Anda di halaman 1dari 3

MUQADDIMAH

Ketaatan merupakan suatu perintah yang mutlak daripada Allah swt agar taat
kepadaNya dan juga RasulNya. Malah ketaatan tidak hanya terhenti di sana kerana di
dalam ruang lingkup Hakarah Islamiyyah juga mengaplikasikan konsep ketaatan.
Walaubagaimanapun konsep wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah
Islamiyyah tertakluk kepada syarat-syarat dan keadaan tertentu sebagaimana huraian
di bawah.

PENGERTIAN TAAT
Taat bermaksud mematuhi segala arahan dan melaksanakannya dalam apa keadaan
sekalipun samada susah atau senang berseusaian dengan kehendak atau pun tidak.
Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan
rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, “kami
mendengar, dan kami patuh”, Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. Surah
AnNur ayat 51
Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan
yang tidak melanggar syara’ dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa
pengetahuan dan usul periksa. Sabda Rasulullah saw:

“Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia
suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah
kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)
PENGERTIAN WALA’
Wala’ bererti : penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan.
Wala’ terkandung di dalamnya tiga unsur
1) Kasih sayang
2) Tolong menolong
3) Persefahaman

Konsep Wala’ yang diamalkan di dalam organisasi Islam bermaksud kesetiaan seorang
Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam
atau kawan.

Secara umumnya pengertian wala’ dan taat dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah
ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpian dalam saf perjuangan Islam.

HUKUM MEMBERI WALA’ DAN KETAATAN


a. Hukum Mewajibkannya
Kewajipan memberi wala’ kepada pimpinan di dalam saf perjuangan Islam amat
penting dan sekaligus ianya sebagai neraca untuk menentukan masa depan gerakan
Islam itu sendiri. Allah memerintahkan manusia supaya mentaati pemimpin dan
sekaligus memberikan wala’ dan ketaatan kepadanya. Firman Allah swt yang
bermaksud:

“wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang
bertaqwa) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu
perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul” (Surah an-Nisa: 59)
Sabda Rasulullah saw :
“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang
menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada
ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada
ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)
sabdanya lagi:

“Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah
yang rambutnya seperti anggur kering”
al-Imam Fakhrur Razi memberi ketegasan di dalam hal ketaatan ini dengan meletakkan
keputusan syura secara ijma’ adalah satu sumber dalil. Keputusan ini menjadi
kewajipan kepada manusia untuk mentaati secara jazam. Martabat ini lahir disebabkan
ijma’ ummah itu bukan keputusan yang ma’sum. Hak ketaatan yang asahaja.
Sungguhpun begitu kewajipan untuk meletakkan kepatuhan kepada ketua atau
pimpinan seterusnya memberi wala’[ adalah diputuskan sebagai kewajipan dalam
agama.

b. Hukum Mengharamkannya.
Dalam hal ini jelas sebab-sebab mengapa Islam mengharamkan penganutnya memberi
wala’ kepada pemimpinnya. Rasulullah saw sendiri telah menggariskan batas-batas
ketaatan kepada para pemimpin. Sabda Rasulullah saw:
“Tiada ketaatan untuk makhluk dalam perkara maksiat (derhaka) kepada pencipta
(Allah)”
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan
RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak diharuskan
kepada orang beriman memberi wala’ dan ketaatan bahkan Islam mewajibkan umatnya
supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.

BEBERAPA MASALAH DISEKITAR WALA’ DAN PENYELESAIAN


Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya
ialah:
1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.
2. Tidak memahami konsep berjemaah
3. Tidak menghayati waqi’ semasa
4. Tidak mempunyai pendidikan Islam
5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah
6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Secara dasarnya masalah yang timbul sekitar wala’ dan ketaatan di dalam Harakah
Islamiyyah ini dapat dibendung melalui:
1. Mengemaskinikan kembali organisasi saf
2. Membuat pengisian pentarbiyyahan kepada anggota.
3. Mengemaskinikan lagi tanzim dalaman.
4. Membuat tindakan dan perancangan melalui keputusan syura
5. Meluaskan medan perjuangan keperingkat global.
6. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan am.

Permasalahan wala’ dan ketaatan ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada
pendokong-pndokong Islam tetapi ia merupakan satu pentarbiyyahan dalaman yang
tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan bahkan meningkatkan lagi prestasi
perjuangan.
KESIMPULAN
Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu
tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu.
Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu
benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang
menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan
kedudukanmu” (Muhammad : 7)

Sumber: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Anda mungkin juga menyukai