Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

1.0 PENGENALAN

Papan agihan ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir dimana
bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu
lokasi/penggunaan. Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara
selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak akan menggangu litar yang lain. Ia
mengandungi fius tamatan bumi yang disambung pada litar-litar kecil di rumah. Fius
ini berfungsi untuk memutuskan litar elektrik jika terdapat lebihan arus elektrik dan
voltan tinggi. Fius akan melebur apabila arus berlebihan melalui fius tersebut. kilat
atau petir yang memanah bumi jauh dari rumah juga pun selalu menyebabkan trip di
rumah. Komponen-komponen pada papan agihan domestik terdiri daripada suis
utama, pemutus litar bocor ke bumi, dan pemutus litar kecil. Suis utama berfungsi
untuk mengawal pengaliran arus elektrik ke seluruh litar elektrik di dalam rumah.
Walau bagaimanapun, papan agihan ini tidak dapat dikawal dan dipantau dari jauh.
Oleh itu, papan agihan yang lebih pintar diperlukan bagi mengatasi masalah ini.
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Apabila berlaku kilat atau petir yang memanah bumi, litar akan terputus
dengan sendirinya. Kilat menghasilkan voltan yang tinggi hingga mencecah ribuan
kiloVolt. Biasanya voltan yang disambungkan ke rumah kita hanyalah 240V. Apabila
wujudnya perbezaan Volt (Potential Different), hal ini akan menyebabkan arus
elektrik mengalir deras dalam kuantiti yang banyak. Arus elektrik (Ampere)
kadangkala akan menjadi 1000 kali ganda dari sepatutnya dalam masa yang amat
singkat (transient). (Lebai Manat .A.,2013)
Kelebihan papan agihan adalah untuk keselamatan pengguna. Papan
agihan mempunyai komponen keselamatan seperti pemutus litar bocor ke bumi,
dan pemutus litar kecil. Selain itu papan agihan juga memudahkan penyelengaraan
dilakukan. Walau bagaimanapun, kelemahan papan agihan adalah tidak dapat
merekodkan arus dan voltan kemasukan, dan tidak dapat dikawal dan dipantau dari
jauh. (Lebai Manat .A.,2013)
Selain itu, pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) mungkin terpelantik apabila
berlaku hujan petir. Apabila pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) terpelantik,
pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) akan memutuskan bekalan kepada semua
beban. Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) yang terpelantik tidak akan kembali ke
kedudukan asal disebabkan oleh lebihan Voltan. Oleh itu pemutus litar bocor
kebumi (ELCB) terpelantik. (Ahmad, 2012).
Menerusi kekangan yang dihadapi, satu produk yang produktif perlu dibina
dalam mengatasi kekangan tersebut. Oleh itu, papan agihan 2.0 dibangunkan bagi
membolehkan pengguna menghidupkan semula pemutus litar bocor ke bumi
(ELCB) apabila terpelantik secara jarak jauh menggunakan aplikasi dalam telefon
pintar. Selain itu, projek dapat menganggarkan jumlah tenaga elektrik yang
digunakan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji mendapati sekirnya ELCB terpelantik apabila tiada penghuni di


dalam rumah, ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak diingini. Misalnya, ikan di
dalam akuarium akan mati di sebabkan oleh kekurangan oksigen (Abd Azzis, 2013).
Selain itu, pengguna di rumah yang tidak mengenali dan mempelajari sistem
elektrik atau sistem papan agihan berfungsi akan mengalami kesukaran atau
ketakutan untuk menghidupkan semula ELCB.
Bukan itu sahaja, papan agihan juga tidak dapat merekodkan bacaan
penggunaan tenaga elektrik. Jadi, pengguna tidak mampu menganggarkan jumlah
tenaga elektrik atau bil elektrik yang digunakan (Ahmad, 2012). Oleh itu, papan
agihan 2.0 dibangunkan bagi memudahkan pengguna.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan projek ini adalah menghasilkan papan agihan 2.0 untuk pengguna.
Penghasilan papan agihan pintar ini dapat membantu pengguna memantau papan
agihan dengan lebih mudah. Hal ini membantu pengguna mengawal papan agihan
mereka dari jauh. Pengguna tidak bimbang tentang peralatan elektrik di rumah
sekiranya berlaku trip dirumah. Tambahan pula, pengguna mampu memperolehi
gambaran awal mengenai nilai voltan dan arus yang diggunakan serta tarif
penggunaan elektrik.

1.4 OBJEKTIF

Objektif kajian adalah hala tuju kajian supaya mencapai sasaran yang disasarkan.
Dalam kajian ini terdapat tiga objektif seperti:

1) Menambah baik papan agihan lama kepada papan agihan pintar


2) Mengetahui nilai voltan dan arus elektrik yang mengalir
3) Menguji keberkesanan papan agihan pintar

1.5 KERANGKA TEORI KAJIAN

Rajah 1: Model Waterfall


1.5.1 Keperluan
Pengkaji menentukan bahan keperluan untuk membina projek. Papan agihan sedia
ada tidak dapat mengembalikan ELCB ke keadaan asal sekiranya terpelantik. Jadi
pengkaji memerlukan servo motor untuk mengembalikan semula ELCB ke keadaan
asal. Selain itu, pengkaji mendapati papan agihan sedia ada tidak dapat menghitung
arus. Jadi, pengkaji menambah current sensor pada projek. Hal ini demikian supaya
pengguna dapat mengesan kerosakan melalui bacaan voltan yang tidak normal.
Bukan itu sahaja, pengkaji menambah arduino supaya pengguna mendapat data ke
telefon.

1.5.2 Analisis Kos Perbelanjaan

Pengkaji menganalisis barang keperluan yang digunakan. Selepas itu, pengkaji


akan membuat jadual kos perbelanjaan dan jumlah kos yang diperlukan.

1.5.3 Reka Bentuk

Pengkaji akan membuat reka bentuk melalui lukisan 3D. Pengkaji juga membuat
lukisan litar bagi memudahkan pengkaji membina produk.

1.5.4 Pembangunan

Projek ini dibangunkan mengikut reka bentuk lakaran 3D. sambungan juga
disambung mengikut lakaran litar yang telah dibuat.

1.5.5 Pengujian

Di akhir projek, pengkaji akan membuat pengujian ke atas projek. Misalnya,


pengujian litar bocor ke bumi dan pmenguji keberkesanan produk. Hal ini demikian
bagi jaminan kualiti, unit, sistem dan beta mengenal pasti isu yang mesti
diselesaikan. Hal ini demikian supaya, dapat menguji keberkesanan projek dan
keselamatan pengguna.
1.6 KERANGKA KONSEP KAJIAN

Halangan Halangan

Input Proses Output

Motor servo Adruino Text on phone

Pergerakan Pergerakan

Rajah 2: Kerangka Konsep Kajian

Berdasarkan rajah 1.2 adalah kerangka konsep kajian. Input pada kajian ini
adalah motor servo. Motor servo yang digunakan ialah jenis Servo DS041MG-5.
Ianya berfungsi sebagai menolak suis utama yang terpelantik. Proses pula, pada
kajian ini adalah adruino. Jenis adruino yang digunakan ialah adruino
ESP8266LODEMCUV3. Adruino ini berfungsi sebagai kawalan utama Papan
Agihan 2.0. Output pada kajian ini ialah paparan pada telefon Text on phone. Motor
servo akan memberi maklumat ke adruino lalu menghantar maklumat ke telefon
dalam bentuk Text on phone.

1.7 SKOP KAJIAN

Skop kajian adalah had atau batas dalam sesuatu kajian. Skop kajian
selalunya melibatkan tempat atau lokasi, bahan dan responden. Dalam kajian ini
skop kajian hanya memfokuskan kepada pengguna di kawasan perumahan.

1.8 BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa batasan kajian yang dihadapi oleh penyelidik. Antara


kekangannya ialah dari segi masa, kewangan atau kos perbelanjaan dan kaedah
yang digunapakai. Hal ini memberi kesan kepada penyelidikan yang dilakukan.
Batasan tersebut adalah seperti berikut:
1.8.1 Masa

Masa yang digunakan untuk menyelidik projek adalah pada waktu


pembelajaran di kolej. Bagi pembangunan projek, penyelidik membangun projek di
luar kolej.

1.8.2 Kewangan/kos

Sumber kewangan penyelidik ialah dari inisiatif diri sendiri.

1.8.3 Kaedah

Kaedah yang digunakan ialah pendawaian satu fasa dan menggunakan


komponen elektronik sebagai kawalan utama.

1.9 DEFINISI TERMINOLOGI

1.9.1 Motor servo

Motor servo, ialah peranti elektrik serba lengkap yang menggerakkan bahagian
mesin dengan kecekapan tinggi dan ketepatan yang tinggi. Jenis motor servo yang
digunakan ialah DS041MG-5, yang berfungsi untuk mengembalikan kedudukan
ELCB ke keadaan asal. (Ramnayan, 2017)

1.9.2 NodeMCU Esp8266

NodeMCU, ialah sebuah mikropengawal, open-source yang didatangkan khas


dengan ciri sambungan wifi. Dengan kata lain, mikropengawal NodeMCU ini boleh
digunakan untuk projek-projek yang melibatkan sambungan wifi sama ada
sambungan secara lokal mahupun terus ke cloud. Jenis nodeMCU yang digunakan
dalam projek ini ialah ESP8266LODEMCUV3, yang berfungsi sebagai
mikropengawal bagi papan agihan 2.0. (YS Parihar ,2019)

1.9.3 Sensor arus

Sensor arus pada asasnya adalah peranti yang berfungsi untuk mengesan arus
elektrik sama ada AC atau DC dalam wayar, dan menghasilkan isyarat

1.9.4 Pemutus litar bocor ke bumi

Pemutus Litar Kebocoran Bumi ialah peranti perlindungan yang melindungi daripada
kebocoran bumi. Pada mulanya, pemutus litar kebocoran bumi adalah peranti
pengesan voltan, kini ia ditukar kepada peranti pengesan semasa. ELCB semasa
dinamakan semula sebagai RCCB atau RCD. (Azlee ,2015)

1.9.5 Pemutus litar kecil

Pemutus litar mini dicetuskan oleh arus lebih - arus elektrik yang melebihi arus
selamat yang ditetapkan dan menggunakan mekanisme mekanikal yang agak teguh
yang direka untuk meminimumkan kegagalan dan penggera palsu. (Azlee, 2015)

1.10 RUMUSAN

Isu mengenai pemutus litar bocor ke bumi yang sering terpelantik kerana sambaran
kilat atau petir. Ini kerana Kilat menghasilkan voltan yang tinggi hingga mencecah
ribuan kiloVolt. Biasanya voltan yang disambungkan ke rumah kita hanyalah 240V.
Apabila wujudnya perbezaan Volt. Dalam bab satu ini, penyelidik telah menyatakan
mengenai latar belakang kajian seperti makan di peti sejuk akan rosak dan ikan
perliharaan mati kerana kekurangan oksigen kerana bekalan elektrik terputus . Latar
belakang kajian adalah penting untuk mengetahui tujuan sebenar sesuatu kajian
dilaksanakan. Segala permasalahan dan isu berkaitan ditemui. Bab yang
seterusnya dalam kajian ini adalah bab dua, iaitu kajian literatur. Di mana,
membincangkan dengan lebih terperinci mengenai teori dan kajian yang dilakukan
pada masa lepas untuk digunakan oleh penyelidik sebagai rujukan dalam
menyokong kajian

Anda mungkin juga menyukai