Anda di halaman 1dari 17

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 1)

Salam Semua..

Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas


pemasangan elektrik yang mulamula
sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke
bahagian-bahagian lain
beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada
keseluruhan pemasangan.

Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan
masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen
perlindungan utama
yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan
disini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus,
kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada
sesetengah PSU hanya
mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor
elektrik.
Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V
untuk selama 1 saat
(BS 5486).

2. JENIS

Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:


1. Jenis melekat di dinding (wall mounted)
2. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access)
3. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)
Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100
ampiar. Jenis pedestal
untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan
besar. Namun begitu berat sesebuah PSU akan juga menentukan jenis
yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor
mounted).
Tahap perlindungan PSU lazimnya ialah IP42.

3. PAPAN SUIS KECIL

Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan
utamanya dari PSU.
Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya lebih besar dari
PSU ditempat lain.
Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU.
PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan
terasing dari PSU. Ini
adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan
dan senggaraan.
4. BINAAN

PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala
peralatan yang terdapat
di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-
section channel. Rangka
yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai
dan dengan jarak 25mm
supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil
jenis modular dimana ia
boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambong
sahaja rangka
tambahan.
Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan
tebal tidak kurang dari
2mm.
Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang mencukupi
hendaklah dipasang dibahagian
bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.

5. KLAS

Terdapat tiga klas PSU:


1. Tiada kompartmen (Form 1) – tiada pengasingan (dinding pemisah)
diantara bahagianbahagian
dalam PSU.
2. Sebahagian berkompartmen (Form 2a) – Palang bas dipisahkan
daripada yang lainnya
menggunakan sleeving, (Form 2b) menggunakan enclosure/barrier.
3. Sepenuhnya berkompartmen (Form 3) – semua pemutus litar
diasingkan diantara satu
sama lain tetapi tidak terminal kabelnya.
4. Sepenuhnya berkompartmen (Form 4) – semua pemutus litar dan
terminal kabel
diasingkan diantara satu sama lain.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan,


kesesuaian, tahap keselamatan dan
harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap
kompartmen dalam
PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan
api bahagian lain tidak
terlibat. Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen


terutama bahagian yang
menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya
berkemungkinan besar
berlaku percikan api elektrik.

Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisahan
diantara kompartmen di
dalam PSU tersebut.

6. LOKASI

PSU hendaklah ditempatkan ditempat yang mempunyai ciri-ciri seperti


berikut:

1. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi


mengurangkan perbelanjaan
submains dan kabel
2. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air
3. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja
operasi dan senggaraan
mudah dijalankan
4. Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci

7. KEPERLUAN BILIK SUIS

Diantara keperluan bilik suis adalah:


1. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik
2. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff
netting supaya
serangga tidak dapat masuk
3. Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan
minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan
4. Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan
keluar kabel
5. Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas
yang dibenarkan
seperti CO2
6. Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah
yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis
7. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah
dipaparkan didalam bilik
PSU

PERKAKASAN DALAM PSU

bahagian dalam PSU


Palang Bas (bus bar)
Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari
campuran

tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan


elektrik daripada
pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya
digunakan menggantikan
kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah
melaksanakan
kerja pemasangan.

Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan
ada juga yang
mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai
ketumpatan arus tidak melebihi
1.5A/mm persegi.

Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada


saiznya, bahan yang digunakan
iaitu tembaga atau tembaga campuran. Sila rujuk jadual.

Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU


menggunakan nonhygroscopic
insulators untuk menahan tekanan mekanikal apabila berlaku kerosakan
ditahap
maksima.

PEMUTUS LITAR UDARA


Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak memutus
dan menyambungkan
litar dengan sesentuh utamanya berada didalam udara biasa, tidak
didalam medium pemutus
jenis lain seperti minyak, hampagas atau SF6. Ianya hendaklah jenis
metalclad flush mounted.
Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau
menyambungkan bekalan atau
disebut juga sebagai pengasing sahaja. Namun begitu apabila ianya
dilengkapkan dengan
komponen perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil,
ianya dapat memberi
perlindungan yang diperlukan secara otomatik. Perlindungan yang
diperlukan ialah arus lebih,
beban lebih dan rosak ke bumi.

Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB),
tetapi pada masa ini
Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker / MCCB) semangkin
banyak digunakan.
Penggunaan samada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus
sesuatu pemasangan
elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya ACB digunakan
walaupun MCCB
ada juga digunakan.

ACB ditentukan didalam B.S 4752 dimana voltan nominalnya tidak


melebihi 660V AC
dengan ulangan 50Hz atau 60Hz. Kadaran arusnya tidak melebihi 8000A
dan kapasiti pemutusan

litar pintas berkadar tidak melebihi 200KA. Minimum rupturing capacity


ialah 31MVA pada
415V.
Saiz ACB terkecil yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah 600A.
Dengan penatahan
(setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus
pemasangan ianya boleh
ditatah kepada kadaran arus kurang daripada 600A, contohnya 200A,
400A dan sebagainya.
Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 6300A.

Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam sesebuah
PSU samada
mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang
berlainan. Dengan itu rangka
PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang mencukupi untuk
menampung berat
komponen-komponen tersebut.

Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini
bermakna dengan arus
sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa ianya
mengalami kerosakan.
Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar ialah
sebagai bus tie atau
bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi hendaklah dari jenis empat
kutub.

ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa
keluar (not
withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru atau boleh dibawa keluar
untuk tujuan
senggaraan dan ujian (drawout type).

ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau KEMA.
Istilah-Istilah Mengenai Kadaran

a. Kadaran Arus Thermal (rated thermal current)


Had arus dimana pemutus litar boleh membawanya secara berterusan
tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada suatu keadaan
tertentu.

b. Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas (rated short circuit making


capacity).
Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya menyambung
atau menutup balik pada
keadaan tertentu.

c. Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (rated short circuit breaking


capacity).
Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya memutuskan
litar pada tahap
kerosakan tertentu dengan selamat dan tanpa ianya mengalami
kerosakan. Kadarannya adalah
dalam kiloampiar (KA).

d. Kadaran Arus Menahan Pada Masa-Pendek (rated short-time withstand


current)
Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa
1 saat tanpa sebarang
keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu
PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 3)
Salam Semua..

BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB

a. Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak


Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang mempunyai
empat kutub. Oleh itu
terdapat tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam
keadaan ON sesentuh tetap

dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OFF atau
terpelantik (trip) ianya
akan terbuka.

Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi
mekanikal dan keupayaan
membawa arus menutup (making current), arus membuka (breaking
current0 dan arus litar pintas
(short circuit current). Contoh logam yang digunakan ialah silver alloy.

b. Sesentuh Arka (Arcing Contact)


Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah untuk
membenarkan arka berlaku di
sini dan tidak disesentuh utama. Dengan ini sesentuh utama tidak
dibebankan dengan arka setiap
kali ACB di ON dan OFF kan. Oleh itu sesentuh utama akan tahan lebih
lama.

c. Mekanisma Penyimpan Tenaga (Spring)


Setiap ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring.
Spring yang berada didalam
keadaan tegang (tension) adalah menyimpan tenaga untuk menolak
dengan pantas sesentuh
bergerak untuk tertutup dengan sesentuh tetap. Aksi ini serupalah
dengan spring yang terdapat
pada perangkap tikus yang akan mengetap tikus dengan pantas apabila
galangnya terlepas.
Spring ini boleh di charge menggunakan handle atau charging lever yang
disediakan atau
menggunakan motor elektrik (automatic charging) yang boleh dipasang
didalam mana-mana
ACB. Namun tidak semua ACB mempunyai kemudahan automatic
charging.

e. Bahagian Pengalir
Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama litar,
pengalir mudah lentur,
sesentuh utama dan sesentuh arka. Penebat berkesan yang diperbuat
dari bahan penebat seperti
glass polyester atau kepingan fibre diletakkan diantara fasa atau kutub.

f. Gelong Shunt Trip (Shunt Trip Coil)


Gelong shunt trip ialah sebuah gelung yang dipasang didalam ACB untuk
tujuan pelantikan
secara otomatik. Apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan gelong, ia
akan bertenaga dan
menarik plunger dan seterusnya menyebabkan ACB terpelantik.

Gelong ini biasanya berkadaran 240V AC tetapi untuk pemutus litar


tertentu ada juga yang
kerkadaran 110V AC ataupun 30V DC. Bekalan ini selalunya diterima dari
satu punca (palang
bas atau bateri) melalui fius, geganti atau butang tekan.

Satu suis tambahan mestilah digunakan untuk membuka litar ke gelong


tadi supaya ianya tidak
terbakar jika bekalan tidak diputuskan untuk jangka masa yang lama.

g. Gelong Voltan Kurang (Under Voltage Coil)


Gelong ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan
jatuh kepada suatu nilai
tertentu. Jika tiada bekalan ACB tidak boleh di ON kan.

h. Arc Chute
Arc chute ialah sebuah kekotak yang diletakkan diatas sesentuh utama
dan sesentuh tambahan
yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang
terjadi supaya ia tidak
merebak ke bahagian-bahagian lain.

g. Charging Handle
Satu handle untuk charge spring supaya menyimpan tenaga.

h. Butang Buka (OFF button)


Butang tekan untuk OFF ACB

i. Butang Tutup (ON button)


Butang tekan untuk ON ACB

j. Penunjuk Open-Close
Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup (close)
k. Penunjuk Charging
Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge

l. Penunjuk Kedudukan (Position Indicator)


Menunjukkan kedudukan ACB samada CONNECTED, TEST atau
DISCONNECTED.

m. Penutup Palang Bas / Interlock Shutter


Penutup ini akan menutup palang bas apabila ACB dikeluarkan.

n. Pendawaian Elektrik dan Penyambungan


Pendawaian yang penting ialah pendawaian diantara geganti ke gelong
shunt trip, yang lain ialah
pendawaian untuk gelong tanpa voltan dan untuk sesentuh tambahan.
Oleh sebab ACB boleh
dibawa keluar maka penyambungan pendawaian ini perlulah melalui satu
penyambungan yang
sesuai seperti sliding contact.

o. Closing Spring

p. Kemudahan Kunci atau Padlock


Untuk mengunci ACB supaya tidak diganggu oleh orang yang tidak
berkenaan.

q. Sesentuh Tambahan
Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator)
BINAAN

Komponen-komponen asas sesebuah ACB ialah:


· Terminal-terminal
· Tapak tetap
· Sesentuh-sesentuh pengasing bagi pegun
· Sesentuh-sesentuh pengasing roller (bergerak)
· Sesentuh-sesentuh utama tetap, berhujung perak (silver)
· Sesentuh-sesentuh utama bergerak, berhujung perak
· Sesentuh-sesentuh arka tetap, berhujung rintangan aloi/logam
campuran
· Sesentuh-sesentuh bergerak, berhujung rintangan aloi/logam campuran
· Magnetic de-ionization arc-chutes
· Pelepas beban lampau (overload release)
· Pelepas bawah kadaran voltan (undervoltage release)
· Bar pelantik
· Tuil (lever) pelantik untuk pelepas “bawah kadaran voltan” dan pelantik
pirau
· Himpunan mekanisma penutup
· Punatekan-punatekan, buka (O), tutup (1)
· Penunjuk-penunjuk mekanikal: spring berbeban, spring tanpa beban,
buka-tutup
· Tuil spring berbeban secara manual
· Gear pengurang kelajuan bagi motor yang diputar, untuk spring
berbeban otomatik
· Alat pengunci mekanikal yang menghalang pemutus litar daripada
dikeluarkan ketika
keadaan tertutup – untuk pemutus litar yang boleh ditarik keluar sahaja
· Rel peluncur (untuk ACB yang boleh ditarik keluar sahaja)
· Pelepas penutup
· Pelantik pirau
· Sesentuh-sesentuh tambahan (alat bantu)
· Sesentuh-sesentuh peluncur tambahan/alat bantu (bagi pemutus litar
jenis boleh ditarik
keluar)

Himpunan Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism Assembly)

Kesemua tenaga yang diperlukan untuk mengatup ACB dicas dan


disimpan didalam mekanisma
tenaga tersimpan (stored energy mechanism). Operasi mengecas boleh
dilakukan dengan tangan
atau secara elektrik, dengan menggunakan motor elektrik.

Pada pemutus litar yang dikendali dengan tangan, mekanisma tersebut


dicas oleh satu daya tetap
menggunakan sebuah tuil pengecas manual (manual charging lever).
Pada pemutus litar yang dikendali secara elektrik, mekanismanya dicas
oleh sebuah motor
elektrik.

Arc Chute

Arka, satu aspek gangguan arus yang pasti berlaku, dipadamkan oleh
plet-plet pemisah arka (arc
splitter plates).
Plet-plet pemisah arka terkandung didalam “arc chute”

Sesentuh-Sesentuh

Kesemua sesentuh terdiri daripada aloi perak (silver alloy) yang


mempunyai keupayaan
gangguan litar pintas serta keupayaan memutus dan menyambungkan
yang jelas.
Terdapat dua jenis sesentuh iaitu sesentuh utama yang membawa arus
beban dan sesentuh arka
yang tidak membawa arus beban. Sesentuh utama termasuh didalam litar
utama bagi sebuah
pemutus litar. Sesentuh arka terbuka bila pemutus litar berada didalam
kedudukan tertutup.
Sesentuh arka tertutup sebelum dan terbuka selepas sesentuh utama. Ini
bagi menggantikan
sesentuh utama daripada cepat rosak disebabkan oleh arka.

Rupa Bentuk Pemasangan (Mounting Configuration)

Terdapat dua rupa bentuk pemasangan:

· Jenis dipasang tetap


· Jenis boleh ditarik keluar

Jenis dipasang tetap adalah jenis dimana ACB dipasangkan ke dalam


papan suis utama dengan
menggunakan bolt dan nut.

Jenis boleh ditarik keluar pula adalah dimana ACB boleh ditarik keluar,
berbeza daripada jenis
dipasang tetap, kerana jenis ini mempunyai satu mekanisma boleh ditarik
keluar bagi
membolehkan ACB tersebut ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan
penyenggaraan.

Mekanisma boleh ditarik keluar tersebut membenarkan ACB mengambil


sebarang dari
kedudukan-kedudukan yang berikut:
· Bersambung (kedua-dua litar kawalan dan litar utama disambungkan)
· Ujian (litar utama diputuskan, tetapi litar kawalan masih tetap
bersambung bagi
membolehkan ujian dilakukan)
· Terputus (kedua-dua litar utama dan litar kawalan diputuskan)

PAPAN SUIS UTAMA (SIRI 4)


Salam Semua..

SENGGARAAN ACB

Diantara kerja-kerja senggaraan ACB ialah:


1.Sesentuh utama dan sesentuh arka
Gosok dengan kikir halus atau emery paper mana-mana yang sesuai
untuk melicinkan
permukaan sesentuh dari kesan arka. Sebaik-baiknya ikut cadangan
pihak pembuat. Sesentuh
yang telah rosak teruk boleh ditukar kepada yang baru.
2. Arc Chute
Cuci dan bersihkan dengan berus, penyedut hampagas atau lain-lain alat
yang sesuai.

3. Sesentuh Utama
Ambil bacaan rintangan sesentuh utama dan bandingkan bacaannya
dengan data dari pembuat
ACB tersebut. Bacaannya ohm nya selalunya kecil sahaja. Kalau bacaan
ohm nya tinggi sila
laraskan contact pressure arm sehingga bacaan yang rendah diperolehi.

4. Pelinciran
Minyakkan (lubricate) bahagian-bahagian yang memerlukannya dengan
cecair pelinciran yang
dusyorkan oleh pembuat seperti vaselin oil dan sebagainya.

Ujian ACB

Ujian yang perlu dibuat kepada sebuah ACB ialah:


1. Ujian operasi – ON dan OFF kan ACB untuk memastikan ianya boleh
dikendalikan
dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
2. Ujian suntikan secondary – untuk memastikan ia akan terpelantik
apabila berlaku
kerosakan pada tahap yang ditentukan.

3. Ujian penebatan – untuk menentukan penebatan diantara fasa dengan


fasa dan dengan
bumi adalah baik (minima 0.5 megaohm)
4. Ujian sesentuh – untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak
melebehi dari nilai
yang di syorkan oleh pembuat ACB

Anda mungkin juga menyukai