Anda di halaman 1dari 42

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 2
EE-320-2:2012
KOD DAN NAMA PROGRAM / SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION &
PROGRAM’S CODE & NAME
MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / COMPETENCY EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING
UNIT NO. AND TITLE

1: IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS


AND REQUIREMENT.
NO. DAN PERNYATAAN
2: CARRY OUT LAYOUT DRAWING.
AKTIVITI KERJA / WORK
3: CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
ACTIVITIES NO. AND
DRAWING.
STATEMENT
4: CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING.
5: INSPECT SINGLE PHASE DRAWING.

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

TAJUK / TITLE :
PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS LUKISAN BENTANGAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar
berkaitan tentang lukisan pelan rumah menunjukkan rupa sebenar sesebuah bangunan
dan biliknya dari pandang atas. Ini membolehkan dan menentukan tempat alat tambah,
peralatan atau kelengkapan elektrik. Pelan rumah amat penting bagi perancangan
elektrik untuk menetapkan kelengkapan atau peralatan
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

PENERANGAN / INFORMATION :

2.0 SET MELUKIS

2.0.1 Alatan Lukisan Pelan Bentangan

Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara


insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem reka
bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau
dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri keboleh hasilan
semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan
tertentu yang telah ditetapkan. Penerangan dibawah akan menrangkan berkenaan alatan yang
kebiasannya digunakan dalam menghasilkan lukisan bentangan yang baik :

i. Papan / Meja Lukisan

Rajah 1: Papan / Meja Lukisan

Papan Lukisan biasanya berukuran 60 cm x 80 cm, diperbuat dari papan jenis lembut ataupun
plastik. Meja lukisan pula biasanya bersaiz lebih besar dimana permukaan mejanya boleh
dilaras kecondongan dan ketinggiannya. Sesetengah meja lukisan mempunyai permukaan
yang bermagnet serta dilengkapi dengan sesikut-T dan set segitiga yang boleh digerakkan
dengan mudah. Permukaan papan / meja lukisan mestilah rata serta bucu sebelah kiri dan
kanannya rata dan bersudut 90° bagi menghasilkan lukisan yang tepat.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Langkah-langkah penjagaan:

 Permukaan papan/meja lukisan mestilah dibersihkan daripada habuk/kotoran sebelum


dan selepas digunakan.
 Elakkan dari menebuk lubang, menggasah pensil atau memotong kertas dengan
menggunakan pisau di atas permukaan papan/meja lukisan .
 Elakkan dari melukis atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan
papan/meja lukisan.

 Pastikan bahagian bucu dan tepi papan/meja lukisan dalam keadaan rata, lurus dan
bersudut tepat (90°) antara satu sama lain.

ii. Sesiku-T (Tee Square)

Rajah 2 : Sesiku-T (Tee Square)

Diperbuat daripada kayu keras atau plastik tebal dan boleh didapati dengan pelbagai saiz. Ia
dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bilah. Ianya digunakan di
atas papan / meja lukisan dengan cara menggelungsurkan ke atas atau ke bawah dan pastikan
bahagian kepalanya setiasa rapat dengan tepi papan/meja lukisan untuk membina garis
mendatar yang lurus. Sesiku-T yang dilekatkan pada meja lukisan adalah mudah digunakan
atau digerakkan.

Langkah-langkah penjagaan:

 Jangan gunakan sesiku-T untuk menekan paku tekan atau memotong kertas dan
sebagainya dengan pisau.
 Sebaik-baiknya ianya disimpan dengan cara menggantungkannya dengan bahagian
kepalanya ke bawah.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

iii. Sesiku Segitiga (Set Square)

Rajah 3 : Sesiku Segitiga (set square)

Sesiku segitiga dibuat daripada bahan yang lutsinar dan terdiri daripada dua sesiku
yang berbentuk segitiga. Segitiga tersebut mempunyai sudut 30° dan 60° serta satu lagi
bersudut 90° dan 45°. Sesiku segitiga digunakan bersama-sama dengan sesiku-T untuk
melukis garisan tegak dan garisan condong dengan cara menggelungsurkan ke kanan dan ke
kiri di atas bilah sesiku T. Kombinasi sesiku segitiga boleh melukis garisan condong yang
bersudut 15° dan 75° selain dari sudut-sudut 30°, 60°, 90° dan 45°. Terdapat juga sesiku
segitiga yang bolehlaras bagi mendapatkan sudut-sudut yang dikehendaki.

Langkah-langkah penjagaan:

• Pastikan setiap tepi sesiku segitiga berkeadaan lurus.

• Jangan biarkan sesiku segitiga dalam keadaan melengkung.

iv. Pensil Lukisan

Rajah 4 : Pensil Lukisan


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Pensil untuk membuat lukisan mekanikal samada dari jenis Pensil Jenis Kayu ataupun Pensil
Mekanikal dimana mata pensil mekanikal tidak perlu ditajamkan. Mata pensil biasanya
diklasifikasi berdasarkan kehitamanya. Ianya terbahagi kepada 3 gred iaitu keras, sederhana
dan lembut. Gred Keras diantara 9H hingga 4H. Biasanya gred ini digunakan untuk
menghasilkan garisan ringan seperti garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan
yang memerlukan ketepatan. Gred Sederhana adalah seperti 3H, 2H, H, F, HB dan B.
Digunakan untuk menghasilkan garisan ringan. Sesuai digunakan untuk membuat lakaran
penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah. Gred Lembut adalah antara
2B hingga 7B. Digunakan untuk menghasilkan garisan kasar dan menwarnai objek. Pensil gred
ini membolehkan kertas menjadi kotor dan comot jika tidak digunakan dengan cermat.

Langkah-langkah penjagaan.

• Pastikan mata pensil sentiasa tajam dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat.

• Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata.

• Cara yang baik untuk menajamkan mata pensil ialah dengan kertas pasir.

• Bagi pensil mekanikal, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil

patah.

• Cara memegang pensil mekanikal


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Jadual 1 : Jenis pensel mengikut kegunaan pada lukisan

Jadual 1 : Jadual kumpulan pensil

v. Pemadam (Eraser)

Pemadam Pensil digunakan untuk memadam garisan dan tulisan yang dibentuk dengan
menggunakan pensil. Manakala pemadam Dakwat adalah lebih keras/kasart dimana garisan
yang dibentuk dengan dakwat dapat dipadamkan. Pemadam pensil adalah lebih lembut
berbanding dengan pemadam dakwat. Pemadam yang berkualiti akan dapat memadam garisan
tanpa meninggalkan sebarang kesan kasar dan kotoran kepada permukaan kertas.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

a. Langkah-langkah penjagaan.

 Pilih pemadam yang sesuai agar tidak merosakkan permukaan kertas.


 Letakkan kertas keras di bawah permukaan yang hendak dipadam bagi menghilangkan
kesan lurah pensil dan juga serabut.
 Gunakan berus atau kain yang bersih untuk membuang habuk pemadam di atas kertas
lukisan, elakkan dari menggunakan tangan.
 Jangan tekan terlalu, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang dihasilkan oleh
tekanan pemadam tadi.

vi. Perisai Pemadam (Erasing Shield)

Diperbuat daripada logam nipis atau plastik. Mempunyai berbagai-bagai bentuk lubang
yang bertujuan sebagai panduan memadam sesuatu garisan tanpa menganggu atau
terpadam garisan lain yang berhampiran. Cara menggunakan alat ini iaitu letakkan
perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan yang hendak dipadam
dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan
getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada lubang
tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang berhampiran.

a. Langkah-langkah penjagaan.

 Jangan dilipatkan perisai pemadam kerana ianya akan menjadi tak rata dan mungkin
akan patah.

vii. Plat Pencontoh (Template)

Sebagai alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk


serta mempercepatkan masa melukis. Contohnya, pelukis akan lebih cepat menggunakan plat
pencontoh bulat untuk melukis buatan berbanding menggunakan alat jangka lukis (compass).
Plat pencontoh terdapat dalam berbagai-bagai bentuk seperti bulatan, elips, segiempat, segitiga
dan bentuk-bentuk simbol tertentu mengikut bidang khusus kejuruteraan seperti kejuruteraan
elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

viii. Set Jangka Lukis

Rajah 5 : Set Jangka Lukis

Set Jangka Lukis biasanya mengandungi dua alatan iaitu Jangka Lukis (compass) dan
Jangka Pembahagi (divider). Jangka Lukis digunakan untuk melukis bulatan. Satu
kakinya mempunyai jarum yang digunakan sebagai penanda pusat bulatan manakala
satu kaki lagi mempunyai mata pensil yang digunakan untuk melukis garis bulatan.
Jangka Pembahagi digunakan untuk membahagi sesuatu garisan dengan sama jarak
atau memindahkan jarak atau ukuran. Biasanya ia mempunyai kedua-dua hujung
kakinya yang berjarum dan juga ada yang mempunyai penyelaras sengkangan.

a. Langkah-langkah penjagaan.

 Hujung mata jarum perlu dijaga agar ianya sentiasa lurus dan tajam.
 Hujung mata pensil perlulah diletakkan dengan cara yang betul dan sentiasa tajam.
 Gunakan kertas pasir untuk menajamkan mata pensil dengan cara yang betul (60°
kecondongan).
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

ix. Lengkung Perancis (French Curve) dan Lengkung Boleh Lentur (Flexible Curve)

Rajah 6 : Lengkung Perancis dan Lengkung Boleh Lentur

Digunakan untuk melukis lengkung-lengkung yang tidak sekata seperti lengkuk elips dan
bentuk lengkung-lengkung yang lain. Alat ini dibuat daripada bahan plastik lutsinar dan
boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sesetengah lengkong boleh dilukis secara tepat
dengan menggunakan Lengkung Boleh Lentur (flexible curve).

a. Cara Penggunaan Alatan:

 Menentukan terlebih dahulu titik-titik lengkuk yang hendak dibentuk.


 Setelah titik-titik ditentukan, gunakan alat ini dan pilih bahagian lengkung yang sesuai
dengan titik-titik tersebut.
 Tidak semestinya memilih bahagian lengkung yang bersesuaian dengan keseluruhan
titik, tetapi lengkuk bolehdibentuk sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian lengkung
Perancis.

x. Kertas Lukisan

Terdapat pelbagai saiz piawai kertas lukisan yang digunakan dalam lukisan
kejuruteraan. Saiz-saiz kertas tersebut. Tracing paper juga selalu digunakan kerana
ianya lebih licin dimana sesuai jika menggunakan Technical Pen. Kertas ini juga adalah
lutsinar yang akan memudahkan kerja-kerja menekap. Oleh kerana permukaan kertas
ini licin dan halus, setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah menggunakan razor
blade.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

xi. Pita Perekat (Drafting tape atau Masking Tape)

Pita perekat digunakan untuk melekapkan bahagian penjuru kertas lukisan pada papan
lukisan. Terdapat pelbagai jenis pita perekat seperti pita selofan (cellophane tape),
masking tape, pita kertas dan double sided tape. Perekat berbentuk kepingan nipis besi
juga digunakan untuk melenkapkan kertas di atas papan lukisan yang telah mempunyai
permukaan magnet atau kemudahan clip bermagnet.

2.1 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER

Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Design’ CAD).
Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan
lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang
diberikan,manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer.Sistem ini
mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia
menjimatkan kos. Di samping itu,perkembangan sistem CAD menyumbang kepada
pembangunan pesat pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama
kepada jurutera dan pereka bentuk.

Kelengkapan Dalam Sistem CAD


Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua iaitu:
1. Secara manual
2. Secara CAD

Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti


pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan.

1. Peranti masukan :
• Papan kekunci
• Tetikus
• Pengimbas

2. Peranti keluaran :
• Monitor
• Pencetak
• Pemplot
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

3. Peranti storan :
• Cakera keras
• Disket
• CD
• ‘ Pen-drive’

2.2 PERKAKASAN KOMPUTER

1) Peranti Masukan

Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi
membentuk lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca
masukanarahan dan data. Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan
kekunci dantetikus.Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan
simbol.Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan alat
peranti yangmenggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan
pergerakan.

2) Peranti Keluaran

Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian CAD boleh dicetak


denganmenggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.Pencetak
pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau hitam putih.Pemplot
digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.Terdapat pelbagai jenis
pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik,microgrip dan yang terkini teknologi pemplot
laser.

3) Peranti Paparan

Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan ataureka
bentuk dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkanmaklumat
seperti angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus danpapan
kekunci.

4) Peranti Storan

Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras,
disket,cakera padat (CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

2.3 TEKNIK PENGUKURAN SKALA

Lukisan boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut keperluan. Bandingan antara saiz
sebenar projek dengan lukisan ditentukan oleh skala lukisan.Skala lukisan dinyatakan
dalam suatu nisbah, umpamanya 1 : 50. Ini bermaksud saiz sebenar sesuatu projek adalah
1 / 50 daripada saiz yang digambarkan oleh lukisan. Dengan menggunakan pembaris
berskala, saiz sebenar sesuatu projek/ binaan dapat ditentukan. Pelan boleh diperbesar
atau dikecilkan mengikut keperluan. Suatu pelan tapak sebaiknya dilukis bersesuaian
dengan kertas lukisan untuk memudahkan jurtera mentafsirnya. Lukisan yang terperinci
boleh diperbesarkan mengikut saiz skala pelan dan dan boleh digunanan untuk memberi
arahan yang lebih tepat. Dengan menggunakan pembaris skala, jarak dapat diukur diantara
dua titik dengan cara didarab mengikut skala lukisan tersebut.

1 2 3

cm

10 20 30
mm

Rajah 7: Pembaris skala 1:1

1 2 3
m

Rajah 8 :Pembaris skala 1:100


Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Kaedah pengiraan skala: Lukisan tersebut berskala 1:2 bermaksud setiap ukuran
bongkah tersebut mestilah didarab dengan 2

40mm 40mm 60mm

30mm

40mm

40mm

skala 1:2

Rajah 9 : Contoh lukisan bagi skala 1:2

Kaedah pengiraan skala : Lukisan tersebut berskala 1:100 bermaksud setiap ukuran
bongkah tersebut mestilah didarab dengan 100

40mm 40mm 60mm

30mm

40mm

40mm

skala 1:100

Rajah 9 : Contoh lukisan bagi skala 1:100


Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

2.4 SIMBOL SUSUNATUR BANGUNAN

Simbol bertujuan untuk mewakili sesebuah komponen/peralatan elektrik.


Simbol-simbol ini dibuat standard untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
semasa proses mentafsir litar, susunatur pelan lantai. Simbol-simbol yang
digunakan didalam setiap gambarajah pendawaia, litar dan arkitek berbeza
antara satu sama lain. Sebilangan besar kekeliruan wujud diantara simbol
untuk gambarajah tersebut.

Gambarajah litar :Dilukis secara ringkas dan menggunakan simbol standard


untuk mewakili susunataur fizikal. Ia haruslah dilukis dari bekalan hingga
kepada beban dan kawalan

Gambarajah pendawaian : Menunjukkan pendawaian dan sambungan


sebenar dan ia memerlukan sebanyak mungkin maklumat didalamnya. Ia
mneggambarkan susunan dan sambungan secara terperinci dan mudah dibaca
oleh pendawai

Gambarajah arkitek :Dalam lukisan arkitek simbol-simbol akan digunakan


untuk menunjukkan tempat semua peralatan elektrik dipasang dalam sesebuah
premis.

2.5 APLIKASI DALAM KONFIGURASI

Kaedah Melukis Lukisan Satu Fasa

Semasa membuat lukisan Pelan samada skematik atau bentangan, terdapat beberapa
amalan yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk menentukan setiap lukisan
pelannya diterima mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:-

a) Ketepatan

Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis
garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan
pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang
tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

b) Teknik melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik
membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan
mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol
tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih
baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan
menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana
garisan-garisan nampak berserabut.

c) Kebersihan lukisan

Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang


dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan
mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk
membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan
begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan
kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang
kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik
bagi setiap pelukis pelan.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

2.6 SIMBOL ELEKTRIK, ARUS DAN PENGUKURAN BAGI LUKISAN ELEKTRIK


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42
Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

2.7 ALAT TAMBAH AKSESORI ELEKTRIK

Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan aksesori seperti pemegang


lampu, ros siling, soket keluaran, fius, suis palam, pemutuslitar, kotak agihan
pengguna,pemutus litar bocor ke bumi dan lain-lain sebagai melengkapkan satu sistem
pendawaian. Aksesori digunakan mengikut kesesuaian dan keperluannya dipadankan
dengan fungsi kegunaannya.Binaan dan kendalian setiap aksesori tertakluk kepada
peraturan I.E.E dan dalam peraturan ini menekankan kadaran voltan dan arus bagi
setiap alat kelengkapan.

Rajah 10 :Pelbagai aksesori pepasangan elektrik

Jadual 3: Aksesori Elektrik

Pemegang lampu pendaflour dari jenis skru pemasangan


tekan masuk pemasangan bawah dan tekan masuk
pemasangan tepi.

Rajah 11:Pemegang lampu


pendaflour(lamp holder pendaflour)
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Lampu Pendaflour memerlukan ‘Starter’ atau disebut


suis pemula tiub pendaflour

- Suis Bara 2 pin berkualiti tinggi

- Kelongsong dibuat dari bahan’polycarbonate’ tahan


hentakan

- Dipasang dengan kapasitor penindasan gangguan


Rajah 12: Starter isyarat radio

- Terdapat juga starter jenis denyut elektronik

Pemegang Starter tiub pendaflour boleh didapati


daripada jenis tekan masuk dan jenis skru.Kedua-
duanya mempunyai punca tamatan kabel jenis tekan

Rajah 13: Pemegang Starter (Starter


Holder)

Lampu pendaflour jenis compact digunakan kerana ia


boleh menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang
sama dengan lampu biasa berkadaran tinggi

- Boleh menjimatkan tenaga sehingga 80 %


dibandingkan dengan lampu biasa

- Memberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali


ganda

- Disahkan dari ujian gangguan electromagnet


Rajah 14 : Lampu Pendaflour
‘Compact’(PLC lamp) - Boleh diganti terus dengan lampu biasa
Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Merupakan aksesori yang menyediakan bekalan


kuasa dari kotak agihan

Kegunaannya adalah mendapatkan punca bekalan


kuasa dengan menyambungkan kepada alat
kelengkapan elektrik mudah alih seperti televisyen,
seterika, peti sejuk, radio, komputer dan lain-lain
Rajah 15 : Soket alir keluar

Palam digunakan untuk menyambungkan kelengkapan


elektrik dengan soket alir keluar melalui kord atau
kabel boleh lentur.

Rajah 16 : Palam/plug

- Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga


elektrik utama kepada litar-litar kecil akhir ataupun ke
kotak fius agihan sub.

- Ia mengandungi peralatan perlindungan seperti suis


utama,pemutus litar bocor ke bumi (RCCB,RCD) dan
fius

Rajah 17 :Kotak Fius Agihan

Suis ialah suatu alat mekanikal yang boleh memutus,


membawa dan menyambungkan arus litar secara
manual dalam keadaan normal. Terdapat berbagai-
bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada
masa ini yang berbeza dari segi bentuk,kawalan dan
sebagainya.Di antaranya adalah seperti berikut
Rajah 17 :Suis 1 gan
Muka Surat / Page : 32
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

i) Suis Sehala
Rajah 18 : Suis 2 gang
ii) Suis Dua hala
iii) Suis Perantaraan

Rajah 19 : Suis 3 gang

Photo cell merupakan sejenis pengesan cahaya. Ia


digunakan untuk menggantikan suis dan bertindak
secara automatik apabila mengesan cahaya

Rajah 20 : Photo cell

Rajah 21 : Pepotong Sebagai pengehad arus yang masuk dalam rumah. Ia


jugabertindak sebagai penyambung dan pemutus
bekalan dari pihak pembekal.

Rajah 21 : Perangkai Neutral


Muka Surat / Page : 33
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Digunakan oleh pembekal untuk menyukat jumlah


tenaga yang digunakan oleh pengguna.

Rajah 22 : Meter Kilowatt Jam

Berfungsi sebagai alat menyukat masa

Rajah 23: Timer delay relay

Digunakan untuk memegang lampu. Terdapat


pelbagai jenis pemengang lampu untuk lampu yang
berlainan seperti:

 Pemengang lampu jenis pangkal kilas


 Pemengang lampu jenis skru Edison
 Pemengang lampu jenis pin

Rajah 24 :Pemegang lampu

Sebagai kotak untuk menempatkan suis dan soket.


Terdapat dalam pelbagai saiz dab jenis:

 Jenis permukaan
Rajah 25 :PVC Base  Jenis terbenam
Muka Surat / Page : 34
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

2.8 PROSEDUR UNTUK MELUKIS LUKISAN BENTANGAN

2.8.1 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan
pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan.
Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik
yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu bangunan.
Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang sesuai dengan
menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam plan susunatur
ini ialah 1:100.

Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang


dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan
diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan
peralatan di masa hadapan.

Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis
dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan
agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan
adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan
tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan
sebagainya.

Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan
industri.

a. Pelan Bentangan Domestik

Pelan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat


kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur
simbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda (simbol) disediakan bersama-sama
pelan bentangan bagi menunjukkan simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.
Rajah 1 menunjukkan contoh pelan domestik berserta lagenda.
Muka Surat / Page : 35
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Rajah 26 : Contoh Pelan Bentangan Domestik

b. Pelan bentangan industri

Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang
besar seperti makmal, kilang dan permis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan
perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampung beban yang besar.
Kaedah pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur logam. Bilangan alat tambah dan
kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas
berat.
Muka Surat / Page : 36
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

2.9 FORMAT LUKISAN BENTANGAN

Mengenali lukisan atau mengetahui kedudukan sebenar blok-blok rumah serta untuk
mencapai tahap lukisan yang baik, mestilah memenuhi syarat-syarat yang ada pada lukisan
arkitek. Penerangan ini menekankan amalan lukisan elektrik, maka itu tidaklah secara
terperinci. Walaubagaimanapun panduan asas perlu diketahui yang mana perkara berikut
perlu di ambil perhatian.

i) Daun pintu dan pintu hendaklah dilukis dengan jelas arah ia ditutup dan dibuka.
ii) Setiap bilik atau ruang hendaklah dilabelkan dengan jelas.
iii) Tempat basuhan (sink), kolah, air pancut dan yang terlibat penggunaan air atau gas
hendaklah ditunjukkan supaya alat tambah tidak dipasang pada tempat itu.
iv) Setiap tingkap dan pintu hendaklah dilukis, jika perlu.
v) Ukuran dimensinya juga perlu dilukis.
vi) Gunakan simbol arketik yang betul untuk mewakili sesuatu bahagian, misalnya simbol
menunjukkan tangga dan sebagainya

Untuk melukis semula pelan rumah yang telah diberi, ini boleh dilakukan dengan
pemindahan ukuran. Biasanya lukisan pelan rumah yang sedia ada akan diperbesarkan dua
atau tiga kali ganda lukisan asal seperti di bawah

RUMAH “A”
DIPERBESAR 2
KALI GANDA
RUMAH
“A”

Rajah 27: Lukisan pelan rumah diperbesarkan


Muka Surat / Page : 37
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Anjung

Ruang tamu

Bilik-1

Bilik-2
Dapur

Anjung

Rajah 28: Contoh lukisan bentangan

RAJAH 1.2 Bentuk Lukisan Pelan Rumah


2.9.1 LUKISAN BENTANGAN

(a) Pengenalan

Perancangan pemasangan yang baik bergantung kepada lukisan ini. Ia menunjukkan


kesemua kelengkapan, alatan atau alatambah yang hendak dipasang. Kesemua alatambah
atau kelengkapan yang hendak dipasang akan ditunjukkan secara bersimbol.

(b) Gaya lukisan


Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana lukisan bentangan dipersembahkan. Diantaranya
ialah secara garisan lurus selanjar, garisan putus-putus, garisan lurus yang condong dan
garisan beriak.
Muka Surat / Page : 38
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

b) Pemilihan penempatan alatambah

Pemilihan penempatan alatambah dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah mustahak.
Ia menjadi panduan bagi pendawai elektrik untuk mengetahui penempatan alatambah atau
kelengkapan yang dikehendaki.

Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-perkara ini perlu diambil
perhatian sewaktu melukis gambarajah bentangan pemasangan domestik.

(i) Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terselindung atau di
tempat yang dilarang oleh peraturan IEE. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis yang
dicadangkan.

 Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia
mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.
 Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima, tangga dan
sebagainya.
 Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.
 Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama dikumpulkan
bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan kemudahan kawalan.
(ii) Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar
dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. Berikut ialah contoh-contoh
penempatan lampu yang sesuai.

 Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter
persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan kedua-
dua bilik.
 Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang dapat disebarkan
terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.
 Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya lampu-
lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik.

iii) Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia mestilah di pasang di
tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang

(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau di tepi dinding
pintu masuk rumah.
Muka Surat / Page : 39
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada
300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.

c) Menulis nombor litar kecil akhir

Setelah kesemua kelengkapan, alat dan alatambah siap dilukis, berikan nombor
bilangan litar akhirnya (L.A). Nombor ini bertujuan untuk memudahkan pembaca
dan pendawai memasangkan litarnya. Bilangan litar akhir ini hendaklah dikirakan
untuk ditetapkan nombor bilangan L.A.

Sebagai panduan di bawah ini telah disiapkan bilangan yang boleh ditampung
oleh sesuatu litar akhir.

Jadual 4: Beban yang ditanggung

Peranti perlindungan
Bil Beban yang ditanggung
Lebihan Arus
1 6A 10 Bil. Lampu termasuk kipas siling
2 10A 2 bil. Soket alir keluar 5A
1 soket alur keluar 15A atau 1 soket alur keluar
3 16A
13 Amps
4 20A Soket alur keluar 13A
5 32A Soket alur keluar jenis litar gelang
Muka Surat / Page : 40
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

PELAN RUMAH KEDIAMAN

LAGENDA

KETERANGAN SIMBOL

Lampu pendarfluor

BILIK Lampu tungsten


MANDI TANDAS glob

DAPUR BILIK 2 Kipas siling

BILIK 3
Kipas ekzos

Unit kaw alan


pemassak

BILIK UTAMA Soket alur keluar


13 A

Lampu tungsten
dinding
RUANG MAKAN TANDAS Unit penghaw a A
dingin C

Kotak fius agihan

BILIK 1 Alat atur kipas


C

2
Suis 2 hala
A

RUANG TAMU

Suis 1 hala

A
C
MASUK

Rajah 29 : Pelan rumah kediaman


Muka Surat / Page : 41
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

Rajah: 30: Lukisan Bentangan Mengandungi Poin-poin beban


Muka Surat / Page : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Drp / of : 42

SOALAN:

1. Apakah definasi bagi gambarajah bentangan dalam elektrik ?


_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Di manakah biasanya Suis dipasang pada suatu pemasangan pendawaian Elektrik ?
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Di manakah biasanya Papan agihan dan alat kawalan pengguna dipasang pada suatu
pemasangan pendawaian ?
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

4. Senaraikan 4 gaya lukisan dalam melukis lukisan bentangan elektrik ?


A. _________________________________
B. _________________________________
C. _________________________________
D. _________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan


Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth
Edition) Institution of Electrical Engineers.
6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif

Anda mungkin juga menyukai