Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN BUKU LOG

Buku Log adalah buku catatan untuk merakam kerja


kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian
kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu
menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu
syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya
Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN iv ) Borang
Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada
menyebutkan perkara ini.
Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa
masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh
mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja
kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu
ditulis dengan kemas.
Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku
Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah
pelatih / penuntut di mana mana pusat latihan
kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah
disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin
artikel ini boleh membantu.
Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata
seperti Nama, No.KP, Pengalaman kerja dan kategori ujian.
Contoh : Kategori ujian :- AO.
Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga
Jentera Elektrik, anda sekurang kurangnya tamat
tingkatan 5.
Anda juga perlu menulis tentang kemahiran kemahiran
dalam ketukangan elektrik seperti pendawaian,
penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain lain.
Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada
baiknya jika anda tuliskan pengalaman pengalaman kerja
yang lalu
Contoh : Julai 2004 Dis 2004
Syarikat : Kilang Padi.
Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga
kelengkapan elektrik dsb)

Alasan mengapa anda perlu nyatakan tugas / kerja kerana,


tidak semua tempat kerja memberikan pengalaman untuk
anda. Jika anda berkerja sebagai Pendawai Elektrik
mungkin anda tidak melakukan kerja kerja
penyelanggaraan MSB. Tetapi pengalaman kerja
penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di tempat lain jika
anda di bawah seliaan seorang Penjaga Jentera Elektrik
Kompeten.

Masukkan juga butir butir Syarikat / tempat kerja seperti


nama syarikat, alamat, No. Pepasangan didaftarkan
dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten, gambar,
peta lokasi dsb.
Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan
projek / kerja pertama. Berdasarkan pengalaman, saya
cuma menggunakan buku hard cover unutk membuat Buku
Log.

Tarikh : 1/9/07
Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pump.
Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin.
Cara Kerja :
1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang
terlibat.
2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.
3. Asingkan motor dari pump.
4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.
5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa /
420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas motor mestilah mengikut
arah jam.
6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.
7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk
Udara Hotel.
Langkah langkah keselamatan :
1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya
dilakukan untuk mengelekkan kekeliruan.
2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya
tebatan yang tinggi.
3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di
antara motor dan dan pump.
4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.
5. Lakukan pengujian arah putaran motor.
6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat
sebelum dihidupkan.
Peralatan / Bahan :
1. Test pen.
2. Multi Meter.
3. Spaner mengikut kesesuaian.
4. Pemutar skru (+/-)
5. Puller.
6. Motor gantian.
7. Fius 36 A.
Analisis :
1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa
Dingin, Chiller gagal beroperasi.
2. Perpandukan Papan Alamat, kerja kerja bermula
dengan pemeriksaan dan di ketuai oleh Ketua Jurutera.
Didapati Chilled Water Pump telah rosak berkemungkinan
daripada bearing yang haus / longar.

Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis


pengalaman dengan ringkas tapi padat.
Anda seharusnya menyediakan sekurang kurangnya 10
projek untuk dimasukkan dalam Buku Log.
antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah :
1. Penyelanggaraan MSB.
2. Penyelanggaraan ACB.
3. Pengujian.
4. Pembuman.
5. Motor elektrik.
6. Faktor kuasa.
7. Bekalan 3 fasa.
8. Pendawaian.
9. Pendawaian Bawah.
10. Bekalan ac / dc.

Contoh Buku Log dan Cop pengesahan dari juratera


kompeten dan penerimaan dari Suruhanjaya Tenaga.

Anda mungkin juga menyukai