Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 2
SEMESTER SEMESTER 3 DVM SESI 2017/2018
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / DVM
KOD / KURSUS ETE7033 - ELECTRICAL MAINTENANCE
KOMPETENSI 02. PREPARE MACHINE MAINTENANCE SCHEDULE
2.1 Mengenal pasti profil penyelenggaraan peralatan.
2.2 Membezakan kerja utama dan kecil secara berasingan.
KOMPETENSI UNIT 2.3 Melaksanakan selang kerja utama dan kecil.
2.4 Senaraikan skop kerja penyelenggaraan.
2.5 Gunakan senarai semak penyelenggaraan.
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat : -
 Membangunkan papan suis utama, sub-stesen dan jadual
penyenggaraan penjana mengikut prosedur operasi standard
(SOP). (C3, PLO6)
HASIL PEMBELAJARAN
 Sediakan jadual penyelenggaraan mesin mengikut prosedur
operasi standard (SOP). (A3, PLO4)
 Pasang papan suis utama dan penyelenggaraan rutin penjana
mengikut prosedur operasi standard (SOP). (P3, PLO7)
TARIKH MASA 12 JAM
ETE7033/K02/NK 02-04 C-051-4 /
NO KOD KOD JPK
EDISI MEI/2017 EE - 320 - 4 : 2012
MAKLUMAT CALON
NAMA Muka : 01 Drp : 16
NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
(PENTAKSIR) PENYELARAS KURSUS)
TARIKH: TARIKH:
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 02 Drp: 016
NAMA MURID

PENERANGAN :

1.1 Pengenalan

Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting bagi setiap individu
mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat atau digunakan dalam kerja tersebut. Pada
sebarang alatan elektrik pun, terdapat spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan
motor elektrik.

Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang mengandungi data
ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat dengan kerja-keja pemasangan motor
elektrik. Spesifikasi data elektrik tersebut amat penting dalam kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz
konduit, wire dan jenis perlindungan yang sesuai untuk diaplikasikan

Para pelatih akan berupaya mengtakrifkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam plat nama
motor elektrik.

1.2 PLAT NAMA MOTOR

Plat nama motor akan memberi maklumat yang penting, mengenai pemilihan dan pemasangan motor.
Data-data yang terdapat dalam plat nama motor akan memberi penerangan mengenai ciri-ciri elektrik yang
terdapat pada motor. Dari maklumat ini para juruteknik dapat menentukan saiz conduit, wire dan jenis
perlindungan yang patut dipasang.

Data-data rekabentuk dan perlakuan (performance) yang terdapat dalam plat nama sangat penting untuk
kakitangan senggeraan. Jika terdapat suatu motor yang rosak atau terbakar, dengan mengetahui maklumat
ini mereka dapat menggantikan motor tersebut dengan cepatnya.
Untuk fahaman yang lebih dalam mengenai data-data cuba lihat gambarajah dibawah:-
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 03 Drp: 016
NAMA MURID

1.3 KOD PEMBUAT


a. JENIS PENUTUP / MOTOR ENCLOSURE

Mengikut piawaian British jenis penutup bagi alat-alat elektrik bergantung kepada jenis
perlindungan yang diberi kepada seorang daripada sentuhan kepada dawai hidup.

Secara asasnya terdapat dua jenis penutup:


i. Penutup pengalihudara (ventilated enclosures)
ii. Tutup sepenuhnya (totally enclosed)

Jenis-jenis penutup pengalihudara:


a. Protected
b. Screen protected (SP)
c. Drip-proof (DP)
d. Hose-proof
e. Weather-proof

Jenis-jenis tutup sepenuhnya:


a. Plain totally enclosed motor (TE)
b. Totally enclosed fan motor (TEFC)
c. Totally enclosed flame proof (FLP)

b. SERIAL NUMBER / SN

Nombor siri pengenalan motor berkenaan. Ini adalah menyatakan nombor individu motor
tersebut.

c. MODEL NUMBER :

Nombor ini adalah pengenalan tambahan pembuat, kebiasanya digunakan untuk tempahan.

d. FRAME / FR :

Saiz rangka menerangkan ukuran motor.

e. SERVIS FACTOR / SF:

Servis faktor 1.0 bermaksud motor tersebut tidak boleh digunakan melebihi kuasa yang
tercatat. Jika motor tersebut dikendalikan lebih daripada kuasa yang tercatat, ini akan menyebabkan
penebatan motor tersebut cepat rosak.

Servis faktor yang biasa digunakan ialah 1.0 hingga 1.5.

f. AMPERES :

Bemaksud arus yang mengalir dari talian apabila motor berkendali pada voltan dan frekuensi
yang tercatat pada beban penuh.

g. VOLTS :

Adalah nilai yang diukur pada punca motor dan hendaklah sama nilainya pada motor tersebut.

h. CLASS INSULATIONS :

Kelas penebat adalah merujuk kepada bahan penebatan yang digunakan di dalam lilitan
stator motor. Terdapat banyak jenis kelas penebat dan ianya adalah seperti berikut:
a. Kelas Y (suhu maxima ialah sampai 90 degree C)
b. Kelas A (Suhu maxima ialah 105 degree C)
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 04 Drp: 016
NAMA MURID

c. Kelas E (Suhu maxima ialah 120 degree C)


d. Kelas B (Suhu maxima ialah 130 degree C)
e. Kelas F (suhu maxima ialah 155 degree C)
f. Kelas H (Suhu maxima ialah 180 degree C)
g. Kelas C (Suhu maxima ialah lebih daripada 180 degree C)

Secara amnya motor tidak patut dikendalikan lebih daripada suhu maxima. Jika kita
kendalikan motor lebih daripada suhu maxima ia akan menyebabkan jangka hayat motor tersebut
berkurangan.

i. HERTZ / Hz:

Adalah frekuensi sistem kuasa untuk motor tersebut. Jika sebuah motor tidak dikendalikan
pada ferkuensi dan voltan yang tercatat ia akan menyebabkan daya kilas dan kelajuan motor tersebut
berubah.

j. DUTY CYCLE / TIME RATING :

Adalah jangkasam keupayaan kendalian motor itu berkendali dengan selamat. Biasanya
terdapat dua jenis “duty” iaitu:

a. “continuous” bermakna bahawa motor tersebut boleh dikendalikan, tanpa berhenti


atau tidak ada had masa untuk memberhentikan motor tersebut.
b. “Short-time” bermakna bahawa motor tersebut ada had rating masa untuk
dikendalikan.

k. PHASE / PH :

Menentukan fasa yang patut digunakan untuk mengendalikan motor.

l. KVA :

Adalah kod dimana menunjukkan pada arus permulaan. Ini adalah digunakan untuk memilih
alat-alatan penghidup dan perlindungan motor berkenaan.

m. EFFICIENCY :

Keupayaan motor tersebut di dalam peratusan. Nilai ini terdapat pada motor piawai
(Standard)

n. NOISE / dBA:

Setengah motor direka untuk bunyi bising yang rendah. Tahap bunyi yang terdapat pada plat
tanda diukur dalam unit “dBA”

o. MANUFACTURE NOTES :

Senarai sifat-sifat motor seperti “Perlindungan haba” (thermal protected), alas tertutup (sealed
bearing) dan lain-.lain lagi.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 05 Drp: 016
NAMA MURID

1.4 Pengenalan komponen asas motor.

Pada asasnya setiap motor mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai fungsi yang
tersendiri untuk mengerakkan motor. Selain itu binaan kompenan motor juga boleh ditentukan mengikut jenis
motor dan kesesuaian penggunaan motor tersebut.

2 1

4
4

5 3

13
12
1 11

10

7 9

2
8

14
7

Rajah kompenan motor aruhan jenis sangkar tupai.


NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 06 Drp: 016
NAMA MURID

i. Nama bahagian-bahagian motor berdasar nombor yang dinyatakan :

1 Plat pengenalan motor 8 Badan motor / Frame.


2 Aci / Shaft 9 Peti punca.
3 Alas / Bearing. 10 Bungkah Punca.
4 Kipas rotor. 11 Penutup hujung punca.
5 Rotor / Teras. 12 Bol tindek.
6 Penganding alas 'bearing'. 13 Tudung kipas.
7 Bebibir. 14 Stator

ii. Bahagian komponen-kompenen motor

i. BADAN (Frame)
 Motor jenis kecil biasanya diperbuat dari keluli tuangan (cast steel) yang berbentuk
silinder.
 Motor jenis sederhana dan besar dibuatkan dalam bentuk kotak.
 Bahagian dalam badan menempatkan teras stator dan lilitan stator.
 Teras stator terdiri dari lapisan-lapisan keluli yang bermutu tinggi. Lapisan-lapisan ini
bertebat di antaranya dan bertujuan untuk mengurangkan kesan arus pusar.
 Tudung motor yang berjaring berfungsi untuk menyekat kemasukan bendasing ke
daiam motor dan direka untuk mendapatkan ketegaran yang maksima.

Sirip penyejuk
digunakan untuk
menyejukkan motor
apabila beroperasi

Alur wending digunakan


untuk melilit dawai
kuprum pada stator

Rajah bahagian Badan motor ( Stator )

ii. STATOR
 Mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga.
 Lilitan-lilitan stator yang telah siap kemudiannya direndam ke dalam varnis sintetik
dan dipanaskan didalam ketuhar untuk membentuk lilitan yang kemas dan tidak telap
habuk serta kelembapan.

RAJAH
BAHAGIAN STATOR
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 07 Drp: 016
NAMA MURID

iii. PETI PUNCA

Terdiri diri bungkah punca bertebat yang di tempatkan dalam peti logam dan dilapik dengan
gasket untuk mengelakkan penyerapan habuk dan kelembapan.
 Bagi motor-motor besar, penyambungan didudukkan di atas 'bar-bar' penebat dan
dijarakkan di antaranya bagi memudahkan penempatan kabel-kabel besar.
 Hablur 'silica-gel' ditempatkan di dalam peti punca motor-motor voltan tinggi. Hablur
ini menyerap lembapan yang terdapat dalam peti punca.
 Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu.

RAJAH
PETI PUNCA

iv. ROTOR
 Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mengandungi pengalir tembaga atau
aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
 Biasanya alur-alur teras rotor berbentuk pencungan skru bagi mengurangkan bunyi
bising dan pusaran magnetik.
 Rotor-rotor besar mempunyai pengalir tembaga atau loyang melalui alur-alur di
dalam lapisannya, dengan hujung nya dipateri ke gelang hujung.
 la juga membawa kipas yang dipasang berasingan, dan alur-alur ganti-udaran
diadakan di dalam teras rotor.
 Kedua-dua permukaan rotor dan stator mesin perlu mempunyai celahan udara antara
'roto' dan stator.

RAJAH
BAHAGIAN ROTOR

v. ACI (Shaft)
 Diperbuat dari keluli ketahanan tinggi dan mempunyai kekunci untuk menempatkan
rotor dan kipas.
 Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawa.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 08 Drp: 016
NAMA MURID

RAJAH
BAHAGIAN ACI

vi. ALAS (Bearing)

 Terdiri dari alas bebola (ball bearing) dan alas rola (sleeve bearing) di dalam motor-
motor kecil dan menggunakan geris sebagai pelincir.
 Tangkup alas dibuat dari besi tuangan memegang dan melindungi alas di dalam
kandungan alas dari habuk.

RAJAH
ALAS (BEARING)

Pada rotor terdapat bahagian


berbentuk seperti kipas, Ia
bertujuan untuk menyejukkan
rotor semasa beroperasi

vii. Lilitan gegelong ( Wanding coil )

 Diperbuat daripada dawai kuprum satu lembar dan disalut dengan varnis sintetik
sebagai penebat. varnis adalah bahan penebat yang tahan suhu tinggi.
 Luas keratan rentas dan jumlah bilangan lilitan / wending pada rotor akan
mempengaruhi motor dari segi starting (pemula) atau running (pelari)

Rajah lilitan gegelong / wInding coil motor sangkar tupai

iii. GEAR:

• Tujuan untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendaki dengan tidak
berubahnya daya kilas bagi motor tersebut.
• Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah 2 atau lebih gear diperlukan.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 09 Drp: 016
NAMA MURID

1.5 FAKTOR PEMILIHAN MOTOR :

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu jenis motor itu dipilih untuk
menjalankan sesuatu tugas ialah seperti yang berikut:-

1. Beban yang digunakan:

Biasanya kekuatan motor dinyatakan dalam unit watt atau kuasa kuda (h.p.). Dari sini dapat
ditentukan nilai beban yang mampu di tanggungnya.

2. Daya kilas yang diperlukan oleh beban:

Iaitu daya kilas semasa motor itu mula-mula berputar sama ada berbeban penuh atau tanpa
beban. Setiap motor mempunyai kilas yang berlainan.

3. Keadan suhu sekeliling (suhu ambien):

Iaitu suhu sesuatu tempat boleh mempengaruhi usia sesebuah motor. Oleh itu, sesebuah motor
direka bentuk supaya sesuai dengan julat suhu yang tertentu sahaja.

4. Penjagaan:

Iaitu samada motor itu mudah atau sukar dijaga dan keadaan tempat motor akan dipasang sama
ada kedudukan motor itu menyebabkannya sukar diperiksa, lembap, berminyak atau sebagainya.

5. Jangka masa digunakan:

Ada motor yang dipilih itu sesuai untuk kegunaan sepanjang waktu, atau hanya untuk waktu yang
sementara atau sekejap-sekejap sahaja.

6. Voltan bekalan:

Iaitu sama ada arus terus, arus ulangalik 1 fasa atau 3 fasa.

7. Kelajuan yang diperlukan:

Jika motor itu hendak digunakan sebagai motor kawalan kelajuan, faktor ini perlu diambil kira.

8. Harga:

Walaupun faktor ini tidak begitu mustahak tetapi dari segi penjimatan belanja adalah lebih
brfaedah untuk membeli motor yang dapat memberikan keupayaan yang sama tetapi berharga
murah.

9. Kedudukan motor:

Menegak, mengufuk, satu aci, dua aci dan sebagainya yang sesuai dengan keperluan.

1.6 PENGIRAAN BERKAITAN MOTOR

1) KECEKAPAN ( EFFICIENCY )

Kuasa Keluaran ( Po )
% Kecekapan = ------------------------------- x 100
Kuasa Masukkan ( Pi )
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 010 Drp: 016
NAMA MURID

Po
% Kecekapan = -------------------- x 100
Pi

 Po = Pi – Losses

2) KEHILANGAN ( LOSSES )

Kehilangan dalam persamaan di atas mewakili jumlah kehilangan di dalam Motor. Ianya
dibahagikan pada dua kategori iaitu :
a. Kehilangan Tetap
Hasil daripada kehilangan pada stator dan rotor ( due to eddy current and hysterisis )
dan friction and windage lose yang disebabkan oleh putaran rotor.
b. Kehilangan Boleh Ubah
Kehilangan tembaga ( I2R ) pada stator dan rotor yang mana ia bergantung kepada
beban.

3) Kehilangan Teras Rotor ( Rotor Core Lose )

Dalam keadaan biasa ( motor berpusing ), frekuensi rotor adalah terlalu rendah. Oleh itu,
Hysterisis and eddy current losses akan menjadi terlalu lemah, maka kehilangan teras rotor
boleh diabaikan.

4) Kehilangan Teras Stator ( Stator Core Lose )

Ia disebabkan oleh main and leakage flux. Apabila beban berubah maka Kehilangan flux juga
akan berubah. Walaubagaimanapun boleh dianggapkan kehilangan ini adalah sama, samada
semasa keadaan beban penuh ataupun tanpa beban.

5) Friction And Winding Losses

Kehilangan ini disebabkan oleh putaran mekanikal rotor. Oleh kerana Kelajuan tidak berubah
secara ketara dari keadaan tanpa beban kepada beban penuh, maka kita anggapkan bahawa
kehilangan mekanikal adalah tetap.

6) Stator Copper Losses

Ini adalah kehilangan I2 R dalam lilitan stator. Ini disebabkan oleh beban Dan boleh dikira
dari arus dan rintangan yang boleh diukur.

7) Rotor Copper Losses

Oleh kerana ada arus mengalir dalam pengalir rotor maka kehilangan I2R dalam rotor akan
wujud. Disebakan arus rotor dan rintangan rotor tidak dapat diukur secara terus dalam motor
sangkar tupai, bolehlah ditentukan nilai ini secara tidak terus iaitu dengan mengukur slip
dengan tepat ketika beban penuh.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 011 Drp: 016
NAMA MURID

1.7 PENGALIRAN KUASA ( POWER FLOW )

STATOR AIR GAP ROTOR

Kuasa Elektrik Masuk ( Pi Pertakuran Pengeluar


Kuasa Kpd an Kuasa
) Masuk Kuasa Mekanikal
Kepada Mekanikal ( Po )
Rotor ( PR )

STATOR CORE STATOR COPPER ROTOR CORE ROTOR COPPER FRICTION + WINDING
( Pc ) LOSSES ( Pcus ) LOSSES ( abaikan ) LOSSES ( PCUR ) LOSSES ( PM )

Apabila lilitan stator ditenagakan ( energized ), kuasa elektrik akan mengalir di dalam motor. Oleh
kerana ianya kuasa 3 fasa maka dinyatakan seperti berikut dalam unit watt atau kilowatt.

P = √ 3 VLIL Cosθ

Kuasa Masukan tidak boleh dikira dengan nilai ukuran arus dan voltan kerana adanya pengaruh
faktor kuasa ( Cosθ ). Teknik mendapatkan nilai Kuasa Masukan ( Pi ) adalah dengan kaedah dua
wattmeter iaitu Pi = W1 + W2. Dalam stator terdapat dua kehilangan iaitu kehilangan teras ( PC ) yang
bergantung kepada bekalan voltan yang dibekalkan dan kehilangan copper ( PCUS ) yang bergantung
pada arus talian ( arus talian bergantung pada beban ). Jika kedua-dua kehilangan ini ditolak daripada
Kuasa Masukan ( Pi ), yang tinggal hanyalah kuasa yang dipindahkan melalui ruang udara ( air gap ) ke
dalam rotor ( PR ).

PR = Pi – PC – PCUS

Dalam rotor terdapat kehilangan teras dan kehilangan tembaga yang bergantung kepada slip dan
ini boleh diabaikan. Jika slip, dapat diukur dengan tepat maka kehilangan tembaga rotor ( PCUR ) adalah
seperti berikut :

PCUR = S x PR

Selepas kehilangan tembaga rotor ditolak dari kuasa masukan rotor ( PR ) yang tertinggal
hanyalah kuasa mekanikal yang dihasilkan ( PDEV ) oleh motor.

PDEV = PR - PCUR

Akhirnya Kuasa Keluaran, Po dapat ditentukan dengan menolak Kehilangan Mekanikal ( friction
dan winding loss ) dan kuasa yang dihasilkan ialah PDEV.

Po = PDEV - PM

Maximum Mechanical Power boleh diberikan dan juga kelajuannya ketika mengeluarkan kuasa
maksima atau kuasa beban penuh serta arus talian yang diambil oleh motor apabila mengeluarkan kuasa
beban penuh dan faktor kuasa beban penuh
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 012 Drp: 016
NAMA MURID

1.8 PERATURAN IEE YANG BERKAITAN DENGAN MOTOR

Berdasarkan Peraturan IEE 552-1 hingga 552-4 serta peraturan 467-7 dan 473. Huraian ringkas
setiap peraturan itu adalah seperti yang berikut :-

476-7 Setiap motor mestilah mengadakan suis pemecil bagi memutuskan bekalan ke motor, ke pemula
motor, ke litar kawalan dan sebagainya. Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang mudah
dicapai.

473-2 Peranti perlindungan boleh disambungkan ke mana-mana litar di Sepanjang pengalir litar akhir
motor dengan syarat tiada cabangan litar. Oleh itu, peranti ini boleh dipasang di tempat yang
mudah dicapai.

476-6 Perlindungan litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya Penurunan keupayaan
membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti pelindungan ini boleh juga dipasang pada
bahagian beban dengan syarat jarak di antara peranti perlindungan litar pintas dan titik mula
keupayaan membawa arus mula menurun tidak melebihi 3m.

552-1 Kadaran arus kabel yang digunakan untuk membawa arus Permulaan , arus pemecutan dan
arus beban motor hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan kadaran arus beban penuh
motor itu.

552-2 Saiz kabel bagi menyuap pemutar motor aruhan gelang gelincir atau Motor aruhan
berpenukartertiban hendaklah sesuai untuk menanggung arus permulaan dan arus bebah penuh
kerana arusini lebih besar daripada arus di pemegun / stator.

552-3 Motor yang berkadar lebih daripada 0.37KW hendaklah mempunyai Alat kawalan yang
mempunyai pelindung arus lebih ( beban lampau ) bagi melindungi motor dan kabel antara alat
kawalan itu dan motor.

552-4 Setiap motor elektrik memerlukan alat kawalan yang berikut :

1. Alat untuk mengelakkan motor daripada dihidupkan secara Automatik selepas kegagalan
bekalan. Ketetapan ini bertujuan bagi mengelakkan bahaya apabila motor dihidupkan secara
mengejut sebaik sahaja bekalan dipulihkan semula ( gunakan pelindung tanpa voltan ) kecuali di
tempat-tempat tertentu yang tidak membahayakan, motor itu boleh dihidupkan secara automatik.
Misalnya motor untuk kipas siling.

2. Jika terdapat lebih daripada satu kawalan yang digunakan Untuk memberhentikan motor, ketika
berlaku keadaan yang bahaya, kesemua alat yang boleh memberhentikan motor itu hendaklah
disetkan semula sebelum motor itu boleh dihidupkan.

3. Mengadakan suis pemencil. Suis pemencil itu hendaklah Dipasang di tempat yang sesuai ( dekat
dengan motor ). Jika alat itu jauh dari motor, alat pemencil tambahan atau alat utama yang boleh
dikunci dalam keadaan mati perlu dipasang untuk menjamin keselamatan pengasingan litar
semasa membaiki motor itu.

4. Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Peraturan 17(2) :

Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk
menghidupkan atau memberhentikannya.

RUJUKAN :-
1. Pemasangan Litar Elektrik – Golden Book Centre Sdn Bhd.
2. A Textbook Of Electrical Technology By BL Theraja – S. Chand & Company Ltd.
3. Pemasangan dan Penyengaraan Elektrik – A. Samad Hanif.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 013 Drp: 016
NAMA MURID

1.9 JENIS-JENIS KEROSAKKAN PADA PENGHIDUP MOTOR

BIL KEROSAKAN SEBAB CARA MEMBAIKI

1 Penghidup tidak a. Bekalan yang masuk tidak cukup  Periksa bekalan datang dari suis
berfungsi apabila nilainya. utama dan fuis.
punatekan “ON” b. Bekalan tidak sampai pada gelung  Periksa fuis kawalan ‘reset’ jika rosak
ditekan. tanpa voltan. ganti yang baru.
c. Sesentuh geganti beban lampau,  Ikat sesentuh kuat.
sentuhnya terbuka.  Periksa sesentuh terbuka dan
d. Dawai sesentuh longgar. tertutup, kalau perlu ganti.
e. Punatekan “ON” tidak bekerja  Periksa jika pergerakan mekanikalnya
dengan baik. tersangkut.
f. Sesentuh tersangkut.  Periksa kenapa terbakar dan gantikan
g. Gelung tanpa voltan terbakar. jenis yang sama.

2 Sesentuh a. Sesentuh tambahan (auxillary  Baiki mungkin ‘spring’ bermasaalah.


punatekan “OFF” contact)  Periksa dan baiki.
terbuka apabila b. Sesentuh dawai ke sesentuh
punatekan “ON” tambahan (aux.) mungkin longgar
dilepaskan. atau putus.

3 Suis Utama “ON”, a. Punatekan “ON” tersekat.  Sapukan geris pada ‘spring’
penghidup turut b. Ketiga-tiga sesentuh utama  Bersihkan sesentuh dengan kertas
“ON” juga. tersekat. pasir- jika tersekat juga ganti baru.

4 Penghidup tidak a. Ketiga-tiga sesentuh utama  Cuci dan sapukan silicon geris.
boleh “OFF”. tersekat.  Cuci mekanikal dengan geris, jika
b. Mekanikal tersangkut. perlu ganti baru.
c. Gelung tanpa voltan tersangkut.  Baiki.

5 Penghidup a. Sesentuh kotor.  Cuci dengan kertas pasir dan


‘sparking’ apabila b. Beban terlalu tinggi. semborkan ‘contact cleaner’.
“ON”. c. Sesentuh longgar.  Kurangkan dan periksa kerosakan
d. Dawai utama longgar. mekanikal.
 Ketatkan.
 Ketatkan.

6 Penghidup ‘trip’ a. Beban lampau.  Kurangkan beban dan periksa


sebaik saja di “ON” b. Fasa kurang. geganti beban lampau dan gantikan
kan. c. ‘Setting’ beban lampau rendah. yang baru jika rosak.
d. Motor tidak bekerja.  Periksa 3 fasa sampai atau tidak.
 ‘Reset’ di tinggikan sedikit.
 Periksa dan baiki mekanikal.

7 Penghidup ‘trip’ dan a. Motor terbakar atau gegelung litar  Ganti motor baru atau bersihkan
didapati fius pintas. gegelung dari air dan periksa – uji.
terbakar. b. Sesentuh ‘shorted’ antara satu  Bersihkan sesentuh dengan kertas
sama lain. pasir dan cuci ‘carbon’ yang didapati.
c. Kotak puncsa sambungan motor  Bersihkan dan gantikan kotak punca
berlaku ‘shorted’. sambungan.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 014 Drp: 016
NAMA MURID

8 Penghidup berbunyi a. Kedudukan gelung tanpa voltan  Bersihkan dan baiki.


(huming) tidak baik.  Periksa dan naikkan voltan.
b. Gelung tanpa voltan tidak cukup  Bersihkan.
mendapat voltan sebenarnya.
c. Gelung tanpa voltan kotor.

10 Penghidup “ON” a. Hanya 1 fasa bekalan yang sampai.  Gantikan fius kawalan dan cari sebab-
tapi motor masih b. Motor tersekat. sebab kerosakan.
belum berfungsi.  Ganti ‘bearing’ dan periksa lain
kerosakan mekanikal.

11 Penghidup di dapati a. Dawai ke motor didapati longgar.  Ketatkan.


panas. b. Dawai didapati longgar.  Gantikan yang baru, periksa dengan
c. Penghidup mempunyai beban yang kuat gunakan ‘cable lug’.
kecil dari motor.  Ganti Penghidup yang sesuai dengan
d. Tidak dapat pertukaran udara. motor.
 Bersihkan penghidup dari habuk-
habuk dan jauhkan benda yang
berselerak dekat penghidup.

1.10 SENGARAAN DAN CEGAHAN KEROSAKAN PADA MOTOR

Kebanyakan peralatan elektrik memerlukan pemeriksaan dan sengaraan yang terancang bagi
menjamin peralatan tersebut bekerja di dalam keadaan baik dan sempurna. Tempoh masa pemeriksaan
bergantung kepada peralatan dan keupayaanya. Kakitangan sengaraan mestilah peka dengan
mengunakan seluruh pancainderanya untuk menilai atau mencari kerosakan yang berlaku seperti :-

• Hidung boleh membau insulation yang terbakar.


• Tangan boleh merasa bahagian yang panas disebabkan oleh pemanasan pada belitan / wanding
coil atau alas.
• Telinga boleh mendengar getaran atau kelajuan lampau pada motor berkenaan.
• Mata atau penglihatan boleh mengetahui bahagian yang berlaku arka atau bahagian-bahagian
mekanikal yang mengalami kerosakan.

Dengan pancaindera ini banyak membantu pelbagai ujian dan peraturan bagi tujuan pemastian.
Dengan pemahaman tentang prinsip elektrik dan ujian kecekapan peralatan berkenaan adalah penting
untuk dikenalpasti kerosakan yang berlaku katas motor.

RAJAH MOTOR 3 FASA JENIS SANGKAR TUPAI


NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 015 Drp: 016
NAMA MURID

Terdapat 4 kaedah untuk mencari kerosakan motor secara asas :-


1. Pemeriksaan mengunakan hidung.
2. Pemeriksaan mengunakan tangan.
3. Pemeriksaan mengunakan telinga.
4. Pemeriksaan mengunakan mata kasar.

1.11 PEMERIKSAAN BERTEMPOH (PERIODIC INSPECTION).

Program sengaraan bertujuan menghalang daripada berlakunya kerosakan pada peralatan


berkenaan daripada membaikinya. Pemeriksaan bertempoh yang sistematik adalah diperlukan untuk
mendapatkan keputusan yang memuaskan. Untuk mendapatkan program sengaraan cegahan yang baik,
pemeriksaan yang 'detail' adalah diperlukan. Orang yang bertanggungjawab perlu menyimpan keputusan
pemeriksaan bagi setiap motor di dalam industri berkenaan bagi tujuan penganlisaan pada masa akan
datang.

Pemeriksaan dan servis mestilah secara sistematik. Kekerapan pemeriksaan dan darjah
penggunaan atau ketahanan berubah-ubah dan perlu dianalisa oleh jurutera sengaraan. Penganalisaan
itu mestilah bergantung kepada beberapa perkara iaitu:-

i. Kepentingan motor tersebut berdasarkan kepada skim pengeluaran, dimana apabila motor tersebut
gagal beroperasi pemberhentian pengeluaran yang serius berlaku.
ii. Peratusan motor untuk berpoerasi berdasarkan kepada proses pengeluaran.
iii. Keadaan servis yang dilakukan.
iv. Persekitaran dimana motor tersebut digunakan. Dari sini jadual pemeriksaan dibentuk dan berubah-
ubah dari satu loji dengan loji yang lain. Sepasifikasi pengeluar dan prosedur perlulah dirujuk dan
sediakan jadual servis pada motor elektrik yang secara kasarnya merangkumi motor AC dan DC.

1.12 PEMERIKSAAN SETIAP MINGGU.


i. Pemeriksaan komutator dan brus karbon.
ii. ii. Paras minyak pada bearing.
iii. Oil ring yang berpusing dengan aci.
iv. Keadaan bahagian aci yang terdedah tidak terdapat minyak atau gris.
v. Pemeriksaan keatas litar kawalan seperti fius, suis dan sebagainya.
vi. vi Pastikan motor tersebut mencapai kelajuan seperti yang diperlukan dan disyaratkan
pada
vii. plate nama.

1.13 PEMERIKSAAN SETIAP ENAM BULAN.


i. Bersihkan motor dengan membuang kekotoran yang terdapat pada belitan , komutator dan
berus karbon.
ii. Periksa komutator clamping ring.
iii. Periksa berus karbon dan tukar jika perlu.
iv. Periksa pemegang berus, bersihkan jika kotor dan pastikan berus tersebut mempunyai sedikit
ruang di dalam pemegangnya untuk bergerak.
v. Periksa tekanan pada berus dan posisinya.
vi. Buang, bersihkan dan tukar minyak di dalam alas 'sleeve'.
vii. Periksa kelajuan operasi motor berkenaan.
viii. Pastikan aci berkeadaan normal dan berkedudukan teguh pada tempatnya.
ix. Periksa penyambungan pada motor dan kawalannya.
x. Periksa arus masukkan dan bandingkan dengan yang asal .
xi. Ujian ke atas motor beroperasi samada ia beroperasi secara lancar atau terdapat
getaran.
xii. Periksa motor 'foot bolt' pelidung akhir , pulley dan sebagainya.
xiii. Pastikan semua alat perlindungan (cover) dipasang pada tempat asalnya.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K02/NK 02-04 Muka: 016 Drp: 016
NAMA MURID

1.13 PEMERIKSAAN SETIAP TAHUN.


i. Bersihkan dan griskan alas / bearing, tukar baru jika ia didapati tidak rosak.
ii. ii. Ujian penebatan.
iii. Pemeriksaan ruang udara.
iv. Bersihkan kekotoran magnetik yang terlekat pada kutub.
v. Pemeriksaan kelegaan antara aci dan kotak jounal.
vi. Bersihkan komutator dan pastikan ia berkeadaan licin.
vii. Ujian penyambungan komutator dan gelung 'armature'.
viii. Pemeriksaan armature band.

1.14 UJIAN PENEBATAN

Ujian penebatan merupakan faktor yang penting di dalam sengaraan samada pada motor
atau pengulangalik (alternator). Kelembapan, kotoran dan serpihan logam akan menyebabkan
kerosakan penebatan pada belitan samada stator atau rotor . Nilai penebatan biasanya di dalam 1 Mega
Ohm dan ia merupakan penebatan yang diperlukan pada voltan rendah. Dan alat yang digunakan ialah
Insulation tester seperti rajah pengujian penebatan.

Punca penyambungan
insulation tester

Putar penjana Insulation tester mengikut arah


pusingan jam pada kelajuan 120 pusingan seminit

Rajah alat pengujian rintangan penebatan ( Insulation Tester )

1.6 AMALAN KESELAMATAN:

Sebelum melakukan Ujian Penebatan segala kompenan elektronik hendaklah dipisahkan terlebih
dahulu.

RUJUKAN :
Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik. Edisi Kedua. ABD. SAMAD
Buku Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 4 & 5 2003
azharborhan@gmail.com
- TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai