Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA ETN 1014 LUKISAN SKEMA ELEKTRONIK


PROGRAM / PROGRAM’S EE-021-2:2012
CODE & NAME ELECTRONIC EQUIPMENT AND APPLIANCE
INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING


NO. DAN PENYATAAN REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / WORK 2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
ACTIVITIES NO. AND REQUIREMENTS
STATEMENT 3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING.
4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-2:2012-C01/P(1/4)


Muka: 1 Drpd: 24
COMPETENCY UNIT ID ETN 1014/P01/P1

TAKRIF LUKISAN KEJURUTERAAN.

Lukisan kejuruteraan adalah bahasa dalam bentuk lukisan yang membolehkan


seseorang pekerja membaca dan mengikuti arahan kerja dan mengikut cara kerja yang
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 2 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

perlu dilakukan. Lukisan kejuruteraan yang lengkap dapat memberi data-data serta
keterangan-keterangan berkenaan projek yang hendak disiap. Data-data yang diberi oleh
sesuatu lukisan kejuruteraan adalah seperti :-

i. Rupa bentuk asal projek yang hendak dibuat.

ii. Saiz dan ukuran asal projek tersebut.

iii. Jenis logam benda kerja.

iv. Penyudahan kerja projek tersebut.

v. Cara pasang dan buka projek tersebut.

Selain dari data-data di atas lukisan kejuruteraan juga menerangkan nama projek,
skala, had terima dan siapa yang membuat pelan lukisan kejuruteraan tersebut
supaya sekiranya terdapat kemusykilan, dapatlah pembuat projek tadi bertanya
kepada pereka projek tersebut.

i. Rupabentuk asal projek yang hendak dibuat.

ii. Saiz dan ukuran asal projek tersebut.

1.1 JENIS-JENIS PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

1.1.1 Alat –alat Lukisan Kejuruteraan

Ada beberapa jenis alat lukisan yang selalu digunakan untuk membuat suatu

lukisan. Pemilihan dan penggunaan peralatan yang betul sangat penting dalam

menghasilkan sebuah lukisan yang baik. Pemilihan alat-alat ini bergantung

kepada jenis, saiz dan betapa pentingnya sesuatu lukisan itu. Namun demikian,
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 3 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

untuk para pelajar yang baru pertama kali mempelajari mata pelajaran ini adalah

dinasihatkan untuk menyediakan alat-alat yang asas seperti yang tercatat di

bawah ini,

i. Kertas Lukisan (saiz A1 / A2)

ii. Papan lukisan (biasanya disediakan dalam bilik lukisan)

iii. Pensil atau pensil kejuruteraan (jenis 2B, HB, H dan 2H)

iv. Sesiku T

v. Sesiku segitiga (30º -60º dan 45º-45º)

vi. Pemadam dan kain atau berus pembersih

vii. Jangka lukis

viii. Pita Pelekat

ix. Jangka Pembahagi

x. Pembaris kejuruteraan

xi. Lengkok boleh lentur atau lengkok French

xii. Lengkok jejarian

xiii. Pensil lukisan

1.1.2 CARA PENGGUNAAN PERLATAN LUKISAN

Cara penggunaan dan penjagaan alat-alat lukisan merupakan perkara yang penting
dan perlu diberi penekanan.

a. Papan Lukisan

Berikut adalah langkah-langkah penjagaan papan lukisan untuk memastikan


keadaan permukaannya sentiasa rata:-
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 4 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 1: Papan Lukisan

i. Sebelum dan selepas menggunakan papan lukisan,hendaklah dibersihkan


dengan menggunakan kain kering supaya tiada habuk yang melekat.

ii. Elakkan dari menebuk lubang, mengasah pensil atau memotong kertas dengan
menggunakan pisau di atas permukaan papan lukis.

iii. Elakan dari melukis atau menconteng di atas permukaan papn lukisan.

iv. Pastikan bahagian bucu tepi papan lukis dalam keadaan rata dan lurus.

b .Sesiku T

i. Dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian
bilah seperti yang ditunjukkan di gambarajah 2dibawah.

ii. Kedua-dua bahagian ini mestilah diikat atau melekat dengan kuat supaya tidak
boleh digerakkan dan mestilah bersudut tepat di antara satu dengan yang lain.

iii. Bahagian tepi bilah mestilah dalam keadaan rata dan lurus.

iv. Sesiku T digunakan di atas papan lukis dengan meletakkannya dalam keadaan
mengufuk dan bahagian kepala disebelah kiri papan.
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 5 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

v. Cara menggunakan sesiku dengan betul adalah dengan menolak dengan rapat
bahagian kepala kepada bahagian tepi papan. Ini untuk memastikan bahagian
bilah dalam keadaan mengufuk.

vi. Pastikan tidak ada bahagian yang renggeng di antara kepala sesiku T dengan
bahagian tepi papan lukis untuk mengelakkan dari fungsi kegunaannya kurang
tepat. Selain daripada digunakan untuk membentuk garisan lurus mengufuk, ia
juga digunakan untuk tempat panduan meletakkan sesiku segitiga bagi
membentuk garisan condong dan juga garisan tegak.

vii. Jangan gunakan bahagian tepi bilah sebagai panduan memotong kertas dengan
menggunakan pisau, kerana cara ini akan menguris bahagian tepinya dan
menyebabkan ia tidak lurus.

Gambarajah 2 : Sesiku T

Cara menguji bahagian tepi bilah

i. Mula-mula bentuk satu garisan mengufuk di atas kertas lukisan dengan


menggunakan sesiku T, berpandukan kepada bahagian tepi bilah.

ii. Setelah garisan dibentuk, pusingkan kertas arah menyongsang sehingga garisan
yang dibentuk tadi bertemu semula dengab bahagian tepi sesiku T.

iii. Bentuk satu garisan mengufuk yang kedua. Jika garisan yang kedua ini tidak di
atas garisan yang pertama tadi, ini bermakna bahagian tepi bilah tidak lurus.

iv. Bahagian tepi bilah yang tidak lurus akan menghasilkan lukisan teknik yang tidak
ada ketepatan dalam pembentukan garisan.
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 6 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

v. Jika berlaku lengkung pada bahagian tepi bilah, ini bermakna sesiku T tidak
boleh digunakan untuk kerja-kerja melukis. Selain daripada kesan-kesan
bahagian tepi bilah yang tidak rata terdapat kesan bahagian tepi bilah yang
bergerigi, Kesan lekuk pada bahagian bilah boleh memberikan kesan garisan
yang tidak lurus.

Gambarajah 3 : Penggunaan Sesiku T

c .Sesiku Segitiga

i. Terdapat 2 sesiku iaitu bersudut 45⁰ dan 30⁰

ii. Sesiku ini berbentuk segitiga yang digunakan bersama kombinasi sesiku T bagi
membentuk garisan-garisan condong. Ia juga diguna untuk membentuk garisan
tegak. Alat sesiku sigitiga ini dibuat dengan sudut 45⁰ dan 30⁰ kerana mengikut
sudut-sudut yang lazim didapati dalam lukisan kejuruteraan.

iii. Pada bahagian tepi sesiku segi tiga lazimnya terdapat ukuran yang ditanda dengan
ukuran metrik, yang mana ia boleh diguankan juga sebagai pembaris.
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 7 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 4 : Set Sesiku Segitiga

iv. Gambarajah 4 menunjukkan cara bagaimana untuk membina sudut yang biasa
digunakan dalam lukisan teknik dengan alat sesiku segitiga.

a) Menggunakan sesiku untuk membentuk sudut 45dalam dua kedudukan yang


bertentangan di antara satu dengan lain.

b) Membina sudut 90 yang membuka di bahagian tengah. Dalam kedua-dua rajah
tersebut adalah penggunaan sesiku 45

c) Membina sudut 30dan 60 dalam dua kedudukan yang bertentangan dengan
menggunakan sesiku 30

d) Membina sudut 30dari garisan datar dan 60dari garisan tegak dengan
menggunakan sesiku 30

e) Membina sudut 15 dari satu garisan tegak dan sudut 75dari garisan-garisan
datar dengan menggunakan sesiku segitiga bersudut 30 dengan 45

f) Membentuk sudut 75 dari satu garisan tegak dan sudut 15 dari satu garis datar
dengan menggunakan sesiku 45 dan 30.
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 8 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 5 : Membina Sudut Menggunakan Sesiku Segitiga

d .PENSIL LUKISAN

Dalam lukisan teknik jenis pensil diambil kira untuk menentukan mutu lukisan. Oleh
itu gunakan pensil dari jenis yang baik mengikut kelembutan matanya.Terdapat
pelbagai jenis kelembutan mata pensil dibuat untuk membentuk garisan-garisan
tertentu.
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 9 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 6 : Jenis pensil Lukisan

Jadual 1 di bawah menunjukkan jenis-jenis kelembutan mata pensil mengikut angka

dan huruf. Bagi garisan ringan ,pensil yang digunakan adalah 4H, 5H, 6H, 7H, 8H

dan 9H. Manakala jenis sederhana kelembutannya dilabel 3H,2H,H,F,HB dan

kegunaannya adalah untuk membentuk garisan am, objek, lakaran atau menguruf.

Jenis Mata
Ciri -ciri Kegunaan
Gred Pensil Pensil

9H hingga 4H Keras Menghasilan garisan Untuk menghasilkan garisan ringan seperti untuk
halus dan pudar. garisan panduan penghurufan, garisan binaan
dan garisan yangmemerlukan ketepatan.

3H, 2H, H, F, Sederhana Menghasilkan garisan Sesuai digunakan untuk membuat lakaran
HB dan B ringan. penghurufan, tanda anak panah, garisan objek
dan garisan tengah.

2B hingga 7B Lembut Menghasilkan garis Menghasilkan garis kasar dan mewarnai objek.
tebal dan
terang(hitam)

Jadual 1: Gred Pensil dan Kegunaan


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 10 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Pensil jenis lembut yang digunakan untuk kerja seni melukis dan juga senibina yang
dilabel dengan B dan B2.

Cara menggunakan pensil adalah seperti berikut :-

i. Sentiasa dalam keadaaan tajam bagi membolehkan garisan dilukis dengan tepat,
beza jelas dan kemas.

ii. Pensil yang tumpul akan menghasilkan garisan melebar serta tidak seimbang. Cara
yang betul untuk mendapatkan mata pensil yang tajam ditunjukkan dalam rajah di
bawah.

iii. Bentuk kon bagi mata pensil boleh dilakukan dengan menyendengkan pensil dan
gosokkan matanya dengan kertas pasir.

iv. Pensil mekanikal juga boleh digunakan dalam lukisan dan cara pengguna pensil
ditunjukkan dalam gambarajah 15 dibawah.
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 11 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 7:Penggunaan pensil

e GETAH PEMADAM

Getah pemadam hendaklah berkualiti tinggi yang dapat memadam garisan tanpa
memberi kesan pada kertas lukisan.

Gambarajah 8 : Contoh getah pemadam

f. PERISAI PEMADAM

Digunakan sebagai panduan memadam sesuatu garisan dalam lukisan tanpa


mengganggu atau terpadam garisan lain yang berhampiran.Cara menggunakan
alat ini ditunjukkan dalam gambarajah 9.

Letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan yang hendak di
padam. Garisan dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai.
Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat
memadam garisan pada lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang lain.
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 12 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 9 :Alat Perisai Pemadam

g. SET LUKISAN

Dalam satu set alat lukisan biasanya mengandungi alat keperluan melukis seperti
jangka lukis, alat pembahagi, alat mendakwat dan lain-lain.

h. Jangka Lukis

Alat ini digunakan untuk membentuk garis bulatan dan lengkok. Bagi membentuk
garisan bulatan yang besar boleh menggunakan alat jangka lukis yang ditunjukkan
dalam rajah di bawah.

Gambarajah 11b: Jangka lukis


Gambarajah 10a: Jangka lukis untuk bulatan dan lengkuk kecil
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 13 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 12 :Cara menajamkan mata pensil pada alat jangka lukis


dan kedudukanyang betul

Gambarajah 13: Penyediaan Gambarajah 14: Mengasah mata pensil


mata pensil yang perlu jangka lukis dengan menggunakan
dielakkan kertas pasir halus

i. Pembahagi

Alat ini digunakan untuk memindahkan ukuran dari pembaris kepada kertas lukisan.
Untuk ukuran yang tepat, ukuran-ukurannya diambil terus dari alat pembaris
lukisan. Gambarajah 15 hingga 19 menunjukkan cara penggunaan pembahagi.

Gambarajah 15: Menanda pusat dan Gambarajah 16: Cara memegang


jejari untuk melukis bulatan dan jangka lukis ketika membuat bulatan
dan lengkuk
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 14 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 17: Cara memegang


jangka lukis ketika membuat bulatan
dan lengkuk

Gambarajah 18: Cara memulakan Gambarajah 19: Cara menggunakan alat


garisan bulatan dari bahagian yang pembahagi dengan betul. Memindahkan
terbawah sekali ukuran dan membahagi ukuran

j. Lengkung Perancis Dan Lengkung Boleh Laras

Alat jangka lukis boleh digunakan untuk melukis lengkok, separuh bulatan dan

bulatan penuh. Lengkok yang tidak bulat seperti elips, boleh dibentuk dengan

menggunakan alat mlengkung perancis ataupun lengkung boleh laras.Cara

penggunanya seperti ditunjuk pada gambarajah 21 dan gambarajah 22. Pelukis

perlu menentukan terlebih dahulu titik-titk lengkok yang hendak dibentuk. Setelah

titik-titik ditentukan, dengan menggunakan alat ini, pilih bahagian lengkung yang

sesuai kepada titik-titik lengkok.


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 15 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 20:Lengkung perancis dan teras boleh lentur

Gambarajah 21: Cara menggunakan Gambarajah 22: Membentuk lengkok


lengkung perancis untuk membentuk menggunakan lengkung perancis

k. Pencontoh

Untuk memudahkan melukis lukisan kejuruteraan, terdapat beberapa alat

tambahan yang boleh digunakan olehpelukis.Diantaranya ialah pencontoh bulatan

yang boleh digunakan untuk melukis bulatan atau lengkok, tanpa menggunakan

alat jangka lukis. Dalam gambarajah 23 di bawah adalah sebahagian daripada

pencontoh yang boleh didapati


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 16 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Gambarajah 23:Sebahagian Daripada Pencontoh

l. Alat Pembaris

Pembaris bukannya untuk digunakan sebagai panduan melukis garisan lurus tetapi ia

diguna untuk mendapatkan ukuran. Terdapat dua jenis pembaris iaitu pembaris jenis

pipih dan pembaris jenis segitiga.Pembaris jenis segitiga adalah digunakan untuk

persediaan lukisan teknik skala penuh, mengecil atau membesarkan saiz.

Gambarajah 24:Pembaris Pipih Gambarajah 25:Pembaris Segitiga

m. Kertas Lukisan

Terdapat pelbagai jenis kertas lukisan yang boleh digunakan dalam lukisan teknik.

Ada jenis yang tebal dan ada jenis yang nipis. Sais kertas lukisan juga berbeza
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 17 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

beza mengikut keperluan lukisan. Pembuatan kertasnya juga boleh didapati

daripada pelbagai jenis bahan. Dalam lukisan, lazimnya menggunakan kertas

berwarna putih atau krim sederhana.

Kertas boleh didapati daripada pelbagai saiz stardard seperti yang diseneraikan :-

Jadual 2 : Ukuran metrik bagi kertas lukisan

Jadual 3: Ukuran imperial bagi kertas lukisan

Biasanya kertas saiz A3 (297x420mm) ataupun 11.0x17.0inci, dengan ketebalan

110gm digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Dalam kerja-kerja melukis tertentu

sahaja, kadangkala digunakan saiz kertas A2(420x594mm) atau 17x22 inci.


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 18 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

n. ELEKTRONIK SCHEMATIC SOFTWARE.

Terdapat pelbagai perisian lukisan schematic di pasaran contoh proteus, solidworks


dan livewire yang digunakan dalam pembangunan projek-projek elektronik :-

 Umumnya perisian-perisian ini dicipta bagi memenuhi 3 fungsi utama;

- Untuk menghasilkan lakaran skematik litar (circuit schematics),

- Menghasilkan lakaran tataletak litar (circuit layout) dan,

- Menjalankan simulasi litar (circuit simulation).

Berikut adalah perisian yang berguna untuk konteks-konteks rekacipta elektronik


yang berbeza

Express PCB dan Express Schematics

Gambarajah 26: Perisian Express PCB


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 19 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Pakej perisian ini terdiri daripada perisian Express PCB dan perisian Express
Schematics. Menepati namanya, kedua-dua perisian ini cukup berguna di
dalam menghasilkan lakaran skematik dan tataletak papan litar bercetak
dengan pantas. Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik peringkat asas
(basic) sehingga ke peringkat pertengahan (intermediate).

Lakaran skematik litar menggunakan Express Schematic

i. Perisian ini berguna bila mana anda masih lagi diperingkat meneroka dan
merangka litar anda, peringkat di mana anda sendiri tidak mahu
meluangkan masa yang banyak memikirkan segala perincian yang terlibat.

ii. Lakaran skematik dan tata letak dapat dihasilkan dalam tempoh sesingkat
beberapa minit, bahkan bagi mereka yang tidak biasa menggunakannya.

iii. Kelemahannya, perisian ini adalah terhad dari segi fungsi-fungsi lanjutan
(seperti fungsi autorouter).

Gambarajah 27 : Perisian Express


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 20 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Perisian lukisan elektronik skematik ini dapat memudahkan kerja kerja untuk melakar
lukisan seperti ingin mengubahsuai lukisan skematik dan mereka bentuk litar komponen
elektronik supaya ianya mudah difahami dari segi konsep dan lakarannya.

Dalam penghasilan lukisan elektronik skematik, penggunaan perisian perisian komputer


ini dapat membantu dari segi hasil karya dan kekemasan sesuatu lakaran komponen.
Kebiasaannya, perisian juga dapat menunjukkan hasil daripada cantuman komponen
komponen seperti IC, transistor, perintang, kapasitor dan pelbagai lagi komponen yang
boleh dilakar dengan menggunakan pakej perisian elektronik skematik itu. Ia juga dapat
menjimatkan masa dan kos kerana sebarang kesilapan lukisan di dalam komputer boleh
dipadam dan lakukan yang baru mengikut spesifikasi lukisan.

1.1.3. MENYEDIAKAN KERTAS LUKISAN

a. Menempatkan Kertas Lukisan Pada Papan Lukis

Kedudukan yang sesuai bagi membolehkan kerja-kerja melukis dilakukan dengan mudah
adalah dengan meletakkan kertas lukisan berhampiran kepada bahagian penjuru kiri
sebelah bawah papan lukis seperti yang di tunjukkan di gambarajah 28. Letakkan sesiku T
ke bahagian bawah papan lukis dan pastikan bahagian kepala rapat ke bahagian tepi
papan. Kemudian letakkan kertas di atas sesiku T pada bahagian tepi bilah. Jarak di
antara bahagian tepi kiri papan dengan kertas sekitar 8cm . Ketika ini, pastikan juga
bahagian bawah kertas rapat kebahagian tepi bilah sesiku T dan juga pastikan bahagian
tepi kertas dalam keadaan tegak seperti di rajah bawah.

Gambarajah 28 : Menentukan kedudukan kertas lukisan


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 21 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

b. Melukis Garisan Sempadan

Garisan sempadan dilukis dengan jarak 10 mm dari bahagian tepi kertas dan ia
merupakan bingkai kepada lukisan . Garisan ini dilukis menggunakan pensil gred
kehitaman lembut.Melukis garisan sempadan ditunjukkan dalam gambarajah 29a dan
29b.

Rajah 29a: Melukis garisan mendatar Rajah 29b: Melukis garisan menegak

Dengan menggunakan pembaris dan pensil, tandakan di atas kertas jarak 10 mm dari

bahagian tepi dengan tanda titik. Tempat-tempat yang perlu ditanda ditunjukkan dengan

angka 1,2,3 dan 4. Setelah kedudukan garisan sempadan ditanda, letakkan sesiku T

melintang di atas kertas dengan bahagian tepi bilah pada titik garisan sempadan bawah

seperti dalam gambarajah di atas. Dengan kedudukan sesiku T seperti ini, letakkan sesiku

segitiga disebelah kiri dengan bahagian tegak menyentuh titik sempadan kiri.Lakar

garisan halus untuk sempadan kiri. Kemudian alihkan sesiku segitiga ke bahagian kanan

kertas dengan bahagian tegak menyentuh titik sempadan kanan. Lukiskan garisan lakar

sempadan sebelah kanan.


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 22 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

Setelah garisan lakar sempadan kiri dan kanan dilukis, alihkan sesiku segitiga. Kemudian

alihkan sesiku T ke bahagian atas dengan tepi bilah menyentuh titik sempadan atas dan

lukis garisan sempadan. Garisan sempadan kiri dan kanan dilukis dengan sempadan

tegak seperti pada gambarajah 2.

c. Melukis Blok Tajuk

Setelah melukis garisan sempadan, berikutnya ditunjukkan pula bagaimana melukis blok

tajuk. Blok tajuk ini gunanya unutk merakamkan maklumat lukisan. Ia dirakam secara

tulisan lukisan teknik. Kedudukannya di atas kertas lukisan pada sebelah bawah

berhampiran dengan garisan sempadan. Perkara-perkara yang perlu ditulis adalah seperti

yang ditunjukkan dalam gambarajah 30. Untuk menghitamkan garisan sempadan blok

tajuk mengufuk dan tegak yang sama gred kehitamannya dengan garisan sempadan

lain,sila gunakan pensil jenis lembut bagi mendapatkan kehitaman yang sama.

30 mm

Gambarajah 30 : Melukis blok tajuk kedudukan maklumat


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 23 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

SOALAN

1. Nyatakan peralatan peralatan lukisan kejuruteraan.

2. Nyatakan jenis lukis kejuruteraan.


ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01/P (1/4) Muka : 24 Drpd : 24
COMPETENCY UNIT ID

RUJUKAN :

1. http://www.rekacipta.net/2011/06/perisian-berguna-bagi-pembangunan.html.

2. Joseph A. Risse. 1968. Understanding electronic test equipment. H. W. Sams

3. Al Williams. 1993. Build your own Printed Circuit Board (ISBN: 007142783X).

Mcgraw-hill

4. Stephen S. Heineman, George W. Genevro. 1979. Machine Tools Process and

Applications. Canfield Press

5. Cyril W. Lander. 1994. Power Electronics. McGraw-Hill

Anda mungkin juga menyukai