Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT
PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012
PROGRAM’S CODE & SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C04 SINGLE PHASE MOTOR & MOTOR
COMPETENCY UNIT NO. CONTROL INSTALLATION
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL


INSTALLATION SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
2. PREPARE SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
INSTALLATION MAINTENANCE TOOLS, EQUIPMENT AND
NO. DAN PERNYATAAN MATERIALS
AKTIVITI KERJA / WORK 3. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR CONTROL
STATEMENT TERMINATION
5. INSPECT SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
FUNCTIONALITY
6. RECORD SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
INSTALLATION

EE-320-2:2012-C04/P(8/9) Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO.
Drp / of : 17

TAJUK / TITLE : PENGUJIAN PEMASANGAN KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU


FASA

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar
berkaitan tentang pengujian yang dijalankan keatas motor dan kawalan motor supaya
tiada berlaku kerosakan keatas motor ketika digunakan serta berfungsi dengan baik.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

PENERANGAN / INFORMATION :
Selepas pelajar membuat pendawaian sesuatu litar ataupun menjalankan troubleshooting,
litar tersebut perlu diuji dahulu sebelum litar tersebut disambungkan kepada punca
bekalan. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan litar pintas daripada berlaku.

1.0 JENIS DAN APLIKASI ALAT PERLINDUNGAN

1.1 Alat-alat peranti perlindungan litar


 Pemutus Litar Kenit ( Miniature Circuit Breaker - MCB )
 Pemutus Litar Teracu ( Moulded Case Circuit Breaker - MCCB )
 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi ( Residual Current Circuit Breaker - RCCB )

a) Pemutus Litar Kenit ( Miniature Circuit Breaker - MCB ) BS 3871

Pemutus litar kenit / MCB ( BS 3871 ) ialah satu alat perlindungan arus
lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutus yang tinggi. Ia dapat
dikendalikan dengan secara automatik ataupun secara manual.

Fungsi utama adalah sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan.


Dalam keadaan litar pintas dan juga arus rosak peranti ini akan
memutuskan sambungan secara automatik menjadikan litar buka dan
tiada arus mengalir di dalam litar. Dalam keadaan normal peranti ini akan
membuat sambungan bagi membolehkan litar lengkap dan mengalirkan
arus di dalam litar

Antara kadaran arus MCB yang digunakan adalah 6A, 10A, 15A, 20A,
32A hingga 60A. Manakala kadaran voltan yang digunakan adalah 220
hingga 405 volt.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

b) Pemutus Litar Teracu atau Bekas Beracun ( Moulded Case


Circuit Breaker - MCCB )

MCCB digunakan pada sub papan suis pada kawalan motor bagi
tujuan mengawal arus kemasukan utama dan kawalan ke beban. Ia
adalah sebuah alat perkakas suis voltan rendah yang padu digunakan
untuk menyambung dan memutuskan litar secara manual dan apabila
terdapat beban lebih ia boleh terpelantik secara automatik. Sama
seperti pemutus litar udara, MCCB yang asas adalah satu alat untuk
memutuskan dan menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai
pengasing, ini kerana ianya dilengkapkan dengan perlindungan arus
lebih dan beban lebih yang telah terbina didalamnya.

Untuk perlindungan bocor ke bumi MCCB memerlukan alatubah arus,


geganti dan gelung shunt trip sama seperti ACB. Ia tidak terbina di
dalam MCCB.

Dari segi penggunaan MCCB adalah sebagai pengganti kepada fius.


Apabila berlaku arus lebih atau beban lebih daripada kadaran arus
sesuatu fius ia akan terbakar dan terpaksa diganti dengan yang baru.

Apabila MCCB digunakan dalam kes ini ia hanya akan terpelantik.


Apabila kerosakan telah dibaiki MCCB hanya perlu dihidupkan ( ON )
sahaja, tiada apa-apa yang perlu digantikan. Dengan itu kos
senggaraan dapat dijimatkan dan masa gangguan bekalan dapat
dikurangkan.

MCCB telah digunakan secara meluas didalam pepasangan moden,


terutamanya di dalam bangunan-bangunan dan loji perindustrian bagi
menggantikan Fius Suis atau Suis Pisau (fused knife switches).
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah B.S 4752, yang mengandungi
kesemua keperluan teknikal yang khusus. Arus Interrupting Capacity
hendaklah tidak kurang dari 43KA rms.

c) Pemutus Litar Bocor Ke Bumi ( Residual Current Circuit Breaker -


RCCB )

Pemutus litar bocor ke bumi (PLBK atau RCCB), dahulunya dikenali


sebagai ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Adalah sejenis
pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan
elektrik apabila ia mengesan arus elektrik yang tidak seimbang antara
arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar neutral.
Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh kebocoran
arus elektrik melalui badan mangsa yang dibumikan dan tersentuh
bahagian berlogam peralatan elektrik yang mengalami kerosakan.
Keadaan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik yang boleh membawa
maut.

RCCB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas


untuk mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik walaupun ia
asalnya tidak direka untuk memberi perlindungan daripada keadaan
beban lampau.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

2.0 JENIS-JENIS ALAT UJI DAN KEGUNAANYA BAGI KAWALAN MOTOR

a) Multimeter
Digunakan untuk membuat ujian keterusan bagi litar utama dan litar
kawalan penghidup dalam keadaan litar mati.

b) Insulatiion Tester
Digunakan untuk membuat ujian penebatan pada motor elektrik bagi
memastikan tiada litar pintas di antara pengalir live dan neutral serta di
antara pengalir dengan badan ( earth ) coil motor dalam keadaan litar
mati. Meter megger ialah alat untuk menguji rintangan penebatan.
Meter megger adalah dari rekabentuk ohm meter. Jika litar terbuka,
tiada arus mengalir. Jarum penunjuk akan menunjukan pada skala
infiniti (  ). Jika litar mempunyai rintangan yang sangat rendah, jarum
penunjuk akan menunjuk ke arah sifar. Sekiranya rintangan tersangat
rendah, kemalangan elektrik seperti kebocoran elektrik, renjatan elektrik,
kebakaran elektrik boleh berlaku. Rintangan penebatan yang tinggi
adalah lebih baik dan selamat digunakan. Unit dalam rintangan
penebatan ialah Mega Ohm (M).

c) Test Pen
Digunakan untuk ujian kekutuban dan keterusan bagi penghidup dalam
keadaan litar hidup.

d) Clamp Tester (Amprobe)


Amprobe ialah alat yang direka khas untuk mengukur arus, voltan dan
rintangan. Keistimewaan alat ini ialah ia boleh mengukur arus secara
terus tanpa perlu disambung secara siri di dalam litar. Voltan dan
rintangan diukur dengan menggunakan ’probe wire’ yang disediakan di
mana kaedahnya adalah sama dengan menggunakan multimeter. Alat
ini mempunyai Tong (pengapit) yang boleh digerakkan untuk mengapit
pengalir. Apabila pengalir yang membawa arus letrik dikapit, medan
magnet yang mengelilingi pengalir akan mengaruh kedalam pengapit
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

yang mempunyai besi lembut. Arus aruhan ini akan menggerakkan


jarum penunjuk untuk memberikan bacaan arus eletrik. Konsep yang
bekerja yang digunakan digunakan oleh clamp on meter adalah sama
dengan pengubah arus.

3.0 PENGUJIAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

3.1 Jenis Jenis Pengujian

Terdapat dua kaedah pengujian dilakukan untuk litar kawalan:


i. Pengujian ke atas litar mati
ii. Pengujian ke atas litar hidup

Jenis jenis pengujian untuk litar mati :


i Ujian keterusan pengalir
ii Ujian rintangan penebatan

3.2 Cara cara membuat pengujian keterusan pengalir pada litar mati

i. Menguji keterusan MCB


ii. Menguji keterusan pengalir neutral) dengan Terminal Neutral
iii. Menguji keterusan dengan Terminal Common
iv. Menguji keterusan dengan Terminal Live gelung
v. Menguji keterusan sesentuh sedia buka
vi. Menguji keterusan sesentuh sedia tutup
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

3.3 Kaedah Melakukan Pengujian Pada Litar Kawalan Motor

i) Ujian Keterusan

 Multimeter digunakan bagi ujian ini dalam keadaan litar mati


 Test pen digunakan bagi ujian ini dalam keaddan litar hidup
 Ujian ini dilakukan bagi mengetahui keterusan pada setiap pengalir
 Kalau keterusan betul bacaan pada multimeter mestilah menunjukkan
bacaan 0 ohm ( jarum penunjuk meter akan naik hingga 0 ohm)
 Kalau tiada keterusan jarum penunjuk multimeter tidak akan naik

ii) Ujian Kekutuban

 Ujian ini dilakukan bagi memastikan kutub live dan neutral didawaikan
pada tempat yang betul bagi litar utama penghidup.
 Multimeter digunakan dalam litar mati dimana jika kutub betul maka
jarum penunjuk meter akan naik hingga 0 ohm.
 Test pen digunakan dalam litar hidup dimana test pen akan menyala
jika kutub live betul.

iii) Ujian Penebatan

 Ujian ini dilakukan pada motor elektrik dalam keadaan litar mati bagi
memastikan tiada litar pintas berlaku anatara pengalir fasa dan pengalir
fasa serta antara pengalir fasa dan badan ( bumi ) motor.
 Insulation tester digunakan bagi membuat ujian ini dimana jika ada litar
pintas jarum meter akan naik di bawah 1 Mega Ohm.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

4.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL DATA

4.1 Cara-cara membuat pengujian litar mati dan litar hidup bagi penghidup
talian terus satu fasa.

a) Ujian Litar Mati ( ujian keterusan ) bagi Litar Kawalan dan Litar Utama

i) Litar Kawalan

 Sebelum ujian dijalankan periksa bateri multimeter terlebih dahulu.


 Langkah pertama letakkan satu kabel multimeter pada mcb 6 A
dan satu lagi pada overload, jika betul bacaannya mestilah 0 ohm.
 Langkah kedua ialah ubah kabel multimeter pada overload dan
letakkan pada push button stop, jika betul bacaanya mestilah 0
ohm.
 Langkah ketiga ubah kabel multimeter pada push button stop ke
push button start, jika betul bacaannya ialah 0 ohm.
 Langkah keempat ubah kabel multimeter pada push button start ke
normally open contactor ( no 13 ), jika betul bacaanya 0 ohm.
 Langkah kelima ubah kabel multimeter pada N/O contactor ke coil
contactor ( A 1) kemudian tekan push button start, jarum meter
akan naik ke 0 ohm dan apabila push button dilepaskan jarum
meter akan turun balik.
 Langkah keenam kekalkan kabel multimeter seperti langkah lima
kemudian tekan contactor, jarum meter akan naik ke 0 ohm
selepas itu lepaskan contactor, jarum meter akan turun balik.
 Langkah ketujuh ubah kabel multimeter pada coil ( A 1) ke coil ( A
2 ) kemudian tekan push button start , jika betul jarum meter akan
naik bawah 1 ohm selepas itu lepaskan push button start, jarum
meter akan turun balik.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

 Langkah kelapan uji pada lampu run, jika betul bacaan 0 ohm
 Langkah kesembilan uji pada lampu trip kemudian tekan trippin
test pada overload, jika betul bacaanya ialah 0 ohm.

ii) Litar Utama

 Langkah kesepuluh adalah untuk litar utama, ubah kabel pada


multimeter ke mcb 20 A dan satu lagi letakkan pada contactor
kemudian ubah ke overload dan seterusnya ke punca live pada
motor, jika betul bacaanya mesti 0 ohm
 Langkah kesebelas juga adalah untuk litar utama, ubah kabel
pada multimeter ke neutral link dan satu lagi letakkan pada
contactor kemudian ke overload dan seterusnya ke punca neutral
pada motor, jika betul bacaanya mesti 0 ohm.

4.2 MANUAL OPERASI


a) Langkah-langkah Membuat Ujian Keterusan Litar Mati Bagi Litar Kawalan
Penghidup Talian Terus Satu Fasa
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

Rajah 1 : Litar Kawalan Penghidup Talian Terus


Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

b) Langkah-langkah Membuat Ujian Keterusan Litar Mati Bagi litar Utama


Penghidup Talian Terus

Rajah 2 : Litar Utama Penghidup Talian Terus


Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

c) Ujian Litar Hidup Penghidup Talian Terus.

 Pastikan MCB 20 A dan 6 A di off kan sebelum bekalan diberikan.


 Langkah pertama selepas bekalan diberikan uji dengan test pen
pada mcb 20 A,pastikan ada bekalan dan test pen mennyala.
 Langkah kedua onkan mcb 20 A dan uji dengan test pen pada
sesentuh utama contactor, test pen mesti menyala jika ada
keterusan litar.
 Langkah ketiga onkan mcb 6 A dan uji dengan test pen, jika ada
keterusan test pen mestilah menyala.
 Langkah keempat uji dengan test pen pada normally open ( no. 13 )
contactor ( bekalan menunggu ), jika ada keterusan test pen
mestilah menyala.
 Langkah kelima bila bekalan menunggu pada N/O ( no 13 )
contactor sedia ada, tekan push button Start dan lepaskan ,jika
betul contactor akan hidup, lampu run menyala dan motor satu
fasa akan berputar. Bila ditekan push button stop motor akan
berhenti
 Akhir sekali langkah keenam tekan tripping test, jika betul motor
akan berhenti berputar dan lampu trip pula akan manyala. Reset
Overload dan tekan Start button, jika betul motor akan berputar
kembali.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

Rajah 3: Kaedah Membuat Ujian Litar Hidup Bagi Penghidup Talian Terus Satu Fasa
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

5.0 PERATURAN IEE MENGENAI MOTOR ELEKTRIK

A-63 (KAWALAN MOTOR)


Semua motor elektrik mesti diperuntukan dengan alat menghidup dan
memberhentikan motor, alat ini di tempatkan dimana lanya mudah dikendalikan
oleh seorang penjaga motor itu.

A-64
Semua motor elektrik mesti diperuntukan dengan alat kawalan seperti:
i) Bagi mencegah penghidupan secara automatik selepas terhenti
disebabkan susutnya voltan atau putusnya bekalan dimana motor
menghidup dengan tidak disangka-sangka.
ii) Dimana lebih daripada satu cara pemberhentian dengan tangan
dibekalkan dan bahaya mungkin disebabkan oleh penghidupan motor
dengan tidak disangka-sangka atau sesuatu mesin yang dipacu oleh
motor elektrik dengan alat mencegah semula penghidupan sehingga
semua alat pemberhenti disetkan.
iii) Bagi memisahkan voltan litar motor dengan menggunakan alat pemisah
yang dipasang di tempat yang sesuai dan semua alat termasuk pemutus
Iitar automatik yang digunakan. Jika alat pemisah ini jauh daripada motor,
tambahan alat pemisah dipasang bersebelahan dengan motor atau
secara pilihan peruntukan akan dibuat bagi mengunci alat utama di dalam
keadaan OFF.

Nota : Satu cara pemisahan boleh diperuntukan untuk satu kumpulan motor dan
alat - alat kawalan yang bergabung dengannya dimana keperluan pemeriksaan
atau lain-lain kerja dibuat bagi sesuatu motor dalam kumpulan itu atau alat-alat
kawalan yang bergantung terus dengan motor, pemeriksaan secara serentak
bagi semua kumpulan adalah diterima.
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

A-65
Semua motor elektrik yang mempunyai kadaran lebih daripada 0.37Kw mestilah
diperuntukan dengan alat kawalan yang mengandungi alat yang sesuai untuk
memberikan perlindungan lebihan arus di dalam motor atau kabel diantara alat
itu di dalam motor.

A-66 (LITAR MOTOR)


Kabel yang membawa arus penghidup, arus larian ( running current ) dan arus
beban mestilah berkadaran sekurang-kurangnya sama dengan arus beban
penuh motor apabila dikadar berdasarkan kepada kesusuaian piawaian British.

A-68
Di mana penghidup diperuntukan yang memberikan perlindungan daripada
lebihan arus di dalam motor dan kabel di antara penghidup dan motor. Kadar fius
atau Pemutus litar yang melindungi litar kecil akhir motor mestilah tidak melebihi
dua kali ganda arus di dalam kabel atau Pemutus litar dan penghidup.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

SOALAN / QUESTION :

1. Namakan alat uji yang digunakan untuk membuat pengujian keterusan pada
pendawaian dan pemasangan kawalan motor?
................................................................................................................................

2. Berapakah bacaan rintangan penebatan yang baik keatas gelung motor elektrik?
...............................................................................................................................
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(8/9)
Drp / of : 17

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Stephen Rahman.(2000). Industrial Motor Control. Cengage Learning.

2. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-


Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd
Malaysia.

3. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical


Installations Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.

4. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi


Pemasangan Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.

5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring


Regulations, Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.

Anda mungkin juga menyukai