Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2016/2017
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM
ETE 3042 THREE PHASE MOTOR & MOTOR CONTROL
KOD / KURSUS
INSTALLATION
KOMPETENSI THREE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL INSTALLATION
1. Three phase motor installation specifications and procedures.
2. Three phase motor and motor control installation
maintenance tools, equipment and materials preparation.
KOMPETENSI 3. Three phase motor installation.
UNIT 4. Three phase motor control termination.
5. Three phase motor and motor control functionality inspection.
6. Three phase motor and motor control installation recording
procedures.
Trainee must be able to:
1. Identify three phase motor installation specifications and
procedures.
2. Prepare three phase motor and motor control installation
HASIL
maintenance tools, equipment and materials.
PEMBELAJARAN
3. Carry out three phase motor installation.
4. Carry out three phase motor control termination.
5. Inspect three phase motor and motor control functionality.
6. Record three phase motor and motor control installation.
TARIKH
ETE 3042/K 01/NK
NO KOD 01-08 KOD JPK
EDISI MEI/2017
MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………

TARIKH: TARIKH:
PENGENALAN :

Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting
bagi setiap individu mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat atau
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 2 drp : 9

digunakan dalam kerja tersebut. Pada sebarang alatan elektrik pun, terdapat spesifikasi
yang telah ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan motor elektrik.

Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang
mengandungi data ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat dengan
kerja-keja pemasangan motor elektrik. Spesifikasi data elektrik tersebut amat penting dalam
kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz konduit, wire
dan jenis perlindungan yang sesuai untuk diaplikasikan

Para pelatih akan berupaya mengtakrifkan perkataan-


perkataan yang terdapat dalam plat nama motor elektrik.

PLAT NAMA MOTOR:

Plat nama motor akan memberi maklumat yang penting, mengenai pemilihan dan
pemasangan motor. Data-data yang terdapat dalam plat nama motor akan memberi
penerangan mengenai ciri-ciri elektrik yang terdapat pada motor. Dari maklumat ini para
juruteknik dapat menentukan saiz conduit, wire dan jenis perlindungan yang patut dipasang.

Data-data rekabentuk dan perlakuan (performance) yang terdapat dalam plat nama sangat
penting untuk kakitangan senggeraan. Jika terdapat suatu motor yang rosak atau terbakar,
dengan mengetahui maklumat ini mereka dapat menggantikan motor tersebut dengan
cepatnya.

Untuk fahaman yang lebih dalam mengenai data-data cuba lihat gambarajah
dibawah:-

2
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 3 drp : 9

KOD PEMBUAT :
Jenis Penutup / Motor Enclosure
Mengikut piawaian British jenis penutup bagi alat-alat elektrik bergantung kepada jenis
perlindungan yang diberi kepada seorang daripada sentuhan kepada dawai hidup.

Secara asasnya terdapat dua jenis penutup:


i. Penutup pengalihudara (ventilated enclosures)
ii. Tutup sepenuhnya (totally enclosed)
Jenis-jenis penutup pengalihudara:
a. Protected
b. Screen protected (SP)
c. Drip-proof (DP)
d. Hose-proof
e. Weather-proof
Jenis-jenis tutup sepenuhnya:
a. Plain totally enclosed motor (TE)
b. Totally enclosed fan motor (TEFC)
c. Totally enclosed flame proof (FLP)

SERIAL NUMBER / SN:


Nombor siri pengenalan motor berkenaan. Ini adalah menyatakan nombor individu
motor tersebut.

3
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 4 drp : 9

MODEL NUMBER :
Nombor ini adalah pengenalan tambahan pembuat, kebiasanya digunakan untuk
tempahan.

FRAME / FR :
Saiz rangka menerangkan ukuran motor.

SERVIS FACTOR / SF:


Servis faktor 1.0 bermaksud motor tersebut tidak boleh digunakan melebihi kuasa
yang tercatat. Jika motor tersebut dikendalikan lebih daripada kuasa yang tercatat, ini
akan menyebabkan penebatan motor tersebut cepat rosak.

Servis faktor yang biasa digunakan ialah 1.0 hingga 1.5.

AMPERES :
Bemaksud arus yang mengalir dari talian apabila motor berkendali pada voltan dan
frekuensi yang tercatat pada beban penuh.

VOLTS :
Adalah nilai yang diukur pada punca motor dan hendaklah sama nilainya pada motor
tersebut.

CLASS INSULATIONS :
Kelas penebat adalah merujuk kepada bahan penebatan yang digunakan di dalam
lilitan stator motor. Terdapat banyak jenis kelas penebat dan ianya adalah seperti
berikut:

a. Kelas Y (suhu maxima ialah sampai 90 degree C)


b. Kelas A (Suhu maxima ialah 105 degree C)
c. Kelas E (Suhu maxima ialah 120 degree C)
d. Kelas B (Suhu maxima ialah 130 degree C)
e. Kelas F (suhu maxima ialah 155 degree C)
f. Kelas H (Suhu maxima ialah 180 degree C)
g. Kelas C (Suhu maxima ialah lebih daripada 180 degree C)

4
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 5 drp : 9

Secara amnya motor tidak patut dikendalikan lebih daripada suhu maxima. Jika kita
kendalikan motor lebih daripada suhu maxima ia akan menyebabkan jangka hayat
motor tersebut berkurangan.

HERTZ / Hz:

Adalah frekuensi sistem kuasa untuk motor tersebut. Jika sebuah motor tidak
dikendalikan pada ferkuensi dan voltan yang tercatat ia akan menyebabkan daya
kilas dan kelajuan motor tersebut berubah.

DUTY CYCLE / TIME RATING :


Adalah jangkamasa keupayaan kendalian motor itu berkendali dengan selamat.
Biasanya terdapat dua jenis “duty” iaitu:
a. “continuous” bermakna bahawa motor tersebut boleh dikendalikan, tanpa
berhenti atau tidak ada had masa untuk memberhentikan motor tersebut.
b. “Short-time” bermakna bahawa motor tersebut ada had rating masa untuk
dikendalikan.

PHASE / PH :
Menentukan fasa yang patut digunakan untuk mengendalikan motor.

KVA :
Adalah kod dimana menunjukkan pada arus permulaan. Ini adalah digunakan untuk
memilih alat-alatan penghidup dan perlindungan motor berkenaan.

EFFICIENCY :
Keupayaan motor tersebut di dalam peratusan. Nilai ini terdapat pada motor piawai
(Standard)

NOISE / dBA:
Setengah motor direka untuk bunyi bising yang rendah. Tahap bunyi yang terdapat
pada plat tanda diukur dalam unit “dBA”

MANUFACTURE NOTES :

5
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 6 drp : 9

Senarai sifat-sifat motor seperti “Perlindungan haba” (thermal protected), alas


tertutup (sealed bearing) dan lain-.lain lagi.

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR :

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu jenis motor itu dipilih
untuk menjalankan sesuatu tugas ialah seperti yang berikut:-

1. Beban yang digunakan:

Biasanya kekuatan motor dinyatakan dalam unit watt atau kuasa kuda (h.p.). Dari
sini dapat ditentukan nilai beban yang mampu di tanggungnya.

2. Daya kilas yang diperlukan oleh beban:

Iaitu daya kilas semasa motor itu mula-mula berputar sama ada berbeban penuh
atau tanpa beban. Setiap motor mempunyai kilas yang berlainan.

3. Keadan suhu sekeliling (suhu ambien):

Iaitu suhu sesuatu tempat boleh mempengaruhi usia sesebuah motor. Oleh itu,
sesebuah motor direka bentuk supaya sesuai dengan julat suhu yang tertentu
sahaja.

4. Penjagaan:

Iaitu samada motor itu mudah atau sukar dijaga dan keadaan tempat motor akan
dipasang sama ada kedudukan motor itu menyebabkannya sukar diperiksa, lembap,
berminyak atau sebagainya.

5. Jangka masa digunakan:

Ada motor yang dipilih itu sesuai untuk kegunaan sepanjang waktu, atau hanya untuk
waktu yang sementara atau sekejap-sekejap sahaja.
6
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 7 drp : 9

6. Voltan bekalan:
Iaitu sama ada arus terus, arus ulangalik 1 fasa atau 3 fasa.

7. Kelajuan yang diperlukan:

Jika motor itu hendak digunakan sebagai motor kawalan kelajuan, faktor ini perlu
diambil kira.

8. Harga:

Walaupun faktor ini tidak begitu mustahak tetapi dari segi penjimatan belanja adalah
lebih berfaedah untuk membeli motor yang dapat memberikan keupayaan yang
sama tetapi berharga murah.

9. Kedudukan motor:

Menegak, mengufuk, satu aci, dua aci dan sebagainya yang sesuai dengan
keperluan.

PERATURAN IEE YANG BERKAITAN DENGAN MOTOR

Berdasarkan Peraturan IEE 552-1 hingga 552-4 serta peraturan 467-7 dan 473. Huraian
ringkas setiap peraturan itu adalah seperti yang berikut :-

476.7 Setiap motor mestilah mengadakan suis pemecil bagi memutuskan


bekalan ke motor, ke pemula motor, ke litar kawalan dan sebagainya.
Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang mudah dicapai.

473.2 Peranti perlindungan boleh disambungkan ke mana-mana litar di


Sepanjang pengalir litar akhir motor dengan syarat tiada cabangan litar.
Oleh itu, peranti ini boleh dipasang di tempat yang mudah dicapai.

476.6 Perlindungan litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya

7
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 8 drp : 9

Penurunan keupayaan membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti


pelindungan ini boleh juga dipasang pada bahagian beban dengan syarat
jarak di antara peranti perlindungan litar pintas dan titik mula keupayaan
membawa arus mula menurun tidak melebihi 3m.

552.1 Kadaran arus kabel yang digunakan untuk membawa arus


Permulaan , arus pemecutan dan arus beban motor hendaklah sekurang-
kurangnya sama dengan kadaran arus beban penuh motor itu.

552.2 Saiz kabel bagi menyuap pemutar motor aruhan gelang gelincir atau
Motor aruhan berpenukartertiban hendaklah sesuai untuk menanggung
arus permulaan dan arus bebah penuh kerana arusini lebih besar daripada
arus di pemegun / stator.

552.3 Motor yang berkadar lebih daripada 0.37KW hendaklah mempunyai


Alat kawalan yang mempunyai pelindung arus lebih ( beban lampau ) bagi
melindungi motor dan kabel antara alat kawalan itu dan motor.

552.4 Setiap motor elektrik memerlukan alat kawalan yang berikut :

1. Alat untuk mengelakkan motor daripada dihidupkan secara


Automatik selepas kegagalan bekalan. Ketetapan ini bertujuan bagi
mengelakkan bahaya apabila motor dihidupkan secara mengejut
sebaik sahaja bekalan dipulihkan semula ( gunakan pelindung
tanpa voltan ) kecuali di tempat-tempat tertentu yang tidak
membahayakan, motor itu boleh dihidupkan secara automatik.
Misalnya motor untuk kipas siling.

2. Jika terdapat lebih daripada satu kawalan yang digunakan


Untuk memberhentikan motor, ketika berlaku keadaan yang
bahaya, kesemua alat yang boleh memberhentikan motor itu
hendaklah disetkan semula sebelum motor itu boleh dihidupkan.

3. Mengadakan suis pemencil. Suis pemencil itu hendaklah

8
NO. KOD ETE 3042/K 01/NK 01-07 Muka : 9 drp : 9

Dipasang di tempat yang sesuai ( dekat dengan motor ). Jika alat


itu jauh dari motor, alat pemencil tambahan atau alat utama yang
boleh dikunci dalam keadaan mati perlu dipasang untuk menjamin
keselamatan pengasingan litar semasa membaiki motor itu.

4. Peraturan-peraturan Elektrik 1994, Peraturan 17(2) :


Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula
yang berkesan untuk menghidupkan atau memberhentikannya.

Anda mungkin juga menyukai