Anda di halaman 1dari 6

1) Janakuasa tunggu sedia

Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board


(Automatic Main Failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar
kawalan. Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan Manual. Janakuasa
tunggu sedia kebiasaannya dipasang pada bangunan yang menggunakan
beban yang melebihi 150Amp dan hanya satu set sahaja. Janakuasa ini
perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya
adalah mengikut jumlah kW.

Fungsi janakuasa tunggu sedia


Janakuasa yang berfungsi secara berterusan biasanya diguna dan di
pasang pada sesebuah kawasan yang terpencil yang mana sukar untuk
mendapat bekalan dari pihak berkuasa bekalan. Kebanyakan loji
janakuasa ini mempunyai lebih daripada satu janakuasa. Jika ia
menggunakan beban yang tinggi melebihi keupayaan satu janakuasa maka
ianya perlu di-segerakkan dengan janakuasa yang lain supaya dapat
menampung beban yang diperlukan

MESIN JANAKUASA TUNGGU SEDIA

2) Jenis-jenis Penyelenggaraan

Pemeriksaan Berkala Setiap Tiga Bulan, Enam Bulan & Setahun


Pemeriksaan Operasi & Keselamatan
Pembersihan & Kekemasan Bilik Janakuasa
Ujian Beban (Load Test)
Pemeriksaan Sistem Lubrikasi (Lubricationg Oil, Hydraulic Governor,
Fuel, Air Filters, etc).
Pemeriksaan Sistem Penyejukan (Coolant Liquid, Filters, Hose, Fan
Belts, etc)
Pemeriksaan Sistem Elektrik (Battery electrolyticlevel, Battery
Charger, etc)
Pemeriksaan Alternator (Vent Screens, Bearing Grease, etc)
Pemeriksaan Panel Kawaan Elektrik (Meters, Indicator Light,
Protective Devices ; High Temperature, Low Oil Pressure, Overspeed
trip, etc)
Pembaikan serta merta (sekiranya ada)
Buku Rekod Penyelenggaraan dikemas kini.

Senggaraan setiap tiga bulan

Memeriksa aras minyak pelincir dan tambah atau tukar jika perlu
Memeriksa aras air bateri / electrolyte dan tambah atau tukar jika perlu
Memeriksa keadaan bateri punca dan sambungan
Memeriksa keadaan hos
Memeriksa keadaan talisawat kipas dan talisawat pengecas alternator (fan belt &
charging alternator belt), tukar atau laraskan ketengangan jika perlu
Memeriksa pengecas alternator
Memeriksa keadaan pengawal imbang (governer)
Menghidupkan enjin dan memanaskan enjin
Memeriksa peralatan enjin
Memeriksa ulangan dan voltan (voltage & frequency), laraskan jika perlu
Memeriksa papan suis AMF dan pengecas bateri
Membersihkan janakuasa dan papan suis AMF
Memeriksa aras minyak bahan api (diesel) pada tangki. Tambah jika perlu dan
periksa paip bekalan minyak dan paip minyak balik jika ada kebocoran
Memeriksa aras air penyejuk dan tambahan jika perlu

RUJUKAN

1. http://documents.tips/documents/janakuasa-tunggu-sedia.html
2. Borang-Borang - JKR.PK(O).04B
3. Nota senggaraan voltan rendah janakuasa tunggu sedia

ISI KANDUNGAN

BI
L
1
2
3
4

KANDUNGAN

M/S

Janakuasa & fungsi


Penyelenggaraan
Senarai semak
Rujukan

1-2
3-4
5-6
7

Anda mungkin juga menyukai