Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 3 DVM SESI 2017/2018
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / DVM
KOD / KURSUS ETE7033 - ELECTRICAL MAINTENANCE
01. DEVELOP MAIN SWITCH BOARD MAINTENANCE SCHEDULE
KOMPETENSI
05. DEVELOP MAIN SWITCH BOARD ROUTINE MAINTENANCE
1.1 Mengenal pasti profil penyelenggaraan peralatan.
1.2 Mengumpul kerja utama dan kecil secara berasingan.
1.3 Merancang kerja utama dan kecil.
1.4 Menyenaraikan skop kerja penyelenggaraan.
KOMPETENSI UNIT 1.5 Melaksanakan senarai semak penyelenggaraan
5.1 Jelaskan kerja rutin.
5.2 Merancang kerja rutin.
5.3 Senarai semak penyelenggaraan.
5.4 Rekod penyelenggaraan rutin.
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat : -
 Membangunkan papan suis utama, sub-stesen dan jadual penyenggaraan
penjana mengikut prosedur operasi standard (SOP). (C3, PLO6)
HASIL
 Sediakan jadual penyelenggaraan mesin mengikut prosedur operasi standard
PEMBELAJARAN
(SOP). (A3, PLO4)
 Pasang papan suis utama dan penyelenggaraan rutin penjana mengikut
prosedur operasi standard (SOP). (P3, PLO7)
K01: 12 JAM
TARIKH MASA
K05: 18 JAM
ETE7033/K01&K05/NK 01-04 KOD C-051-4 /
NO KOD
EDISI MEI/2017 JPK EE - 320 - 4 : 2012
MAKLUMAT CALON
NAMA Muka : 01 Drp : 15
ANGKA
NO. KAD PENGENALAN
GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
(PENTAKSIR) PENYELARAS KURSUS)
TARIKH: TARIKH:

PENERANGAN :
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 02 Drp: 015
NAMA MURID

1.1 Pengenalan

Penyenggaraan biasanya dilakukan secara berkala atau terdapat kerosakan pada perkakasan. Setiap kali
penyelenggaraan dilakukan, ia mungkin akan mengganggu pengguna atau beban-beban yang tersambung.
Oleh itu, terdapat perkara-perkara yang perlu diambil perhatian apabila membuat kerja ini.

1.2 Kerja-Kerja Senggaraan

i. Membaiki/ menukar peralatan elektrik yang rosak seprti mentol, lampu, kipas, motor, suis, soket,
ciruit breaker dan sebagainya.
ii. Menservis peralatan elektrik seperti alatubah (transformer), motor, generator, circuit breaker dan
sebagainya.
iii. Mendawai semula (rewiring) jika terdapat pendawaian bermasalah.
iv. Menguji penebatan system pendawaian secara berkala.
v. Membaiki/ menambah/ menaiktaraf sesuatu pemasangan elektrik.

1.3 Aspek-Aspek Penyenggaraan.

i. Peruntukan yang mencukupi


ii. Tenaga mahir yang mencukupi
iii. Mempunyai unit pentadbiran
iv. Stok alatganti yang mencukupi
v. Peralatan seperti kenderaan, tangga, mesin, tool, instrument dan bahan mencukupi
vi. Setiap data direkod didalam Buku rekod / buku log
vii. Mempunyai Sijil / pengetahuan pertolongan cemas
viii. Berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
ix. Kakitangan yang diberikan latihan atau kursus untuk menjalankan senggaraan.

1.4 Jenis-Jenis Senggaraan

i. Senggaraan Berkala
• Berkala (routine) – dibuat secara sistematik dalam selang jangka masa yang tertentu
walaupun tidak terdapat apa-apa kerosakan.
ii. Senggaraan Diluar Jangka ( Breakdown Maintenance)
• Dibuat apabila terdapat kerosakan dan gangguan bekalan diluar jangka
• Contohnya kerosakan kabel bawah tanah yang disebabkan oleh kerosakan semula jadi atau
disebabkan kerja-kerja pengorekkan tanah.
• Kerja pembaikan mestilah dilakukan dengan segera supaya pengguna terbabit tidak
mengalami gangguan bekalan untuk tempoh lama.
iii. Senggaraan Pengcegahan (Preventive Maintenance)
• Dilakukan apabila tanda-tanda awal kerosakan telah wujud dan jika tidak dibaiki segera
kerosakan lebih besar dan serius pesti akan berlaku.
• Contohnya jika didapati minyak alatubah mengalami kebocoran perlahan, jika tidak diambil
tindakan minyak akan kering dan alatubah akan panas atau terbakar. Akibatnya kos
pembaikan menjadi terlalu tinggi dan gangguan bekalan yang lama.

1.5 Perkara-Perkara Yang Perlu Disenggara


I. Senggaraan Pencawang
II. Senggaraan Ring Main Unit (RMU)
III. Senggaraan Alatubah (Transformer)
IV. Senggaraan Pemutus Litar
V. Senggaraan Kabel Bawah Tanah
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 03 Drp: 015
NAMA MURID

VI. Senggaraan Papan Suis Utama


VII. Senggaraan ACB, MCCB
VIII. Senggaraan Geganti
IX. Senggaraan Janakuasa
X. Senggaraan Pendawaian
XI. Senggaraan Kapasitor Bank
XII. Senggaraan Pencawang
XIII. Bangunan pencawang
XIV. Switchgear 11Kv
XV. Alatubah (transformer) 11kV/415V
XVI. Papan Suis Utama
XVII. Kabel voltan tinggi dan rendah
XVIII. Battery charger

I. Bangunan Pencawang
• Bersihkan bahagian dalam pencawang daripada habuk, pasir , daun-daun, dan sebagainya.
• Rumput yang panjang hendaklah dipotong bagi mengelakkan kawasan menjadi semak.
• Pastikan alat pemadam api Carta pertolongan cemas, rajah skema, tikar getah, lampu-lampu,
soket 13A, exhaust fan dan tanda BAHAYA dalam keadaan baik.
• Pintu pencawang hendaklah masih dalam keadaan baik, tidak reput, tidak ketat, tidak turun
(sagging) hingga susah untuk dibuka dan ditutup
• Periksa dan pastikan pembumian pencawang masih baik, buat ujian elektrod bumi untuk
memastikan bacaannya adalah mengikut spesifikasi.
• Pastikan kunci pintu masih baik.
• Cat baru bangunan pencawang jika perlu.
• Pastikan tiada lubang atau laluan yang membolehkan binatang-binatang seperti anjing,
kucing, burung, ular dan sebagainya dapat masuk ke pencawang. Binatang-binatang ini boleh
menyebabkan litar pintas berlaku didalam PSU.
• Pastikan lampu-lampu dan soket berfungsi dengan baik

II. Senggaraan Bilik MSB


• Bersihkan bilik papan suis utama dan bilik-bilik suis lain daripada habuk, pasir, sampah,
sawang labah-labah, rumput dan apa jua kekotoran.
• Barang-barang lain yang tidak berkaitan seperti kerusi meja yang rosak, tong, kotak dan
sebagainya hendaklah dikeluarkan. Jika berlaku kebakaran, barang-barang ini mudah
dimakan api atau mempercepatkan lagi pembakaran.

III. Ring Main Unit (RMU)


• Pastikan minyak didalam OLU/HFU masih mencukupi dan minyak masih baik.
• Buat ujian voltan pecahtebat (breakdown voltage) minyak untuk mengetahui tahap
penebatannya.
• Untuk suisgear jenis gas (SF6), pastikan tekanan gasnya masih mencukupi.
• Pastikan mekanisma RMU masih boleh beroperasi dan selamat digunakan.
• Pastikan bahagian suis yang perlu seperti earth switch dsb. Dikunci dengan sempurna.

IV. Senggaraan Alatubah Jenis Minyak


NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 04 Drp: 015
NAMA MURID

• Minyak perlu dipastikan mencukupi, tiada kebocoran, dielectric strength minyak masih baik
(melebihi 22kV), kandungan asid dalam tahap yang diterima.
• Pastikan suhu minyak alatubah adalah normal
• Pastikan silica gel masih baik (kebiruan), jika warnanya sudah berwarna merah jambu (pink)
perlulah ditukar.
• Kekotoran pada bahagian luar (bushing) hendaklah dibersihkan, pastikan tiada keretakan dan
kesan terlalu panas.
• Periksa penamatan kabel supaya sentiasa ketat dan kuat.
• Bersihkan bushing (LV dan HT) dari habuk dan kotoran
• Pastikan pembumian rangka dan star point alatubah dalam keadaan baik.
• Pastikan tiada apa-apa tanda luar biasa pada alatubah

V. Senggaraan Kabel Bawah Tanah


• Pastikan penamatan kabel (termination) didalam keadaan baik, tiada kesan lebihan haba
(overheating) disebabkan sambungan longgar.
• Penyokong kabel (cable support) hendaklah dalam keadaan baik supaya berat kabel tidak
akan merosakkan penamatan kabel.
• Pananda kabel bawah tanah (cable marker) hendaklah masih terpelihara.
• Rekod kabel yang mencatatkan jenis, saiz, panjang dan laluan kabel dan hendaklah disimpan
dengan baik.

VI. Senggaraan MSB


• Pastikan tikar getah, carta pertolongan cemas , alat pemadam api, tanda AWAS, BAHAYA
dan DILARANG MASUK masih berada ditempatnya dan berkeadaan baik.
• Pastikan meter-meter pada MSB (Ammeter, Voltmeter dan lain-lain) dalam keadaan baik dan
boleh dibaca.
• ACB, MCCB hendaklah diuji , diservis supaya boleh berfungsi dengan sempurna.
• Geganti perlindungan arus lebih dan rosak ke bumi hendaklah ditatah dan diuji sekurang-
kurangnya sekali setiap dua tahun.
• Tiada barang-barang yang tidak berkenaan disimpan didalam bilik MSB dan bilik MSB tidak
boleh dijadikan stor.
• Jangan biarkan bilik suis basah, lembab atau berair. Keadaan lembab mempercepatkan
pengaratan dan berkulat.
• Pastikan setiap panel pemutus litar mempunyai label yang betul supaya mudah mengawal
bekalan bila perlu.
• Pastikan bahagian dalam MSB seperti busbar dsb bersih dan tidak diselapoti habuk dan
kotoran.
• Pastikan tiada mana-mana bahagian MSB terutamanya bahagian bawahnya dimana kabel
memasuki MSB terbuka kerana beberapa jenis binatang seperti tikus, kucing, ular dsb boleh
memasuki MSB dan mengakibatkan litar pintas.

VII. Riser / Bus Duct


• Pastikan riser dalam keadaan baik, tiada tanda-tanda basah atau dimasuki air.
• Pastikan pembumian riser didalam keadaan baik.
• Pastikan bilik riser berkunci dan ruang riser tidak dijadikan stor.
• Pastikan tiada kesan-kesan panas lampau dimana-mana bahagian riser.

VIII. Sistem Pembumian


NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 05 Drp: 015
NAMA MURID

• Pastikan komponen system pembumian masih dalam keadaan baik terutamanya kabel bumi,
penyambungan (earth clip) dan elektrod bumi.
• Uji system pembumian supaya nilai rintangan bumi masih rendah (<1ohm).
• Periksa sambungan-sambungan konduktor bumi masih baik dan tidak berkarat.
• Pastikan saiz kabel bumi betul iaitu:
i. Sama dengan saiz kabel fasa sehingga 16mm persegi
ii. 16mm persegi jika kabel fasa dari 16mm hingga 35mm persegi.
iii. Separuh dari saiz kabel fasa jika saiz kabel fasa melebihi 35mm persegi.
iv. Copper tape (3mm x 25mm) untuk saiz melebihi 70mm persegi.
• Pastikan elektrod bumi yang digunakan (Standard Earth Electrode- 6’ panjang atau
galvanized iron (G.I) dalam keadaan baik.
• Pastikan sambungan kabel bumi (earth clip) kepada electrode bumi masih baik dan tidak
berkarat.
• Uji rintangan elektrod bumi dan pastikan bacaan rintangan tidak melebihi 1ohm.
• Nilai rintangan maksima elektrod bumi untuk pemasangan elektrik ialah 1ohm
• Nilai rintangan maksima elektrod bumi untuk system penangkap kilat ialah 10 ohm.
• Pastikan konduktor perlindungan (circuit protective conductor) dan konduktor bumi berada
dalam keadaan baik terutamanya dibahagian terminal penyambungan elektrod bumi.
• Tentukan earth chamber masih dalam keadaan baik.
• Buat ujian keselanjaran konduktor bumi.

IX. Senggaraan Alat-Alat Perlindungan


i. ACB (Air Circuit Breaker)/MCCB
ii. Geganti (relay)
iii. Fius
iv. RCCB/ELCB (residual current c.b)
v. Surge Protective Device (SPD)

i. Senggaraan Pemutus Litar (ACB)


• Buat ujian mekanikal ON dan OFF
• Buat ujian tripping menggunakan push button (jika ada)
• Buat ujian triping menggunakan shunt trip coil
• Periksa main contact dan bersihkan jika perlu.
• Rapatkan main contact jika perlu, contact pressurenya hendaklah mencukupi dan
seimbang.
• Minyakkan bahagian-bahagian yang bergerak.
• Bersihkan arc chute menggunakan penyedut hampagas.
• Buat ujian penebatan diantara fasa dan antara fasa dengan neutral, bacaannya
hendaklah tidak melebihi 1 Mega Ohm.

ii. Senggaraan Geganti


• Hendaklah duji dan ditatah (setting) sekali setiap dua tahun oleh kontraktor
perkhidmatan yang layak dan berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk
memastikan ianya berfungsi dengan sempurna.
• Pastikan ia boleh memutuskan bekalan oleh pemutus litar bila berlaku beban
lebih atau litar pintas.
• Lakukan ujian secondary injection dan trip test.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 06 Drp: 015
NAMA MURID

iii. Senggaraan Fius


• Jika fius telah lebur (terbakar) ia perlu ditukar kepada fius baru yang sama
kadaran arus dan jenisnya.
• Jenis-jenis fius yang digunakan ialah fius dawai, fius katrij dan fius HRC (high
rapturing capacity)

iv. Senggaraan Residual Current Circuit Breaker (RCCB)


• Kepekaan arus bocor 10mA, 30mA, 100mA.
• Tekan butang uji RCCB sebulan sekali untuk memastikan kefungsiannya.
• Uji kepekaannya dan masa perlantikannya (triping time) menggunakan RCCB
tester.

X. Senggaraan Pendawaian
• Perlu diuji tahap penebatannya sekali setiap lima tahun atau bila-bila perlu.
• Lazimnya mendawai semula (rewiring) dibuat jika terdapat pendawaian yang telah rosak
kerana ia lebih praktikal dan murah.
• Rintangan penebatannya hendaklah melebihi 1MegaOhm
• Konduit, trunking dan tray hendaklah dalam keadaan baik dan selamat
• Pastikan pembumian conduit masih baik dan sempurna.

XI. Senggaraan UPS


• UPS (Uninterrptible Power Supply) diperlukan untuk bekalan sementara kepada alat-alat
kritikal seperti computer, PABX dan sebagainya menggunakan sekumpulan bateri.
• Bateri-bateri UPS hendaklah sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik dan cas bateri
sentiasa penuh dan voltannya mencukupi.
• Sistem mestilah dipastikan berfungsi apabila berlaku gangguan bekalan.

XII. Senggaraan Janakuasa


• Periksa setiap bulan atau bila dirasakan perlu:
i. Minyak bahan bakar (disel) – mencukupi atau tidak.
ii. Minyak pelincir (minyak enjin) – mencukupi atau tidak
iii. Air penyejuk dalam radiator – mencukupi atau tidak
iv. Air bateri – mencukupi atau tidak
v. Uji ketumpatan air bateri menggunakan hydrometer, pastikan ketumpatan
bandingannya (specific gravity) berada diantara 1.1 ke 1.2
• Sambungan bateri – ketat / longgar/ bersih / kotor. Buka dan bersihkan jika kotor.
• Status caj bateri ( normal, weak, discharge)
• Jalankan dan warm up janakuasa setiap hari atau minggu.
• Simulate gangguan bekalan dan pastikan system janakuasa atau C.O.C boleh menyalurkan
bekalan kepada beban-beban penting pada setiap dua minggu.
• Pastikan bilik janakuasa bersih dari sampah, habuk atau sawang labah-labah.

1.6 PENYENGGARAAN PSU DAN ACB


I. Penyelenggaraan hendaklah dilakukan:
i. Jika tidak operasi senggaraan tiap-tiap 3 tahun sekali
ii. Kerap buat switching senggaraan tiap-tiap 1 tahun sekali.
iii. Kerap buat tripping senggaraan tiap-tiap 3 bulan sekali.
iv. Kadang kala tripping senggaraan tiap-tiap 6 bulan sekali.
v. Selepas mengalami kerosakan atau terjadi kerosakan pada ACB senggaraan hendaklah
dibuat serta merta.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 07 Drp: 015
NAMA MURID

II. Langkah-Langkah Keselamatan Dan Penyediaan Peralatan.


• Kerja-kerja penyelenggaraan PSU biasanya dilakukan didalam bilik PSU. Oleh itu adalah
penting untuk kita memastikan keperluan asas bilik PSU berada dalam keadaan baik
i. Alat Pemadam Api
o Alat pemadam yang masih berfungsi hendaklah berada ditempatnya. Alat pemadam
api yang biasa diletakkan dibilik suis ialah jenis dry powder yang sesuai utk
kebakaran elektrik.
ii. Gambarajah Skematik
o Gambarajah skematik merupakan perkara penting untuk dijadikan rujukan sebelum
memulakan kerja-kerja Shut Down. Dengan ini kita boleh merancang untuk
memutuskan bekalan yang mana dahulu atau mengagihkan bekalan ke beban (jika
menerima bekalan dari dua feeder).
iii. Carta Pertolongan Cemas
o Carta ini boleh dijadikan rujukan apabila berlaku kemalangan renjatan elektrik.
Terutamanya sebelum menunggu bantuan perubatan tiba. Carta ini biasanya
dibingkaikan dan diletakan di dinding.
iv. Log Book

o Buku ini digunakan untuk merekod aktiviti PSU selama mana ia digunakan. Kita
boleh merujuk kepada rekod masa lalu untuk dijadikan panduan dalam kerja-kerja
penyelenggaraan yang seterusnya. Setiap kali penyelenggaraan atau pemeriksaan
dilakukan, ianya hendaklah direkodkan didalam buku ini.
v. Tikar Getah
o Tikar getah hendaklah berada dihadapan PSU. Ukuran yang hendaklah sekurang-
kurangnya 5mm tebal x 3 kaki lebar dengan panjangnya sepanjang hadapan PSU.
Menurut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Peraturan 19 (2) Alas getah yang saiz
dan ketebalan yang sesuai hendaklah diletakan di atas lantai dihadapan setiap
papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali.

1.7 LANGKAH – LANGKAH UNTUK MELAKUKAN SHUT DOWN


i. Dapatkan PTW ( Permit To Work) daripada pegawai yang berkaitan. Ini adalah untuk memastikan
pemunya premis mengetahui kerja-kerja shut down akan dilakukan. Disamping itu juga kita dapat
melakukan kerja dengan selamat.
ii. Memberitahu kepada pengguna di premis bahawa bekalan akan dipotong. Pemberitahuan ini
hendaklah dilakukan sehari sebelum kerja-kerja shut down dilakukan. Maklumkan juga didalam notis
itu tempoh masa gangguan bekalan itu berlaku.
iii. Apabila semua perkara di atas telah selesai. Bekalan boleh diputuskan. Putuskan bekalan bermula
dari bahagian beban. Mulakan dari beban yang terbesar hingga ke beban yang terkecil.
iv. Rekodkan bacaan pada Ammeter sebelum dan selepas bekalan itu dipotong didalam buku log yang
disediakan.
v. OFFkan ACB. Periksa semula bacaan pada Volt Meter untuk memastikan bekalan telah diputuskan.
• Langkah-langkah mengeluarkan ACB:
a.SERVICE
 Kedudukan ACB dalam keadaan bersambung dimana roller contact
bersambung dengan busbar dan sliding contact bersambung dengan relay.
b.TEST
 Kedudukan ACB dalam keadaan Ujian (TEST) roller contact terpisah dengan
busbar dan sliding contact masih bersambung dengan relay.

c.ISOLATE
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 08 Drp: 015
NAMA MURID

 Kedudukan ACB dalam keadaan terpisah dari sliding contact


 ACB dikeluarkan dan diletakan di atas tikar getah untuk diperiksa.
vi. Letakkan papan tanda AWAS.

1.8 SENGGARAAN ACB


a. Blow dan Vacum kesemua ACB termasuk Perangkap Arka sehingga bersih dan dilapkan dengan
kain kering.
b. Ketatkan bolt dan nut pada ACB. Ini adalah untuk memastikan tiada bahagian yang longgar yang
boleh mengundang bahaya.
c. Bahagian-bahagian yang bergerak (Switching Mechanism) hendaklah diminyakkan .
d. Cuci Main Contact, Arching Contact, Roller Contact ke Busbar dengan fibre glass paper. Kemudian
lapkan dengan kain yang kering dan sapukan Vaselin ( Petroleum Jelly).
e. Buat pengujian terhadap ACB dan rekodkan bacaannya. Masukan ACB semula kedalam PSU.
f. Periksa fius Shunt Trip, fius Volt Meter dengan menggunakan Ohm Meter.
g. Rese OCR (IDMT) atau jenis OIL Dash Pot. Periksa minyak pada OIL dash pot. Jika minyak kurang,
ia hendaklah ditambah dan minyak yang digunakan ialah mineral oil.
h. Reset EFR dan ON kan ACB.
i. Periksa Volt Meter dan lihat bacaan voltan antara fasa ke fasa. Voltan yang biasa diterima
dipepasangan ialah 415V dengan variasi yang dibenarkan ialah +5% dan -10% daripada voltan yang
diistiharkan oleh Akta 447 dan Peraturan – Peraturan Elektrik 1994.
j. Maklumkan kepada pengguna bahawa bekalan akan disambungkan tempoh tertentu.
k. Sambungkan (pemutus litar) bekalan kebeban satu per satu dengan memulakan beban terkecil
hingga ke terbesar.
l. Ambil Bacaan Ammeter dan pastikan ianya sama dengan rekod sebelum bekalan diputuskan. Power
Factor Meter hendaklah menunjukkan 0.85 ke atas menyusul. Tunggu dalam beberapa minit.
Bersihkan kawasan kerja.
m. Catatkan kerja-kerja yang dilakukan didalam penyenggaraan, masa mula dan masa siap didalam
buku log. Jika tiada masalah boleh tinggalkan tempat kerja.
n. Serahkan semula PTW kdan laporan penyelenggara kepada pegawai yang dipertanggung.

1.9 PENGUJIAN PADA PAPAN SUIS UTAMA

A. UJIAN PADA ACB


• Ada beberapa pengujian yang biasanya dilakukan pada ACB
i. Ujian Keserataan Kontek Utama.
 Ujian ini dilakukan dengan menggunakan kertas karbon dan kertas putih.
ii. Ujian Penebatan
 Gunakan alat penguji penebatan 1000V dengan bacaan tidak kurang
daripada 1Mega Ohm antara fasa dengan fasa dan antara fasa dengan bumi.
ACB hendaklah dalam kedudukan ON semasa ujian ini dilakukan.
iii. Ujian Keterusan.
 Ujian keterusan dilakukan dengan menggunakan alat Ohm Meter. Uji antara
kontek masukan dan keluaran pada tiap-tiap fasa. ACB dalam keadaan ON.
Bacaan hendaklah dalam mikro Ohm atau hampir dengan sifar. Uji juga
keterusan gelung shunt trip dan sliding contact.

B. UJIAN PENATAHAN GEGANTI


• Geganti adalah komponen yang penting dan kritikal untuk menentukan system perlindungan
berfungsi mengikut cirri-ciri yang dikehendaki. Oleh itu ia perlu diuji dan dtentukur serta
ditatah dengan betul dan tepat oleh orang kompeten dan bertauliah.

i. UJIAN SUNTIKAN UTAMA


NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 09 Drp: 015
NAMA MURID

• Sistem perlindungan papan suis utama dibahagikan kepada dua bahagian iaitu primary dan
secondary. Bahagian primary ialah palang bus dan alatubah arus. Bahagian secondary ialah
geganti, gelung shunt trip dan litar yang melengkapkannya.
• Ujian suntikan utama ( primary ) adalah lebih kepada menentukan alatubah arus berfungsi
dengan baik. Dalam ujian ini nilai arus sebenar dialirkan didalam palang bas menggunakan
alat uji primary injection test set. Bacaan arus keluaran dari terminal S1 dan S2 dicatatkan
dan diperiksa supaya menepati kadarannya.
• Ujian ini hanya boleh dilakukan semasa palang bas tidak mempunyai bekalan. Oleh itu ia
selalunya dibuat sebelum pemasangan diberikan bekalan elektrik.

ii. UJIAN SUNTIKAN SEKUNDER ( Secondary Injection test)


• Ujian suntikan sekunder pula adalah untuk menentukan geganti berfungsi dengan baik pada
tatahan yang ditentukan. Alatuji yang digunakan ialah alat uji suntikan secondary (Secondary
Injection Test Set).
• Alat ini akan menghasilkan arus seperti sebuah alatubah arus. Ujian ini boleh dilakukan
walaupun papan suis mempunyai bekalan. Oleh itu ia sesuai untuk senggaraan berkala dan
mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ia hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya
sekali setiap dua tahun.
• Ujian suntikan pertama boleh juga merangkumi ujian sekunder tetapi hanya sesuai untuk
ujian memulatugas (commissioning test) dan tidak sesuai untuk ujian senggaraan berkala
(routine maintenance test)

C. TRIP TEST.
• Setelah kedua-dua ujian sempurna dijalankan tidak bermakna system perlindungan kita telah
sempurna dan dapat berfungsi apabila berlaku keadaan kerosakkan yang sebenar berlaku.
Dalam hal ini alat yang akan memutuskan bekalan apabila berlaku keadaan tidak normal
adalah pemutus litar.
• Pemutus litar akan terpelantik jika gelong shunt tripnya mendapat tenaga (energized).
Tenaga ini datangnya dari palang bas melalui fius, kemudian melalui sesentuh sedia buka
(trip contact) geganti dan terus ke sliding contact pemutus litar sebelum ke gelung shunt trip
dan balik ke neutral. Oleh itu jika sesentuh, sambungan dan cable-cable yang berkaitan
cacat, maka pemutus litar mungkin gagal untuk berfungsi jika berlaku kerosakkan yang
sebenar. Oleh itu ujian pelantik penting dilakukan bagi memastikan pemutus litar akan
berfungsi dengan sempurna.

D. UJIAN PADA ALATUBAH ARUS


i. UJIAN KEKUTUBAN
• Alatubah arus mempunyai kekutuban yang perlu diberikan perhatian. Jika kekutuban tersebut
tersalah pasang maka system perlindungan tidak akan berfungsi dengan betul. Oleh itu ujian
kekutuban sangat penting demi menentukan arah pengaliran arus yang betul. Kalau terbalik
arus akan mengalir ke arah bertentangan dan menimbulkan ketidakseimbangan dalam litar
kawalan. Alat yang digunakan ialah Jangka Galvano.

ii. UJIAN NISBAH (Ratio Test)


• Kebanyakkan alatubah arus mempunyai satu nisbah, contohnya 600/5A, 1000/5A, 1600/5A
dan sebagainya. Dua punca dibahagikan secondary selalunya ditandakan dengan S1 dan S2.
• Samada alatubah tersebut boleh memberikan kadaran arus dengan tepat berbanding dengan
arus pada palang bas boleh diketahui dengan membuat ujian nisbah. Jika alatubah arus itu
berkadaran 600/5A ia akan memberikan arus sebanyak 3A jika arus pada palang bas adalah
sebanyak 360A. Begitulah nilai arus yang lain, nisbah tersebut hendaklah sentiasa betul.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 010 Drp: 015
NAMA MURID

• Bermula dengan nilai arus yang rendah hinggalah arus maksima, ujian ini dapat menentukan
nisbah tadi betul atau sebaliknya. Jika arus palang bas terlalu tinggi alatubah akan menjadi
tepu (saturated) iaitu tidak akan menghasilkan arus secondary yang lebih tinggi.

iii. UJIAN KEMAGNETAN (Magnetising Test)


• Ujian ini adalah untuk mencari knee point iaitu peringkat dimana pertambahan 10% voltan
ujaan akan menghasilkan 50% arus ujaan iaitu peringkat dimana ianya tidak lagi linear dan
mencapai tahap tepu.

iv. UJIAN RINTANGAN


• Ujian ini adalah untuk mengetahui nilai rintangan dalam gelung alatubah arus. Lazimnya nilai
rintangannya rendah. Kalau didapati rintangannya tinggi, kemungkinan terdapat litar buka
pada gelungnya.

MANUAL PENYENGGARAAN ELEKTRIK BERJADUAL

Jadual Tempoh Penyengaraan


BIL Butiran Kerja
Mingguan Bulanan 6 bulan Tahunan
1.0 PAPAN SUIS UTAMA

1.1 Bersihkan bilik suis utama dari habuk, sawang dsb.


Bersihkan peparit kabel (cable trench)
Periksa pintu, kunci
Periksa papan tanda ‘DILARANG MASUK, BAHAYA
Rajah Pertolongan Cemas
Skema berada dalam keadaan baik dan boleh dibaca
Ganti jika perlu
Periksa tabung gas pencegah kebakaran masih boleh
digunakan, periksa tarikh luput, ganti jika perlu.
Periksa tikar getah dihadapan papan suis utama
Periksa jaring penghalang serangga, tukar jika perlu
Periksa pendawaian dan kelengkapan mata kuasa 13A,
Lampu dan kipas pelawas (exhaust fan)
Periksa system perlindungan kilat dan uji rintangan
Elektrod bumi

1.2 PAPAN SUIS UTAMA/ SUB -SWITCHBOARD

Periksa semua lampu penunjuk, suis pemilih, meter voltan,


Meter ampere, meter faktor kuasa dll
Periksa dan ketatkan semua skru, sesentuh, terminal dan
tamatan
Periksa keadaan penamatan kabel daripada kesan-kesan
kepanasan yang berlebihan.
Rekod bacaan voltan , arus, factor kuasa didalam buku log
Uji penebatan kabel
Uji keseluruhan system pembumian
Uji dan tatah semula geganti perlindungan

1.3 PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)

Bersihkan pelongsong arka (arc chute)


Periksa dan uji sesentuh utama dan sesentuh arka
(main contact dan arcing contact)
Gris mekanisma ACB dan pelantikan supaya berfungsi
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 011 Drp: 015
NAMA MURID

dengan baik
Uji operasi mekanikal ACB supaya berfungsi dengan baik
Periksa dan ketatkan semua pendawaian dan sambungan

1.4 FIUS SUIS/ SUIS FIUS

Periksa penutup dan ganggang suis- baiki atau ganti jika


rosak
Ketatkan skru pemegang fius (fuse carrier)
Ketatkan semua sambungan / terminal/ tamatan supaya
tidak berlaku bunga api (sparking) apabila dibebankan.

1.5 PEMUTUS LITAR ARUS BAKI (RCCB)

Periksa dan uji gagang suis


Uji butang tekan dan pastikan RCCB terpelantik. Jika rosak
ganti dengan yang baru.

1.6 MOULDED CASE CIRCUIT BREAKER (MCCB)

Periksa dan uji gagang suis, pastikan boleh berfungsi ‘ON’


dan ‘OFF’
Ketatkan semua tamatan dan sambungan

1.7 PETI AGIHAN (DB)

Periksa tanda ‘BAHAYA’ dan rajah litar ada disediakan


Ketatkan sambungan terminal dan tamatan
Periksa dan bersihkan bahagian dalam DB

2.0 SISTEM AGIHAN VOLTAN RENDAH

2.1 SESALUR UTAMA/ SUB UTAMA MENAIK


(TRUNKING AND BUSBAR RISER)

Periksa dan pastikan penyaluran berkeadaan baik dan


kering.
Periksa pita kuprum bumi untuk trunking.
Periksa penyokong palang bas, ganti jika rosak
Periksa penghalang api (fire barrier), ganti jika rosak.
Ketatkan semua sambungan, terminal dan tamatan
Pastikan penyaluran digantung dan dilekatkan dengan
sempurna

3.0 KELENGKAPAN ELEKTRIK

3.1 LENGKAPAN LAMPU

Periksa semua komponen lengkapan lampu berkeadaan


Baik seperti kabel mudah lentur, pemegang lampu dsb.
Pastikan lampu tanda keluar menyala.
Uji lampu kecemasan.

3.2 LENGKAPAN PENDARFLOUR

Periksa lengkapan dan bersihkan penutup dan tiub.


NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 012 Drp: 015
NAMA MURID

Periksa dan pastikan lampu tidak berkelip-kelip.


Tukar komponen-komponen yang rosak seperti tiub, cok,
starter, kapasitor dan terminal holder.

3.3 SUIS-SUIS DAN SOKET ALIR KELUAR 13A

Pastikan secara pengelihatan tiada tanda-tanda kerosakan


seperti pecah, sumbing, kesan terbakar, tercabut, longgar
skru longgar atau hilang dsb.

3.4 KIPAS SILING / DINDING

Bersihkan bilah kipas dan motornya dari habuk dan kotora


Pastikan tiada bunyi dengung atau geseran pada kipas
Periksa tali penggantung keselamatan (safety rope) dan
Kipas tidak bergoyang semasa berfungsi.

3.5 PEMANAS AIR

Periksa dan pastikan tiada kebocoran air pada paip


penyambung dan tangki.
Periksa laras suhu (thermostat) supaya berada ditahap
yang normal biasanya 0.6
Periksa lampu penunjuk dan RCCB boleh beroperasi

3.6 MOTOR, ALAT PERLINDUNGAN DAN PAM AIR

Periksa dan bersihkan motor dari sebarang kotoran.


Periksa lubang pengalih udara supaya tidak tersekat.
Periksa tahap bunyi motor dan pastikan tiada dengungan
atau geseran.
Periksa pengalas bebola (ball bearing)
Periksa dan uji suis kecemasan.
Periksa sistem perlindungan dan tahapnya.
Uji dan tatah geganti perlindungan.
Periksa pemanas anti pemeluwapan.
Periksa suhu bearing.
Periksa geganti termistor
Periksa kelajuan motor

3.7 LAMPU KAWASAN DAN LAMPU JALAN

Periksa secara penglihatan keadaan tiang dan lengkapan


Lampu, penutup lampu, ruang alat kawalan dan sebagainya.
Ganti komponen-komponen yang terbakar atau rosak
Seperti lamp fitting, bulb, starter, holder, fius dsb.

4.0 PENGUJIAN ELEKTRIK (DOMESTIK)

4.1 PEMERIKSAAN AM

Periksa keadaan papan suis utama/ sub-switchboard dan


peti agihan (DB).
Periksa keadaan alat lengkap elektrik secara penglihatan
untuk mengesan tanda kerosakan kepada suis-suis, soket
alir kelua, mata lampu, lengkapan pencahayaan dsb.
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 013 Drp: 015
NAMA MURID

4.2 UJI LITAR PERLINDUNGAN

Periksa keadaan litar perlindungan dan uji keselanjarannya


Periksa dan uji pita kuprum untuk trunking dan conduit
Periksa kotak pembumian, elektrod bumi dan sambungan-
nya berada dalam keadaan baik.
Uji elektrod bumi dan pastikan bacaan rintangannya tidak
melebihi 1ohm.
Periksa sambungan terminal utama bumi dan terminal
elektrod bumi dan ketatkan jika perlu.

5.0 BATERI

Periksa paras air bateri supaya berada diantara paras


minima dan maksima, tambah air jika kurang.
Periksa ketumpatan bandingan elektrolite sekitar 1.1 ke 1.2
Buka terminal bateri dan bersihkan, pasang semula
Periksa keadaan cas bateri menggunakan penguji bateri
(battery tester), pastikan ia berada pada full charge atau
normal, jika bateri telah berada dalam keadaan discharge
ia perlu ditukar.
Periksa kesempurnaan pengudaraan bilik bateri.

6.0 PENGECAS BATERI

Periksa dan catatkan bacaan volt meter masukan


Periksa dan catatkan bacaan meter ampere masukan.
Periksa dan catatkan bacaan meter volt bateri.
Periksa dan catatkan bacaan meter ampere bateri.
Periksa dan ketatkan semua sambungan
7.0 JANAKUASA TUNGGUSEDIA

7.1 SISTEM PELINCIRAN

Periksa paras minyak pelincir, tambah jika perlu


Tukar minyak pelincir dan penapis minyak 6 bulan sekali
atau 250 jam atau mana yang terdahulu.
Periksa paras minyak penguasa hidrolik (hydraulic
govenor), tambah jika perlu.
Tukar minyak penguasa hidrolik 12 bulan sekali atau
1500 jam atau mana terdahulu.
Lakukan pemeriksaan pengelihatan untuk mengesan jika
ada kebocoran minyak pelincir.

7.2 SISTEM BAHAN API

Periksa operasi pam pindah bahan api (fuel transfer pump)


Tukar penapis bahan api 6 bulan sekali atau 250 jam atau
mana terdahulu.
Periksa dan bersikan penapis udara masuk
Tukar penapis udara masuk
Lakukan pemeriksaan penglihatan untuk mengesan jika
ada kebocoran bahan api.

7.3 SISTEM PENYEJUK


NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 014 Drp: 015
NAMA MURID

Periksa paras bahan penyejuk (air), tambah jika perlu


Periksa keadaan hos untuk mengesan kebocoran.
Tukar bahan penyejuk
Periksa dan bersihkan radiator
Periksa keadaan tali kipas, tegangkan jika kendur.

7.4 PENGULANGALIK

Bersihkan dari habuk dan sawang

7.5 PANEL KAWALAN

Periksa dan rekodkan bacaan-bacaan meter-meter volt,


ammpere, Hz, P.F semasa janakuasa dijalankan
Periksa dan uji operasi alat amaran dan perlindungan.
a. Suhu tinggi – amaran dan enjin berhenti
b. Tekanan minyak rendah – amaran dan enjin berhenti
c. Gagal untuk mula – amaran dan enjin berhenti
d. Paras bahan api peringkat 1 – amaran sahaja
e. Paras bahan api peringkat 2 – amaran dan enjin berhenti

7.6 SISTEM ELEKTRIK

Periksa bateri seperti dibahagian terdahulu

7.7 UJIAN PERJALANAN (RUNNING TEST)

Jalankan janakuasa tanpa beban selama 15 minit.


Jalankan janakuasa dengan beban selama 15 minit.

7.8 BILIK JANAKUASA

Bersihkan bilik janakuasa


Bersihkan kawasan luaran jika perlu
Lakukan pemeriksaan penglihatan pada keseluruhan
janakuasa dan biliknya bagi mengesan perkara-perkara
tidak normal.

7.9 TANGKI BAHAN API

Pastikan kuantiti bahan api mencukupi setiap masa


Pastikan tiada kebocoran pada tangki dan salurannya.

8.0 SISTEM VOLTAN TINGGI

8.1 BANGUNAN PENCAWANG

Periksa dan pastikan kebersihan didalam bangunan


supaya tiada sawang, habuk, kebocoran, tersumbat dsb
Periksa dan bersihkan kawasan luar bangunan seperti
rumput, pasir, daun, kayu dsb.
Periksa dan pastikan kunci berkeadaan baik
Periksa dan pastikan semua kelengkapan bilik suis
mengikut Akta dan Peraturan-Peraturan Elektrik
NO. KOD / CODE NO. ETE7033/K01&K05/NK 01-04 Muka: 015 Drp: 015
NAMA MURID

8.2 PEMUTUS LITAR 11KV

Bersihkan bilik pencawang dan pemutus litar


Rack-out dan periksa semua mekanismanya dalam
keadaan baik dan berfungsi.
Periksa tekanan gas untuk jenis SF-6 dan keadaan
hampagas untuk jenis hampagas (vacuum)

8.3 ALATUBAH (JENIS MINYAK)

Periksa paras minyak dan tanda-tanda kebocoran.


Periksa warna silica gel (jika ada) dan tukar baru jika
warnanya bertukar dari biru kepada hijau.
Uji kekuatan dielektrik dan keasidan minyak alatubah,
jika perlu tukar minyaknya.
Bersihkan alatubah terutamanya dibahagian bushing dari-
pada kekotoran dan habuk.
Pastikan pembumian frame dan star point dalam keadaan
baik, ketatkan semua sambungan
periksa elektrod bumi dan uji galangan elektrod bumi.

8.4 GEGANTI PERLINDUNGAN

Dapatkan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik untuk


membuat ujian dan tatahan geganti perlindungan.

8.5 BEKALAN ARUS TERUS (DC SUPPLY)

Periksa paras elektrolite bateri, tambah jika perlu, kecuali


jenis maintenance free batteries.
Uji status bateri menggunakan battery tester, tukar jika
bateri telah lemah.
Periksa pengecas bateri, sambungan, voltmeter, ammeter
dalam keadaan baik.

RUJUKAN :
Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik. Edisi Kedua. ABD. SAMAD
Buku Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 4 & 5 2003
azharborhan@gmail.com
- TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai