat sukar.

Kegunaan utama lukisan ini hanyalah dalam lukisan pemasangan peralatan


kerana objek itu mempunyai bentuk yang sama. (Symetry).

23
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

Rajah 18 dibawah menunjukkan contoh lukisan keratan separuh.

Rajah 18 : Contoh lukisan keratan separuh

c) Keratan offset / melencong

Keratan ini sebenarnya sama juga dengaIn keratan penuh, bezanya cuma
dari segi rataan garisan pemotongan pada keratan ini melenconq (tidak
lurus). Tujuan melencongkan garisan pemotong ialah memotong bahagian-
bahagian yang tidak dapat dipotong oleh garisan pemotngan yang lurus, sep-
erti dalam keratan penuh.  Dengan perlencongan ini bahagian-bahagian pent-
ing yang berada jauh dari garisan pemotongan lurus dapat ditunjukkan
dengan menggunakan keratan ofset.  Lukisan keratan ofset sesuai digunakan
untuk menunjukkan bahagian-bahagian tersembunyi yang berada pada
rataan berbeza.

d) Keratan pecahan.
Kadangkala sesuatu objek itu hanya memerlukan sebahagian kecil pandan-
gan keratan.  Lukisan yang sesuai untuk menunjukan bahagian ini ialah ker-
atan pecah.  Sebahagian daripada keratan pecah yang hendak dilihat itu akan
dipecahkan sedikit dengan menggunakan (garisan pecah). Bahagian yang
dapat dilihat itu kemudian dilakarkan dengan garisan keratan. Tugas garisan
pemotong sekarang diambilalih oleh garisan pemecahan.  Objek yang biasa
mengunakan keratan pemecahan ini ialah objek yang mempunyai bentuk
yang sama dikedua-dua hujungnya. 

24
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

Namun begitu bentuk-bentuk yang lain masih boleh mengunakan keratan ini
jika perlu. Rajah 19 dibawah menunjukkan contoh lukisan keratan pecah.

Rajah 19 : Contoh lukisan keratan pecah.

e) Keratan pusing dan Keratan alih.


Rajah 20 dibawah menunjukkan contoh keratan pusing dan keratan alih.

Rajah 20 : Contoh keratan pusing dan keratan alih

25
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

Kedua-dua keratan ini digunakan untuk menenunjukkan pandangan keratan


melintang bagi sesuatu objek yang berbentuk batang atau bendul supaya
bentuk melintang objek tersebut dapat diketahui.  Keratan ini tidak dilukis be-
rasingan daripada objek, kecuali jika tidak ada ruang atau ruang yang ada
sempit. 

Kedua-dua keratan ini boleh dilukis terus pada pandangan atas, hadapan,
tepi, atau berhampiran semua pandangan diatas mengikut kesesuaian. 

Kedua-dua keratan ini dapat menjimatkan satu pandangan 'A Lukisan, bukan
sahaja unjuran ortografik malah dapat rnemberikan gambaran terus bentuk
sesuatu objek.

f) Keratan jajaran/simetri (aligned section).


Rajah 21 dibawah menunjukkan contoh keratan jajaran /simetri

Rajah 21 : Contoh keratan jajaran /simetri (aligned section)

Objek-objek yang mempunyai sudut yang dilihat pada satu rataan keratan
akan kelihatan lebih kecil daripada ukuran sebenarnya. Oleh itu qarisan pe-

26
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

motongan sudut objek yang seumpama itu perlu dibawa ke rataan 180 darjah.
Jika tidak bentuk sebenar objek yang akan dikerat itu akan hilang. 

Terdapat juga objek yang jika dilukis dengan keratan penuh bahagian bersu-
dutnya tidak akan kelihatan.  Tetapi jika objek itu dilukis dengan lukisan ker-
atan jajaran bahagian bersudut itu seolah-olah telah dipusingkan agar sejajar
dengan garisan pemotongan biasa yang bersudut 180 darjah.

g) Keratan pecahan lazim (conventional, intersection)


Bagi memendekkan objek berbentuk panjang, lukisan pecahan lazim digun-
akan.  Objek berbentuk bulat dan panjang seperti dawai, paip, dan selinder
menggunakan pecahan lazim berbentuk berbentuk “S" dihujung objek itu.

Objek-objek yang lain mempunyai simbol-simbol tertentu.  Keratan pecahan


lazim berbentuk 'S" boleh dilukis dengan bantuan jangka lukis dan jangka su-
dut dan menggunakan tangan bebas jika objek itu kecil. 

Untuk persilangan antara dua lubang atau dua selinder dan lain-lain lagi garis
dan titik persilangan mestilah ditunjukkan dengan jelas. Rajah 22 dibawah
menunjukkan contoh keratan pecahan lazim.

Rajah 22 : Contoh keratan pecahan lazim


h) Lukisan keratan pemasangan.
Lukisan keratan pemasangan biasanya digunakan untuk menunjukan baha-
gian-bahagian komponen yang diipasang bersama-sama. Semasa me-

27
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

lukiskan lukisan keratan pemasagan, peraturan-peraturan umum kerataan


hendaklah dipatuhi. misalnya lukisan keratan tidak perlu dilukiskan jika ter-
dapat bolt, nat dan sebagainya. Rajah 23 dibawah menunjukkan contoh
lukisan keratan pemasangan.

Rajah 23 : Contoh lukisan keratan pemasangan.

SOALAN:

1. Berapakah ketinggian penghurufan untuk membuat dimensi?

28
TOPIK 2 : PROSEDUR LUKISAN 2 DIMENSI

2. Nyatakan beberapa kepiawaian ISO yang anda tahu

3. Terangkan langkah untuk penggunaan alat pembaris T.

4. Apakah kegunaan elips?

5. Apakah definisi pada lukisan keratan ?

6. Bagaimanakah kedudukan pandangan keratan digunakan ?

7. Nyatakan 5 jenis-jenis lukisan keratan.

29
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
PENERANGAN

1. ALAT LUKISAN LAKARAN

Terdapat alat kelengkapan lukisan yang canggih seperti pensel mekanikal, meja
melukis, dan komputer. Pelajar harus mengetahui dan menguasai penggunaan alat
lukisan asas seperti:

 Papan lukis (drafting board)  Pensel


 Sesiku T (T square)  Lengkung perancis (French curve)
 Sesiku set (set square)  Perisai pemadam (erashing shield)
 Jangka sudut (protector)  Pemadam (eraser)
 Mesin lukis (drafting machine)  Berus lukisan (drafting brush)
 Skala (scale)  Ketas lukisan (drawing paper)
 Set peralatan lukisan (instrument set)  Pita pelekat

a) Jenis Papan lukisan (drafting board)

Papan lukisan tradisi diperbuat daripada kayu jenis lembut supaya kertas
lukisan boleh diletakkan dengan pita pelekat. Pin tekan tidak boleh digunakan
pada papan lukisan kerana bekas pin tekan itu akan merosakkanpermukaan
papan lukisan. Pada bahagian tepi kiri papan lukisan dinamakan tepian kerja
(working edge).

Tepian ini diperbuat daripada jalur kertas yang lurus supaya tepian sesiku T
boleh mengelangsar dengan bebas sepanjang tepian kerja.
Manakala papan lukisan moden dilengkapkan dengan kaki yang boleh diubah
suai ketinggiannya.

Papan lukis ini boleh dicondong mengikut kehendak pengguna. Papan lukisan
canggih mempunyai kepingan bermagnet yang sama ukuran dengan papan
lukis supaya jalur logam boleh memegang kuat kertas lukisan.

30
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
Berikut adalah contoh papan lukisan:

No. Gambar Maklumat


1. Double elephant:
105mm x 75mm

2. Antiquarian:
140cm x 85mm

3. Imperial:
80mm x 60mm

4. Half imperial:
60cm x 40cm

31
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
b) Sesiku T
Sesiku T di perbuat daripada kayu keras atau plastic dan digunakan untuk
melukis garisan mendatar sahaja (horizontal). Sesiku T mempunyai bilah
yang lurus. Plastik lutsinar dignakan bagi tujuan menampakkan garisan yang
dilukis di samping memelihara lukisan daripada kekotoran. Rajah 1 dibawah
menunjukkan sesiku T.

Rajah 1: Sesiku T

Ciri-ciri sesiku T adalah seperti berikut:


i. Mempunyai tepi lurus
ii. Bilah panjang dan rata
iii. Mempunyai sambungan stok bersudut tepat

c) Jangka sudut
Jangka sudut digunakan untuk mengukur sudut dan menanda sudut. Diper-
buat daripada plastik dan berbentuk separuh bulatan dan berbentuk penuh.
Rajah 2 dibawah menunjukkan jangka sudut.

Rajah 2: Jangka sudut

32
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
d) Skala
Rajah 3 dibawah menunjukkan skala/pembaris

Rajah 3 : Skala/Pembaris

Alat yang digunakan untuk menyukat ukuran sesuatu komponen dalam


lukisan. Ketepatan sesuatu lukisan bergantung kepada kemahiran
menggunakan skala. Sifat yang harus diutamakan pada skala adalah:
 Pembahagian ukuran tepat
 Pembahagian ukuran dipahat
 Tahan lentur

Alat ini tidak boleh digunakan sebagai memotong kertas atau pembaris
Terdapat beberapa bentuk skala yang biasa digunakan:
 Segitiga
 Pipih

Jenis skala yang biasa digunakan adalah:


 Skala arkitek
 Skala engineer
 Skala decimal
 Skala pecahan
 Skala metric

33
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
e) Set peralatan lukisan
Rajah 4 dibawah menunjukkan set peralatan lukisan

Rajah 4 : Set peralatan lukisan

Peralatan lukisan lazimnya dijual dalam satu set. Komponen utamanya terdiri
daripada jangka lukis, jangka pembahagi dan lain-lain. Antara set
peralatannya adalah:
 Jangka lukis
 Jangka lukis boleh laras
 Jangka lukis besar
 Jangka lukis kecil
 Jangka bahagi
 Jangka bahagi boleh laras

f) Pensel lukis
Pensel Lukis merupakan salah satu peralatan yang sangat penting dalam
menghasilkan lukisan. Rajah 5 dibawah menunjukkan jenis pensel lukis.

Rajah 5 : Jenis pensel lukis

34
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
Terdapat pelbagai jenis pensel dalam pasaran. Jenis pensel yang selalu
digunakan oleh arkitek adalah:
 Pensel kayu
 Pensel mekanikal

Pensel terbahagi kepada 18 gred:


 7B hingga 2B paling lembut
 3H hingga B sederhana lembut.
 4H hingga 9H paling keras

g) Lengkungan perancis
Lengkungan perancis digunakan untuk melukis garisan lengkung. Rajah 6
dibawah menunjukkan lengkungan perancis.

Rajah 6 : Lengkungan perancis

h) Perisai pemadam
Digunakan untuk melindungi bahagian garisan yang tidak perlu dipadam se-
waktu kerja memadam dilakukan di sesebuah lukisan. Rajah 7 dibawah
menunjukkan perisai pemadam.

35
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
Rajah 7 : Perisai pemadam
i) Pemadam
Pemadam digunakan untuk memadam bekas lukisan. Rajah 8 dibawah
menunjukkan pemadam.

Rajah 8 : Pemadam

j) Berus lukisan
Berus lukisan digunakan untuk membuang habuk lebihan pemadam dan
kekotoran. Tidak digalakkan meniup kekotoran kerana akan mengotorkan ker-
tas lukisan. Rajah 8 dibawah menunjukkan berus lukisan.

Rajah 9 : Berus lukisan

k) Kertas lukisan
Kertas lukisan biasanya berwarna putih. Sesuai untuk lakaran bebas dan
lukisan teknik dengan menggunakan pensel dan sebagainya. Terdapat pelba-
gai saiz serta piawai kertas lukisan yang biasa digunakan dalam lukisan kejur-
uteraan, antaranya seperti berikut:

Saiz kertas ISO standard: Saiz America (ANSI)


 A0 841mm x 1189 mm  A0 34.0 in x 44.0 in
 A1 594mm x 841 mm  A1 22.0 in x 34.0 in
 A2 420mm x 594 mm  A2 17.0 in x 22.0 in
 A3 297 mm x 420 mm  A3 11.0 in x 17.0 in

36
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
 A4 210 mm x 297 mm  A4 8.5 in x 11.0 in
Rajah 10 dibawah menunjukkan pecahan saiz kertas lukisan.

Rajah 10 : Pecahan saiz kertas lukisan

2. CARA PENGGUNAAN PERALATAN LUKISAN

Setiap penggunaan peralatan ada caranya tersendiri. Begitu juga pada pensel
mekanikal. Ianya ada cara yang betul untuk memegang pensel atau menarik garisan
supaya garisan tidak kelihatan teragak-agak ataupun garisan tidak terlalu tebal atau
nipis. Selain itu, penggunaan pembaris juga ada caranya tersendiri. Berikut adalah
cara penggunaan yang betul untuk peralatan lukisan:

a) Papan lukisan
Cara menggunakan papan lukisan adalah seperti berikut:
i. Laraskan pada kedudukan yang selesa
ii. Asak bahagian kepala sesiku T pada tepi kiri meja
iii. Gelongsorkan turun dan naik pembaris T
iv. Pastikan bahagian kepala sesiku tee tidak terangkat atau renggang
semasa digunakan

37
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
v. Perlulah menekan pada bahagian tengah bilah sesiku tee untuk me-
mastikan pergerakan sesiku tidak bergerak.
b) Kotak peralatan lukisan.
Cara menggunakan kotak peralatan lukisan adalah seperti berikut:
i. Sasaran tepat
ii. Kirakan jarak yang hendak dibuat
iii. Pegangkan bahagian bar diatas untuk mengelakkan pergerakan yang
berlainan
iv. Pusingkan kertas untuk membuat bulatan
v. Hindarkan alat dijadikan bahan gurauan

c) Sesiku tiga segi


Cara menggunakan sesiku tiga segi adalah seperti berikut:
i. Untuk membentuk garisan tegak dan bersudut
ii. Pastikan bahagian kepala dan bilah tidak goyang

d) Kertas lukisan
Cara menggunakan kertas lukisan adalah seperti berikut:
i. Berpandukan saiz papan lukisan yang digunakan
ii. Pemasangan pada papan lukisan hendaklah menggunakan pembaris
T
iii. Sekurang-kurangnya 11/2 – 2 ‘’ dari tepi sebelah kiri papan lukisan
iv. Sekiranya kertas lukisan bersaiz kecil, letakkan dibahagian tengah
v. Pastikan sesiku T selari dengan dibahagikan atas kertas lukisan dan
lekat pita pelekat atau klip
vi. Jangan melukis seandainya tangan basah atau berpeloh
vii. Jangan heret peralatan diatas kertas lukisan
viii. Jangan tiub semasa memadam kesalahan

e) Pensel mekanikal
Cara menggunakan pensel mekanikal adalah seperti berikut:
i. Sekurang-kurangnya perlu ada tiga jenis
ii. Penggunaan pensel perlulah diputarkan semasa membuat garisan

38
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN
iii. Cara pegang pensel perlulah dalam kedudukan bersudut 60° atau 90°.
iv. Pensel hendaklah sentiasa tajam.

f) Lengkong perancis
Cara menggunakan lengkong perancis adalah seperti berikut:
i. Untuk membuat lengkong
ii. Ikut simbol atau lengkong yang sesuai
iii. Gariskan lengkong dengan tekanan yang sekata

g) Meja drafting
Cara menggunakan meja drafting adalah seperti berikut:
i. Laraskan meja pada kedudukan yang selesa dan sesuai
ii. Gerakkan tack menegak kekiri dan kekanan serta kunci
iii. Gerakkan mesin drafting turun dan naik serta kunci
iv. Tekan pada nop protactor pusingkan pada kedudukan sudut 15,30,45
dan 70 darjah.

h) Sesiku tiga segi


Cara menggunakan sesiku segi tiga adalah seperti berikut:
i. Pastikan bahagian kepala dan bilah tidak goyang
ii. Gunakan sesiku tiga segi 90 darjah
iii. Pastikan bahagian kepala dan bilah didalam berkedudukan sudut 90
darjah
iv. Dengan cantuman segi tiga, kita boleh menghasilkan beberapa sudut
yang lain.

39
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN

SOALAN

1. Nyatakan beberapa peralatan untuk memulakan lukisan.

2. Apakah kegunaan sesiku tee?

3. Nyatakan saiz kertas mengikut standard ISO.

4. Terangkan cara penggunaan meja drafting.

40
TOPIK 3 : KEPERLUAN PERALATAN DAN BAHAN
LUKISAN

41
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
PENERANGAN

PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN.

1. Kertas lukisan
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis
menggunakan pensel. Ukuran kertas lukisan bagi piawai ISO (International
Organization for Standardization) dan piawai ANSI (American National Standard
Institute) bagi kertas lukisan ialah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

Rajah 1 : Ukuran kertas lukisan piawai ISO

Rajah 2 : Ukuran kertas lukisan piawai ANSI

42
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
2. Penyediaan blok tajuk untuk lukisan
Blok tajuk lukisan biasanya terletak di bahagian bawah atau lebih rendah sudut
kanan mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk mengenal pasti
lukisan dan untuk mengesahkan kesahihannya. Blok tajuk tersebut akan diba-
hagikan kepada beberapa bahagian untuk mengisi maklumat penting. Dalam
blok tajuk lukisan mekanikal, digunakan untuk pengenalan dan tujuan pemfailan
dan untuk merekod lukisan supaya senang cari. Blok tajuk adalah garisan tepi
yang dilukis pada setiap bahagian tepi kertas lukisan bagi membentuk sempadan
kawasan lukisan. Blok tajuk ini untuk menulis maklumat ringkas mengenai pelu-
kis dan juga butian lukisan. Berikut adalah cara-cara untuk merekod lukisan dan
juga untuk membuat blok tajuk pada setiap helai kertas lukisan:
i. Sediakan kertas berukuran A3
ii. Gariskan petak berukuran 1cm dari hujung kertas pada setiap penjuru un-
tuk membentuk segi empat sebelum membuat blok tajuk.
iii. Setelah selesai membuat petak pada kertas lukisan, lukiskan garisan ber-
ukuran 7cm dari sebelah kiri untuk membuat kotak tajuk.
iv. Gariskan sempadan tersebut menggunakan pembaris T
v. Setelah selesai, bahagikan beberapa bahagian ruangan. Rajah 3 dibawah
menunjukkan contoh blok tajuk yang sempurna.

Rajah 3 : Contoh blok tajuk

43
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Kawasan yang kosong pada tengah kertas lukisan adalah untuk melukis dan
haruslah disediakan terdahulu sebelum melukis lukisan lakaran. Manakala
untuk kotak tajuk bersaiz A4 pula, berada dibahagian bawah. Sama seperti
kertas A3, perlu membuat petak berukuran 1cm tiap dari penjuru kertas.
Rujuk rajah 4 dan rajah 5 bagi mengetahui perbezaan blok tajuk lukisan A3
dan blok lukisan A4 mengikut saiz kertas lukisan.

Rajah 4 : Contoh blok tajuk lukisan A3

Rajah 5: Contoh blok tajuk lukisan A4

44
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
3. Merekod lukisan lakaran
Berikut adalah cara merekod lukisan lakaran:
 Setiap lukisan yang siap perlu disertakan dengan butiran yang lengkap sep-
erti nama pelukis, tarikh lukisan disiapkan, nama penyemak lukisan,
nama tempat kerja.
 Rekodkan lukisan mengikut turutan yang betul
 Contoh pada rajah 5.
 Hal ini kerana, untuk memudahkan seseorang mencari maklumat dengan
mudah.

Rajah 5 : Contoh rekod lukisan

4. Skala 
Skala merupakan kaedah yang digunakan untuk menunjukkan ukuran sebenar
sesuatu lakaran. Terdapat dua jenis skala iaitu skala Pengecilan dan Pembe-
saran.

45
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Skala dalam kerja-kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk mem-
buat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai nisbah ukuran sahaja. Contoh
nisbah skala yang selalu digunakan dalam lukisan adalah:
1:1
2:1

Jika skala 1:1 bermaksud tiada pembesaran atau pengecilan yang dilakukan,
manakala jika skala bernisbah 1:2, adalah gandaan dua dari saiz yang
diberikan. Jika skala bernisbah 2:1 bermaksud, saiz dikecilkan dua kali ganda
daripada saiz yang diberikan.

Skala menolong kita memperkecilkan sesuatu objek yang besar atau mem-
perbesarkan sesuatu objek yang kecil bersesuaian dengan kertas lukisan
semasa melukis. Berikut adalah sebahagian kadar skala mengikut piawai BS
(British Standard):
Saiz penuh: 1 : 1
Dikecilkan dari saiz penuh:
1:2
1 : 20
1 : 200
1:5
1 : 50
1 : 500

Dibesarkan dari saiz penuh :


2:1
20 : 1
200 : 1
5:1
50 : 1
500 : 1

46
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Sekiranya perlu menyediakan lukisan mengikut skala supaya dapat dimuatkan
ke dalam keras lukisan adalah perlu mengetahui penggunaan skala untuk
pembesaran dan pengecilan.  Bagi objek – objek yang besar dilukis dengan
skala mengecil (Pengecilan). Sebagai contoh, rujuk pada rajah 6 iaitu contoh
skala pada objek dimana, pengecilan skala 1:2 bermaksud nisbah lukisan
dengan objek sebenar adalah 1 mm dalam lukisan 2 mm objek sebenar. 
Lukisan menunjukkan ½ saiz objek.   Jika skala 1:10 bermaksud 1 mm dalam
lukisan 10 mm objek sebenar.

Rajah 6 : Contoh skala pada objek

Bagi memaparkan lukisan bahagian yang kecil dan rumit, skala pembesaran
diperlukan. Ini adalah bertujuan untuk menunjukkan dengan jelas bahagian
pandangan bagi mengelakkan kekeliruan pada objek yang rumit.   Jika
pembesaran dibuat dua kali ganda, skala dinyatakan sebagai 2:1 yang ber-
maksud 2 mm dalam lukisan bersamaan 1 mm pada objek sebenar. Rajah 7
dibawah menunjukkan contoh skala pembesaran.

Rajah 7 : Skala pembesaran

47
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Rajah 8 dibawah menunjukkan skala yang digunakan didalam industri
tertentu.

SKALA

1. Skala Jurutera

2. Skala Akitek

3. Skala : Juruukur & Peta ( Surveying & Mapping )

4. Tambahan skala yang digunakan dalam lukisan – lukisan tertentu

Rajah 8 : Jenis skala yang digunakan didalam industri tertentu.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan menyatakan skala dalam lukisan.


Antaranya adalah seperti berikut:

i. Skala yang ditunjukkan


ii. Skala 1 : 100
iii. Nota ( Tiada Skala )
iv. Dua Skala

48
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Walaupun begitu, terdapat juga beberapa kaedah lain yang digunakan
menyatakan skala dalam lukisan. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Nota “Seperti ditunjukkan”


ii. Atau yang ditunjukkan
iii. Skala tegak 1 : 500
iv. Skala Melintang 1 : 100

Skala Metrik digunakan mengikut penggunaan untuk lukisan kejuruteraan


mekanikal

Untuk Lukisan Akitek (Pengecilan)

Untuk Pelan Lokasi

Untuk Pelan Juruukur (Survey)

49
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
JENIS – JENIS SKALA
Jenis – jenis skala dikelaskan mengikut penggunaan seperti berikut:

i. Skala Akitek
ii. Skala Engieer
iii. Skala Mekanikal Engineer
iv. Skala Decimal
v. Skala Metrik

1. Skala Akitek

Digunakan untuk mengecilkan supaya struktur bangunan atau binaan yang


besar – besar dapat dimuatkan ke dalam kertas lukisan.  Saiz – saiz yang
terdapat pada skala Akitek adalah seperti:

Contoh :
 ½”  = 1’ – 0” adalah saiz penuh
 ¾”  = 1’ – 0” adalah 1/16 saiz ( ¾ - 12 = 1/16 )

Rajah 9 : Skala Akitek ( Inci / Imperial ) :

50
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
2. Skala Jurutera

Skala dibahagikan kepada perpuluhan 10 – 80 bersamaan dengan satu inci. 


Digunakan bagi memplot, melukis peta dan bahagian – bahagian mesin.

Rajah 10: Skala Jurutera

3. Skala Jurutera Mekanikal

Skala mekanikal pecahannya dibahagikan kepada unit dalam inci ke inci 1” :


1” = bagi saiz penuh . Pengecilan ½” = 1” (setiap ½” dalam lukisan = 1 inci
objek sebenar).

Rajah 11: Skala Jurutera Mekanikal

4. Skala Decimal

Skala khas dimana setiap 1 inci saiz penuh pada skala dibahagikan kepada
50 bahagian. Setiap sub unit = 0.02” (1/50 = 0.02”) 5  S/unit = mewakili 1. 
Bagi skala separuh ½” mewakili 1” bermaksud ½” pada skala dibahagikan
kepada 50 bahagian (½ - 50 = 0.01).  Setiap satu sub unit = 0.01. 10 sub unit
mewakili = 1”.

51
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Begitu juga bagi skala seperempat dan seterusnya.  Kesimpulannya
penggunaan skala decimal ini bolehlah dengan merujuk kepada skala penuh
untuk penggunaan skala pengecilan atau pembesaran dengan mengecilkan
ukuran atau menggandakannya. Rajah 12 dibawah menunjukkan perbezaan
skala decimal.

Rajah 12 : Perbezaan skala decimal

5. Skala Metrik :

Asas bagi unit Metrik ialah Meter.  Simbol yang digunakan adalah ‘M’. Berikut
adalah contoh skala metrik:

Setiap  1  Meter  = 1000 Milimeters


  1  mm  = 0.001 m
  10 mm  = 0.01 m
  1000 m  = 1 m

52
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Rajah 13 dibawah menunjukkan nisbah skala metrik.

Rajah 13 : Nisbah skala metrik

5. Pendimensian

Dimensi merupakan ukuran milimeter, sentimeter dan meter yang digunakan.


Dalam unit imperial pula menggunakan ukuran inci, kaki, ela dan pecahan
inci.

53
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI

Segala maklumat ukuran disampaikan melalui sistem bentuk garisan, simbol-


simbol tertentu, angka dan juga angkar pecahan. Garisan dimensi
sditetapkan di luar garisan penuh dalam keadaan selari dengan jaraknya
lebih kurang 10mm. jika garisan dimensi lebih dari satu, maka jarak kurang
6mm bagi membolehkan ruang yang mencukupi untuk menempatkan angka.
Rajah 14 dibawah menunjukkan contoh pendemensian 2D.

Rajah 14 : Contoh pedimensian 2D

Dimensi merupakan ukuran bagi sesuatu bentuk yang biasanya diukur dalam
unit imperial dan metrik. Dalam unit metrik lazimnya ukuran millimeter,
sentimeter dan meter yang digunakan. Dalam unit imperial pula menggunakan
ukuran inci , kaki, ela dan pecahan inci.

Segala maklumat ukuran disampaikan melalui sistem bentuk garisan, simbol –


simbol tertentu, angka dan juga angka pecahan. Garisan dimensi ditempatkan di
luar garisan penuh dalam keadaan selari dengan jaraknya lebih kurang 10 mm.

Jika garisan dimensi lebih dari satu, maka jarak diantaranya lebih kurang 6 mm
bagi membolehkan ruang yang mencukupi untuk menempatkan angka.

54
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI
Di bahagian hujung setiap garisan dimensi dilukis anak panah dan hendaklah
menyentuh garisan unjuran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15.
Rajah 15 dibawah menunjukkan cara melukis anak panah dengan betul.

Rajah 13 : Cara melukis anak panah dengan betul

55
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI

SOALAN

1. Terangkan skala pembesar dan skala pengecil.

2. Apakah tujuan lukisan terperinci?

3. Apakah yang terkandung dalam blok tajuk lukisan?

4. Mengapakah rekod lukisan perlu dibuat?

5. Apakah perbezaan kotak tajuk a3 dan a4?

56
TOPIK 4 : KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 2
DIMENSI

57
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

PENERANGAN

1. TAKRIF LUKISAN KEJURUTERAAN.

Lukisan kejuruteraan adalah bahasa dalam bentuk lukisan yang membolehkan


seseorang pekerja membaca dan mengikuti arahan kerja dan mengikut cara kerja
yang perlu dilakukan. Lukisan kejuruteraan yang lengkap dapat memberi data-data
serta keterangan–keterangan berkenaan projek yang hendak disiap. Data-data yang
diberi oleh sesuatu lukisan kejuruteraan adalah seperti:

i. Rupa bentuk asal projek yang hendak dibuat.


ii. Saiz dan ukuran asal projek tersebut.
iii. Jenis logam benda kerja.
iv. Penyudahan kerja projek tersebut.
v. Cara pasang dan buka projek tersebut.

Selain dari data-data di atas lukisan kejuruteraan juga menerangkan nama projek,
skala, had terima dan siapa yang membuat pelan lukisan kejuruteraan tersebut
supaya sekiranya terdapat kemusykilan, dapatlah pembuat projek tadi bertanya
kepada pereka projek tersebut.

2. JENIS JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN.

Bidang kejuruteraan adalah satu bidang yang luas maka terdapat berbagai jenis
lukisan kejuruteraan mengikut cabang dan bidang kejuruteraan.

2.1 Lukisan Mekanikal


Berikut adalah ciri-ciri lukisan mekanikal:
 Lukisan mekanikal merangkumi semua rekabentuk mesin, binaan,
komponen dan pembuatan.
 Lukisan mekanikal biasa dibuat dalam seperti gambar yang dipanggil
Lukisan Pictorial.
 Dari lukisan Pictorial inilah lukisan mekanikal dikembangkan

58
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 1 dibawah menunjukkan pertalian lukisan pictorial.

Rajah 1 : Pertalian Lukisan Pictorial

i. Lukisan Pictorial
Lukisan ini memberi pandangan tiga dimensi iaitu
 Pandangan Hadapan
 Pandangan Sisi Panadangan
 Pandangan Atas

Pandangan yang diberi adalah seperti rupabentuk asal objek yang dilihat.
Unjuran yang sangat meluas digunakan dari lukisan pictorial ini ialah:

a) Unjuran Isometric
b) Unjuran Oblik

Penggunaan yang meluas kepada unjuran-unjuran ini adalah kerana


ianya mudah difahami dan dilakarkan.

59
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

ii. Lukisan Orthografik


Lukisan ini memberi pandangan satu dimensi iaitu dilakar mengikut setiap
pandangan berasingan diatas satah lukisan.

Dari kedudukan satah ini, lukisan orthograpik dilakar pula kepada dua
anjuran iaitu:
a) Unjuran Sudut Pertama
b) Unjuran Sudut Ketiga

Rajah 2 dibawah menunjukkan perbezaan unjuran sudut pertama dan


ketiga.

A) Unjuran sudut pertama B) Unjuran sudut ketiga

 Anjuran sudut Pertama

 Anjuran sudut Ketiga

Rajah 2 : Perbezaan unjuran sudut pertama dan ketiga

60
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

2.1 Lukisan Pemasangan (Assembly Drawing)


Lukisan pemasangan adalah lukisan yang lengkap digunakan untuk
membuat katalog, rekabentuk dan ilustrasi komponen-komponen didalam
sesuatu mesin atau jentera.

Lukisan ini amat berguna untuk member panduan kerja pasang-memasang


sesuatu komponen itu. Terdapat tiga jenis assembly drawing iaitu:
i. Detail Assembly Drawing
ii. Catalog Assembly Drawing
iii. Assembly Drawing explode view
iv. Installation Assembly Drawing

Rajah 3 dibawah menunjukkan contoh lukisan pemasangan.

Rajah 3: Contoh lukisan pemasangan

2.2 Lukisan Terperinci (Detail Drawing)

Lukisan ini menerangkan dan menunjukkan bagaimana sesuatu komponen


itu hendak dibuat. Ini kerana detail drawing memberi semua ukuran dan saiz
projek tersebut.

61
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 4 dibawah menunjukkan contoh lukisan terperinci.

Rajah 4 : Lukisan Terperinci

2.3 Functional Drawing


Lukisan ini menerangkan bagaimana sesuatu komponen, mesin dan jentera
itu berjalan atau bergerak. Lukisan ini juga menerangkan cara sesuatu
komponen dan mesin itu dikendalikan. Rajah 5 dibawah menunjukkan
contoh Functional Drawing.

Rajah 5: Functional Drawing

62
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

2.4 Lukisan Arkitek


Digunakan untuk melakar bangunan dan binaan lanskap dan alam sekitar.
Rajah 6 dibawah menunjukkan contoh lukisan arkitek.

Rajah 6: Contoh lukisan arkitek

63
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

2.5 Lukisan Elektrik


Digunakan untuk melakarkan sistem dan litar letrik, elektronik, janakuasa
dan sebagainya. Rajah 7 dibawah menunjukkan contoh lukisan elektrik.

Rajah 7: Contoh lukisan elektrik

2.6 Lukisan Elektronik


Lukisan yang menggambarkan pemasangan komponen elektronik pada
sesuatu litar. Rajah 9 dibawah menunjukkan contoh lukisan elektronik.

64
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 9: Contoh lukisan elektronik


3. JENIS LUKISAN ELEKTRIK

Lukisan elektrik terbahagi kepada dua jenis, iaitu gambarajah dan pelan
pembentangan. Carta 1 menunjukkan jenis lukisan elektrik.

Gambarajah

Gambar Ra
Gambar Rajah
Skema

Gambar Ra
Lukisan Elektrik Pendawai

Pelan Benta
Domesti
Pelan Bentangan
Pelan Benta
Industr

Carta 1: Jenis Lukisan Elektrik

4. PIAWAI DALAM MEGHASILKAN LUKISN KEJURUTERAAN

Dalam lukisan kejuruteraan, penekaan adalah berdasarkan kepada perkara-


perkara berikut :

4.1 Ketepatan
Ini temasuklah penggunaan kaedah yang betul, bentuk gambarajah dan
dimensi yang tepat.

4.2 Kecepatan
Menentukan penggunaan masa yang betul semasa melukis, meneliti
perkara-perkara yang penting dan menganggarkan had masa yang
diperlukan untuk setiap lukisan.

65
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

4.3 Kebersihan
Lukisan hendaklah sentiasa kemas, bersih dan teratur untuk memudahkan
para pembaca memahami lukisan yang dihasilkan. Penggunaan alat yang
betul, kedudukan lukisan yang sesuai dan kerja-kerja yang teratur adalah
factor utama yang menentukan kebersihan dan kekemasan sesuatu lukisan.

Berdasarkan kepada aspek-aspek penekanan yang dikehendaki seperti


yang tercatat di atas, maka bukan sahaja seseorang pelajar itu harus
memahami kaedah-kaedah melukis tetapi ia mesti juga berkemampuan
menghasilkan lukisan yang tepat, terang dan bersih.

Untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang bersih dan kemas, panduan


berikut perlulah diperhatikan.

i. Pastikan meja lukisan serta alat-alat yang digunakan adalah bersih.


Begitu juga dengan tangan pelukis.
ii. Elakkan tangan atau siku daripada terkena pada garisan-garisan yang
telah dilukis.
iii. Jangan gesekan alat-alat lukisan pada garisan-garisan yang telah
dilukis.
iv. Pastikan pemadam yang digunakan adalah bersih.
v. Jangan gunakan tangan untuk membersihkan sisa pemadam. Gunakan
kain atau berus yang bersih.
vi. Elakkan mengasah matapensil di atas kertas lukisan.
vii. Kertas pasir yang digunakan untuk menajamkan hujung mata pensel
hendaklah disimpan di tempat yang berasingan daripada alat-alat
lukisan yang lain.
viii. Kertas lukisan hendaklah digulung atau ditutup dengan sesuatu
sekirannya lukisan yang dibuat telah pun disiapkan.

66
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

5. PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

5.1 Alat –Alat Lukisan Kejuruteraan


Ada beberapa jenis alat lukisan yang selalu digunakan untuk membuat suatu
lukisan. Pemilihan dan penggunaan peralatan yang betul sangat penting
dalam menghasilkan sebuah lukisan yang baik.

Pemilihan alat-alat ini bergantung kepada jenis, saiz dan betapa pentingnya
sesuatu lukisan itu. Namun demikian, untuk para pelajar yang baru pertama
kali mempelajari mata pelajaran ini adalah dinasihatkan untuk menyediakan
alat-alat yang asas seperti yang tercatat di bawah ini,

i. Kertas Luksan (saiz A1 / A2)


ii. Papan lukisan (biasanya disediakan dalam bilik lukisan)
iii. Pensil atau pensil kejuruteraan (jenis 2B, HB, H dan 2H)
iv. Sesiku T
v. Sesiku segitiga (30º - 60º dan 45º- 45º)
vi. Pemadam dan kain atau berus pembersih
vii. Jangka lukis
viii. Pita Pelekat
ix. Janga Pembahagi
x. Pembaris kejuruteraan
xi. Lengkok boleh lentur atau lengkok French
xii. Lengkok jejarian

67
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

5.2 Cara penggunaan perlatan lukisan


Cara penggunaan dan penjagaan alat-alat lukisan merupakan perkara yang
penting dan perlu diberi penekanan.

5.2.1 Papan Lukisan


Rajah 10 dibawah menunjukkan papan lukisan.

Rajah 10: Papan Lukisan

Berikut adalah langkah-langkah penjagaan papan lukisan untuk


memastikan keadaan permukaannya sentiasa rata:

i. Sebelum dan selepas menggunakan papan lukisan, hendaklah


dibersihkan dengan menggunakan kain kering supaya tiada
habuk yang melekat.
ii. Elakkan dari menebuk lubang, mengasah pensel atau
memotong kertas dengan menggunakan pisau di atas
permukaan papan lukis.
iii. Elakan dari melukis atau menconteng di atas permukaan papn
lukisan.
iv. Pastikan bahagian bucu tepi papan lukis dalam keadaan rata
dan lurus.

68
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

5.2.2 Sesiku T
Berikut adalah langkah-langkah penggunaan sesiku T:

i. Dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala


dan bahagian bilah seperti yang ditunjukkan di Rajah 11
dibawah.
ii. Kedua-dua bahagian ini mestilah diikat atau melekat dengan
kuat supaya tidak boleh digerakkan dan mestilah bersudut tepat
di antara satu dengan yang lain.
iii. Bahagian tepi bilah mestilah dalam keadaan rata dan lurus.
iv. Sesiku T digunakan di atas papan lukis dengan meletakkannya
dalam keadaan mengufuk dan bahagian kepala disebelah kiri
papan.
v. Cara menggunakan sesiku dengan betul adalah dengan
menolak dengan rapat bahagian kepala kepada bahagian tepi
papan.
vi. Pastikan tidak ada bahagian yang renggeng di antara kepala
sesiku T dengan bahagian tepi papan lukis untuk mengelakkan
dari fungsi kegunaannya kurang tepat. Selain daripada
digunakan untuk membentuk garisan lurus mengufuk, ia juga
digunakan untuk tempat panduan meletakkan sesiku segitiga
bagi membentuk garisan condong dan juga garisan tegak.
vii. Jangan gunakan bahagian tepi bilah sebagai panduan
memotong kertas dengan menggunakan pisau, kerana cara ini
akan menguris bahagian tepinya dan menyebabkan ia tidak
lurus.

69
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 11 : Sesiku T

Cara menguji bahagian tepi bilah adalah seperti berikut:

i. Mula-mula bentuk satu garisan mengufuk di atas kertas lukisan


dengan menggunakan sesiku T, berpandukan kepada bahagian tepi
bilah.
ii. Setelah garisan dibentuk, pusingkan kertas arah menyongsang
sehingga garisan yang dibentuk tadi bertemu semula dengab
bahagian tepi sesiku T.
iii. Bentuk satu garisan mengufuk yang kedua. Jika garisan yang kedua
ini tidak di atas garisan yang pertama tadi, ini bermakna bahagian
tepi bilah tidak lurus.
iv. Bahagian tepi bilah yang tidak lurus akan menghasilkan lukisan
teknik yang tidak ada ketepatan dalam pembentukan garisan.
v. Jika berlaku lengkung pada bahagian tepi bilah, ini bermakna sesiku
T tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja melukis. Selain daripada
kesan-kesan bahagian tepi bilah yang tidak rata terdapat kesan
bahagian tepi bilah yang bergerigi, Kesan lekuk pada bahagian bilah
boleh memberikan kesan garisan yang tidak lurus.
vi. Rajah 12 menunjukkan penggunaan sesiku T.

70
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 12 : Penggunaan Sesiku T

5.2.3 Sesiku Segitiga

Rajah 13: Set Sesiku Segitiga

71
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 13 diatas menunjukkkan set sesiku segitiga. Berikut adalah


langkah-langkah penggunaan sesiku segitiga:

i. Terdapat 2 sesiku iaitu bersudut 45⁰ dan 30⁰


ii. Sesiku ini berbentuk segitiga yang digunakan bersama kombinasi
sesiku T bagi membentuk garisan-garisan condong. Ia juga
diguna untuk membentuk garisan tegak. Alat sesiku sigitiga ini
dibuat dengan sudut 45⁰ dan 30⁰ kerana mengikut sudut-sudut
yang lazim didapati dalam lukisan kejuruteraan.
iii. Pada bahagian tepi sesiku segitiga lazimnya terdapat ukuran
yang ditanda dengan ukuran metrik, yang mana ia boleh
diguankan juga sebagai pembaris.
iv. Gambarajah 14 menunjukkan cara bagaimana untuk membina
sudut yang biasa digunakan dalam lukisan teknik dengan alat
sesiku segitiga.

72
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 14: Membina Sudut Menggunakan Sesiku Segitiga

v. Maklumat yang terdapat dalam rajah 14 adalah seperti berikut:

a) Menggunakan sesiku untuk membentuk sudut 45dalam dua


kedudukan yang bertentangan di antara satu dengan lain.
b) Membina sudut 90 yang membuka di bahagian tengah.
Dalam kedua-dua rajah tersebut adalah penggunaan sesiku
45
c) Membina sudut 30dan 60 dalam dua kedudukan yang
bertentangan dengan menggunakan sesiku 30
d) Membina sudut 30dari garisan datar dan 60dari garisan
tegak dengan menggunakan sesiku 30

73
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

e) Membina sudut 15 dari satu garisan tegak dan sudut


75dari garisan-garisan datar dengan menggunakan sesiku
segitiga bersudut 30 dengan 45
f) Membentuk sudut 75 dari satu garisan tegak dan sudut 15
dari satu garis datar dengan menggunakan sesiku 45 dan
30.

5.2.4 Pensel
Dalam lukisan teknik jenis pensel diambil kira untuk menentukan mutu
lukisan. Oleh itu gunakan pensel dari jenis yang baik mengikut
kelembutan matanya.

Terdapat pelbagai jenis kelembutan mata pensel dibuat untuk


membentuk garisan-garisan tertentu. Rajah 15 menunjukkan jenis
pensel lukisan.

Rajah 15: Jenis Pensel Lukisan

Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis kelembutan mata pensel mengikut


angka dan huruf. Bagi garisan ringan, pensel yang digunakan adalah
4H, 5H, 6H, 7H, 8H dan 9H.

Manakala jenis sederhana kelembutannya dilabel 3H,2H, H, F, HB dan


kegunaannya adalah untuk membentuk garisan am, objek, lakaran
atau menguruf.

KEGUNAAN
GRED JENIS MATA CIRI -CIRI

74
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

9H Keras Menghasilan Untuk menghasilkan garisan ringan


hingga garisan halus seperti untuk garisan panduan
4H dan pudar. penghurufan, garisan binaan dan
garisan yang memerlukan ketepatan.
3H, 2H, Sederhana Menghasilkan Sesuai digunakan untuk membuat
H, F, garisan ringan. lakaran penghurufan, tanda anak
HB dan panah, garisan objek dan garisan
B tengah.

2B Lembut Menghasilkan Menghasilkan garis kasar dan


hingga garis tebal dan mewarnai objek.
7B terang (hitam)

Jadual 1: Gred Pensil dan Kegunaan

Pensel jenis lembut yang digunakan untuk kerja seni melukis dan juga
senibina yang dilabel dengan B dan B2. Cara menggunakan pensil
adalah seperti berikut:

i. Sentiasa dalam keadaaan tajam bagi membolehkan garisan


dilukis dengan tepat, beza jelas dan kemas.
ii. Pensel yang tumpul akan menghasilkan garisan melebar serta
tidak seimbang.
iii. Bentuk kon bagi mata pensel boleh dilakukan dengan
menyendengkan pensel dan gosokkan matanya dengan kertas
pasir.
iv. Pensel mekanikal juga boleh digunakan dalam lukisan
kejuruteraan.

5.2.5 Perisai pemadam


Digunakan sebagai panduan memadam sesuatu garisan dalam lukisan
tanpa mengganggu atau terpadam garisan lain yang berhampiran.
Cara menggunakan alat ini ditunjukkan dalam rajah 16.

Letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan


yang hendak di padam. Garisan dinampakkan melalui bentuk lubang

75
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

yang sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan getah pemadam pada


lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada lubang
tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang lain.

Rajah 16: Cara menggunakan alat perisai pemadam

5.2.6 Jangka Lukis


Alat ini digunakan untuk membentuk garis bulatan dan lengkok. Bagi
membentuk garisan bulatan yang besar boleh menggunakan alat
jangka lukis yang ditunjukkan dalam rajah 17 di bawah.

a. Menanda pusat dan b. Cara memegang jangka


jejari untuk melukis lukis ketika membuat bulatan
bulatan dan lengkok dan lengkuk

Rajah 17 : Cara menggunakan jangka lukis

76
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 18: Cara menajamkan mata pensel pada alat jangka Lukis.

a. Penyediaan mata b. Mengasah mata pensel jangka


pensel yang perlu lukis dengan menggunakan
dielakkan kertas pasir halus

Rajah 19: Penyediaan mata pensel pada alat jangka lukis.

Rajah 20: Cara memegang jangka lukis ketika membuat bulatan dan lengkuk

77
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

5.2.7 Pembahagi
Alat ini digunakan untuk memindahkan ukuran dari pembaris kepada
kertas lukisan. Untuk ukuran yang tepat, ukuran-ukurannya diambil
terus dari alat pembaris lukisan. Rajah 21 menunjukkan cara
penggunaan pembahagi.

a. Cara memulakan garisan b. Cara menggunakan alat pembahagi


bulatan dari bahagian dengan betul. Memindahkan ukuran
.
yang terbawah sekali dan membahagi ukuran

Rajah 21 : Cara penggunaan pembahagi

5.2.8 Lengkung Perancis


Lengkok yang tidak bulat seperti elips, boleh dibentuk dengan
menggunakan alat mlengkung perancis ataupun lengkung boleh laras.
Pelukis perlu menentukan terlebih dahulu titik-titk lengkok yang hendak
dibentuk. Setelah titik ditentukan, dengan menggunakan alat ini, pilih
bahagian lengkung yang sesuai kepada titik-titik lengkok. Rajah 22
menunjukkan lengkuk perancis.

Rajah 22: Lengkung perancis

78
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

5.2.9 Pencontoh
Untuk memudahkan melukis lukisan kejuruteraan, terdapat beberapa
alat tambahan yang boleh digunakan oleh pelukis. Diantaranya ialah
pencontoh bulatan yang boleh digunakan untuk melukis bulatan atau
lengkok, tanpa menggunakan alat jangka lukis. Dalam rajah 23 di
bawah adalah sebahagian daripada pencontoh yang boleh didapati

Rajah 23: Sebahagian Daripada Pencontoh

5.2.10 Pembaris
Pembaris bukannya untuk digunakan sebagai panduan melukis
garisan lurus tetapi ia diguna untuk mendapatkan ukuran. Terdapat
dua jenis pembaris iaitu pembaris jenis pipih dan pembaris jenis
segitiga. Pembaris jenis segitiga adalah digunakan untuk persediaan
lukisan teknik skala penuh, mengecil atau membesarkan saiz.

5.2.10 Kertas lukisan


Terdapat pelbagai jenis kertas lukisan yang boleh digunakan dalam
lukisan teknik. Ada jenis yang tebal dan ada jenis yang nipis. Saiz
kertas lukisan juga berbeza beza mengikut keperluan lukisan.
Pembuatan kertasnya juga boleh didapati daripada pelbagai jenis
bahan.

79
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Dalam lukisan, lazimnya menggunakan kertas berwarna putih atau


krim sederhana. Kertas boleh didapati daripada pelbagai saiz stardard
seperti yang disenaraikan:
Saiz Ukuran mm
A4 210 x 297
A3 297 x 420
A2 420 x 594
A1 594 x 841
A0 841 x 1189

Jadual 2: Ukuran metrik bagi kertas lukisan

Saiz Ukuran inci


A 8.5 x 11.0
B 11.0 x 17.0
C 17.0 x 22.0
D 22.0 x 34.0
E 34.0 x 44.0

Jadual 3: Ukuran imperial bagi kertas lukisan

Biasanya kertas saiz A3 (297x420mm) ataupun 11.0x17.0 inci, dengan


ketebalan 110gm digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Dalam kerja-
kerja melukis tertentu sahaja, kadangkala digunakan saiz kertas
A2(420x594mm) atau 17x22 inci.

6. TEKNIK ASAS PENGHASILAN LUKISAN 2 DIMENSI

6.1 Menempatkan Kertas Lukisan Pada Papan Lukis

Kedudukan yang sesuai bagi membolehkan kerja-kerja melukis dilakukan


dengan mudah adalah dengan meletakkan kertas lukisan berhampiran
kepada bahagian penjuru kiri sebelah bawah papan lukis seperti yang di
tunjukkan dalam rajah 24.

80
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Letakkan sesiku T ke bahagian bawah papan lukis dan pastikan bahagian


kepala rapat ke bahagian tepi papan. Kemudian letakkan kertas di atas sesiku
T pada bahagian tepi bilah. Jarak di antara bahagian tepi kiri papan dengan
kertas sekitar 8cm. Ketika ini, pastikan juga bahagian bawah kertas rapat
kebahagian tepi bilah sesiku T dan juga pastikan bahagian tepi kertas dalam
keadaan tegak seperti di rajah bawah.

Rajah 24 : Menentukan kedudukan kertas lukisan

6.2 Melukis Garisan Sempadan

Garisan sempadan dilukis dengan jarak 10mm dari bahagian tepi kertas dan
ia merupakan bingkai kepada lukisan. Garisan ini dilukis menggunakan
pensel gred kehitaman lembut. Melukis garisan sempadan ditunjukkan dalam
rajah 25 dah 26.

Rajah 25 : Melukis garisan sempadan mendatar

81
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 26 : Melukis garisan sempadan menegak

Dengan menggunakan pembaris dan pensel, tandakan di atas kertas


jarak 10mm dari bahagian tepi dengan tanda titik. Tempat-tempat yang
perlu ditanda ditunjukkan dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Setelah kedudukan
garisan sempadan ditanda, letakkan sesiku T melintang di atas kertas
dengan bahagian tepi bilah pada titik garisan sempadan bawah seperti
dalam gambarajah di atas.

Dengan kedudukan sesiku T seperti ini, letakkan sesiku segitiga


disebelah kiri dengan bahagian tegak menyentuh titik sempadan kiri.
Lakar garisan halus untuk sempadan kiri. Kemudian alihkan sesiku
segitiga ke bahagian kanan kertas dengan bahagian tegak menyentuh
titik sempadan kanan. Lukiskan garisan lakar sempadan sebelah kanan.

Setelah garisan lakar sempadan kiri dan kanan dilukis, alihkan sesiku
segitiga. Kemudian alihkan sesiku T ke bahagian atas dengan tepi bilah
menyentuh titik sempadan atas dan lukis garisan sempadan. Garisan
sempadan kiri dan kanan dilukis dengan sempadan tegak seperti yang
terdapat dalam rajah 27.

82
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

(a) Kaedah Melukis Garisan Mengufuk (b) Kaedah Melukis Garisan Tegak

(c) Melukis Garisan Condong 15°. (d) Melukis Garisan Condong 30°.

(e) Melukis (f) Melukis Garisan Condong 60°.


Garisan Condong 45°.

(g) Melukis Garisan Condong 75°. (h) Melukis garisan condong 75°
dengan Garisan AB

Rajah 27: Kaedah Melukis Garisan-Garisan

83
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

6.3 Melukis Blok Tajuk

Setelah melukis garisan sempadan, berikutnya ditunjukkan pula


bagaimana melukis blok tajuk. Blok tajuk ini gunanya unutk merakamkan
maklumat lukisan. Ia dirakam secara tulisan lukisan teknik.
Kedudukannya di atas kertas lukisan pada sebelah bawah berhampiran
dengan garisan sempadan. Perkara-perkara yang perlu ditulis adalah
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 28. Untuk menghitamkan garisan
sempadan blok tajuk mengufuk dan tegak yang sama gred kehitamannya
dengan garisan sempadan lain, sila gunakan pensel jenis lembut bagi
mendapatkan kehitaman yang sama.

10 mm

30 mm

Rajah 28: Melukis blok tajuk kedudukan maklumat

6.4 Melukis Garisan Selari

Melukis garisan selari dengan garisan yang sedia ada boleh dilakukan
melalui kombinasi sesiku set seperti ditunjukkan dalam rajah 29. Garisan
selari adalah garisan-garisan yang mempunyai jarak yang sama antara
satu sama lain.

Kaedah menghasilkan garisan yang baik adalah seperti berikut:

i. Mata pensil hendaklah sentiasa rapat di atas kertas dan


memberikan tekanan yang sekata semasa melukis garisan.

84
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

ii. Untuk mendapatkan kehitaman yang seragam, putarkan sedikit


(anggaran setengah putaran) batang pensel ketika melukis
garisan.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3


Laraskan sesiku set supaya Gelangsarkan sesiku set Lukiskan garisan
kedudukannya selari dengan ke tempat yang hendak selari
garisan condong dilukis selari.

Rajah 29 : Kaedah melukis garisan selari.

6.5 Melukis Garisan Serenjang

Kaedah melukis garisan serenjang adalah seperti ditunjukkan dalam rajah


30. Garisan serenjang adalah garisan yang bersudut tepat (90 o) antara
satu sama lain.

Langkah 1 Langkah 2 Lukiskan garisan


Laraskan sesiku set 45° supaya Gelangsarkan sesiku 45° ke serenjang
kedudukannya selari dengan tempat yang hendak dilukis
garisan condong garisan serenjang.

Rajah 30 : Kaedah melukis garisan serenjang.

85
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

6.6 Sudut

Dua garisan yang bersilang akan membentuk sudut. Satu bulatan


mempunyai sudut 360°, manakala satu garisan mempunyai sudut 180°.
Nilai sudut dinyatakan dalam darjah dan dilabelkan dengan tanda °. Jenis
jenis sudut ditunjukkan dalam rajah 31.

(a) Sudut Tirus (c) Sudut Cakah


(b) Sudut Tepat
(α < 90°) (90° < θ < 180°)
(β = 90°)

(d) Sudut (f) Sudut


Penggenap (e) Sudut Reflek Pelengkap
(° + ° = 180°) (180° < ° < 360°) (° + ° + 90°)

Rajah 31: Jenis-Jenis Sudut.

6.7 Segi tiga

Segi tiga merupakan rajah satah yang mempunyai tiga sisi lurus. Jumlah
semua sudut dalam satu segi tiga ialah 180°. Ciri-ciri segi tiga ditunjukkan
dalam rajah 32.

(a) (b)

86
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 32: Ciri-Ciri Segi Tiga.


Terdapat empat jenis segi tiga, iaitu segi tiga sisi sama, segi tiga tepat, segi
tiga kaki sama dan segi tiga kaki tidak sama. Semua jenis segi tiga ini
ditunjukkan dalam rajah 33.

(a) Segi Tiga (b) Segi Tiga (c) Segi Tiga (d) Segi Tiga
Sama Tepat Kaki Sama Kaki Tak Sama

Rajah 33: Jenis-Jenis Segi Tiga

6.8 Segi Empat

Segi empat ialah rajah satah yang mempunyai empat sisi yang lurus. Segi
empat juga boleh terdiri daripada dua segi tiga yang bercantum pada satu
sisi yang sama panjang. Jumlah sudut dalam satu segi empat ialah 360°.
Jenis segi empat ditunjukkan dalam Rajah 34.

a) Segi empat sama (b) Segi empat tepat (c) Segi empat selari

(d) Lelayang (e) Trapezium (f) Rombus

87
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 34 : Jenis Segi Empat.


6.9 Poligon

Poligon ialah rajah satah yang mempunyai sisi lurus yang lebih daripada
empat. Jika panjang sisinya sama, poligon itu dipanggil poligon sekata.
Jenis-jenis poligon ditunjukkan dalam rajah 35.

Bagi satu poligon sekata magnitud sudut peluarannya adalah (360º/n),


dimana n ialah bilangan sisi poligon

(a) Pentagon (b) Heksagon (c) Heptagon (d) Oktagon

(Segi Lima) (Segi Enam) (Segi Tujuh) (Segi Lapan)

(e) Nonagon (f) Dekagon

(Segi Sembilan) (Segi Sepuluh) (g) Pentagon Tak Sekata

Rajah 35 : Jenis-Jenis Poligon.

6.10 Bulatan

Bulatan ialah lokus titik yang bergerak dengan jarak yang sama daripada
satu titik. Titik yang bergerak menghasilkan lilitan bulatan, manakala titik
tetap dipanggil sebagai pusat bulatan.

Jarak titik yang bergerak dengan titik tetap pula dipanggil sebagai jejari.
Istilah dan ciri bulatan ditunjukkan dalam rajah 36.

88
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Rajah 36 : Istilah Dan Ciri Ciri Bulatan.

6.11 Elips

Elips ialah lokus satu titik yang bergerak supaya jumlah jarak titik dari dua
titik tetap (fokus) adalah sama. Elips mempunyai paksi major dan minor
seperti dalam rajah 37 (a).

Rajah 37 (b) pula menunjukkan kedudukan titik fokus (F), manakala rajah
37 (c) menunjukkan hubung-kait titik fokus dan paksi minor.

89
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

(a) Paksi Major dan


Paksi Minor

(b) Titik Fokus, F

(c) Hubungkait Titik


Fokus Dan Paksi
Minor

Rajah 37 : Ciri-Ciri Elips.

6.12 Parabola

Parabola ialah lokus satu titik yang bergerak dengan jaraknya dari satu titik
tetap sentiasa sama dengan jaraknya dari satu garisan lurus tetap.
Parabola mengandungi mercu dan paksi simetri.

Rajah 38(a) menunjukkan mercu dan paksi simetri, manakala rajah 38(b)
menunjukkan direktriks dan titik fokus (F).

90
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

(a) Mercu, Titik Fokus


Dan Paksi Simetri

(b) Lokus satu titik


bergerak supaya
jaraknya dari fokus dan
direktriks sentiasa sama

Rajah 38: Ciri- Ciri Parabola.

6.13 Ketengenan

Garisan tangen ialah satu garis lurus yang bersentuhan dengan bulatan
atau lengkok pada satu titik. Titik ini dipanggil titik tangen. Garisan yang
menyambungkan pusat bulatan dengan titik tangen dipanggil garisan
normal. Garisan normal berkeadaan serenjang dengan garisan tangen
seperti dalam rajah 39(a).

Ketangenan juga boleh berlaku antara dua bulatan yang bersentuh secara
dalam atau luar. Dua bulatan berjejari J dan jejari j menyentuh di sebelah
dalam pada titik T ditunjukkan dalam rajah 39(b). Kedudukan titik
ketangenan T, pusat bulatan P dan Q adalah sebaris.
Manakala rajah 39(c) pula menunjukkan dua bulatan berjejari J dan jejari j
menyentuh di sebelah luar. Kedudukan titik ketangenan T, pusat bulatan R
dan S adalah sebaris.

91
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

(a)

Bulatan Menyentuh
Garisan

(b)

Bulatan Menyentuh
Bulatan Di Sebelah
Dalam.

(c)

Bulatan Menyentuh
Bulatan Di Sebelah
Luar

Rajah 39 : Konsep Dan Ciri Ciri Tangen.


6.13 Skala (Pembesaran Dan Pengecilan)

92
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

Skala sangat penting pada lukisan kejuruteraan. Adakala objek perlu dilukis
pada saiz sebenar atau dikecilkan atau diperbesarkan. Contoh nisbah skala
yang biasa adalah seperti dalam rajah 40.

Nisbah Skala Keterangan


PEMBESARAN Saiz yang dilukis adalah
10: 1
5 : 1 lebih besar daripada saiz

2 : 1 objek atau gambar yang


sebenar.
SAIZ PENUH Saiz yang dilukis adalah
1 : 1
sama dengan saiz objek
atau gambar yang
sebenar.
PENGECILAN Saiz yang dilukis adalah
1 : 2
1 : 50 lebih kecil daripada saiz

1 : 100 objek atau gambar yang


sebenar.

Contoh Pengecilan Dan Pembesaran Mengikut Nisbah Sisi

Rajah 40: Nisbah Pengecilan Dan Pembesaran.


SOALAN

93
TOPIK 5 : PROSEDUR LUKISAN 3 DIMENSI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan lukisan kejuruteraan.

2. Berikan 5 jenis lukisan kejuruteraan.

3. Lukisan elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu;

4. Nyatakan 5 piawaian dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan.

94
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
PENERANGAN

1. TERANGKAN JENIS-JENIS LUKISAN ISOMETRIK.

Lukisan pandangan isometrik boleh dianggapkan sebagai lukisan tiga dimensi.


Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek dengan
mudah. Pada pandangan-pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam
bentuk oblik, ortografik atau perspektif. Bagi pandangan isometrik, objek
dipegang condong pada suatu sudut. Dalam rajah 1 menunjukkan jenis-jenis
pandangan sesuatu objek dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah 1 : Jenis-jenis pandangan.

2. KEPERLUAN LUKISAN ISOMETRIK.

Pandangan isometrik adalah satu cara menghasilkan pandangan objek dengan


lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis dalam
unjuran orthografik membantu melukis objek sebenar dalam pandangan
memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu. Rajah 2 menunjukkan garisan
paksi isometrik. Paksi-paksi ini adalah asas dalam pembinaan pandangan
isometrik. Rajah 3 pula mennunjukkan kaedah melukis paksi isometrik.

95
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

Rajah 2 : Paksi-paksi isometrik.

Rajah 3: Kaedah melukis paksi isometrik.

3. PEMBANGUNAN LUKISAN ISOMETRIK.

Di antara persamaanya ialah unjuran orthografik mempunyai tiga pandangan


iaitu pelan, hadapan dan sisi. Rajah 4 menunjukkan tiga pandangan dalam
unjuran orthografik.

96
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

Rajah 4 : Tiga pandangan unjuran orthografik

Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu


pandangan pelan, hadapan dan sisi. Rajah 5 di bawah menunjukkan
pandangan isometrik yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan.

Rajah 5: Pandangan isometrik dari arah tiga pandangan.

97
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
4. SKALA DAN DIMENSI PADA LUKISAN ISOMETRIK.

Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga
untuk mendimensi lukisan isometrik. Terdapat dua sistem pendimensian lukisan
isometrik, iaitu sistem terjajar dan sistem arah. Namun demikian terdapat
beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometrik dengan
pendimensian lukisan ortografik. Perbezaan ini adalah seperti berikut :

I. Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi


isometrik. Garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometrik yang sama.
Garisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan pada satah
yang sama dengan permukaan objek yang di dimensikan. Lihat rajah 6.

 Kekeliruan biasanya timbul apabila mendimensi pinggir objek yang


tidak terletak pada satah isometrik utama. Rajah 6 menunjukkan
kesalahan yang lazim dilakukan objek pelukis. Kaedah yang betul
ditunjukkan dalam rajah 7.

Rajah 6 : Kedudukan garisan tambahan dan garisan dimensi.

Rajah 7: Kaedah Labelling pinggir pada satah condong.

98
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
II. Dalam pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar. Angka
dimensi yang digunakan untuk pendimensian lukisan isometrik perlu diubah
suai supaya angka itu kelihatan selaras dengan padangan isometrik. Hal ini
dilakukan dengan menulis huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau
kanan sebanyak 60 darjah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8 pemilihan
arah kecondong bergantung kepada satah isometrik yang mana satu garisan
dimensi ditetapkan. Lihat rajah 9.

Rajah 8 : Bentuk angka dimensi isometrik

Rajah 9 : Pendimensian lukisan isometrik.

99
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
Rajah 10 dibawah menunjukkan contoh pandangan objek mengikut terjajar
dan sistem eka arah. Perhatian dan kaji perbezaan kaedah melukis angka
dimensi.

(a) Sistem terjajar.

(b) Sistem ekaarah.

Rajah 10 : Pendimensian objek mengikut terjajar dan sistem eka arah.

100
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

5. MELUKIS LUKISAN ISOMETRIK

Lukisan Isometrik adalah lukisan 3 dimensi yang menggunakan garis dasar 30˚
daripada garisan atau satah mendatar seperti rajah 11.

Rajah 11 : Contoh Lukisan Isometrik

Lukisan Isometrik merupakan lukisan bergambar yang menunjukkan 3 dimensi iaitu:


a. Ukuran tinggi
b. ukuran lebar
c. ukuran panjang

Objek yang dilukis secara isometrik akan memperlihatkan 3 arah pandangan iaitu
pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila objek itu dilihat
daripada satu pandangan.

Ia dibezakan melalui ukuran sisi objek dan lukisan ini digunakan dalam pelbagai
bidang kejuruteraan kerana lukisan ini dapat memberi gambaran objek yang jelas.

5.1 Konsep Unjuran Isometrik


Untuk mendapatkan pandangan isometrik, adalah perlu bagi objek itu
diletakkan pada kedudukan dimana penjuru objek itu 120˚ di antara satu
sama lain dan bersudut 30˚ dengan satah mendatar, atau AOC = BOD = 30˚,
dan COD = 120˚ yang berkedudukan tegak seperti rajah 12.

101
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

C D

A B
O
30° 30°

Rajah 12: Pandangan Isometrik

5.2 Paksi Isometrik


Pandangan isometrik dibina berpandukan 3 paksi yang bersudut 120°
diantara satu sama lain iaitu paksi tegak dan 2 paksi condong 30°
pada satah mendatar. Paksi isometrik dan garisan yang selari dengan
paksi isometrik boleh dilukis dengan bantuan sesiku T dan sesiku set
30° / 60° bagi memudahkan kerja melukis seperti rajah 13.

Rajah 13: Paksi Isometrik

102
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

5.3 Panduan Membina Lukisan Isometrik


Berikut adalah panduan membina lukisan isometrik:
i. Semua garisan tegak pada objek dilukis secara menegak
ii. Semua garisan mendatar pada objek dilukis condong 30° pada
satah mendatar.
iii. Hanya garisan isometrik boleh dilukis dengan menggunakan
ukuran sebenar.
iv. Sudut tidak boleh dilukis mengikut magnitud sebenar sudut itu.
v. Semua pinggir yang selari pada objek dilukis selari dalam
lukisan isometrik.

6. MELUKIS LUKISAN OBLIK

Lukisan oblik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa
bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Ia mempunyai banyak persamaan
dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga
dimensi. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua
permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.

Lukisan oblik juga dikenali sebagai unjuran serong. Ia merupakan satu kaedah


mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi. Saiz
kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan supaya
menampakkan bentuk seakan-akan sebenar. Keperluannya lukisan oblik adalah
kerana ada sesetengah objek tidak dapat dilukis dengan menggunakan pandangan
isometri.

6.1 Paksi Oblik


Luksian Oblik juga seperti lukisan Isometri, dibina diatas 3 paksi, garisan
yang tebal seperti di rajah 14 menunjukkan paksi oblik itu. Kedudukan satu
daripada paksi itu adalah mengufuk, dan satu lagi adalah menegak dan

103
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
yang ketiga condong kepada garisan mengufuk. Paksi yang condong itu
dinamakan paksi surut.    
Paksi surut

90°

Sebang sudut

Rajah 14: Lukisan Oblik

Oblik juga dikenali sebagai unjuran serong. Ia merupakan satu kaedah


mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.
Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan
herotan supaya menampakkan bentuk seakan-akan sebenar. 

Rajah 15: Paksi Oblik

Gambarajah 5 di atas menunjukkan 3 paksi yang wujud dalam lukisan oblik


iaitu paksi menegak, paksi mengufuk dan paksi surut. Paksi surut adalah
paksi yang penting untuk menghasilkan objek dalam lukisan oblik kerana
terdapat 3 jenis sudut yang di gunakan iaitu 30 darjah, 45 darjah dan 60

104
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
darjah. Untuk membina lukisan oblik, pelajar mestilah melukis kotak seperti
gambarajah 5 mengikut sudut surut yang dipilih.

7. PENGENALAN LUKISAN ORTOGRAFIK.

Lukisan Unjuran orthografik boleh dianggap sebagai lukisan dua dimensi kerana
objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu
lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.

7.1 KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK.


Unjuran orthografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu :

I. Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap pandangan


ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan-garisan
unjuran yang bersudut tepat kepada satah dari objek berkenaan.
Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan
dinamakan pandangan hadapan, seperti dalam rajah 16.

Rajah 16: Pandangan hadapan

II. Mengikut konsep unjuran, tiap-tiap pandangan memerlukan satu


satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang mengufuk
diletakkan di atas objek, sati lagi pandangan boleh diunjurkan

105
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
kepada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan
aras .seperti dalam rajah 17.

Rajah 17: Pandangan hadapan dan pandangan atas.

III. Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan


gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan,
seperti dalam rajah 18.

106
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

Rajah 19: Pandangan atas, hadapan dan sisi.


IV. Simbol lukisan unjuran. Perbezaan diantara unjuran sudut pertama
dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandan-
gan-pandangan pelan, hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk
mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan, satu simbol
lukisan unjuran diperkenalkan seperti rajah 20. simbol ini lazimnya
ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan (tittle block)
kertas lukisan.

Sombol unjuran sudut pertama.

107
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

Simbol unjuran sudut ketiga

Rajah 20: Simbol Unjuran

8. DIMENSI PADA LUKISAN ORTOGRAFIK.

Dimensi yang dilukiskan mestilah mematuhi peraturan-peraturan dimensi.


Seberapa boleh dimensi yang telah diberi pada sesuatu objek hendaklah
dikekalkan. Tujuannya ialah untuk memudahkan kerja penyemakan lukisan
disamping dapat mengelakkan daripada salah ukuran atau membuat pengukuran
yang berulang-ulang.

Rajah 21: Pendimensian

9. CARA PEMBANGUNAN LUKISAN ORTOGRAFIK.

Unjuran ortografik merupakan satu kaedah untuk menghasilkan bentuk objek yang
tepat, dalam dua atau lebih pandangan di atas satah-satah yang bersudut tepat di
antara satu sama lain. Objek yang dipandang mestilah pada kedudukan sudut
yang tepat dengan permukaan objek. Rajah 22 menunjukkan empat sukuan sudut-

108
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
sudut yang masing-masing menggambarkan sudut pertama, sudut kedua, sudut
ketiga dan sudut keempat. Daripada empat sudut tersebut, hanya dua sahaja yang
digunakan dalam unjuran ortografik iaitu Sudut Pertama dan Sudut Ketiga.

Satah Menegak

Sudut Pertama

Satah Mendatar

Satah Menegak
Tambahan

Sudut Ketiga
Satah Mendatar

Satah Menegak
Tambahan

Satah Menegak

Rajah 22: Kedudukan Objek Dalam Sukuan Pertama Dan Ketiga


9.1 Unjuran sudut pertama.
Unjuran ortografik sudut pertama merupakan kaedah yang mula sekali di-
gunakan dalam lukisan kejuruteraan. Dalam unjuran sudut pertama, objek
diletakkan di dalam sukuan pertama, iaitu di antara sudut 0 º sehingga 90º.

109
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
Objek diletakkan diantara tiga satah utama iaitu satah menegak, satah
mendatar dan satah menegak tambahan. Bila objek itu dipandang dari arah
hadapan, ia dipanggil pandangan hadapan. la dipanggil pandangan sisi
jika dilihat dari arah sisi dan pandangan atas (pelan). Jika dilihat dari atas
sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 23 (b).

Apabila satah-satah tersebut dihamparkan, maka kedudukan unjuran pan-


dangan seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 23 (c). Simbol bagi
unjuran sudut pertama seperti dalam Gambarajah 23 (d).

Pandangan Pandangan
Sisi Hadapan

Pelan

a) Kedudukan Satah Sukuan b) Kedudukan pandangan


unjuran sudut pertama

c) Simbol unjuran sudut d) Simbol unjuran sudut ketiga


Pertama

Rajah 23: Kedudukan satah dan symbol unjuran sudut


Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam
lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai un-
juran piawai british dan eropah untuk kegunaan para arketik dan jurutera.
Satah-satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyi namanya
yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Ke semua satah ini bertemu

110
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
antara satu dengan lain pada sudut tepat.

Rajah 24 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu.


Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperoleh ialah
pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandan-
gan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan
sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 24: Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu.

Pelan bagi objek ini pula diperoleh apabila objek itu dilihat dari atas seperti
yang ditunjukkan oleh anak panah B. bahagian-bahagian yang kelihatan
dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga
mencecah satah seperti mana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.
Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C (sebelah kiri objek). Bentuk
objek yang kelihatan dair pandangan ini akan diunjurkan ke sebelah kanan
objek sehingga mengenai satah menegak sis. Untuk menjadikan lukisan ini
sebuah lukisan ortografik, ke semua pandangan tadi akan dibentangkan
menjadi satu rataan sahaja.
Rajah 25 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada
dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan orthigrafik sudut
pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak
keliru.

111
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

Rajah 25: Kedudukan satah dalam satah pertama.

9.2 Unjuran sudut ketiga


Dalam unjuran ortografik sudut ketiga, objek diletakkan di dalam sukuan
ketiga, iaitu di antara sudut 180º hingga 270º. Dalam unjuran sudut ketiga,
kita menganggap bahawa objek itu diletakkan di dalam kotak kaca kerana
kedudukan pandangan pelan dan sisi terletak diantara si pemandang
dengan objek. Ini ditunjukkan dalam gambarajah 26(a). Rajah 26(b)
menunjukkan kedudukan pandangan unjuran sudut ketiga apabila satah-
satah sukuan ketiga dihamparkan dan symbol yang biasa digunakan.

Pelan Pelan

Pandangan Pandangan
Sisi Hadapan Sisi
Hadapan
Kedudukan Satah Sukuan b) Kedudukan Pandangan
Ketiga Unjuran Sudut Ketiga

Rajah 26 : Kedudukan pandangan unujran sudut ketiga


Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amarika.
Kini penggunaan telah meluas di serta dunia. Dalam lukisan unjuran sudut
ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga.

112
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah-olah diper-
buat daripada bahan lut cahaya untuk membolehkan objek itu dilihat me-
nembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B, dan C.

Ketiga-tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan ob-
jek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh
anak panah kecil, seperti dalam rajah 27.

Rajah 27: Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga.

Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentengkan
menjadi satu rataan sahaja. Lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,
seperti dalam rajah 28.

113
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

Rajah 28: Unjuran sudut ketiga yang dibentengkan.

10. ISOMETRIC ELLIPSE

Ellipses: Lingkaran akan selalu muncul sebagai elips dalam isometrik dan dapat
ditarik menggunakan ukuran mengimbangi. Ellipses boleh ditarik dalam isometrik
menggunakan mana-mana dari pembinaan ellipse konvensional. The Four Center
Ellipse cukup memuaskan dalam kebanyakan kes. Ini melibatkan melengkapkan
persegi mengenai bulatan dalam pandangan orthografic. Dataran ini kemudiannya
dipindahkan ke paparan isometrik di mana ia akan muncul sebagai persegi
isometrik atau rombus. Tandakan pada titik-titik pertengahan pada garis-garis
persegi di mana elips adalah tangen ke rombus dalam pandangan ini juga.
Lukiskan dalam bisectors serentak sisi rombus. Di mana persimpangan ini
memberikan pusat bagi empat arka yang membentuk elips. Untuk elips yang lebih
tepat Orth Four-Center Ellipse boleh digunakan atau panduan elips.

114
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK

Rajah 30: Isometric Ellipse.

10.1 The Sphere In Isometric


Dalam rajah di bawah adalah Sphere yang telah dilampirkan dalam kiub.
Potongan menegak diambil melalui pusat Sphere dan pada satah selari
dengan satu muka kiub supaya hasil bulatan hebat. Bulatan hebat ini
muncul sebagai elips pada lukisan isometrik. Satu-satunya titik elips ini
yang muncul pada lukisan isometrik Sphere, adalah titik pada kaki kaki
paksi utama. Menggunakan salah satu titik dan pusat elips sebagai jejari
ukisan isometrik Sphere itu selesai.

Rajah 30: The Sphere In Isometric

115
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
11. BLOK TAJUK LUKISAN.

Blok tajuk lukisan ini adalah bingkai untuk kertas lukisan supaya kertas lukisan
kelihatan kemas. Lukisan ini menggunakan kertas bersaiz A3.

Rajah 31 : Blok tajuk lukisan bersaiz A3.

116
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
SOALAN

1. Padankan gambar-gambar di bawah dengan padanan yang betul.

Jenis Kedudukan Kedudukan


Simbol
Unjuran Satah Pandangan

Unjuran
Sudut
Pertama

Unjuran
Sudut
Ketiga

2. Lengkapkan pandangan ortografik yang tak lengkap mengikut skala


saiz penuh.

117
TOPIK 6 : KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ISOMETRIK
DAN ORTHOGRAFIK
SOALAN

1. Apakah definisi lukisan isometrik?

2. Nyatakan kegunaan skala dan dimensi pada lukisan isometrik.

3. Brapakah unjuran yang ada pada ortografik?

4. Berikan maksud lukisan ortografik.

118
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

PENERANGAN

1. PIAWAIAN DOKUMENTASI
1.1 Pengenalan dokumen
Setiap dokumen reka bentuk RailCorp (termasuk dokumen konfigurasi)
hendaklah mempunyai pengenalan unik. Ini termasuk tetapi tidak terhad
kepada:
o nombor dokumen
o status keluaran dan semakan atau peringkat pindaan
o tarikh dikeluarkan
o tajuk
o bilangan muka surat atau helaian yang mengandungi dokumen
o rujukan projek (jika berkenaan)
o pencipta (orang, unit atau organisasi yang bertanggungjawab
untuk menghasilkan item).

1.2 Kelulusan Lukisan


Kelulusan semakan tertentu Dokumen Teknikal membayangkan bahawa
Pelulus bertanggungjawab ke atas kandungan semakan dokumen tersebut.

Tanggungjawab ini sering diketepikan dengan penggunaan istilah alternatif


seperti "No Comment". Walau bagaimanapun, kesannya tetap sama: dan
hujah tentang liabiliti tetap sama. Rajah 1 menunjukkan contoh kelulusan
lukisan.

119
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

Example Drawing Approval

Rajah 1: Contoh kelulusan lukisan

1.3 Catat Kandungan Lukisan

Prosedur Lukisan Rekod Apabila penempatan benteng dan longkang dalam


pembangunan telah siap. Lukisan ini akan menggabungkan semua
perubahan yang dibuat semasa proses pembinaan sama ada oleh jurutera
atau di lapangan. Perubahan termasuk, tetapi tidak terhad kepada,
perubahan bahan, perubahan saiz dan lokasi pemasangan, injap, dsb.
Juruukur akan meninjau secara fizikal semua penambahbaikan yang
disenaraikan di bawah dan mencipta perwakilan topografi data.

Data yang ditinjau akan dimasukkan ke dalam lukisan rekod awal dan jurutera
akan melaraskan ciri dalam lukisan rekod agar sepadan dengan data yang
ditinjau. Semua ketinggian yang ditinjau untuk pembetung dan longkang ribut
akan ditunjukkan pada lukisan rekod dengan memukul satu garisan melalui
ketinggian reka bentuk dan menambah ketinggian yang ditinjau.

120
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

Lokasi mendatar akan ditunjukkan dengan menggunakan stesen jalan raya


dan mengimbangi. Penempatan akan berdasarkan lukisan pembinaan yang
diluluskan. Jurutera akan mengemas kini kedua-dua pelan dan susun atur
profil dengan data yang ditinjau. Semua data ketinggian perlu disertakan
dalam kedua-dua profil dan paparan pelan.

Lukisan rekod awal akan mempunyai semua perubahan daripada lukisan


pembinaan yang diluluskan. Jurutera akan menyusun data dan menyerahkan
perkara berikut:
o Satu salinan kertas (22”x34”)
o Senarai Monumen Garis Tengah Jalan
o Inventori Projek

Rajah 2: Format Lukisan Rekod

1.4 Pengesahan
Lukisan rekod terbina diperlukan untuk menyediakan kaedah pengesahan
skematik bahawa niat reka bentuk kejuruteraan yang diluluskan telah
dipenuhi, dengan itu membuktikan bahawa aspek kesihatan, keselamatan
dan kebajikan reka bentuk kejuruteraan telah disediakan dengan secukupnya
oleh pembinaan projek

121
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

Terdapat juga penambahbaikan yang memerlukan pengesahan, sebagai


contoh seperti berikut:
a. Pencahayaan tapak
b. Sistem saliran ribut
c. Kemudahan pengurusan air ribut
d. Tinjauan lot kediaman sebagai binaan
e. Sistem pengagihan dan pengumpulan utama air dan kebersihan.

1.4.1 Kaedah pengesahan diperlukan:

Pengesahan penambahbaikan yang diperlukan hendaklah dalam


bentuk lukisan boleh diterbitkan semula yang menggambarkan
maklumat yang diperlukan untuk setiap kategori penambahbaikan.
Maklumat tersebut hendaklah disemak oleh Jurutera Profesional
Berdaftar yang akan memberikan pernyataan pendapat yang
ditandatangani dan dimeterai mengenai kandungan maklumat yang
diberikan berkenaan dengan keupayaan yang telah dibina untuk
berfungsi dalam parameter reka bentuk yang diluluskan. Lembaran
penutup untuk penyerahan air, pembetung sanitari dan pembetung
ribut, penyerahan lampu tapak dan penyerahan pengurusan air ribut
hendaklah mempunyai penyata yang dicetak dengan jelas di atasnya,
menunjukkan bahawa projek itu telah dibina dalam pematuhan yang
besar kepada pelan kejuruteraan yang diluluskan, dan seperti yang
digambarkan pada sebagai -lukisan rekod terbina, sebelum
penempatan kursus permukaan akhir, permit penghunian akhir
dan/atau penerimaan dikeluarkan. Kenyataan itu hendaklah
mengandungi tandatangan tulisan tangan dakwat asal, tarikh
tandatangan dan meterai terkesan Jurutera Profesional Berdaftar yang
menyediakan rancangan reka bentuk kejuruteraan awam rekod.
Tandatangan Jurutera Berdaftar berusia lebih 90 hari pada tarikh
penyerahan lukisan rekod kepada Kampung, tidak akan diterima. Di
samping itu, setiap helaian hendaklah mengandungi nama dan alamat
projek dan dilabel, bertarikh dan diinisialkan oleh Jurutera Profesional

122
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

menggunakan lagenda piawai yang menandakan "Pelan Rekod


Terbina". Blok Tajuk Keperluan yang menentukan maklumat yang
mesti dimasukkan dalam blok tajuk (rajah 2-1) berbeza-beza. Blok
tajuk, bagaimanapun, akan mengandungi tajuk lukisan, tandatangan
pihak berkuasa yang meluluskan, nombor lukisan, nombor helaian
(apabila lukisan itu adalah satu daripada set beberapa helaian) dan
bilangan helaian dalam projek ditetapkan.Perintah Kejuruteraan
Kemudahan Tentera Laut (NAVFACENGCOM) juga memerlukan
maklumat berikut dalam blok tajuk: nama dan lokasi aktiviti; spesifikasi
dan nombor kontrak (jika ada); aktiviti penyediaan, termasuk firma
arkitek-jurutera (A-E), jika berkenaan; dan nama keluarga kakitangan
yang berkenaan dalam penyediaan lukisan. Nombor pengenalan kod
80091 akan dipaparkan dalam blok tajuk semua lukisan
NAVFACENGCOM serta surat penetapan helaian (I- Indeks, C- Sivil,
A- Senibina, S- Struktur, M- Mekanikal, P- Paip, E- Elektrik, dan W-
Waterfront). Nombor Lukisan Semua cetak biru dikenal pasti melalui
nombor lukisan yang muncul dalam blok di bahagian bawah sebelah
kanan blok tajuk. Nombor lukisan adalah penting terutamanya, untuk
tujuan memfailkan pelan tindakan dan untuk mencari lukisan yang
betul apabila ia dinyatakan pada pelan tindakan yang lain.

Rajah 3: Blok Tajuk Keperluan

123
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

Blok semakan biasanya terletak di bahagian atas sebelah kanan cetak


biru dan digunakan untuk merekod perubahan (semakan) pada
cetakan. Semua semakan dicatat dalam blok ini dan bertarikh serta
dikenal pasti melalui surat dan penerangan ringkas semakan seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 4 dibawah.

Rajah 4: Blok semakan

Skala Perwakilan grafik projek dilukis kepada beberapa bahagian saiz


sebenar projek. Satu perlapan inci pada lukisan sedemikian adalah
sama dengan satu kaki saiz sebenar projek. Walaupun lukisan asal
diskalakan dengan tepat, lukisan anda akan menjadi salinan asal itu
dan kemungkinan besar tidak akan sama dengan lukisan asal. Salinan
mungkin telah dikurangkan sedikit. Saiz kertas juga dipengaruhi oleh
suhu dan kelembapan. Kertas mungkin meregang atau mengecut.

Kerana faktor ini, jangan bergantung pada ukuran yang diambil dengan
meletakkan peraturan pada lukisan. Sebagai contoh, jangan anggap
bahawa beberapa unit (sebagai kenaikan 1/8 inci) pada lukisan adalah
sama dengan bilangan kaki yang sama pada projek. Ini mungkin atau
mungkintidak benar. Andaian itu boleh mengakibatkan kerja semula
yang mahal dan memakan masa. Main dengan selamat dan baca
dimensi yang ditunjukkan pada lukisan.

Lagenda atau Simbol Lagenda, jika digunakan, biasanya diletakkan di


bahagian atas sebelah kanan pelan tindakan di bawah blok semakan.

124
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

Legenda digunakan untuk menerangkan atau mentakrifkan simbol atau


tanda khas yang diletakkan pada pelan tindakan. Simbol mungkin
mempunyai lebih daripada satu makna. Perlu diingatkan bahawa
semua simbol yang digunakan bukan dari satu standard. Perkara
penting ialah anda memahami maksud simbol pada lukisan yang anda
kerjakan. Legenda akan memberi anda makna itu. Rajah 5 dibawah
menunjukkan lagenda dengan lantai separa.

Rajah 5: Lagenda dengan lantai separa

Tujuannya bagi menunjukkan simbol dan maknanya daripada pelan


lantai separa di bawahnya. Bil Bahan Pada pelan tindakan, bil blok

125
TOPIK 7: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI LUKISAN 3
DIMENSI

bahan mengandungi senarai bahagian dan bahan yang digunakan


pada atau diperlukan oleh cetakan berkenaan.

Blok mengenal pasti bahagian dan bahan mengikut nombor stok atau
nombor lain yang sesuai dan juga menyenaraikan kuantiti yang
digunakan atau diperlukan.

Bil bahan selalunya mengandungi senarai bahagian standard, yang


dikenali sebagai senarai bahagian atau jadual. Banyak item yang biasa
digunakan, seperti bolt mesin, skru, kelengkapan dan injap, telah
diseragamkan oleh tentera. Bil bahan untuk pelan elektrik ditunjukkan
dalam rajah 5.

SPESIFIKASI Malah lukisan pembinaan yang dilukis dengan baik tidak


dapat mendedahkan semua aspek projek pembinaan dengan
secukupnya. Terdapat banyak ciri yang tidak dapat ditunjukkan secara
grafik.

Sebagai contoh, bagaimana sesiapa boleh menunjukkan pada lukisan


kualiti mutu kerja yang diperlukan untuk pemasangan peralatan elektrik
atau siapa yang bertanggungjawab untuk membekalkan bahan
tersebut, kecuali dengan nota berhuruf tangan yang meluas. Prosedur
standard kemudiannya adalah untuk menambah lukisan pembinaan
dengan penerangan bertulis.

Arahan bertulis terperinci ini, biasanya dipanggil spesifikasi


(spesifikasi), mentakrifkan dan mengehadkan bahan dan fabrikasi
mengikut niat jurutera atau pereka bentuk. Spesifikasi adalah bahagian
penting dalam projek kerana ia menghapuskan kemungkinan salah
tafsir dan memastikan kawalan positif pembinaan.

Terdapat pelbagai jenis spesifikasi. Beberapa perkara biasa kepada


Angkatan Pembinaan Tentera Laut (NCF) akan dibincangkan di sini.

126
TOPIK 8: PROSEDUR DRAWING BILL OF MATERIAL

PENERANGAN

1. BILL OF MATERIAL (B.O.M)


Bil bahan adalah senarai rasmi berstruktur bagi sesuatu objek (separuh siap atau
produk siap) yang menyenaraikan semua bahagian komponen objek dengan
nama, nombor rujukan, kuantiti, dan unit ukuran setiap komponen. Bil bahan
hanya boleh merujuk kepada kuantiti yang lebih besar daripada atau sama
dengan satu objek. Ia adalah struktur data produk, yang menangkap produk akhir,
perhimpunan itu, kuantiti dan hubungan mereka.

1.1 Kepenggunaan (Bill Of Material)


BOM terdiri dari pelbagai bentuk dan boleh digunakan untuk pelbagai
keperluan. BOM dibuat sebagai sebahagian daripada proses reka bentuk dan
digunakan oleh manufacturing engineer untuk menentukan item yang perlu
dibeli atau dihasilkan.

Perancangan kawalan pengeluaran dan inventori menggunakan BOM yang


dihubungkan dengan master production schedule, untuk menentukan release
item yang dibeli atau dihasilkan bagi mewujudkan rang bahan perlu termasuk:
1. Tahap B.O.M.
2. Nombor bahagian.
3. Nama bahagian.
4. Kuantiti.
5. Jenis perolehan.

Bill of materials adalah sesuatu benda untuk mengetahui jumlah komponen


dalam sesuatu bahan. Dalam Bill of materials, kita perlu membuat jadual
untuk mengetahui berapa jenis komponen yang ada. Selain itu, Bill of
material juga boleh merujuk kepada gambarajah seperti assembly drawing.

127
TOPIK 8: PROSEDUR DRAWING BILL OF MATERIAL

Rajah 6: Bill of material (B.O.M)

Rajah dibawah menunjukkan contoh lukisan Bill Of Material (B.O.M) bagi


lukisan mekanikal.

Rajah 7: Bill of material (B.O.M) bagi lukisan mekanikal

128
TOPIK 8: PROSEDUR DRAWING BILL OF MATERIAL

SOALAN

1. Apakah kaedah dalam B.O.M ?

2. Terangkan kepenggunaan pada B.O.M ?

3. Nyatakan rang bahan B.O.M ?

129
TOPIK 9: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI
DRAWING BILL OF MATERIAL

PENERANGAN

1. TAKRIF BILL OF MATERIAL

Bill Of Material merupakan senarai dari semua material, Bahagian, dan


pemasangan, serta kuantiti yang diperlukan untuk menghasilkan satu unit produk
atau bahan. BOM juga menggambarkan cara komponen-komponen bergabung ke
dalam suatu produk selama proses pembuatan. MRP menggunakan BOM sebagai
asas untuk pengiraan banyaknya setiap material yang diperlukan untuk setiap
tempoh waktu.

1.1 Faedah Bill Of Material


Faedah penggunaan Bill Of Material adalah seperti berikut:
o Meningkatkan pengurusan bahan.
o Mengurangkan peralatan dan bahan didalam inventori.
o Mengurangkan kos pembuatan.

Terdapat 2 jenis Bill Of Material, antaranya adalah seperti berikut:


a. Statik (tetap)
 Satu bil bahan yang biasanya diperbuat daripada komponen yang
sama, buruh dan bahan mentah.
 Digunakan untuk pemasangan standard, komponen, dan pesanan
pelanggan

b. Dinamik (parameter)
 Satu bil bahan untuk produk atau bahagian yang mana saiz, warna,
dan pilihan yang lain boleh dipilih.

Antara contoh produk yang mengunakan bill of material ialah:


o Mesin
o Bangunan
o Kereta

130
TOPIK 9: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI
DRAWING BILL OF MATERIAL

1.2 Belon
Belon adalah lingkaran yang mengandungi satu nombor, yang disambung
kepada satu komponen pemasangan dengan 1 garis nombor. Belon
adalah sebuah grafik yang mana untuk mengenal pasti bahagian atau
pemasangan komponen dan ianya akan dilabelkan. Hanya bahagian –
bahagian yang sepadan antara satu sama lain sahaja yang akan
disenaraikan didalam belon lukisan atau gambar akan dilabelkan mengikut
nombor. Belon boleh dibuat secara belon tunggal atau membuat beberapa
belon serentak. Untuk pelbagai belon, ianya mempunyai pilihan untuk
menyesuaikan belon secara menegak, melintang, atau dalam mana-mana
garis lurus

Rajah 1: Contoh belon secara menegak

Ianya boleh dibuat kepada beberapa belon dikumpulkan di bawah satu


nombor. ianya mempunyai pilihan untuk menyatakan bagaimana untuk
menyelaraskan belon dikumpulkan.

131
TOPIK 9: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI
DRAWING BILL OF MATERIAL

Rajah 2: Contoh belon susunan pelbagai

1.3 Garis Panduan Belon


Berikut adalah garis panduan bagi belon dalam lukisan kejuruteraan:
a. Semua belon pada lukisan harus saiz yang sama.
b. Belon hendaklah dikumpulkan bersama-sama untuk dibaca dengan
mudah.
c. Nombor belon mesti sesuai dengan nombor item di dalam senarai
bahagian.

1.4 Jenis – Jenis Belon


Belon terdapat beberapa jenis iaitu:
a. Custom belon
b. Belon leader
c. Collected belon
d. Arrangement of belon

1.4.1 Custom belon


Custom belon digunakan sekiranya produk memerlukan bentuk khas atau
ciri – ciri komponen lebih dari 1. Rajah 3 dibawah menunjukkan contoh
custom belon.

Rajah 3: Contoh custom belon

1.4.2 Belon leader

132
TOPIK 9: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI
DRAWING BILL OF MATERIAL

Belon secara amnya mempunyai 1 nombor, walau bagaimanapun anda


boleh memilih beberapa nombor yang lain. Rajah 4 dibawah
menunjukkan contoh belon leader.

Rajah 4: Contoh belon leader

1.4.3 Collected belon


Belon boleh dibuat secara menegak, melintang, dalam garis lurus, atau di
sepanjang sisi segi empat tepat. Jarak antara belon sejajar. Rajah 5
dibawah menunjukkan contoh collected belon.

Rajah 5: Contoh collected belon

1.4.3 Arrangement belon


Belon ini boleh ditetapkan mengikut jenis – jenis belon didalam gambar
atau lukisan produk. Rajah 6 dibawah menunjukkan contoh arrangement
belon.

133
TOPIK 9: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI
DRAWING BILL OF MATERIAL

Rajah 5: Contoh arrangement belon


SOALAN

1. Berikan 2 jenis bill of material.

2. Huraikan maksud bill of material.

3. Senaraikan 3 faedah didalam bill of material.

4. Berikan maksud belon.

134
TOPIK 9: KEPERLUAN REKOD DOKUMENTASI
DRAWING BILL OF MATERIAL

135
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

PENERANGAN

Fail berasal daripada perkataan bahasa latin iaitu FILLUM. Pemfailan data dan
lukisan mahupun maklumat adalah juga salah satu peringkat yang penting dalam
lukisan produk. Ia adalah peringkat dimana semua data seperti lukisan, data dan
maklumat yang lengkap disimpan dengan kemas dan teliti supaya memudahkan
pencarian sesautu maklumat. Definisi pemfailan lukisan ini bertujuan untuk
penyimpanan segala rekod, dokumen atau lukisan untuk disimpan dengan selamat
dan kemas.

1. PENGENDALIAN SISTEM PEMFAILAN


Pengwujudan jumlah fail yang banyak ini telah menimbulkan beberapa masalah
seperti pembukaan fail tanpa mengikut prosedur, kehilangan fail, pengesanan dan
pengeluaran fail yang lambat dan sebagainya. Untuk meningkatkan pengurusan fail
dicadangkan, satu sistem klasifikasi yang dikenali sebagai "Block Numeric System"
diperkenalkan dimana abjad-abjad tertentu dan nombor-nombor tertentu diberikan
pengenalan untuk melihat fungsi dan peranan fail-fail tersebut.

Selain itu, proses klasifikasi penyusunan dan penyimpanan mesti direkod supaya
mudah diperolehi dengan cepat bila dikehendaki. Kenapa pemfailan lukisan untuk
lukisan mekanikal diperlukan? Ia kerana untuk memudahkan alat perhubungan,
mengurus/penyimpanan lukisan dengan baik, mengekalkan ingatan, bahan bukti
dan juga bahan penyelidikan. Ia juga boleh menjadi bahan rujukan kepada pelukis
pelan untuk menyemak semula lukisan yang telah siap dan diluluskan.

1.1 Definisi
i. Rekod
Rekod awam/rekod Kerajaan merangkumi apa sahaja maklumat yang
tercatat atau yang direkodkan berhubung dengan semua tugas atau kerja
harian rasmi Jabatan. Rekod awam mengandungi maklumat yang boleh
menjaga dan melindungi hak serta kepentingan kerajaan, organisasi dan
individu.

136
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

ii. Fail
Satu folder yang diklasifikasikan mengikut kaedah yang tertentu
(nombor/abjad dsb.) supaya kandungan didalamnya mudah dikesan.

iii. Sistem Fail


Proses pengkelasan, penyusunan, penyimpanan, pengawalan fail secara
sistematik untuk tujuan memudahkan pengesanan serta pengguna
apabila diperlukan.

iv. Klasifikasi
Penyusunan fail-fail didalam kumpulan-kumpulan yang mempunyai
perkara yang sama dan fail-fail ini dikenali dengan ideniti yang tersendiri.
Identiti ini termasuklah kod nombor, kod warna, kod abjad, kod perkara
dan Iain - lain lagi.

v. Fail-Fail "Housekeeping"
Fail-fail yang wujudkan oleh sesebuah pejabat atau organisasi untuk
melaksanakan dan melicinkan pentadbiran. Fail-fail ini dapat dikelaskan
kepada empat kategori utama seperti yang berikut:
a. Pentadbiran Am Bangunan
b. Harta Kelengkapan
c. Bekalan Kewangan
d. Perkhidmatan dan Personel

vi. Fail-fail "Functional"


Fail - fail yang diwujudkan oleh sesebuah pejabat atau organisasi
didalam melaksanakan fungsi-fungsi atau aktiviti-aktiviti utamanya.
Sebagai contohnya fail-fail berkaitan dengan operasi harian yang
diwujudkan oleh organisasi itu sendiri adalah jenis fail "functional".

137
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

1.2 Pengeluaran Pengesahan dan Penerima Arahan Berkaitan Lukisan


Mekanikal

a) Klien
Pihak yang dikenali sebagai pemilik atau pemunya. Ia bertanggung-
jawab untuk menyediakan peruntukan atau bajet. Ia boleh terdiri dari-
pada kerajaan ataupun swasta. Mempunyai objektif utama iaitu mana-
mana projek hendaklah disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

b) Pengurus
Pihak yang bertanggungjawab ke atas perancangan perlaksanaan dan
penutupan projek pemulaan. Ia menghadiri mesyuarat klien membina
minit mesyuarat dan mengambil tindakan yang telah dipersetujui dengan
klien. Memberi arahan kepada arkitek untuk mereka lukisan yang telah
ditetapkan olehnya. Bertanggungjawab ke atas perlaksanaan projek
lukisan mekanikal dalam lingkungan bajet.

c) Pihak Arkitek
Pihak yang bertanggungjawab menyediakan rekabentuk jentera ataupun
mesin berdasarkan peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh
pengurus dank lien. Seorang professional yang mereka bentuk secara
keseluruhan dengan dibantu oleh pihak jurutera. Pihak arkitek akan
menyediakan rekabentuk kawalan, rekabentuk litar atau sekim dan
rekabentuk mekanik yang terperinci.

d) Pelukis Pelan Mekanikal


Pelukis pelan menyediakan lukisan, peta dan ilustrasi teknikal daripada
lakaran, ukuran data dan menyalin ke atas plat cetak. Ia juga menye-
diakan lukisan arkitek dan pereka bentuk daripada lakaran serta spesi-
fikasi bagi pembuatan dan pemasangan jentera dan peralatan bagi pem-
binaan mesin.

138
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

1.1 Faedah Sistem Fail Yang Baik


Sistem fail yang baik akan membolehkan pengesanan dan pengeluaran
fail dengan segera. Dengan pengeluaran fail segera, sesuatu maklumat
dapat diperolehi dengan cepat serta tindakan dapat diambil dengan
segera. Keadaan ini dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran serta
memberi kepuasan kepada pelanggan.

2. PENYEDIAAN KEPERLUAN PEMFAILAN LUKISAN MEKANIKAL

2.1 Objektif Pemfailan


Pemfailan adalah satu bentuk penyimpanan rekod. Dokumen difailkan
sedemikian rupa sehingga mereka boleh didapati bila-bila masa
diperlukan. Ini adalah tujuan utama penyimpanan rekod. Organisasi yang
berkaitan dengan bidang kejuruteraan dan rekabentuk perlu melakukan
pemfailan lukisan. Pemfailan lukisan kejuruteraan amat penting dalam
penyelenggaraan simpanan lukisan. Iainya dilakukan bermula dengan
mengenal pasti jenis-jenis lukisan yang biasa digunakan dan tahu
kaedah-kaedah yang betul untuk menyimpan dan menyelenggara
lukisan-lukisan projek agar apabila sesuatu rujukan perlu dibuat keatas
lukisan berkenaan, ianya dapat dilakukan dengan cepat dan sempurna.

2.2 Dua Jenis Pemfailan


a) Kaedah Tradisional
o Kaedah ini digunakan untuk pelan induk fail dan salinan reka ben-
tuk.
o Memerlukan kawasan yang sesuai dan besar untuk menyimpan
semua data yang sesuai.
o Sebaik sahaja ada ruang penyimpanan yang bersesuaian, fail
boleh diatur dalam pelbagai kaedah seperti mengikut abjad, sub-
jek (pilihan yang baik jika menggunakan subfolder), berangka (se-
suai untuk bahan yang bertarikh, seperti pesanan pembelian dan

139
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

bil), geografi dan kronologi (penyelesaian yang baik untuk back-


up fail yang perlu ditubuhkna oleh bulan).
b) Sistem Pemfailan Elektronik
o EFS membolehkan dokumen elektronik seperti fail Rekabentuk
Berbantukan Komputer secara automatik disalurkan ke dalam daf-
tar yang sesuai untuk pemprosesan. Ia juga membolehkan pen-
ingkatan kecekapan dengan mengurangkan aliran kertas untuk
memendekkan masa pemprosesan.
o Keseluruhan proses adalah cepat, mudah dan berkesan.

2.3 Kelengkapan atau Peralatan Pemfailan Lukisan


a) Kertas
o Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas siri A. Ia digun-
akan untuk cetakan umum dan persuratan serta penerbitan. Asas
ukuran adalah A0 yang luasnya setara dengan satu meter
persegi. Setiap angka setelah huruf A menyatakan setengah
ukuran dari angka sebelumnya. Jadi A1 adalah setengah dari A0
dan demikian seterusnya. Ukuran banyak yang paling banyak di-
gunakan adalah A4.

b) Fail
o Ia menyimpan komponen mesin atau lukisan rekabentuk. Bahan
untuk menghasilkannya adalah dari kadbod keras. Sesuai digun-
akan untuk menyimpan dokumen besar, peta dan lukisan.

o Kebaikan:
i. Tahan lama kerana lukisan dapat disimpan ditempat yang
tersedia dan jaminan yang selamat
ii. Boleh menyimpan lukisan rekabentuk.

o Untuk memudahkan lukisan atau fail dicari atau dikemaskini,


rekaan fail ini dilengkapkan dengan satu ruang untuk menyisipkan

140
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

tangging atau pelekat, ianya mudah dilihat bagi tujuan kemaskini


dan pencarian bahan.

c) Kabinet (Vertical Plan Cabinet)


o Menyimpan lukisan secara gantungan, kertas lukisan mesti dipas-
ang penyangkut supaya mudah digantung. Badan cabinet bias-
anya diperbuat dari keluli tahan karat.

o Kebaikan:
i. Mewujudkan satu kaedah yang tersusun
ii. Rekaan yang menarik
iii. Memberikan keyakinan dan menarik minat kepada pelang-
gan
iv. Sebarang kehilangan atau kekurangan lukisan dapat dikes-
andengan pantas.

o Kesukaran mengalihkan cabinet ini kerana saiznyayang besar.


Fail-fail lukisan hendaklah diurus pada unit pengurusan pusat. Se-
baiknya, disatu ruang pejabat dengan susun atur tempat penyim-
panan yang ditetapkan sistem hawa dingin.

d) Rak Gantungan
o Lukisan juga ada yang tidak dilipat, tetapi dipasang penyangkut
dari logam atau kertas tebal. Ia kemudian digantung didalam cab-
inet tegak, rak atau tabung

o Kebaikan:
i. Mewujudkan satu kaedah yang tersusun
ii. Rekaan yang menarik
iii. Memberikan keyakinan dan menarik minat kepada pelang-
gan

141
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

iv. Sebarang kehilangan atau kekurangan lukisan dapat


dikesan dengan pantas.

o Lukisan mestilah dipasang pemegang dan digantung pada rak,


lukisan ini dilekatkan dengan label atau pelekat pengenalan,
lukisan-lukisan kegunaan harian biasanya digantung dan mudah
dilihat. Rak gantungan sebaiknya diletakkan didalam bilik berhawa
dingin.

e) Tabung Lukisan (Plan Drawing Tube)


o Merupakan bekas atau perkakas yang digunkan untuk menyimpan
lukisan bagi memudahkan ianya dibawa. Terutama ketika meman-
jat bangunan yang tinggi, biasanya ia diperbuat daripada plastik
keras dan tahan lasak, kebiasaannya ia berbentuk bulat dan
memanjang, terdapat pelbagai saiz mengikut saiz lukisan yang se-
dia ada dan mudah didapati di pasaran.

o Kebaikan:
i. Mudah dibawa kemana sahaja
ii. Ringan
iii. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk, jenis, saiz dan
warna
iv. Boleh disimpan dimana sahaja
v. Mudah diuruskan dan dibersihkan
vi. Memastikan plan lukisan yang tidak disimpan tidak rosak
vii. Kalis air.

o Tabung lukisan ini mudah digunakan. Bagi menyimpan lukisan


didalam tiub penyimpanan ini hanya menggunakan teknik gulun-
gan sahaja. Ini adalah cara termudah bagi membawa dan dapat

142
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

mengelakkan dari dilipat serta senang dibuka. Lukisan yang dilipat


akan meninggalkan kesan dan mengganggu bacaan pada lukisan.
o Kebanyakan lukisan yang digulung adalah dari jenis tracing paper.
Cara gulungan ini mudah dan lebih kemas dari lipatan. Tabung
lukisan boleh dibersihkan menggunakan kain lembap yang tidak
terlalu basah, ia akan menjejaskan struktur tabung lukisan terse-
but.

2.4 Prosedur Pemfailan Lukisan


Untuk memulakan pemfailan lukisan mekanikal, pelatih perlulah memilih
fail yang sesuai untuk kegunaan penyimpanan lukisan. Selain itu, pelatih
perlulah meletakkan nama pada fail lukisan agar senang menjadi bahan
rujukan apabila diperlukan.

Untuk menyimpan lukisan dengan elok, kita perlulah:


i. Mempunyai fail yang sesuai untuk penyimpanan lukisan atau data.
ii. Mempunyai senarai kandungan yang terdapat dalam pemfailan
mekanikal untuk memudahkan pencarian.
iii. Penjagaan maklumat, dan data pada lukisan.

2.5 Fail lukisan mekanikal.


Fail lukisan mekanikal adalah untuk menyimpan segala maklumat
ataupun lukisan ke dalam sebuah fail. Pemfailan untuk lukisan juga amat
penting kerana, boleh menjadi rujukan kepada pelukis pelan untuk
mencari maklumat atau untuk menjadi bahan kajian. Fail lukisan
mekanikal perlulah mempunyai sistem yang baik dan berkesan supaya
urusan yang hendak dilakukan akan dapat diselesaikan dengan baik dan
juga cepat tanpa membuang masa. Lukisan yang hendak dimasukkan
kedalam fail perlulah disusun dengan betul dan kemas agar lukisan tidak
mudah tercicir atau rosak atas kecuaian sendiri kerana lalai. Jika kertas
lukisan kita bersais A3, kertas lukisan tersebut perlulah dilipatkan sama
seperti sais A4 supaya muat dan juga seragam seperti kertas lain dan
juga tidak terkeluar daripada fail Organisasi yang berkaitan dengan

143
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

bidang kejuruteraan dan rekabentuk perlu melakukan pemfailan lukisan.


Pemfailan lukisan kejuruteraan amat penting dalam penyelenggaraan
simpanan lukisan. Iainya dilakukan bermula dengan mengenal pasti
jenis-jenis lukisan yang biasa digunakan dan tahu kaedah-kaedah yang
betul untuk menyimpan dan menyelenggara lukisan-lukisan projek agar
apabila sesuatu rujukan perlu dibuat keatas lukisan berkenaan, ianya
dapat dilakukan dengan cepat dan sempurna.

2.5.1 Jenis-Jenis Lukisan


Terdapat LIMA jenis lukisan yang utama iaitu:

 Lukisan Pemasangan Keseluruhan (General Arrangement


Drawing) dimana ianya menunjukkan pemasangan lengkap
semua komponen-komponen.
 Lukisan Cabang Pemasangan (Sub-assembly Drawing)
dimana ianya menunjukkan lebih banyak perincian
bagaimana sesuatu bahagian dipasang.
 Lukisan Perincian (Detail Drawing) menunjukkan butir-butir
terperinci bagaimana ukuran dan keadah membentuk
sesuatu komponen.
 Lukisan Litar (Circuit Diagram) menunjukkan bagaimana
sesuatu sistem pendawaian berfungsi untuk mengerakkan
sesuatu bahagian atau projek.
 Lukisan Pendawaian (Wiring Drawing) menunjukkan
spesifikasi kabel yang perlu digunakan untuk melengkapkan
sistem litar elektrik nya.

2.6 Penyisihan Lukisan

Dalam sesebuah organisasi, sistem fail yang baik dan berkesan adalah
penting bagi menjamin sesuatu urusan boleh diselesaikan dengan cepat dan
lancar.

Begitu juga dalam penyelenggara dan menyimpan lukisan satu system


pemafailan yang cekap perlu diadakan agar rujukan yang perlu dibuat dapat

144
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

dilakukan dengan lebih berkesan dan cekap. Susunan dan penyelenggaran


fail lukisan yang sempurna menunjukkan tahap kecekapan seseorang
pekerja.

Lukisan dan rajah biasanya dilabelkan dengan bermula dari Nombor atau Kod
Awalan yang sama sebagaimana yang terdapat pada Lukisan Pemasangan
Keseluruhan dan dituruti dengan penambahan nombor lain kepadanya secara
bersiri.

Contohnya, Pemasangan Keseluruhan (Label: 0123) dan diikuti dengan


Cabang Pemasangan 1 (Label: 01234 -001) atau Cabang Pemasangan 2
(Label: 01234 -002). Manakala untuk Cabang Pemasangan 1 pula yang
mempunyai sub Lukisan Perincian 1 (Label: 01234 -001-01) dan seterusnya.
Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk menyisih lukisan-lukisan projek
seperti berikut:

i. Penyisihan lukisan mengikut Abjad


ii. Penyisihan Lukisan mengikut Angka
iii. Penyisihan Lukisan mengikut Projek

2.6.1 Penyisihan Lukisan mengikut Abjad


Ini adalah cara asas kepada kebanyakan system penyimpanan
rekod sebab caranya mudah. Abjad yang dipilih untuk
mengkelaskan sesuatu lukisan mungkin boleh diambil daripada
huruf awal Tajuk atau jenis sesuatu lukisan. Bagi mengendalikan
system fail secara berkesan, semua kakitangan yang terlibat
harus mematuhi peraturan-peraturan tertentu yang telah
ditetapkan, jika tidak system fail akan menjadi tidak teratur.

Contoh nya satu lukisan yang diberi tajuk Pendakap Aci suatu
ketetapan hendaklah dibuat samada lukisan itu perlu disisihkan
dibawah huruf “P” untuk Pendakap atau huruf “A” untuk Aci.
Didalam suatu sistem penyisihan yang baik adalah wajar sesuatu
lukisan itu dikelaskan mengikut Subjek (NAMA) iaitu Pendakap

145
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

dan bukan nya Prediket (kata nama) iaitu Aci. Oleh itu lukisan
Pendakap Aci hendaklah didftarkan dibawah huruf “P".

2.6.2 Penyisihan Lukisan mengikut Angka


Cara ini adalah sama terkenal dengan penyisihan lukisan
mengikut abjad. Kebanyakan organisasi menyimpan lukisan
berdasarkan sistem angka, khususnya jika lukisan-lukisan
tersebut dikenali dengan angka dan bukannya mengikut nama.
Sistem angka digunakan untuk menyimpan lukisan-lukisan yang
telah dinomborkan. Tajuk-tajuk diatas tanda panduan untuk
mengesan lukisan didalam rak-rak simpanan adalah juga dalam
bentuk nombor-nombor.

Setiap urusan yang berkaitan dengan sesuatu lukisan hendaklah


dinyatakan dalam nombor-nombor rujukan yang telah diberikan
kepada lukisan tersebut. Jika tiada usaha mengesan lukisan
tersebut akan menjadi lambat jika hanya namanya sahaja yang
diketahui. Biasanya satu indeks kad abjad disediakan yang
mengandungi nama lukisan dan nombornya. Oleh itu penyisihan
lukisan mengikut angka disebut “pengelasan menyimpan lukisan
dua langkah”

2.6.3 Penyisihan Lukisan mengikut projek


Jika terdapat banyak lukisan projek yang mempunyai nama yang
seakan-akan sama atau mempunyai nama awalan yang serupa
adalah sesuai jika dikelaskan mengikut nama umum projek
tersebut. Contohnya beberapa projek pendakap seperti Pendakap
Aci, Pendakap Paip, Pendakap Matalat dan seumpamanya
dikelaskan dibawah tajuk “Pendakap”.

Sebenarnya sistem penyisihan jenis ini adalah satu alternatif


kepada penyisihan fail mengikut abjad. Sistem pemfailan ini

146
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

sesuai untuk unit-unit kecil didalam sesuatu organisasi dimana


hanya sedikit sahaja jenis lukisan yang perlu diselenggarakan.

2.7 Kaedah Menyimpan Fail Lukisan Kejuruteraan


Terdapat tiga kaedah menyimpan lukisan yang biasa digunakan iaitu:

i. Kaedah menyimpan secara bersisi


ii. Kaedah menyimpan secara menegak
iii. Keadah menyimpan secara melintang

Setiap lukisan-lukisan projek yang dihasilkan hendaklah disimpan


didalam sistem pemfailan yang mempunyai nombor kod awalan yang
serupa dengan nombor projek. Segala dokumen yang berkaitan juga
hendaklah mempunyai nombor kod yang sama. Bagi projek yang sedang
berjalan, fail lipat biasa digunakan untuk menyimpan semua dokumen
berkaitan.

Bagi menyimpan fail projek yang telah siap atau belum dimulakan
terdapat beberapa kaedah untuk menyimpannya. Antaranya adalah
seperti berikut:

i. Fail rata yang diperbuat daripada papan gentian dimana


permukaan rak yang digunakan untuk menempatkannya adalah
rata bagi mengelakkan tegasan pada fail tersebut yang akan
membuatkannya melentur.
ii. Penyimpanan menggunakan tabung yang boleh didapati dalam
pelbagai, jenis dan kualiti.
iii. Jika ruang mencukupi, beberapa tong boleh ditempatkan dimana
gulungan lukisan-lukisan projek boleh disimpan.
iv. Penyimpanan dalam bentuk mikrofilem dimana lukisan yang
bersais besar dapat disimpan sebagai katrij filem berukuran 10cm
X 10cm Keadah ini dapat menjimatkan ruang penyimpanan
disamping kurangnya kerja-kerja penyelenggaraan.

147
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

zzzzzzzzzzzzzzz

Rajah 1 : Penyimpanan dalam bentuk microfilem

v. Penyimpanan dalam bentuk pita magnetic, dimana penggunaan


sistem pita video resolusi tinggi digunakan untuk merakamkan
lukisan-lukisan.

Rajah 2 : Penyimpanan dalam bentuk pita magnetic

vi. Penyimpanan dalam cakera liut atau cakera keras komputer.

Rajah 3 : Penyimpanan dalam bentuk cakera liut

Dalam rajah 4 menunjukkan cara untuk melipat kertas lukisan dengan


betul agar boleh tersusun rapi dalam fail lukisan.

148
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

Rajah 4 : Cara untuk melipat kertas lukisan dengan betul


2.7.1 Keadah menyimpan secara Menegak
Keadah ini hanya sesuai digunakan jika sais lukisan adalah kecil
atau lukisan-lukisan yang besar dilipatkan menjadi kecil. Melalui
keadah ini lukisan-lukisan dimasukkan kedalam beberapa buah
fail yang disusun secara menegak. Fail-fail ini dipaparkan dengan
label-labelnya terletak dibahagian atas supaya mudah dilihat.
Lukisan –lukisan boleh diletak atau dikeluarkan dari fail-fail tanpa
mengeluarkan fail-fail dari cabinet. Memfail dengan mengunakan
keadah ini fail-fail boleh disimpan didalam kabinet, laci, rak atau
almari. Fail lipat atau fail kocek boleh digantung secara menegak
didalam laci kabinet seperti ditunjukkan pada rajah 6 dibawah.

Rajah 6: Kaedah memfail secara Menegak

149
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

Lukisan –lukisan tidak di simpan secara langsung kedalam kocek-


kocek yang tergantung itu. Lukisan-lukisan diletakan kedalam fail
lipat dan fail lipat dilabelkan supaya fail yang telah dikeluarkan
boleh ditempatkan semula kedalam kocek yang betul.

2.7.2 Keadah menyimpan secara Berisi


Melalui keadah ini lukisan–lukisan disimpan didalam fail dimana
fail-fail ini kemudiannya diletakan disebelah tiap-tiap satu fail
sama seperti susunan buku didalam sebuah almari. Seperti
kaedah menyimpan lukisan secara menegak, hanya lukisan
bersais kecil sahaja sesuai disimpan melalui keadah ini.
Penyimpanan cara ini adalah sangat pratikal kerana ianya
menjimatkan ruang.

Rajah 7: Rak memfail secara Bersisi

2.7.3 Keadah menyimpan secara Melintang


Melalui kaedah ini lukisan-lukisan diletakkan mendatar didalam
laci, diatas rak atau didalam ruang atau petak penyimpanan.
Kaedah ini adalah sesuai untuk menyimpan lukisan-lukisan
bersaiz besar yang tidak dilipatkan. Walau bagaimanapun agak
sukar dan memenatkan untuk mengambil dan menyimpan semula
sesuatu lukisan didalam susunan yang betul. Rajah 8 dibawah
menunjukkan rak memfail secara melintang.

150
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

Rajah 8: Rak memfail secara melintang

2.8 Prosedur Pendaftaran Fail


Berikut ialah prosedur-prosedur yang terlibat semasa mendaftar fail.
i. Mengkelas
ii. Mendaftar
iii. Merujuk
iv. Mengendalikan
v. Menyimpan fail.

2.9 Merekod Lukisan


Rajah 9 dibawah menunjukkan contoh cara merekod lukisan:

151
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

Rajah 9: Contoh cara merekod lukisan

3. MELAKSANAKAN PENGINDEKSAN LUKISAN MEKANIKAL

Mengindeks merupakan satu kaedah untuk membuat rujukan lukisan yang telah
disimpan. Tujuan indeks ialah memudahkan seseorang itu mencari rekod-rekod atau
maklumat yang diperlukan.

Terdapat beberapa jenis kelengkapan mengindeks yang sering digunakan.


Antaranya adalah indeks kad, indeks kad berpusing dan contoh mudah indeks
adalah seperti buku panduan telefon atau kad panduan alamat.

3.1 Senarai kandungan yang betul

152
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

Dalam penyusunan fail lukisan, perkara yang penting adalah senarai


kandungan. Berdasarkan senarai isi kandungan, kita boleh menyusun segala
kerja berdasarkan isi kandungan yang diberi. Selain itu, untuk memudahkan
pencarian maklumat pada lukisan, pelatih perlulah meletakkan indeks
pemisah (divider). Ini adalah salah satu alternatif untuk pelatih mengetahui
tentang apa yang terkandung didalam pemfailan lukisan mekanikal kelak.
Indeks lukisan atau lebih dikenali dengan divider berperanan untuk membuat
rujukan lukisan yang telah disimpan dalam fail. Tujuan mengindeks ialah
untuk memudahkan seseorang itu mencari rekod atau maklumat yang
diperlukan sebgai rujukan. Rajah 10 dibawah menunjukkan contoh indeks.

Rajah 10: Contoh Indeks

Mengindeks adalah untuk menyediakan petunjuk supaya mempercepatkan


pengesanan, cepat tindakan diambil dan memperlihatkan kecekapan ataupun
imej pentadbiran. Ia berdasarkan tajuk yang dipilih.

Rajah 11: Peranan indeks lukisan dalam pemfailan.

153
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

Pengesanan fail dapat dibuat dengan menggunakan dua cara. Iaitu


menggunakan indeks fail dan senarai fail. Untuk indeks fail terdapat dua cara
samada secara manual ataupun secara komputer.

3.2 Kaedah mengindeks secara manual


Terdapat 2 kaedah mengindeks secara manual, antaranya seperti berikut:
a) Borang AM 89 (rekod nombor).
b) Borang 89A (rekod abjad)

Rajah 12: Contoh Indeks secara manual

3.3 Kaedah senarai fail


Beberapa kaedah atau peralatan yang digunakan untuk mengindeks sesuatu
fail. Contohnya seperti berikut:
a) Kad Indeks
b) Komputer
c) Buku indeks
d) Senarai biasa

154
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

Rajah 13: Contoh Indeks kaedah senarai fail

4. PENJAGAAN LUKISAN MEKANIKAL DALAM PEMFAILAN

Disamping itu, pelatih perlulah berhati-hati ketika mengendalikan pemfailan ini. Ia


kerana takut perkara seperti kehilangan lukisan atas kecuaian sendiri. Pelatih juga
perlu memastikan fail dalam keadaan yang bersih dan juga lengkap. Disamping itu,
lukisan hendaklah kering dan tidak lembab atau terkena bintik-bintik air yang boleh
menjejaskan lukisan ketika hendak menyimpan lukisan dalam pemfailan kelak. Cara
meletakkan lukisan dalam fail hendaklah betul dan tidak terdapat permukaan yang
tidak rata atau yang boleh menyebabkan kertas lukisan rosak.
Antara penjagaan lukisan adalah:

1. Jangan gunakan tangan untuk membuang kotoran pada lukisan.


2. Apabila perubahan perlu dibuat, hendaklah dirujuk pada salinannya.
3. Jangan gulung kertas lukisan terlalu kuat.
4. Jangan gunakan STAPLES atau pin tetapi gunakan TAPE atau klip.

155
TOPIK 10 : PROSEDUR PENGISIAN LUKISAN

5. Apabila menyimpan lukisan disyorkan saiz yang sama dalam satu fail atau
rak.

SOALAN

1. Apakah maksud fail lukisan mekanikal?

2. Apakah maksud indeks lukisan?

3. Nyatakan penjagaan yang betul untuk penyimpanan lukisan dalam


pemfailan.

156

Anda mungkin juga menyukai