Anda di halaman 1dari 41

PAPAN SUIS UTAMA

1. AM

Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat (BS 5486).

2. JENIS

Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:

a. Jenis melekat di dinding (wall mounted) b. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access) c. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)

Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100 ampiar. Jenis pedestal untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar. Namun begitu berat sesebuah PSU akan juga menentukan jenis yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor mounted).

Tahap perlindungan PSU lazimnya ialah IP42.

3. PAPAN SUIS KECIL

Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan utamanya dari PSU. Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya lebih besar dari PSU ditempat lain. Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU.

PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan terasing dari PSU. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan dan senggaraan.

4. BINAAN

PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambong sahaja rangka tambahan. Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tidak kurang dari 2mm. Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang mencukupi hendaklah dipasang dibahagian bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.

5. KLAS

Terdapat tiga klas PSU:

a. Tiada kompartmen (Form 1) tiada pengasingan (dinding pemisah) diantara bahagian-bahagian dalam PSU. b. Sebahagian berkompartmen (Form 2a) Palang bas dipisahkan daripada yang lainnya menggunakan sleeving, (Form 2b) menggunakan enclosure/barrier. c. Sepenuhnya berkompartmen (Form 3) semua pemutus litar diasingkan diantara satu sama lain tetapi tidak terminal kabelnya. d. Sepenuhnya berkompartmen (Form 4) semua pemutus litar dan terminal kabel diasingkan diantara satu sama lain.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap kompartmen dalam PSU

diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian lain tidak terlibat. Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian yang menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar berlaku percikan api elektrik.

Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisahan diantara kompartmen di dalam PSU tersebut.

6. LOKASI

PSU hendaklah ditempatkan ditempat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air c. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan d. Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci

7. KEPERLUAN BILIK SUIS

Diantara keperluan bilik suis adalah:

a. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik b. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk c. Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan d. Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel e. Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2 f. Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis

g. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU

8. PERKAKAS SUIS DALAM PSU

Palang Bas (bus bar)

Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan kerja pemasangan.

Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus tidak melebihi 1.5A/mm persegi.

Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada saiznya, bahan yang digunakan iaitu tembaga atau tembaga campuran. Sila rujuk jadual. Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU menggunakan non-hygroscopic insulators untuk menahan tekanan mekanikal apabila berlaku kerosakan ditahap maksima.

9. PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)

Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak memutus dan menyambungkan litar dengan sesentuh utamanya berada didalam udara biasa, tidak didalam medium pemutus jenis lain seperti minyak, hampagas atau SF6. Ianya hendaklah jenis metalclad flush mounted.

Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau menyambungkan bekalan atau disebut juga sebagai pengasing sahaja. Namun begitu apabila ianya dilengkapkan dengan komponen perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil, ianya dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara otomatik. Perlindungan yang diperlukan ialah arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.

Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB), tetapi pada masa ini Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker / MCCB) semangkin banyak digunakan. Penggunaan

samada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus sesuatu pemasangan elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya ACB digunakan walaupun MCCB ada juga digunakan.

ACB ditentukan didalam B.S 4752 dimana voltan nominalnya tidak melebihi 660V AC dengan ulangan 50Hz atau 60Hz. Kadaran arusnya tidak melebihi 8000A dan kapasiti pemutusan litar pintas berkadar tidak melebihi 200KA. Minimum rupturing capacity ialah 31MVA pada 415V.

Saiz ACB terkecil yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah 600A. Dengan penatahan (setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah kepada kadaran arus kurang daripada 600A, contohnya 200A, 400A dan sebagainya. Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 6300A.

Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam sesebuah PSU samada mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang berlainan. Dengan itu rangka PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang mencukupi untuk menampung berat komponen-komponen tersebut.

Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini bermakna dengan arus sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa ianya mengalami kerosakan.

Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar ialah sebagai bus tie atau bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi hendaklah dari jenis empat kutub.

ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa keluar (not withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru atau boleh dibawa keluar untuk tujuan senggaraan dan ujian (drawout type).

ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau KEMA.

Istilah-Istilah Mengenai Kadaran

a. Kadaran Arus Thermal (rated thermal current)

Had arus dimana pemutus litar boleh membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada suatu keadaan tertentu.

b. Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas (rated short circuit making capacity)

Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya menyambung atau menutup balik pada keadaan tertentu.

c. Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (rated short circuit breaking capacity)

Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya memutuskan litar pada tahap kerosakan tertentu dengan selamat dan tanpa ianya mengalami kerosakan. Kadarannya adalah dalam kiloampiar (KA).

d. Kadaran Arus Menahan Pada Masa-Pendek (rated short-time withstand current)

Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 saat tanpa sebarang keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu

10. BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB

a. Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak

Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang mempunyai empat kutub. Oleh itu terdapat tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam keadaan ON sesentuh tetap dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OFF atau terpelantik (trip) ianya akan terbuka.

Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi mekanikal dan keupayaan membawa arus menutup (making current), arus membuka (breaking current0 dan arus litar pintas (short circuit current). Contoh logam yang digunakan ialah silver alloy.

b. Sesentuh Arka (Arcing Contact)

Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah untuk membenarkan arka berlaku di sini dan tidak disesentuh utama. Dengan ini sesentuh utama tidak dibebankan dengan arka setiap kali ACB di ON dan OFF kan. Oleh itu sesentuh utama akan tahan lebih lama.

c. Mekanisma Penyimpan Tenaga (Spring)

Setiap ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring. Spring yang berada didalam keadaan tegang (tension) adalah menyimpan tenaga untuk menolak dengan pantas sesentuh bergerak untuk tertutup dengan sesentuh tetap. Aksi ini serupalah dengan spring yang terdapat pada perangkap tikus yang akan mengetap tikus dengan pantas apabila galangnya terlepas.

Spring ini boleh di charge menggunakan handle atau charging lever yang disediakan atau menggunakan motor elektrik (automatic charging) yang boleh dipasang didalam mana-mana ACB. Namun tidak semua ACB mempunyai kemudahan automatic charging.

e. Bahagian Pengalir

Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama litar, pengalir mudah lentur, sesentuh utama dan sesentuh arka. Penebat berkesan yang diperbuat dari bahan penebat seperti glass polyester atau kepingan fibre diletakkan diantara fasa atau kutub.

f. Gelong Shunt Trip (Shunt Trip Coil)

Gelong shunt trip ialah sebuah gelung yang dipasang didalam ACB untuk tujuan pelantikan secara otomatik. Apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan gelong, ia akan bertenaga dan menarik plunger dan seterusnya menyebabkan ACB terpelantik.

Gelong ini biasanya berkadaran 240V AC tetapi untuk pemutus litar tertentu ada juga yang kerkadaran 110V AC ataupun 30V DC. Bekalan ini selalunya diterima dari satu punca (palang bas atau bateri) melalui fius, geganti atau butang tekan.

Satu suis tambahan mestilah digunakan untuk membuka litar ke gelong tadi supaya ianya tidak terbakar jika bekalan tidak diputuskan untuk jangka masa yang lama.

g. Gelong Voltan Kurang (Under Voltage Coil)

Gelong ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh kepada suatu nilai tertentu. Jika tiada bekalan ACB tidak boleh di ON kan.

h. Arc Chute

Arc chute ialah sebuah kekotak yang diletakkan diatas sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang terjadi supaya ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain.

g. Charging Handle

Satu handle untuk charge spring supaya menyimpan tenaga.

h. Butang Buka (OFF button)

Butang tekan untuk OFF ACB

i. Butang Tutup (ON button)

Butang tekan untuk ON ACB

j. Penunjuk Open-Close

Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup (close)

k. Penunjuk Charging

Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge

l. Penunjuk Kedudukan (Position Indicator)

Menunjukkan kedudukan ACB samada CONNECTED, TEST atau DISCONNECTED.

m. Penutup Palang Bas / Interlock Shutter

Penutup ini akan menutup palang bas apabila ACB dikeluarkan.

n. Pendawaian Elektrik dan Penyambungan

Pendawaian yang penting ialah pendawaian diantara geganti ke gelong shunt trip, yang lain ialah pendawaian untuk gelong tanpa voltan dan untuk sesentuh tambahan. Oleh sebab ACB boleh dibawa keluar maka penyambungan pendawaian ini perlulah melalui satu penyambungan yang sesuai seperti sliding contact.

o. Closing Spring

p. Kemudahan Kunci atau Padlock

Untuk mengunci ACB supaya tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.

q. Sesentuh Tambahan

Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator)

11. BINAAN

Komponen-komponen asas sesebuah ACB ialah:

Terminal-terminal Tapak tetap Sesentuh-sesentuh pengasing bagi pegun Sesentuh-sesentuh pengasing roller (bergerak) Sesentuh-sesentuh utama tetap, berhujung perak (silver) Sesentuh-sesentuh utama bergerak, berhujung perak Sesentuh-sesentuh arka tetap, berhujung rintangan aloi/logam campuran Sesentuh-sesentuh bergerak, berhujung rintangan aloi/logam campuran Magnetic de-ionization arc-chutes Pelepas beban lampau (overload release) Pelepas bawah kadaran voltan (undervoltage release) Bar pelantik Tuil (lever) pelantik untuk pelepas bawah kadaran voltan dan pelantik pirau Himpunan mekanisma penutup

Punatekan-punatekan, buka (O), tutup (1) Penunjuk-penunjuk mekanikal: spring berbeban, spring tanpa beban, buka-tutup Tuil spring berbeban secara manual Gear pengurang kelajuan bagi motor yang diputar, untuk spring berbeban otomatik Alat pengunci mekanikal yang menghalang pemutus litar daripada dikeluarkan ketika keadaan tertutup untuk pemutus litar yang boleh ditarik keluar sahaja Rel peluncur (untuk ACB yang boleh ditarik keluar sahaja) Pelepas penutup Pelantik pirau Sesentuh-sesentuh tambahan (alat bantu) Sesentuh-sesentuh peluncur tambahan/alat bantu (bagi pemutus litar jenis boleh ditarik keluar)

11.1 Himpunan Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism Assembly)

Kesemua tenaga yang diperlukan untuk mengatup ACB dicas dan disimpan didalam mekanisma tenaga tersimpan (stored energy mechanism). Operasi mengecas boleh dilakukan dengan tangan atau secara elektrik, dengan menggunakan motor elektrik.

Pada pemutus litar yang dikendali dengan tangan, mekanisma tersebut dicas oleh satu daya tetap menggunakan sebuah tuil pengecas manual (manual charging lever).

Pada pemutus litar yang dikendali secara elektrik, mekanismanya dicas oleh sebuah motor elektrik.

11.2 Arc Chute

Arka, satu aspek gangguan arus yang pasti berlaku, dipadamkan oleh plet-plet pemisah arka (arc splitter plates).

Plet-plet pemisah arka terkandung didalam arc chute

11.3 Sesentuh-Sesentuh

Kesemua sesentuh terdiri daripada aloi perak (silver alloy) yang mempunyai keupayaan gangguan litar pintas serta keupayaan memutus dan menyambungkan yang jelas.

Terdapat dua jenis sesentuh iaitu sesentuh utama yang membawa arus beban dan sesentuh arka yang tidak membawa arus beban. Sesentuh utama termasuh didalam litar utama bagi sebuah pemutus litar. Sesentuh arka terbuka bila pemutus litar berada didalam kedudukan tertutup. Sesentuh arka tertutup sebelum dan terbuka selepas sesentuh utama. Ini bagi menggantikan sesentuh utama daripada cepat rosak disebabkan oleh arka.

11.4 Rupa Bentuk Pemasangan (Mounting Configuration)

Terdapat dua rupa bentuk pemasangan:

Jenis dipasang tetap Jenis boleh ditarik keluar

Jenis dipasang tetap adalah jenis dimana ACB dipasangkan ke dalam papan suis utama dengan menggunakan bolt dan nut.

Jenis boleh ditarik keluar pula adalah dimana ACB boleh ditarik keluar, berbeza daripada jenis dipasang tetap, kerana jenis ini mempunyai satu mekanisma boleh ditarik keluar bagi membolehkan ACB tersebut ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan penyenggaraan.

Mekanisma boleh ditarik keluar tersebut membenarkan ACB mengambil sebarang dari kedudukankedudukan yang berikut:

Bersambung (kedua-dua litar kawalan dan litar utama disambungkan) Ujian (litar utama diputuskan, tetapi litar kawalan masih tetap bersambung bagi membolehkan ujian dilakukan) Terputus (kedua-dua litar utama dan litar kawalan diputuskan)

11.5 SENGGARAAN ACB

Diantara kerja-kerja senggaraan ACB ialah:

d. Sesentuh utama dan sesentuh arka

Gosok dengan kikir halus atau emery paper mana-mana yang sesuai untuk melicinkan permukaan sesentuh dari kesan arka. Sebaik-baiknya ikut cadangan pihak pembuat. Sesentuh yang telah rosak

teruk boleh ditukar kepada yang baru.

e. Arc Chute

Cuci dan bersihkan dengan berus, penyedut hampagas atau lain-lain alat yang sesuai.

f. Sesentuh Utama

Ambil bacaan rintangan sesentuh utama dan bandingkan bacaannya dengan data dari pembuat ACB tersebut. Bacaannya ohm nya selalunya kecil sahaja. Kalau bacaan ohm nya tinggi sila laraskan contact pressure arm sehingga bacaan yang rendah diperolehi.

g. Pelinciran

Minyakkan (lubricate) bahagian-bahagian yang memerlukannya dengan cecair pelinciran yang dusyorkan oleh pembuat seperti vaselin oil dan sebagainya.

12. Ujian ACB

Ujian yang perlu dibuat kepada sebuah ACB ialah:

a. Ujian operasi ON dan OFF kan ACB untuk memastikan ianya boleh dikendalikan dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja. b. Ujian suntikan secondary untuk memastikan ia akan terpelantik apabila berlaku kerosakan pada tahap yang ditentukan. c. Ujian penebatan untuk menentukan penebatan diantara fasa dengan fasa dan dengan bumi adalah baik (minima 0.5 megaohm) d. Ujian sesentuh untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebehi dari nilai yang di syorkan oleh pembuat ACB

13. PEMUTUS LITAR BEKAS BERACUAN (MCCB)

Pemutus litar bekas beracuan merupakan sebuah perkakas suis voltan rendah yang padu. Ianya menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa. Ketika

keadaan luar biasa, litar terputus secara otomatik.

MCCB telah digunakan secara meluas didalam pepasangan moden, terutamanya di dalam bangunanbangunan dan loji perindustrian bagi menggantikan Fius Suis atau Suis Pisau (fused knife switches).

Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah B.S 4752, yang mengandungi kesemua keperluan teknikal yang khusus. Arus Interrupting Capacity hendaklah tidak kurang dari 43KA rms.

13.1 Binaan

Badan MCCB diperbuat dari glass reinforced polyester moulded case. Binaan dalamnya pula hampir menyerupai dengan sebuah MCB. MCCB selalunya mempunyai 3 kutub sebab ia lazimnya digunakan untuk litar 3 fasa. Kadaran arusnya dari 60A sehinggalah melebihi 1000A. MCCB mempunyai ciri-ciri tambahan berikut bila dibandingkan dengan MCB.

a. Butang pelantik b. Ciri-ciri masa / arus boleh laras c. Memperuntukkan bahan tambah boleh pilih (optional accessories) seperti gelung pelantik pirau, sesentuh tambahan dan sebagainya

13.2 Alat Pelantikan

Alat pelantikan otomatik yang digunakan didalam MCCB adalah samada dari jenis magnetic-haba atau jenis magnetik hidrolik.

13.3 Ciri-Ciri Pelantikan

Dua jenis pelantikan ialah pelantikan jangka masa lama dan pelantikan jangka masa sertamerta.

Piawaian British menghendaki MCCB dari jenis B.S 4725 seharusnya tidak berkendali ketika membawa arus kadarannya secara berterusan. Bagi MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak melebihi 63A seharusnya tidak terpelantik dalam masa 1 jam (masa lazim) bila membawa arus 1.05 kali arus kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya, jika arus meningkat ke 1.35 kali ganda arus kadarannya. Bagi arus kadaran yang melebihi 63A, masa lazimnya menjadi 2 jam.

13.4 Shunt Trip coil

Salah satu dari beberapa assessori pilihan yang boleh dipasang didalam MCCB ialah shunt trip coil untuk tujuan perlindungan rosak ke bumi dan juga untuk pelantikan kawalan jauh (remote tripping).

Untuk pelantikan rosak ke bumi, shunt trip coil hendaklah disambungkan kepada sesentuh pelantikan (tripping contact) sebuah geganti bocor ke bumi (earth leackage relay (ELR) atau Earth Fault Relay (E/F).

13.5 Mekanisma Pensuisan

a. Kendalian (ON, OFF, RESET):

Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila pemutus litar telah terpelantik, asingkan kerosakan daripada litar, kemudian alihkan pemegang (handle) ke arah OFF untuk menempatkan semula (to reset) pemutus litar tersebut. Selepas kendalian RESET pemutus litar sekarang sudah bersedia untuk disuiskan ON.

14. Ujian MCCB

Ujian biasa yang lazimnya dibuat kepada MCCB ialah:

a. Ujian operasi ON dan OFF MCCB untuk memastikan ianya boleh dikendalikan dengan sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja. b. Ujian suntikan secondary Bagi MCCB yang dilengkapkan dengan shunt trip coil, ujian suntikan secondary perlu dilakukan untuk menentukan ia boleh terpelantik apabila berlaku kerosakan melebihi had-had yang tertentu. c. Ujian penebatan untuk menentukan nilai rintangan penebatan diantara fasa dengan fasa adalah baik (minima 0.5megaohm). d. Ujian keterusan sesentuh utama untuk memastikan nilai rintangan sesentuh utama tidak tinggi (melebehi dari yang disyorkan oleh pembuat). Jika rintangannya tinggi, menunjukkan keadaan sesentuh yang kurang baik dan boleh mengakibatkan lampau panas (overheating).

15. FIUS BOLEH DAWAI SEMULA

Alat pelindung yang terawal iaitu fius boleh didawai semula, atau kadang kala dikenali sebagai fius separuh tertutup (semi enclosed fuse), mengandungi seutas dawai fius yang nipis, dipegang diantara terminal-terminal yang terletak didalam pemegang bakelite atau porcelain. Ianya dimasukkan didalam litar yang dilindungi dan saiz dawai fius disesuaikan kepada kadaran litar tersebut. Fius tersebut direka supaya sekiranya arus melebihi arus yang dikadarkan bagi litar itu, dawai atau elemen fius akan cair dan memutuskan litar.

Fius jenis dawai ini tidak mempunyai titik lebur yang tertentu. Oleh itu apabila berlaku litar pintas fius akan cair dan arka yang terhasil tidak terkawal atau terbendung. Selalunya ia boleh merosakakan tapak fius serta pembawa fius (fuse base and carrier). Kadaran fius dawai tidaklah tinggi iaitu kurang dari 30A.

16 FIUS HRC

Fius HRC (High Rupcturing Capacity) mempunyai badan yang diperbuat dari ceramik. Terdapat satu atau lebih elemen fius didalamnya, bergantung kepada kadaran arus. Elemen fuis dikelilingi oleh insert arc quenching filler seperti gramulated quartz, untuk menyerap arka yang terjadi. Di kedua-dua hujung fius terdapat tin-plated copper atau brass end caps dan biasanya tin-plated copper tag terminations. Bagi fius HRC melebihi 60A end cap selalunya mempunyau lubang atau slot bagi tujuan mengikatnya dengan skru.

Ciri-Ciri Bagi Fius HRC Dan Fius Boleh Didawai Semula

Istilah-istilah berikut digunakan ketika membicarakan tentang fius:

Kadaran arus (rated current):

Ini adalah arus maksimum yang akan dibawa oleh fius secara berterusan tanpa menukar sifat-sifat pada elemen fius tersebut.

17. PEMUTUS LITAR KECIL (MCB)

Pemutus litar kecil ialah sebuah alat mekanikal yang padu digunakan untuk menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa, seperti ketika arus lampau dan litar pintas. Dalam keadaan luar biasa litar terputus secara otomatik. Ia dicipta bagi menggantikan penggunaan fius yang tidak melebihi 60A.

MCB ditentukan didalam BS 3871 yang mengaitkan tentang pemutus litar yang mempunyai bekas tertutup rapat bagi tujuan perlindungan mekanisma dan ciri-ciri masa / arus yang tidak boleh diubah-ubah. Ianya khusus untuk digunakan bagi perlindungan pepasangan elektrik perusahaan, perdagangan dan kediaman.

Piawaian ini bersabit dengan pemutus litar yang mempunyai kadaran voltan hingga ke 415 volt. Kadaran arus hingga ke 100 ampiar.

17.1 Binaan

Komponen utama bagi sebuah pemutus litar kecil ialah:

a. Sebuah mekanisma pensuisan (a switching mechanism) b. Sebuah alat pelantikan otomatik c. Sebuah alat pemadam arka d. Sesentuh tetap dan bergerak

17.2 Mekanisma Pensuisan MCB

d. Kendalian (ON, OFF):

Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila MCB telah terpelantik, pemegangnya (handle) akan berada di kedudukan ke bawah, baiki kerosakan, kemudian alihkan pemegang ke arah ON (kearah atas). Sekarang MCB boleh berfungsi semula. Arus lebur (fusing current / rupcturing current):

17.4 Kebaikan MCB Berbanding Dengan Fius HRC Atau Fius Boleh Didawai Semula

a. Ciri-ciri pelantikan beban lampau telah ditentukan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh diubah-

ubah b. Keupayaan MCB boleh diuji, ditentukur atau ditempatkan semula (reset) c. Litar-litar yang rosak begitu mudah dikenalpasti d. Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan segera, bila kerosakan telah diperbaiki

18. FIUS SUIS

Fius Suis adalah satu alat pengasing untuk ON dan OFF secara manual tetapi dilengkapkan dengan fius HRC untuk memberi perlindungan litar pintas. Fius berserta dengan pemegangnya bertindak sebagai elemen yang menyambung dan memutuskan bekalan.

Fius Suis lazimnya digunakan untuk litar tiga fasa (TPN). Kadaran standard ialah 60A, 100A, 160A, 200a, 300A, 400A, 500A, 600A, 800A.

Jenis fius yang digunakan mestilah HRC kerana kadaran arusnya yang tinggi. Jenis center tag dan off tag adalah yang biasa digunakan, manakala jenis round cap tidak boleh digunakan kerana sentuhan yang tidak kukuh untuk menampung arus yang tinggi.

19. SUIS FIUS

Suis Fius hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai perbedaan berikut:

a. Fiusnya berkadaran 60A dan kurang b. Ia digunakan lebih kepada satu fasa, terdapat juga jenis tiga fasa c. Fius dari jenis round cap, tanpa tag, boleh digunakan, tak perlu skrew dan nut d. Ia tidak terpisah dari basbar bekalan apabila di OFF kan

20. SESENTUH TUKAR ALIH (Change Over Contactor)

Sesentuh tukar alih secara asasnya adalah sejenis pengasing, mengandungi dua set sesentuh tetapi dalam satu-satu masa hanya satu sahaja boleh ditutup. Setiap sesentuh menerima bekalan dari punca yang berlainan, lazaimnya satu bekalan dari TNB dan yang satu lagi dari janakuasa tunggusedia. Pada satu-satu masa hanya satu sahaja bekalan boleh disambungkan ke palang bas

PSU. Ia mempunyai ciri-ciri interlock elektrikal dan mekanikal.

Sesentuh tukar alih mestilah mempunyai empat kutub, seperti yang dikehendaki oleh peraturan elektrik 1994. Ini bermakna sambungan neutral hendaklah melaluinya. Kadaran arusnya hendaklah sama dengan kadaran arus ACB, boleh mencapai beberapa ribu ampiar.

Tiada apa-apa komponen perlindungan dipasang pada sesentuh tukar alih sebab ia tidak berfungsi sebagai pemutus litar. Namun begitu ia dilengkapkan dengan dua gelong kawalan untuk membuka dan menutup sesentuh secara otomatik dan sebagai electrical interlock. Terdapat juga sesentuh kecil tambahan untuk tujuan kawalan dan indication.

21. BUS TIE / BUS COUPLER

Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh menghubungkan dua kumpulan palang bas yang berasingan. Satu kumpulan palang bas mengawal sebahagian beban manakala yang satu lagi mengawal sekumpulan beban yang lain pula. Saiz palang bas kedua-dua kumpulan tersebut hendaklah sama.

Penggunaan bus tie selalunya apabila terdapat dua atau lebih punca bekalan walaupun dari pehak yang sama (TNB atau sebagainya). Apabila salah satu punca bekalan terganggu, bekalan boleh disalurkan dari punca yang satu lagi melalui bus tie tersebut.

Apabila semua punca bekalan dalam keadaan normal bus tie selalunya dalam keadaan OFF. Apabila berlaku gangguan dari mana-mana satu punca bekalan dan jika perlu baharulah bus tie di ON kan.

Tiada komponen perlindungan diperlukan oleh bus tie. Ia lazimnya dikendalikan secara manual. Sebagai langkah keselamatan tambahan ia selalunya dikunci dengan menggunakan kunci khas (castle key).

22. BEKALAN MASUK DAN KELUAR

Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada ditingkat bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk melalui parit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel (cable box) atau cable gland. Hujung kabel dipasang telinga

kabel (cable lug), melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skrew dan nut kepada pemutus litar.

Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui pemutus litar. Saiznya selalunya lebih kecil dari kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau melalui trunking atau dulang kabel (cable tray), bergantung kepada kemana kabel tersebut pergi, samada ke dalam bangunan atau keluar bangunan.

23. ALATUBAH ARUS (C.T)

Alatubah arus diperlukan untuk mendapatkan arus yang lebih kecil supaya sesuai untuk tujuan perlindungan dan pemeteran. Arus sebenar di palang bas dikecilkan mengikut nisbah-nisbah tertentu supaya arus yang memasuki geganti (relay) dan meter ampiar tidak melebihi 5A. Dengan cara ini geganti dan meter tidak perlu dibuat bersaiz besar, oleh itu menjimatkan kos dan lebih praktikal.

Alatubah arus dipasang dipalang bas atau kabel dimana arus hendak disukat. Satu alatubah arus perlu dipasang bagi setiap fasa dan neutral.

24. GEGANTI

Geganti diperlukan untuk tujuan perlindungan. Geganti yang diperlukan ialah jenis arus lebih/beban lebih dan rosak ke bumi atau bocor ke bumi. Geganti mendapat maklumat dari alatubah arus dan akan menentukan tahap tertentu dimana ianya perlu menghantar signal kepada shunt trip coil untuk memutuskan bekalan.

25. METER VOLTAN

Meter voltan sangat penting untuk mengetahui adanya bekalan dan berada pada tahap yang sepatutnya. Meter voltan untuk PSU bervoltan 415V boleh disambung terus kepada palang bas sebab meter tersebut boleh menerima voltan 415V dengan selamat. Suis pemilih lazimnya dipasang supaya satu meter voltan boleh membaca ketiga-tiga fasa. Fius hendaklah dipasang pada litar meter voltan untuk perlindungan litar pintas.

26. METER AMPIAR

Meter ampiar juga penting untuk mengetahui arus semasa yang mengalir didalam sesuatu pemasangan. Untuk arus yang tidak melebihi 60A meter ampiar boleh disambung terus kepada pengalir utama yang membawa arus beban. Bagi arus yang melebihi 60A pula meter ampiar tidak boleh disambung terus kerana ia akan merosakan meter, oleh itu alatubah arus dengan nisbah yang sesuai hendaklah digunakan. Lazimnya arus sekunder alat ubah arus hendaklah 5A.

27. METER FAKTUR KUASA

Diperlukan untuk mengetahui faktur kuasa sesuatu pemasangan.

28. METER KW DAN KWh

Untuk memberikan bacaan kuasa dan tenaga sesuatu pemasangan.

29. LAMPU-LAMPU PENUNJUK

Untuk mengetahui terdapatnya bekalan dan sebagainya.

30. KAPASITOR BANK FAKTUR KUASA

Kapasitor bank dengan saiz KVAr tertentu diperlukan untuk memperbaiki faktur kuasa supaya tidak kurang dari 0.85. Ini untuk mengelakkan ketidakcekapan penggunaan tenaga dan supaya tidak didenda oleh pihak TNB.

31. PENGECAS BATERI

Terdapat sesetengah PSU mempunyai pengecas bateri didalamnya. Bateri yang dicas mungkin bateri janakuasa atau bateri sistem perlindungan.

32. UJIAN PSU

Antara ujian-ujian untuk PSU ialah:

a. Ujian Penebatan antara fasa ke fasa ke neutral ke bumi b. Ujian tekanan 2KV selama 1 minit c. Ujian suntikan primary dan secondary

33. PEMBUMIAN

Palang bas tembaga pembumian bersalut timah (tinned copper earthing bas bar) berukuran seperti didalam jadual dibawah hendaklah dipasang dan di skrew pada keseluruhan panjang dan tinggi papan suis. Palang bas bumi ini hendaklah disambungkan kepada elektrod bumi pemasangan dengan menggunakan tape tembaga (copper tape) yang mempunyai ukuran yang sama. Kesemua wayerwayer bumi hendaklah disambungkan kepada palang bas ini dengan menggunakan bolt dan nut.

Ini adalah arus minima yang akan meleburkan elemen fius

Faktur Fius (fusing factor):

Faktur Fius ialah nisbah diantara arus lebur dan kadaran arus.
POSTED BY MOHAMMAD ISMAIL AT 6:23 AM 1 COMMENT: LABELS: ACB, EFR, ELR, OCB, SUISBOD, VCB LINKS TO THIS POST

REACTIONS:
THURSDAY, AUGUST 20, 2009

Elektrik dan Pembumian


EARTHING

1.0 Introduction

As required by various authority such as Jabatan Bekalan Elektrik & Gas Malaysia, which is now known as Suruhanjaya Tenaga, MSIEC and TNB, it is essential to ascertain the earthing arrangement at the source of supply of an installation and the type of path intended for earth fault current to flow in order to select the appropriate protective measures to be used for the protection against electric shock.

2.0 Classification of Earthing System

The earthing system is classified with the following letter designations:

Supply authority or supply source earthing arrangements are indicated by the first letter:

T : One or more points of supply are directly connected to earth

I : Supply system not earth, or one point earth through a fault limiting impedance

Relationship of exposed conductive parts to earth are indicated by the second letter

T : Exposed conductive parts connected directly to earth and which is independent of the supply earth

N : Exposed conductive parts connected directly to the earth point of the source of the electrical supply

Arrangement of neutral and protective conductors in T-N System is indicated by a third letter

S : Separate neutral and protective conductors

C : Neutral and protective conductors combined in a single conductor

Thus the types of system are:

TN C

TN S TN C S TT IT

The earthing system that are commonly used by consumer here in Malaysia are as follows:

a. TT system is used by consumers connected to TNB supply by overhead lines service. b. Combination of TT and TNS system are used when supply is connected by underground cable. This practice is used when consumer is unable to provide earthing resistance of adequate value. The normal indemnity clause will be include in the supply contract.

The importance of earthing lies in the fact that it deals with safety. Earthing requirements for electrical system are well define in ELECTRICAL REGULATIONS, 1994. The system earthing is the responsibility of TNB but the consumer is responsible for the earthing of his installation.

The important of earthing are:

1. In power systems it helps to maintain the voltage of any part of the network at a definite potential with respect to earth. 2. And it allows enough current to flow fast enough under earth fault conditions to operate the protective devices installed in the circuits. 3. Preventing exposed conductive parts of the equipment from rising in potential for a period sufficient to cause danger from electrocution.

For normal installation practice, earthing is to connect together the exposed conductive parts of various items of the equipment and to a common terminal (main earthing terminal) : this in turn is connected by the earthing conductor to an earth electrode, buried in the mass of earth. The earth installation must be capable of carrying the prospective fault currents without danger and without excessive heat. It must have low resistance at all times with good resistance to corrosion.

The most important part of the earthing system is the electrodes. Earth electrodes are made from a number of materials like cast iron, steel, copper or stainless steel, and they may be in the from of plates, tubes , rods or strips.

The most favored material is copper. It has good conductivity, is corrosion resistance to many of the salts that exist in the soil and it is a material that easily worked.

The earth resistance depends on soil resistivity and characteristics. The types of soil suitable for earth electrode are: -

Wet marshy ground Clay, loam soil, arable land Clayey soil, loam mixed with small quantity of sand Damp and wet sand

The site should not be well drained and without flowing water which will wash away the salt in the soil.

Achieving a good earth will depend on local soil condition. Three factors that affect the soil resistivity are:-

Moisture content of the soil Chemical composition of the soil

2.1 Temperature Of The Soil

In area of high soil resistivity, it is difficult to obtain an earth resistance of, say one ohm or less. Several options are available in the form of soil conditioning agents. e.g. copper sulphate, sodium carbonate, bentonite and marconite.

The key to arriving at a successful earthing electrode system is not to sacrifice quality for cost. Many products currently on the market fall far short of the recommended standards. The redraft of CP 1013, when available, will contain recommendations for materials specification to ensure components are corrosive resistance and provide adequate mechanical strength.

3.0 Earth Electrodes ( 54210 to 15 )

These consist of some form of deeply buried conductor since the major earth resistance lies on the top soil.

Buried copper or galvanized earth plates have largely given place to threaded copper-clad steelcored rods. Penetration is by hammer blows, the threading permitting the linking of successive lengths.

The following items are recognized by the IEE regulations as suitable earth electrodes.

Earth roots or pipes Earth tapes or wires Earth plates Earth electrodes embedded in foundation Metallic reinforcement of concrete structures Metal pipes Lead sheaths or other metallic coverings of cables

4.0 Earth Electrodes for Area of Rocky Soil Structure

In area where there is rock at or near to the surface of the soil, copper tape, stranded conductors or wire mesh electrodes may be used.

These types of electrodes should be buried to a depth of not less than 457 mm to minimize the risk of their becoming damaged and to protect them from climatic conditions such as frost.

5. Methods of Installing Tapes or Stranded Conductors

Copper tapes and stranded conductors can be arranged in single lengths, or as parallel or radial groups. The usual size of copper tape is 25 mm wide by 3 mm thick.

6. Earth Rods

Earth rods are used where low prospective fault currents exist and the soil resistivity high.

7. Method of Installing Earth Rods

Earth rods are driven completely below ground using hand held hammer or power hammer.

They are set out at a distance of not LESS than their own length apart ( CP 1013 1965 )

8. Inspection Covers

Constructed of concrete with a galvanised steel lifting handle. The underside is recessed to enclose and protect the electrode connection

Standard parthway covers with cast iron frames with a concrete filling may also be used

Glazed earthenware and fibre glass covers are also available

9. Termination To Earth Electrodes

The connections of earthing conductors to electrodes require adequate insulation where they enter the ground, to avoid possible dangerous voltage gradient at the surface. All electrode connections must be thoroughly protected against corrosion and mechanical failure.

It is important that the electrode is made accessible for inspection purpose, and a label should be fitted at or near the point of connection.

ELEKTRIK DAN ALAT JIMAT BIL ELEKTRIK


Melalui Penggunaan Teknologi Power Saver; Setiap unit Power Saver ini mengandungi kapasitor yang bertujuan untuk menambahkan tenaga. Andaikan penambahan tenaga sebanyak 67kW dilakukan menggunakan kapasitor di dalam Power

Saver ini, maka Apparent Power telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA, maka nilai Power Factor kini adalah: Power Factor = 100/105 = 0.95 atau 95% Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara optimum di rumah atau premis anda. Ini bermakna semakin kurang pembaziran yang terhasil kerana 95% adalah tenaga optimum. Dengan itu ia menjadi semakin jimat! Iaitu hanya 5% sahaja pembaziran berbanding tidak menggunakan Power Saver.

Apa kata pengguna? "Setelah memasang alat ini, saya terkejut apabila menerima bil daripda TNB. Bil elektrik saya telah berkurang dengan sangat ketara. Biasanya saya perlu membayar sekitar RM300 sebulan tetapi sekarang saya hanya perlu bayar diantara RM180 RM220 sahaja! Saya telah dapat jimat sebanyak 25% sebulan. Terima kasih kepada Power Saver." Ooi PS, Kedah.

"Pemasangannya sangat mudah. Cuma perlu plug pada soket dan bil elektrik saya telah menurun daripada RM120 kepada RM90. Saya telah memperkenalkan alat Power Saver ini kepada semua rakan dan saudara mara. Mereka sangat sukakan produk ini." Chang PW, Kedah.

"Power Saver ini benar-benar membantu menjimatkan bil elektrik saya sekitar 15% sebulan. Selepas memasang alat ini, saya dapat rasakan ia bukan sahaja memberikan saya penjimatan tetapi juga menstabilkan arus elektrik di rumah saya. Bekalan elektrik selalu terputus apabila kadar penggunaan elektrik tinggi tetapi setelah 3 bulan memasang Power Saver, tiada lagi masalah terputus bekalan." Ooi EL, Penang.

Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan 1. Jaminan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak kami sebagai penjual. 2. Syarat jaminan ini berkuatkuasa mulai hari Khamis, 21hb. Julai 2008. 3. Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar dimana wang anda akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas menggunakan Power Saver ini.

4. Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh belian. 5. Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan penggunaan Power Saver secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Power Saver dapat dilakukan secara adil. 6. Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan semasa menggunakan Power Saver. Pada tempoh ini anda dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau menggunakannya dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti. 7. Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan pertama, bulan kedua dan bulan ketiga selepas pemasangan Power Saver dengan bil-bil elektrik bulan sebelum menggunakan Power Saver. 8. Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada bulan keempat hinggalah bulan keenam. 9. Hantarkan terlebih dahulu 3 bulan salinan bil-bil elektrik selepas menggunakan Power Saver dan 2 bulan salinan bil-bil elektrik sebelum menggunakan Power Saver kepada kami. Ini bagi membolehkan kami membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil elektrik anda. 10. Hantarkan juga Resit dan Warranty Card yang diberikan bagi memastikan anda adalah pelanggan kami. 11. Hantarkan juga alat Power Saver secara pos kepada kami. Untuk kemudahan penghantaran pos, anda boleh menggunakan penghantaran Poslaju dimana ia adalah cepat dan selamat. 12. Alat Power Saver hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh digunakan. Power Saver yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan. 13. Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda. 14. Caj perkhidmatan sebanyak RM48 akan ditolak daripada harga setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit Power Saver berharga RM228, maka jumlah wang yang akan dikembalikan kepada anda ialah RM228 ditolak RM48 (caj perkhidmatan) = RM180. 15. Jika 2 unit dipulangkan bermakna caj perkhidmatan adalah RM96 dan begitulah seterusnya. 16. Kami berhak untuk mengubah polisi ini tanpa sebarang notis.

Soalan Lazim 1.) Adakah penggunaan alat penjimat elektrik Power.Tune ini sah disisi undang-undang Malaysia? Ya. Penggunaan alat ini adalah sah disisi undang-undang Malaysia. Sebarang pengubahsuaian sebelum meter adalah tidak sah. Alat ini dipasang selepas meter iaitu pada litar dalaman premis. 2.) Adakah Power.Tune dapat mengurangkan bil elektrik saya? Ya. Alat ini direka untuk menjimatkan bil elektrik anda. Berdasarkan kepada maklum balas daripada pelanggan-pelanggan, penjimatan sebanyak 25% direkodkan pada penggunaan biasa.

Peratus penjimatan bergantung kepada jenis beban (alat elektrik) dan penggunaannya. Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutama pada kedai, pejabat dan industri ringan. 3.) Kenapa anda meletakkan peratus penjimatan sebanyak 25% bukannya 30%, 40% atau 45% seperti jenama lain? Peratus penjimatan adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis peralatan elektrik yang digunakan. Kami meletakkan nilai yang realistik iaitu 25% walaupun sesetengah pengguna menikmati penjimatan melebihi 30%. Ada alat elektrik yang mendapat penjimatan melebihi 50% manakala yang lain merekodkan penjimatan antara 5% hingga 20%. Secara purata, penjimatan yang diperolehi adalah sekitar 10% hingga 25%. 4.) Adakah sebarang sijil dikeluarkan untuk mengesahkan alat ini selamat digunakan? Power.Tune telah melalui ujian keselamatan, prestasi dan kebolehharapan (reliability) yang telah dijalankan oleh badan-badan pensijilan dalam dan luar negara. Alat ini telah diuji oleh SIRIM dan mematuhi EN61000-6-3, EN61000-3-2, EN61000-3-3 dan EN610006-1 (keperluan untuk menperolehi sijil CE). Ujian-ujian yang telah dijalankan:1. Power Line Conducted Emission Measurement 2. Radiated Emission Measurement 3. Harmonic Current Emission Measurement 4. Voltage Fluctuation and Flicker Measurement 5. Electrostatic Discharge Test 6. RF Field Strength Susceptibility Test 7. Electrical Fast Transient/Burst Immunity Test 8. Surge Immunity Test 9. Injected Currents Susceptibility Test 10. Voltage Dips and Interruptions Test 5.) Adakah Power.Tune memerlukan sebarang penyelenggaraan? Tidak. Anda hanya perlu pasangkan alat ini pada soket 13Amp yang terhampir dengan suis utama di premis anda dan mula menjimatkan wang.

6.) Adakah saya perlu membuat sebarang pengubahsuaian kepada pendawaian elektrik? Tidak. Alat ini direka supaya mudah untuk digunakan (plug n save). Anda hanya perlu pasang pada soket 13Amp yang terletak pada dinding dan bukannya pada extension cord.

7.) Berapa lamakah tempoh jaminan alat ini? Power.Tune mempunyai 12 bulan jaminan daripada pengilang, merangkumi sebarang kecacatan daripada pembuatan atau bahan. Kami juga memberikan 6 bulan money back guarantee. Wang anda akan dikembalikan jika terbukti alat ini tidak menjimatkan bil anda. 8.)Bilakah saya akan mendapat pulangan pelaburan Return of Investment (ROI) jika membeli alat ini? Berdasarkan kepada ujian yang telah dijalankan dan maklum balas daripada pelanggan, anda akan

balik modal lebih kurang dalam masa 6 ke 12 bulan. Selepas itu anda akan menikmati penjimatan untuk tahun-tahun yang berikutnya. 9.) Bolehkah Power.Tune dibiarkan on secara berterusan? Ya. Power.Tune perlu dibiarkan on sepanjang masa untuk mendapatkan penjimatan maksimum. Alat ini hanya perlu di`offkan jika premis ditinggalkan dalam waktu yang lama seperti pergi bercuti dsb. Sila ambil perhatian bahawa Power.Tune menyimpan tenaga elektrik sehingga 3 saat selepas dimatikan. Sila tunggu sekurang-kurangnya 3 saat selepas memadamkan Power.Tune sebelum mencabutnya daripada soket. 10.) Bolehkah saya menggunakan lebih daripada 1 unit Power.Tune untuk mendapatkan lebih penjimatan? Pada keadaan biasa, 1 unit Power.Tune adalah mencukupi. Untuk model PT-01, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase dibawah 1000kWH. Untuk model PT-02, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase dibawah 2000kWH. Jika penggunaan melebihi 2000kWH dan premis anda single phase, 2 unit boleh digunakan.

Kenapa Tak Jimat?? Berikut adalah tips yang berguna untuk mengenal pasti sebab-sebab kenapa tiada penjimatan kepada bil elektrik setelah memasang power saver sekurang-kurangnya selama sebulan. 1.) Bil adalah bil anggaran bukannya bacaan sebenar yang diambil daripada meter (berlaku di beberapa kawasan) 2.) Sesetengah peralatan elektrik digunakan dengan lebih kerap apabila kuantiti jualan bertambah. Sebagai contoh, jualan pada bulan Januari ialah RM50,000 dan meningkat sebanyak RM80,000 pada bulan Februari. Peningkatan jualan sebanyak 60%, dalam kes ini sudah pasti bil elektrik juga akan meningkat selari dengan kos operasi syarikat. 3.) Peningkatan overtime dan pengeluaran tambahan kilang pasti akan meningkatkan penggunaan elektrik. 4.) Penggunaan elektrik yang bertambah selepas memasang power saver (selalu terjadi). Cth: Sebelum memasang power saver, penggunaan air-cond hanya 4 jam sehari tetapi setelah memasang power saver penggunaan air-cond meningkat kepada 8 jam sehari. Keadaan ini sudah pastinya akan meningkatkan bil elektrik. 5.) Power saver yang telah dipasang telah di`offkan kerana soket yang sama telah digunakan untuk alat elektrik yang lain. 6.) Power saver dipasang pada pertengahan bulan atau hanya beberapa hari sebelum bil bacaan meter oleh TNB/SESCO. Jangkamasa yang terlalu pendek tidak akan menunjukkan perbuahan yang ketara. 7.) Penggunaan elektrik yang tidak konsisten. Keadaan ini tidak bermakna power saver tidak berfungsi. Cara yang paling sesuai untuk menilai keadaan ini ialah dengan cara mendapatkan purata bil selama 3 bulan selepas memasang power saver untuk dibandingkan dengan purata 3 bulan bil elektrik sebelum memasang power saver. 8.) Pemasangan alat elektrik tambahan selepas memasang power saver. Cth: Penambahan 1 unit air-cond lalu menyebabkan kadar penggunaan elektrik melebihi kesesuaian model power saver yang asal. 9.) Pelanggan tidak memasang bilangan power saver yang sesuai mengikut penggunaan elektrik bulanan (kWH) kerana samada kekurangan soket atau penambahan alat elektrik yang banyak

menggunakan tenaga elektrik. 10.) Bilangan power saver yang dipasang pada premis pendawaian 3 phase tidak mengikut kuantiti yang dicadangkan. Cth: Pemasangan hanya 1 unit power saver pada rumah 3 phase. Kuantiti sebenar yang diperlukan untuk mendapat penjimatan yang optimum ialah 3 unit power saver. 11.) Penjimatan adalah lebih besar pada alat elektrik bermotor seperti air-cond, peti ais, kipas dan sebagainya. Penjimatan kurang pada peralatan yang berasaskan pemanasan seperti seterika, cerek elektrik dan shower heater. Walau bagaimanapun, alat ini dapat memanjangkan jangka hayat alatalat tersebut. 12.) Keadaan peralatan elektrik di rumah mempengaruhi penggunaan kuasa elektrik. Peralatan yang diselenggara dengan baik akan menjimatkan kos operasi (energy efficient) dan sekiranya selepas memasang power saver, pemilik rumah tidak meneruskan penyelengaraan mengikut jadual yang sepatutnya (seperti servis air-cond dsb) maka peralatan tersebut perlu bekerja dengan lebih keras (menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak) seterusnya meningkatkan bil elektrik. 13.) Cuaca juga mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik untuk peralatan penyejukkan seperti air-cond dan peti sejuk. Pada hari yang panas, tenaga elektrik yang lebih diperlukan oleh air-cond atau untuk menyejukkan bilik pada suhu yang ditetapkan seterusnya meningkatkan jumlah bil pada bulan tersebut. Perkara ini jugak berlaku kepada peti sejuk. 14.) Memasang model power saver yang salah. 15.) Memasang power saver pada extension cord atau berkongsi soket dengan peralatan lain 16.) Tempoh pembacaan meter (billing cycle) oleh pembekal (TNB) tidak konsisten.

ELEKTRIK DAN PENCAHAYAAN

PENCAHAYAAN Istilah Pencahayaan 1. Lumen (lm) Lumen adalah unit luminous flux atau kadar pengaliran cahaya dari satu punca. Contohnya mentol biasa boleh mengeluarkan sehingga 1200 lumen. 2. Illuminance (E) Ia bermaksud kadar sesuatu permukaan dicahayakan atau banyaknya cahaya yang jatuh diatas sesuatu permukaan, lebih jelas lagi ialah berapa lumen dalam satu unit permukaan contohnya satu meter persegi. Apabila seseorang itu mengatakan nilai illuminance ialah beberapa lumen, ini adalah kurang tepat kerana ia tidak menyatakan luas permukaan yang lumen itu tersebar. Oleh itu illuminance hendaklah dinyatakan berapa lumen semeter persegi atau berapa lux. Lux atau lumen semeter persegi menerangkan cahaya yang tersebar disuatu permukaan atau benda dan tidak menerangkan berapa terang permukaan itu akan kelihatan. Ini adalah bergantung kepada keupayaan permukaan itu memantulkan cahaya itu kepada mata sipermerhati. 3. Lux Lux adalah unit metrix untuk pencahayaan iaitu 1 lumen semeter persegi. Ia bersamaan dengan 10.76 lumen sekaki persegi.

4. Nanometer (nm) Unit untuk menerangkan panjangnya gelombang cahaya iaitu sepuluh kuasa tolak sembilan atau satu per seribu juta. 5. Candela Unit keamatan bercahaya (luminous intensity) sesuatu punca cahaya disuatu arah yang tertentu (ini samalah seperti tekanan dibelakang pancutan air). Apabila bekerja dengan punca cahaya yang mengeluarkan flux (lumen) setara (equal) kesemua penjuru mithalnya didalam spere, candela atau luminous intensity disuatu arah yang tertentu boleh didapati dengan membahagi lumen dengan 4 x 22/7 (12.57) atau lebih kurang 12. jadi untuk mentol 100W yang mengeluarkan 1200 lumen menghasilkan luminous intensity 100 candela disuatu arah.

6. Intensity (I) {keamatan} Banyaknya candela yang dikeluarkan oleh suatu punca didalam suatu arah Illuminance = Candela / jarak kuasa dua (I / d x d) = Lux Contohnya jika punca cahaya mempunyai intensity 100 candela dan jarak dari punca cahaya ialah 2 meter maka Illuminance = 100 / 2 x 2 = 25 lux 7. Luminance (keterangan) Ia menjelaskan nilai terang sesuatu benda, digunakan kepada lampu-lampu atau punca cahaya atau permukaan yang memantul atau memancarkan cahaya. Ia ditulis sebagai candela / meter persegi. 8. Apostilb Digunakan untuk mengatakan nilai terang permukaan yang memancarkan atau memantulkan satu lumen semeter persegi. Ia menerangkan jumlah cahaya yang datang dari permukaan itu dan ini memberi gambaran permukaan itu. Perhatian: Illuminance ialah sukatan cahaya yang tiba disesuatu permukaan manakala Luminance ialah cahaya yang meninggalkan atau memantul dari sesuatu permukaan. Contoh: Satu dinding 1 meter persegi menerima 500lux dan mempunyai kadar pemantulan 50% dan memancarakan kembali 250lux semeter persegi i.e ia mempunyai keterangan 250 apostilb. Perbedaan diantara keterangan yang diterima (illuminance) dan keterangan yang dipancarkan (luminance) boleh dibayangkan dengan lebih jelas dengan mengisikan dua gelas, satu berisi susu dan satu lagi berisi kopi dan kedua-duanya sama-sama dicahayakan. Kedua-dua gelas akan menerima sama illuminance tetapi gelas yang berisi susu akan memantulkan lebih banyak cahaya dan mempunyai luminance yang tinggi, iaitu ia nampak lebih terang berbanding dengan gelas yang berisi kopi. 9. Faktur Pemantulan (Reflection Factor) Satu faktur yang menerangkan kadar sesuatu permukaan akan membalikkan cahaya. Ia biasanya ditulis dalam peratusan (%). Jadi bagi suatu permukaan yang mempunyai faktur pemantulan 45% akan membalikkan 45% dari cahaya yang dipancarkan kepadanya. Ini bererti Luminance = Lux x Faktur Pemantulan.

10. Faktur Penghantar (transmission Factor) Faktor yang menerangkan kadar cahaya yang menembusi suatu bahan yang lutsinar. Ini biasanya dinyatakan sebagai peratusan faktur penghantaran. Contohnya plastic yang lutsinar akan menghantar 75% dari cahaya yang dipancarkan kepadanya dan memantulkan 10% daripadanya. 11. Faktur Penyerapan Faktur yanmg menerangkan kadar penyerapan cahaya oleh sesuatu bahan i.e cahaya yang tidak dipantulkan. Kesemua bahan menyerap cahaya dan cahaya yang diserap hilang sebagai haba. Hubungan diantara faktur pantul, faktur penghantar dan faktur penyerapan sesuatu bahan ialah jika ia dihimpunkan berjumlah 100%. Contoh: sebuah bangunan dicahayakan dengan kadar illuminance 150lux. Disebabkan debu dan lainlain kekotoran kadar pantul ialah 20%. Berapakah kadar luminance didalam apostilb. Luminance (apostilb) = illuminance x kadar pembalikan = 150 x 0.2 = 30 apostilb 12. Luminous Efficiency lumen per watt (lm/w) Cara menerangkan kecekapan sesebuah lampu. Ini diperolehi dengan membahagi lumen yang dikeluarkan dengan kuasa watt lampu Contoh: Sebiji lampu 100W mengeluarkan 1200 lumen Luminous efficiencynya ialah = 12 lm/w 13. Permukaan Kerja working surface Permukaan dimana kerja dijalankan. Permukaan ini dijadikan paras dasar dimana taraf pencahayaan dipastikan. Kebiasaannya permukaan kerja diambil 0.85 meter dari paras lantai. Ingat, permukaan ini tidak semestinya datar atau rata. Didalam keadaan biasa ianya seperti papan hitam. 14. Faktur Kegunaan Utilization Factor (U.F) Faktur yang digunakan untuk mengira bilangan lampu yang harus dipakai. Faktur ini mengambil kira semua cahaya yang hilang. 15. Index Bilik Room Index Index yang menghubungkan ukuran bilik. Ia mengambil kira luas dan bentuk bilik. 16. Faktur Penyenggaraan Maintenance Factor (M.F) Faktur yang digunakan untuk mengambil kira kehilangan cahaya yang disebabkan oleh debu dan kotoran lain. Ia mesti kurang dari satu. Kebiasaannya 0.8. 17. Azimuth Permukaan disekitar paras datar 18. Sudut Atas dan Bawah Permukaan didalam paras tegak atas atau dibawah paras datar. 19. Index Kesilauan Glare Index Senarai nombor yang digunakan untuk menentukan sesuatu pemasangan itu selesa atau tidak dilihat

20. British Zonal Classification (B.Z) Satu klasifikasi untuk lampu-lampu berdasarkan keluaran cahaya dibawah. Ada 10 bahagian i.e BZ1 .BZ10 21. Pembalik Reflector Pemantul yang mengubah arah cahaya. Pemantul digunakan bila pengubahan yang banyak diperlukan 22. Pemantul Specular Specular Reflector Ini adalah pemantul dimana arca yang terang boleh dilihat dari satu arah yang tertentu. Contoh pemantul specular ialah cermin, permukaan air yang tenang atau sudu yang berkilat. 23. Pemantul Perata Diffuse Reflector Pemantul yang memercikkan cahaya yang tiba padanya kesemua arah. Bayang tidak dapat dilihat pada pemantul jenis ini. Pemantul jenis perata tulin payah didapati, contoh yang hampir ialah cat kapor, kertas penyerap dakwat dan white cliff. 24. Refractor Controller Prism lutsinar yang mengubah arah pancaran cahaya beberapa darjah 25. Silauan Cahaya pada arah yang salah yang menghindar pandangan. Ini biasanya dibahagikan kepada silauan biasa dan silauan keterlaluan Silauan biasa hanya mengganggu pandangan tetapi silauan keterlaluan menghindar pandangan 26. Nisbah Pancaran Cahaya Light Output Ratio Ialah nisbah cahaya yang keluar dari lampu kepada cahaya yang keluar dari mentol sahaja. Ini biasanya dibahagi kepada dua iaitu diatas dan dibawah paras permukaan datar dan ditulis dalam peratusan 27. Lampu Unggu (Ultra Violet UV) Pancaran yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Ia mempunyai ukuran gelombang diantara 200nm. Ultra violet boleh ditukarkan kepada cahaya yang boleh dilihat dengan menemukan ia dengan bahan fluorescent contohnya lampu kalimantang. 28. Infra Red Pancaran yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Ia mempunyai ukuran gelombang diantara 700nm dan 2500nm. Ia biasanya boleh dirasa dengan rasa panas dikulit badan kita.

REKABENTUK PENCAHAYAAN DALAM BANGUNAN 1. Pendahuluan Aspek rekabentuk yang perlu diambil kira ialah dari segi average illuminance iaitu menentukan paras illuminance dan berapa bilangan lampu serta kuasa wattnya yang harus dipasang untuk mendapatkan paras ini. Untuk memulakan rekabentuk pencahayaan dalam bangunan maklumatmaklumat berikut mesti diperolehi dahulu: Panjang bilik (L) Lebar bilik (W) Tinggi siling (H)

Warna siling Warna dinding Keadaan tingkap Berkipas atau berhawa dingin Keadaan keliling Untuk apa bilik itu digunakan

2. Setelah mengambil kira perkara-perkara diatas baharulah kita boleh memilih jenis lampu yang hendak digunakan. Umpamanya lampu pendaflour, lampu pijar jenis decorative, lampu jenis domestik atau jenis industri. Disini apa yang penting ialah keadaan cahaya yang dihasilkan oleh lampu tersebut. 3. Pada amnya pengeluaran cahaya dari lampu boleh dibahagikan kepada: a. Terus / direct (1 10%) b. Separaterus / semidirect (10 40%) c. Resapan / general diffusing (40 60%) d. Separa tidakterus / semi indirect (60 90%) e. Tidak terus / indirect (90 100%) Kita juga mesti faham cara cahaya dari lampu-lampu itu disebarkan 4. Illuminance Dari maklumat diatas dan kajian yang telah dibuat kita tahu paras pencahayaan yang diperlukan. Contohnya untuk pejabat kita perlukan 300 hingga 500 lux. 5. Index Bilik Mula-mula kita cari index bilik (R.I) R.I = L x W Hm (L + W) Dimana R.I - Room index L - Panjang bilik W - Lebar bilik Hm - Tinggi gantungan Contoh: Satu bengkel berukuran 50m x 10m x 4.5m. Pada amnya paras kerja ialah 0.8m dari paras lantai. Maka tinggi gantungan ialah: 4.5 0.8 = 3.7m maka R.I = 50 x 10 3.7(50+10) = 2.25 6. Faktur Penggunaan Selepas kita pastikan jenis lampu yang hendak digunakan dan mengira index bilik, kita perlu menentukan faktur kegunaan (U.F). Untuk mendapatkannya kita rujuk LAMPIRAN 4. Dari item diatas i.e warna siling dan dinding, kita dapat pastikan peratusan pantulan siling dan dinding. 7. Faktur Penyenggaraan (M.F) Semasa merekabentuk cahaya biasanya Faktur Penyenggaraan (M.F) diambil kira. Ini ialah kesusutan

cahaya yang dihasilkan oleh lampu disebabkan habuk atau kotoran dan kesusutan cahaya yang disebabkan oleh usia lampu. Pada amnya faktur penyenggaraan diambil sebagai 0.8 8. Installed Flux Selepas item no 1 hingga 6 diperolehi kita gunakan persamaan berikut untuk mendapatkan Installed Flux. Installed Flux = Flux yang diterima dipermukaan kerja U.F x M.F = Illuminance x luas permukaan kerja U.F x M.F Contohnya bagi bengkel 50m x 10m x 4.5m mempunyai Faktur Penggunaan 0.62, Faktur Penyenggaraan 0.8, berapakah nilai Installed Flux yang perlu untuk mendapatkan illuminance 400 lux. Installed Flux = 400 x 50 x 10 0.62 x 0.8 = 322,580 lumen 9. Susunan Lampu Untuk menyusun lampu kita gunakan persamaan S/Hm = 1 atau 1.5 Dimana S - jarak diantara lampu Hm - tinggi gantungan 10. Switching Apabila jenis lampu, bilangan lampu dan susunannya telah dipastikan, pengawalan lampu harus diteliti. Biasanya bagi rekabentuk yang baik, lampu-lampu berdekatan dengan tingkap dikawal oleh suis yang berasingan dari yang lainnya. Sebagai langkah penjimatan tenaga, apabila cahaya matahari / siang masuk kedalam bilik, lampu ini boleh dipadamkan. Ianya hanya perlu dipasang diwaktu hari gelap atau malam. Juga hanya bilangan lampu yang terhad harus dikawal oleh suis i.e tidak terlalu banyak. 11. Ekonomi Satu faktur yang harus diambil kira ialah dari segi ekonomi sesuatu pemasangan. Ada tiga faktur yang harus diambil kira: a. Kos projek pemasangan tersebut b. Kos senggaraan pemasangan, kos tenaga seunit, jumlah unit yang digunakan setiap bulan, senangkah alat ganti diperolehi dan dalam masa yang munasabah, mahal atau berpatutan harganya, kekerapan alat ini harus ditukar. c. Keselesaan, adakah cahaya yang dihasilkan cukup selesa dan sesuai. 12. Kesimpulan Cara rekabentuk pencahayaan yang dihuraikan diatas adalah memadai bagi kegunaan harian. Walaubagaimanapun beberapa perkara harus diambil kira untuk mendapatkan hasil rekabentuk yang memuaskan iaitu:

a. Kemahuan pengguna / akitek b. Keadaan bangunan / bilik / hiasan c. Garis panduan pejabat d. Penggunaan ruang e. Kesan khas (special effect) untuk menarik perhatian ramai Apabila faktur ini diambil kira dan cuba disesuaikan kepada rekabentuk, maka penghasilan kerja mungkin akan memuaskan semua pihak. 13. Perkiraaan Pencahayaan Dengan Kaedah Lumen (Lumen method) Dalam perkiraan cara ini adalah dianggapkan didalam sesuatu bilik atau tempat kerja itu keseluruhan fluk cahaya yang dikeluarkan oleh lampu (dalam lumen) adalah mencukupi bagi memperolehi paras pencahayaan yang sama rata diatas permukaan kerja, umpamanya permukaan meja. Formula yang digunakan ialah: N=ExA. F x U.F x M.F Dimana N - Bilangan lampu E - Paras pencahayaan yang dikehendaki (Lux) A - Luas tempat kerja (m2) F - Fluk cahaya untuk satu lampu U.F - Faktur penggunaan M.F - Faktur penyenggaraan

ELEKTRIK DAN FAKTOR KUASA

JENIS-JENIS BEBAN a. Beban Resistive Beban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulin didalamnya. Tiada gelung terdapat didalam alat ini. Selalunya beban resistive akan mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali. Tiada medan magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek elektrik, streka elektrik dsb. b. Beban Induktif Beban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan medan magnet dan seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa ini disebut juga sebagai magnetizing power.

JENIS-JENIS KUASA a. Kuasa Sebenar

Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (KW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power). b. Kuasa Ketara Kuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power. Ia adalah hasil dharab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam KVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. c. Kuasa Reaktif Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam KVAR.

CONTOH KESAN FAKTUR KUASA RENDAH KEPADA MOTOR:Arus motor 40HP, 415V untuk pelbagai faktur kuasa ditunjukkan seperti dibawah: Factor Kuasa --------> Arus (A) 1.00 -------------------> 41.51 0.95 -------------------> 43.68 0.90 -------------------> 46.11 0.85 -------------------> 48.82 0.80 -------------------> 51.87 0.75 -------------------> 55.33 0.70 -------------------> 59.28 0.65 -------------------> 63.85 0.60 -------------------> 69.17 0.55 -------------------> 75.45 0.50 -------------------> 83.00 Jadual diatas menunjukkan dengan jelas bahawa untuk motor yang sama kuasanya, arusnya akan bertambah jika faktur kuasanya rendah.

KEBURUKAN FAKTUR KUASA RENDAH 1. Dikenakan denda oleh pihak pembekal elektrik (TNB) jika F.K kurang dari 0.85 2. Arus menjadi lebih tinggi. 3. Kehilangan tembaga yang tinggi didalam kabel. 4. Susut voltan yang ketara kepada kabel. 5. Susut nilai kuasa (KVA) yang boleh dipergunakan dari alat ubah. 6. Susut voltan berlebihan dibahagian sekunder alat ubah. 7. Kehilangan tembaga yang banyak didalam alat ubah. 8. Kos permulaan dan kendalian menjadi lebih tinggi. 9. Merugikan pihak berkuasa bekalan.Seperti TNB,SESCO dll.

KEBAIKAN FAKTUR KUASA TINGGI

1. Tiada denda dikenakan oleh pihak pembekal elektrik 2. Arus menjadi rendah 3. Kehilangan tembaga yang kecil didalam kabel 4. Susut voltan yang kurang kepada kabel 5. Beban KVA yang rendah kepada alat ubah 6. Susut voltan dibahagian sekunder alat ubah tidak begitu tinggi 7. Kehilangan tembaga didalam alatubah tidak begitu tinggi 8. Kos permulaan dan kendalian menurun 9. Tidak merugikan pihak berkuasa bekalan

SAIZ KAPASITOR BANK Untuk menentukan saiz kapasitor yang diperlukan, formula berikut boleh digunakan: Pr = Pw (tan 1 tan 2) Dimana, Pr = Kadar kapasitor dalam KVAr Pw = Beban pepasangan dalam KW Kos 1 = Faktur kuasa asal Kos 2 = Faktur kuasa diperbaiki

KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIPERLUKAN a. Alatubah Arus (C.T) Kadar alatubah arus (current transformer ratio) selalunya sama dengan c.t yang digunakan untuk perlindungan, yang juga berpandukan arus yang direkabentuk (design current). Contohnya jika c.t perlindungan 600/5 maka c.t untuk power factor regulator hendaklah 600/5 juga. Untuk mengesan arus hanya satu sahaja c.t diperlukan dan boleh diambil dari mana-mana fasa. Manakala voltan talian (415V) dari setiap fasa, perlu disambungkan ke power factor regulator. b. Peralatan Suis Kadar peralatan suis yang hendak digunakan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut: i. Arus transient semasa pensuisan ii. Voltan transient apabila kapasitor diputuskan semasa pensuisan dilakukan yang menyebabkan berlakunya arka iii. Berupaya membawa arus beban penuh iv. Berupaya membawa peningkatan arus kapasitor dalam keadaan-keadaan tertentu v. Kehadiran harmonic

PENGUKURAN DI TAPAK Pengukuran ditapak, jika boleh hendaklah dibuat semasa operasi berada ditahap maksimum. Bacaan faktur kuasa yang kerap adalah perlu. Bacaan faktur kuasa boleh dibaca melalui meter faktur kuasa yang sedia dipasang pada panel papan suis, jika ada, atau menggunakan meter faktur kuasa jenis clip on.

Katalah bacaan faktur kuasa yang diperolehi ialah Kos = 0.5 Purata bacaan voltan = 420V Purata arus talian = 700A Kuasa yang digunakan = 3 x 420 x 700 x 0.5 = 256KW Jika faktur kuasa dibaiki kepada 0.95 KVAR = 256 (tan 1 tan 2) = 256 (1.73 0.329) = 359 KVAr

PANDUAN AM Panduan dibawah boleh digunakan untuk pemasangan kapasitor bank faktur kuasa: Jika faktur kuasa pada sesuatu bulan adalah rendah, bacaan untuk beberapa bulan hendaklah diambil kira. Anggapan yang boleh dibuat ialah keperluan kapasitor bank untuk motor-motor adalah tetap dan tidak berubah-ubah Pasang satu kapasitor khas jika terdapat motor yang paling besar Pasang satu kapasitor bank pusat otomatik untuk beban kecil yang banyak. Pemilihan bilangan langkah hendaklah berdasarkan saiz kapasitor yang terdapat dipasaran Had maksima langkah yang terdapat pada sesebuah regulator faktur kuasa hendaklah diambil kira untuk menentukan bilangan langkah Harga yang perlu dibayar Senggaraan yang perlu dibuat Ruang yang diperlukan oleh kapasitor bank Elakkan over corrected

POWER FACTOR REGULATOR Power factor regulator ialah satu alat elektronik yang berfungsi untuk menentukan bilangan langkah kapasitor yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada satu-satu masa. Beban induktif sentiasa berubah-ubah, oleh itu faktur kuasa juga berubah-ubah. Alat ini memerlukan maklumat dari pemasangan agar ianya boleh mengetahui faktur kuasa semasa. Maklumat yang diperlukan ialah arus dan voltan pemasangan. Maklumat arus adalah melalui alatubah arus. Satu sahaja alatubah arus diperlukan dan selalunya alatubah arus ini dipasang pada fasa merah. Ini adalah dengan anggapan beban adalah seimbang, oleh itu arus setiap fasa adalah sama. Nisbah alatubah arus selalunya sama dengan nisbah alatubah arus-alatubah arus untuk meter ampiar. Maklumat voltan adalah melalui sambungan terus dari palang bas. Voltan yang diperlukan ialah voltan talian 415V dari dua fasa. Lazimnya fasa yang diambil adalah fasa yang tidak menempatkan

alatubah arus tadi, iaitu biru dan kuning. 1. C/K setting Oleh sebab power factor regulator hanya menerima arus sekunder (secondary current), maka nisbah alatubah arus perlu diketahui berbanding saiz kapasitor bank yang perlu disambungkan kepada system. Sila rujuk jadual pemilihan C/K. 2. Target Power Factor Setting Alat ini memerlukan kita menentukan target power factor. Selalunya kita set pada kedudukan melebihi 0.85. Setting ini perlu supaya faktur kuasa berada pada target tersebut sepanjang masa walaupun beban berubah-ubah. 3. Auto and Manual Button Dalam keadaan normal power factor regulator hendaklah di set pada kedudukan Auto. Apabila kita perlu membuat ujian untuk mempastikan ianya berfungsi dengan sempurna, ujian secara manual boleh dibuat dengan menekan butang manual. Kapasitor bank akan dimasukkan kedalam sistem atau dikeluarkan daripada system satu persatu langkah jika butang plus (+) atau minus (-) terus ditekan. 4. Penunjuk LED Penunjuk LED akan menyala mengikut bilangan langkah (step) yang aktif (energise). Ia hanyalah satu penunjuk sahaja, tidak mesti langkah tersebut berfungsi sekiranya fius, kabel, kontaktor atau kapasitor bank mengalami masalah.

BEBAN YANG MENYEBABKAN FAKTUR KUASA RENDAH 1. MOTOR - Terlebih saiz Beban rendah Putaran perlahan (4, 6 atau 8 kutub) Motor lama dengan ruang udara yang besar 2. MESIN PENGIMPAL 3. RECTIFIERS 4. THYRISTOR DRIVES 5. DISCHARGE LAMPS 6. CHOKE - seperti pada lampu kalimantang dll. 7. BALLAST 9. TRANSFORMER 10.GELONG