Anda di halaman 1dari 53

LUKISAN

SKEMATIK
ELEKTRONIK
ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

ETN 1014
PENSYARAH :
En muhammad hafiz bin saharudin
PN. FARAHIYAH MURNI BINTI
HARUN
10 jam/ seminggu
JADUAL WAKTU PDPC (B.7)
• SELASA
• ISNIN
2.00 pm – 5.00 pm
9.00 am – 12.00 pm
• RABU
TEORI 3.00 pm -5.00 pm
KERTAS PENERANGAN • JUMAAT
(4) 10.00 am -12.00 pm
KERTAS TUGASAN (8) AMALI
KERTAS KERJA (7)
PENILAIAN PENILAIAN PRESTASI
PENGETAHUAN
(4)
(2)
MODUL KOMPETENSI
KOMPETENSI 1 :

 MENGENALPASTI KEPERLUAN LUKISAN


SKEMA ELEKTRONIK

KOMPETENSI 2 :

 MENYEDIAKAN KEPERLUAN LUKISAN


SKEMA ELEKTRONIK
MODUL KOMPETENSI
KOMPETENSI 3 :

 MELAKSANAKAN LUKISAN SKEMA


ELEKTRONIK

KOMPETENSI 4 :

 MENYERAHKAN/ MENGHANTAR LUKISAN


SKEMA ELEKTRONIK
HASIL MODUL
PELAJAR AKAN DAPAT :

 MENGENALPASTI KEPERLUAN LUKISAN


SKEMA ELEKTRONIK
 MENYEDIAKAN KEPERLUAN LUKISAN
SKEMA ELEKTRONIK
 MELAKSANAKAN LUKISAN SKEMA
ELEKTRONIK
 MENYERAHKAN/ MENGHANTAR LUKISAN
SKEMA ELEKTRONIK
KATEGORI
LUKISAN
 Secara amnya, lukisan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu :

i. Lukisan Artis
ii. Lukisan Kejuruteraan
LUKISAN ARTIS
Lukisan artis adalah lukisan yang dilakar
secara bebas untuk menggambarkan bentuk
sebenar sebuah objek, benda ataupun dengan
alam semula jadi
LUKISAN
KEJURUTERAAN
Lukisan Kejuruteraan adalah cara menyampaikan
maklumat mengenai projek menggunakan
gambaran grafik dan lukisan
• Lukisan kejuruteraan adalah bahasa dalam bentuk lukisan yang
membolehkan seseorang pekerja membaca dan mengikuti arahan kerja
dan mengikut cara kerja yang perlu dilakukan. Lukisan kejuruteraan yang
lengkap dapat memberi data-data serta keterangan–keterangan
berkenaan projek yang hendak disiap. Data-data yang diberi oleh sesuatu
lukisan kejuruteraan adalah seperti :-

• Rupa bentuk asal projek yang hendak dibuat.


• Saiz dan ukuran asal projek tersebut.
• Jenis logam benda kerja.
• Penyudahan kerja projek tersebut.
• Cara pasang dan buka projek tersebut.
• Selain dari data-data di atas lukisan kejuruteraan juga menerangkan
nama projek, skala, had terima dan siapa yang membuat pelan lukisan
kejuruteraan tersebut supaya sekiranya terdapat kemusykilan, dapatlah
pembuat projek tadi bertanya kepada pereka projek tersebut.

• Rupa bentuk asal projek yang hendak dibuat.


• Saiz dan ukuran asal projek tersebut.
JENIS JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN.
• Bidang kejuruteraan adalah satu bidang yang luas maka terdapat
berbagai jenis lukisan kejuruteraan mengikut cabang dan bidang
kejuruteraan seperti :-
a) Lukisan Mekanikal
i. Lukisan Pictorial
ii. Lukisan Orthografik
b) Lukisan Pemasangan (Assembly Drawing)
c) Lukisan Terperinci (Detail Drawing)
d) Functional Drawing
e) Lukisan Arkitek
f) Lukisan Elektrik
g) Lukisan Elektronik
a) LUKISAN MEKANIKAL

• Lukisan mekanikal merangkumi semua rekabentuk


mesin, binaan, komponen dan pembuatan.
• Lukisan mekanikal biasa dibuat dalam seperti
gambar photo yang dipanggil Lukisan Pictorial.

• Dari lukisan Pictorial inilah lukisan mekanikal


dikembangkan saperti rajah di bawah.
i) LUKISAN PICTORIAL
• Lukisan ini memberi pandangan tiga dimensi iaitu

• Pandangan Hadapan
• Pandangan Sisi
• Pandangan Atas
 
• Pandangan yang diberi adalah seperti rupabentuk asal objek yang dilihat.
• Unjuran yang sangat meluas digunakan dari lukisan pictorial ini ialah :-

• Unjuran Isometric
• Unjuran Oblik

• Penggunaan yang meluas kepada unjuran-unjuran ini adalah kerana ianya


mudah difahami dan dilakarkan.
ii) LUKISAN ORTOGRAFIK
• Lukisan ini memberi pandangan satu dimensi iaitu dilakar mengikut setiap
pandangan berasingan diatas satah lukisan.
 
• Dari kedudukan satah ini, lukisan orthograpik dilakar pula kepada dua
anjuran iaitu
 
• Unjuran Sudut Pertama
• Unjuran Sudut Ketiga
b) LUKISAN PEMASANGAN
(Assembley Drawing)
• Lukisan pemasangan adalah lukisan yang lengkap digunakan
untuk membuat katalog, rekabentuk dan ilustrasi komponen-
komponen didalam sesuatu mesin atau jentera. Lukisan ini
amat berguna untuk member panduan kerja pasang-
memasang sesuatu komponen itu.

• Terdapat tiga jenis assembly drawing iaitu :-


• Detail Assembly Drawing
• Catalog Assembly Drawing
• Assembly Drawing explode view
• Installation Assembly Drawing
b) LUKISAN PEMASANGAN
(Assembley Drawing)
c) LUKISAN TERPERINCI
(Detail Drawing)
• Lukisan ini menerangkan dan menunjukkan bagaimana
sesuatu komponen itu hendak dibuat. Ini kerana detail
drawing memberi semua ukuran dan sais projek tersebut.
d) FUNCTIONAL DRAWING
• Lukisan ini menerangkan bagaimana sesuatu
komponen, mesin dan jentera itu berjalan atau
bergerak. Lukisan ini juga menerangkan cara sesuatu
komponen dan mesin itu dikendalikan.
e) LUKISAN ARKITEK
• Digunakan untuk melakar bangunan dan binaan
lanskap dan alam sekitar.
f) LUKISAN ELEKTRIK
• Digunakan untuk melakarkan system dan litar letrik,
elektronik, janakuasa dan sebagainya.
g) LUKISAN ELEKTRONIK
• Lukisan yang menggambarkan pemasangan
komponen elektronik pada sesuatu litar.
SISTEM PENILAIAN
LUKISAN TEKNIK
Semasa membuat lukisan teknik terdapat beberapa amalan biasa yang perlu
dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima
mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-

a) Ketepatan
• Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut
jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak
mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak
bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
b) Teknik melukis
• Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk
teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih
jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan
simbol-simbol  tertentu yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan
yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik
yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan
mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
c) Kebersihan lukisan
• Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang
dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati  semasa membuat lukisan
dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan
lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini
dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan  menghasilkan kerja
yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor
dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik
bagi setiap pelajar.
d) Masa menyiapkan lukisan
• Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya
dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya,
bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan
kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang bersih dan kemas,
panduan berikut perlulah diperhatikan.

i. Pastikan meja lukisan serta alat-alat yang digunakan


adalah bersih. Begitu juga dengan tangan pelukis.
ii. Elakkan tangan atau siku daripada terkena pada garisan-
garisan yang telah dilukis.
iii. Jangan gesekan alat-alat lukisan pada garisan-garisan
yang telah dilukis.
iv. Pastikan pemadam yang digunakan adalah bersih.
Untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang bersih dan kemas,
panduan berikut perlulah diperhatikan.
v. Jangan gunakan tangan untuk membersihkan partikel-
partikel pemadam. Gunakan kain atau berus yang bersih.
vi. Elakkan mengasah matapensil di atas kertas lukisan.

vii. Kertas pasir yang digunakan untuk menajamkan hujung


mata pensel hendaklah disimpan di tempat yang
berasingan daripada alat-alat lukisan yang lain.
viii. Kertas lukisan hendaklah digulung atau ditutup dengan
sesuatu sekirannya lukisan yang dibuat telah pun
disiapkan.
PERALATAN LUKISAN
PENSEL
• Digunakan untuk melukis garisan.
• Ada tiga gred pensel iaitu keras, sederhana dan lembut
• Gred keras seperti 3H dan 2H sesuai untuk membuat garisan ringan,
misalnya garisan binaan, garisan panduan dan penghurufan.
• Gred sederhana seperti H dan HB sesuai untuk membuat garisan
objek, garisan tengah, tanda anak panah dan lakaran
• Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam
JENIS GARISAN DAN
PENSEL
JENIS GARISAN
PERALATAN LUKISAN

PEMBARIS
• Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak.
• Pembaris dibuat daripada kayu, plastik atau keluli.
PERALATAN LUKISAN
PEMADAM 

• Digunakan untuk menghilangkan tanda goresan pensel di


atas kertas.
• Diperbuat daripada getah.
• Getah pemadam yang berkualiti dapat memadam tanpa
meninggalkan sebarang kesan comot
PERALATAN LUKISAN
PAPAN LUKISAN

• Digunakan sebagai pengalas dan


pemegang kertas lukisan.
• Biasanya dibuat daripada kayu
lembut.
• Saiz yang biasa digunakan ialah 60
cm x 80 cm.
PERALATAN LUKISAN
SESIKU T

• Digunakan bersama dengan papan


lukisan.
• Digunakan membina garisan lurus
mendatar.
• Digunakan juga sebagai tapak untuk
membina garisan tegak dan
serong/condong dengan set sesiku.
MEMBINA GARISAN
MENGGUNAKAN PEMBARIS T
PERALATAN LUKISAN
SESIKU SET

• Digunakan bersama dengan sesiku T untuk


membuat garisan menegak dan garisan condong.
• Garisan yang dibina bersudut 90o, 60o, 45o dan
30o.
• Gabungan dua sesiku set boleh melukis garisan
condong bersudut 15o, 75o, 105o, 135o dan 150o.
PERALATAN LUKISAN
JANGKA LUKIS

• Digunakan untuk membina garisan bulatan


atau lengkok.
• Pensel perlu dipasang pada jangka lukis,
tetapi ada juga yang menggunakan mata
pensel grafik khas.
• Dibuat daripada keluli atau plastik.
PERALATAN LUKISAN
JANGKA TOLOK
• Digunakan untuk memindahkan ukuran dan menanda
jarak yang sama.
• Dibuat daripada keluli atau plastik.
• Mempunyai sepasang kaki berjarum tajam.
PERALATAN LUKISAN
LENGKUNG PERANCIS
• Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung
yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis.
• Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk.
LENGKUNG PERANCIS
• Sebelum menggunakan Lengkung Perancis, bentuk
lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan
dengan menggunakan pensel yang hitam (HB), tetapi
garisan itu janganlah terlalu nyata.
• Setelah itu barulah Lengkung Perancis digunakan.
• Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu
yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis.
PERALATAN LUKISAN
KERTAS LUKISAN
• Digunakan untuk membuat lukisan menggunakan pensel.
• Mempunyai berat berlainan 70 gm, 80 gm, 100gm.
• Boleh didapati dalam beberapa saiz iaitu :
A0 (1189 mm x 841 mm)
A1 (841 mm x 594 mm)
A2 (594 mm x 420 mm)
A3 (420 mm x 297 mm)
A4 (297 mm x 210 mm)
A5 (210 mm x 148 mm)
A6 (148 mm x 108 mm)
PERALATAN-PERALATAN LAIN
PERISAI PEMADAM
• Untuk melindungi garisan dan
bahagian yang lain semasa
memadam sesuatu kesilapan

KAIN DAN BERUS


• Menyapu kotoran yang
tertinggal setelah kita
memadam kesalahan
PERALATAN-PERALATAN LAIN
PLAT CONTOH, HURUF
DAN NOMBOR
• Salah satu alat yang
memudahkan kerja untuk
membentuk, terdapat 3
jenis :-
1. Gambar mengikut saiz
2. Simbol-simbol
3. Angka dan huruf
PERALATAN-PERALATAN LAIN
PEMBARIS SKALA
• Digunakan untuk mengcilkan saiz atau
membesarkan saiz objek.

Saiz penuh 1 : 1
Saiz dikecilkan 1 : 2, 1 : 5, 1 : 10, 1 : 50, 1 :
100
Saiz dibesarkan 2 : 1, 5 : 1, 50 : 1, 100 : 1
PERALATAN-PERALATAN LAIN
PEMBARIS SKALA
• Digunakan pada garisan yang bersudut
selain daripada 35o, 30o, 60o.

Anda mungkin juga menyukai