Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 5
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012
PROGRAM’S CODE & SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C04 SINGLE PHASE MOTOR & MOTOR
COMPETENCY UNIT NO. CONTROL INSTALLATION
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL


INSTALLATION SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
2. PREPARE SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
INSTALLATION MAINTENANCE TOOLS, EQUIPMENT AND
NO. DAN PERNYATAAN MATERIALS
AKTIVITI KERJA / WORK 3. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR CONTROL
STATEMENT TERMINATION
5. INSPECT SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
FUNCTIONALITY
6. RECORD SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
INSTALLATION

EE-320-2:2012-C04/P(5/6) Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO.
Drp / of : 11

TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA PENGUJIAN MOTOR DAN KAWALAN


MOTOR SATU FASA

TUJUAN / PURPOSE:

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar


berkaitan tentang pengujian yang dijalankan keatas motor dan kawalan motor supaya
tiada berlaku kerosakan keatas motor ketika digunakan serta berfungsi dengan baik.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

PENERANGAN / INFORMATION :

5.0 JENIS DAN APLIKASI ALAT PERLINDUNGAN

5.0 Alat-alat peranti perlindungan litar


• Pemutus Litar Kenit ( Miniature Circuit Breaker - MCB )
• Pemutus Litar Teracu ( Moulded Case Circuit Breaker - MCCB )
• Pemutus Litar Bocor Ke Bumi ( Residual Current Circuit Breaker - RCCB )

a) Pemutus Litar Kenit ( Miniature Circuit Breaker - MCB ) BS 3871

Pemutus litar kenit / MCB ( BS 3871 ) ialah satu alat perlindungan arus lebihan
yang mempunyai kadar kapasiti pemutus yang tinggi. Ia dapat dikendalikan
dengan secara automatik ataupun secara manual.

Fungsi utama adalah sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan. Dalam


keadaan litar pintas dan juga arus rosak peranti ini akan memutuskan sambungan
secara automatik menjadikan litar buka dan tiada arus mengalir di dalam litar.
Dalam keadaan normal peranti ini akan membuat sambungan bagi membolehkan
litar lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar

Antara kadaran arus MCB yang digunakan adalah 6A, 10A, 15A, 20A, 32A hingga
60A. Manakala kadaran voltan yang digunakan adalah 220 hingga 405 volt.

b) Pemutus Litar Teracu atau Bekas Beracun ( Moulded Case Circuit Breaker
- MCCB )

MCCB digunakan pada sub papan suis pada kawalan motor bagi tujuan mengawal
arus kemasukan utama dan kawalan ke beban. Ia adalah sebuah alat perkakas
suis voltan rendah yang padu digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar
secara manual dan apabila terdapat beban lebih ia boleh terpelantik secara
automatik. Sama seperti pemutus litar udara, MCCB yang asas adalah satu alat
untuk memutuskan dan menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai pengasing, ini
kerana ianya dilengkapkan dengan perlindungan arus lebih dan beban lebih yang
telah terbina didalamnya.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11
Untuk perlindungan bocor ke bumi MCCB memerlukan alatubah arus, geganti dan
gelung shunt trip sama seperti ACB. Ia tidak terbina di dalam MCCB.

Dari segi penggunaan MCCB adalah sebagai pengganti kepada fius. Apabila
berlaku arus lebih atau beban lebih daripada kadaran arus sesuatu fius ia akan
terbakar dan terpaksa diganti dengan yang baru.

Apabila MCCB digunakan dalam kes ini ia hanya akan terpelantik. Apabila
kerosakan telah dibaiki MCCB hanya perlu dihidupkan ( ON ) kan sahaja, tiada
apa-apa yang perlu digantikan. Dengan itu kos senggaraan dapat dijimatkan dan
masa gangguan bekalan dapat dikurangkan.

MCCB telah digunakan secara meluas didalam pepasangan moden, terutamanya


di dalam bangunan-bangunan dan loji perindustrian bagi menggantikan Fius Suis
atau Suis Pisau (fused knife switches).

Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah B.S 4752, yang mengandungi kesemua
keperluan teknikal yang khusus. Arus Interrupting Capacity hendaklah tidak
kurang dari 43KA rms.

c) Pemutus Litar Bocor Ke Bumi ( Residual Current Circuit Breaker - RCCB )

Pemutus litar bocor ke bumi (PLBK atau RCCB), dahulunya dikenali sebagai
ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Aadalah sejenis pemutus litar bocor ke
bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan elektrik apabila ia mengesan arus
elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada
wayar neutral. Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh
kebocoran arus elektrik melalui badan mangsa yang dibumikan dan tersentuh
bahagian berlogam peralatan elektrik yang mengalami kerosakan. Keadaan ini
boleh menyebabkan renjatan elektrik yang boleh membawa maut.

RCCB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk


mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik walaupun ia asalnya tidak direka
untuk memberi perlindungan daripada keadaan beban lampau.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

5.1 JENIS-JENIS ALAT UJI DAN KEGUNAANYA BAGI KAWALAN MOTOR

a) Multimeter
• Digunakan untuk membuat ujian keterusan bagi litar utama dan litar kawalan
penghidup dalam keadaan litar mati.

b) Insulatiion Tester
• Digunakan untuk membuat ujian penebatan pada motor elektrik bagi
memastikan tiada litar pintas di antara pengalir live dan neutral serta di antara
pengalir dengan badan ( earth ) coil motor dalam keadaan litar mati. Meter
megger ialah alat untuk menguji rintangan penebatan. Meter megger adalah
dari rekabentuk ohm meter. Jika litar terbuka, tiada arus mengalir. Jarum
penunjuk akan menunjukan pada skala infiniti (). Jika litar mempunyai
rintangan yang sangat rendah, jarum penunjuk akan menunjuk ke arah sifar.
Sekiranya rintangan tersangat rendah, kemalangan elektrik seperti kebocoran
elektrik, renjatan elektrik, kebakaran elektrik boleh berlaku. Rintangan
penebatan yang tinggi adalah lebih baik dan selamat digunakan. Unit dalam
rintangan penebatan ialah Mega Ohm (M).

c) Test Pen
• Digunakan untuk ujian kekutuban dan keterusan bagi penghidup dalam
keadaan litar hidup.

d) Clamp Tester (Amprobe)


• Amprobe ialah alat yang direka khas untuk mengukur arus, voltan dan
rintangan. Keistimewaan alat ini ialah ia boleh mengukur arus secara terus
tanpa perlu disambung secara siri di dalam litar. Voltan dan rintangan diukur
dengan menggunakan ’probe wire’ yang disediakan di mana kaedahnya
adalah sama dengan menggunakan multimeter. Alat ini mempunyai Tong
(pengapit) yang boleh digerakkan untuk mengapit

pengalir. Apabila pengalir yang membawa arus letrik dikapit, medan magnet
yang mengelilingi pengalir akan mengaruh kedalam pengapit yang
mempunyai besi lembut. Arus aruhan ini akan menggerakkan jarum penunjuk
untuk memberikan bacaan arus eletrik. Konsep yang bekerja yang digunakan
digunakan oleh clamp on meter adalah sama dengan pengubah arus.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

5.2 JENIS-JENIS PENGUJIAN PADA LITAR KAWALAN MOTOR

i) Ujian Keterusan

• Multimeter digunakan bagi ujian ini dalam keaddan litar mati


• Test pen digunakan bagi ujian ini dalam keaddan litar hidup
• Ujian ini dilakukan bagi mengetahui keterusan pada setiap pengalir
• Kalau keterusan betul bacaan pada multimeter mestilah menunjukkan bacaan
0 ohm ( jarum penunjuk meter akan naik hingga 0 ohm)
• Kalau tiada keterusan jarum penunjuk multimeter tidak akan naik

ii) Ujian Kekutuban

• Ujian ini dilakukan bagi memastikan kutub live dan neutral didawaikan pada
tempat yang betul bagi litar utama penghidup.
• Multimeter digunakan dalam litar mati dimana jika kutub betul maka jarum
penunjuk meter akan naik hingga 0 ohm.
• Test pen digunakan dalam litar hidup dimana test pen akan menyala jika
kutub live betul.

iii) Ujian Penebatan

• Ujian ini dilakukan pada motor elektrik dalam keadaan litar mati bagi
memastikan tiada litar pintas berlaku anatara pengalir fasa dan pengalir fasa
serta antara pengalir fasa dan badan ( bumi ) motor.
• Insulation terter digunakan bagi membuat ujian ini dimana jika ada litar pintas
jarum meter akan naik di bawah 1 Mega Ohm.

5.3 SPESIFIKASI TEKNIKAL DATA

5.3 Cara-cara membuat pengujian litar mati dan litar hidup bagi penghidup
talian terus satu fasa.

a) Ujian Litar Mati ( ujian keterusan ) Bagi Litar Kawalan dan Litar Utama
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11
i) Litar Kawalan
• Sebelum ujian dijalankan periksa bateri multimeter terlebih dahulu.
• Langkah pertama letakkan satu kabel multimeter pada mcb 6 A dan satu
lagi pada overload, jika betul bacaannya mestilah 0 ohm
• Langkah kedua ialah ubah kabel multimeter pada overload dan letakkan
pada push button stop, jika betul bacaanya mestilah 0 ohm.
• Langkah ketiga ubah kabel multimeter pada push button stop ke push
button start, jika betul bacaannya ialah 0 ohm.
• Langkah keempat ubah kabel multimeter pada push button start ke
normally open contactor ( no 13 ), jika betul bacaanya 0 ohm.
• Langkah kelima ubah kabel multimeter pada N/O contactor ke coil
contactor ( A 1) kemudian tekan push button start, jarum meter akan
naik ke 0 ohm dan apabila push button dilepaskan jarum meter akan
turun balik.
• Langkah keenam kekalkan kabel multimeter seperti langkah lima
kemudian tekan contactor, jarum meter akan naik ke 0 ohm selepas itu
lepaskan contactor, jarum meter akan turun balik.
• Langkah ketujuh ubah kabel multimeter pada coil ( A 1) ke coil ( A 2 )
kemudian tekan push button start , jika betul jarum meter akan naik
bawah 1 ohm selepas itu lepaskan push button start, jarum meter akan
turun balik.
• Langkah kelapan uji pada lampu run, jika betul bacaan 0 ohm

• Langkah kesembilan uji pada lampu trip kemudian tekan trippin test
pada overload, jika betul bacaanya ialah 0 ohm.

ii) Litar Utama


• Langkah kesepuluh adalah untuk litar utama, ubah kabel pada
multimeter ke mcb 20 A dan satu lagi letakkan pada contactor kemudian
ubah ke overload dan seterusnya ke punca live pada motor, jika betul
bacaanya mesti 0 ohm
• Langkah kesebelas juga adalah untuk litar utama, ubah kabel pada
multimeter ke neutral link dan satu lagi letakkan pada contactor
kemudian ke overload dan seterusnya ke punca neutral pada motor, jika
betul bacaanya mesti 0 ohm.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

5.4 MANUAL OPERASI


a) Langkah-langkah Membuat Ujian Keterusan Litar Mati Bagi Litar Kawalan Penghidup
Talian Terus Satu Fasa

L
dari sesentuh
utama penyentuh
( no 3)) MULTIMETER
1
MCB 6A

LITAR KAWALAN
PENGHIDUP TALIAN TERUS

97 95
geganti Langkah
N/O N/C beban satu
lampau
98 96

Langkah
dua
3
push
button
stop
Langkah
keempat
Langkah 4
tiga

5
push 43
N/O
button
C1
start
Langkah 44
kelima Langkah
dan 6 kelapan
Langkah
keenam
kesembilan

7 A1
9
C1

8 A2 Langkah
10
ketujuh

N N
Trip Contactor Run
( C1 )

Rajah 1 : Litar Kawalan Penghidup Talian Terus


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

b) Langkah-langkah Membuat Ujian Keterusa Litar Mati Bagi litar Utama Penghidup Talian
Terus

L
N

neutral link MCB 20A


Langkah Langkah
kesebelas kesepuluh

1 3
penyentuh(contactor)
( sesentuh utama)

2 4

Multimeter

geganti beban
lampau
(sesentuh utama)

N L

Motor 1 fasa

Rajah 2 : Litar Utama Penghidup Talian Terus


Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

c) Ujian Litar Hidup Penghidup Talian Terus.


• Pastikan mcb 20 A dan 6 A di offkan sebelum bekalan diberikan.
• Langkah pertama selepas bekalan diberikan uji dengan test pen pada mcb 20
A,pastikan ada bekalan dan test pen mennyala.
• Langkah kedua onkan mcb 20 A dan uji dengan test pen pada sesentuh
utama contactor, test pen mesti menyala jika ada keterusan litar.
• Langkah ketiga onkan mcb 6 A dan uji dengan test pen, jika ada keterusan
test pen mestilah menyala.
• Langkah keempat uji dengan test pen pada normally open ( no. 13 ) contactor
( bekalan menunggu ), jika ada keterusan test pen mestilah menyala.
• Langkah kelima bila bekalan menunggu pada N/O ( no 13 ) contactor sedia
ada, tekan push button Start dan lepaskan ,jika betul contactor akan hidup,
lampu run menyala dan motor satu fasa akan berputar. Bila ditekan push
button stop motor akan berhenti
• Akhir sekali langkah keenam tekan tripping test, jika betul motor akan berhenti
berputar dan lampu trip pula akan manyala. Reset Overload dan tekan Start
button, jika betul motor akan berputar kembali.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

L
N
(Langkah )
(satu) ( Langkah )
( Ketiga )
neutral link MCB 20A

( Lankah )
( Dua )

MCB 6A geganti
penyentuh beban
( sesentuh (Langkah )
( Keenam ) lampau
utama)
Trippin test

( Langkah )
push ( Keempat )
button
stop
geganti beban
lampau
(sesentuh utama)

push N/O C
button
start

C ( Langkah )
( Kelima )
Tekan Push
button start

N
trip penyentuh run
Motor 1 fasa (c)

Rajah 3: Kaedah Membuat Ujian Litar Hidup Bagi Penghidup Talian Terus Satu Fasa
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(5/6)
Drp / of : 11

SOALAN / QUESTION :

1. Nyatakan 3 jenis alat uji dalam melakukan pengujian kawalan motor?


a)................................................................................................................................
b)................................................................................................................................
c)................................................................................................................................

2. Berikan 3 jenis ujian yang dilakukan dalam kawalan motor?


a) ...............................................................................................................................
b) ...............................................................................................................................
c) ...............................................................................................................................

3. Apakah alat uji yang digunakan dalam pengujian penebatan dalam kawalan motor?
..................................................................................................................................

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Stephen Rahman.(2000). Industrial Motor Control. Cengage Learning.

2. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan


Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.

3. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations


Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.

4. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan


Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.

5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,


Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.

Anda mungkin juga menyukai