Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 3
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL
PROGRAM’S CODE & INSTALLATION AND MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2 : 2012 - C03-SINGLE PHASE ELECTRICAL
COMPETENCY UNIT NO. WIRING MAINTENANCE
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE


REQUIREMENT
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL,
NO. DAN PENYATAAN
EQUIPMENT AND MATERIAL
AKTIVITI KERJA / WORK
3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE
5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALITY
6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE
ACTIVITIES

Muka / Page : 1
NO. KOD / NO. CODE EE-320-2:2012-C03/P(3/6)
Drpd/of : 11

TAJUK : ASAS MENJALANKAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai jenis penyelenggaraan


dan kerosakan pepasangan elektrik satu fasa serta kaedah mengesan dan
membaikinya mengikut prosedur pengujian dan pengesahan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

PENERANGAN :

Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan bahawa sesuatu
pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan kehendak undang-
undang dan peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain :

i. Electricity Regulations.
ii. Electricity (Board Supplies) Rules.
iii. Electricity Ordinance.
iv. Safety Regulations.
v. IEE Regulations for electrical installations.
vi. Akta Bekalan Elektrik.

Sesuatu pepasangan pada umumnya akan mengalami kerosakan. Kerosakan yang biasa berlaku
pada pepasangan elektrik seperti :

i. Litar pintas.
ii. Arus bocor ke bumi.
iii. Peralatan tidak berfungsi.

Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap pepasangan-


pepasangan berikut:

i. Pepasangan baru elektrik.


ii. Pepasangan sedia ada untuk tujuan tambahan atau ubahsuaian
iii. Pepasangan sedia ada secara berkala mengikut perencanaan bagi tujuan
penyelenggaraan.
iv. Tambahan pepasangan, khususnya tambahan besar.
v. Ujian di atas permintaan pengguna. Ini biasanya apabila berlaku
kerosakanTerhadap pepasangan.
vi. Ujian untuk proses kemasukan bekalan oleh TNB.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

3.0 MENTAFSIR SKEMATIK DIAGRAM PENDAWAIAN FASA TUNGGAL

1
1 2
3
4
5

6
2 7
8
9
10

1 2 3 4 5 6 7

Seseorang perlu kenalpasti fungsi peranti perlindungan litar. Secara umumnya fungsi
peranti adalah seperti berikut:

i) Cut out dan neutral link


Saiz fius 60A dapat ditentukan. Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal
(TNB).
Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus
pengguna.

ii) Meter Tenaga (Kwh meter)


Meter tenaga dipasang oleh pihak pembekal (TNB).
Berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi
menetapkan kadar bayar takrif.

iii) Suis utama (Main switch)


Kadaran saiz fius yang digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.
Berfungsi sebagai pengasing/penyuisan litar dan perlindungan arus lebihan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

iv) ELCB@RCCB
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar.

a) ELCB@RCCB 1 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar alat tetap.


Penentuan saiz ELCB@RCCB bergantung pada
jumlah beban tersambung.
- Sensitiviti 100mA – litar alat tetap.

b) ELCB@RCCB 2 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar kuasa.


- Sensitiviti 30mA – Litar radas tangan.

v) MCB (Pemutus Litar Kenit)


a) Berfungsi sebagai pengagih litar kecil akhir dan perlindungan arus lebihan
b) Ditentukan bergantung kepada jumlah beban tersambung.

vi) Saiz kabel bagi litar kecil akhir


Ditentukan dari jumlah arus beban yang digunakan setelah faktor kepelbagaian.

vii) Bilangan litar kecil akhir


Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa atau arus yang digunakan
dalam pepasangan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

3.1 PROSEDUR UNTUK MENJALANKAN PEMERIKSAAN

Bil Jenis Kerosakan Peralatan ujian Tindakan

1 Litar pintas Multimeter (ohm a) “ON”kan semua suis yang ada.


meter) b) “OFF”kan semua MCB.
c) “ON”kan satu persatu MCB
d) MCB terpelantik apabila litar yang rosak
di “ON”kan.
e) “OFF”kan MCB yang dikenalpasti.
f) “OFF”kan semua suis bagi litar yang
bermasaalah.
g) “ON”kan MCB yang dikenalpasti.
h) “ON”kan suis litar yang bermasaalah satu
persatu.
i) MCB terpelantik bila kerosakan ditemui.
j) Periksa bahagian yang telah dikenalpasti
rosak.
k) Periksa alat yang rosak.
l) Ganti alat yang rosak
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

2 Arus bocor ke bumi Insulation tester a) Uji terminal L & E dengan ujian
Multimeter (Ohm penebatan
meter) b) Dapatkan bacaan.
- lebih 1MΩ (Baik)
- kurang 1MΩ (Kelemahan penebat)
c) Kenalpasti kerosakan.
d) Periksa penebat L & E
*Jika tiada kerosakan pergi ke step
yang berikutnya.
e) Uji terminal N & E dengan ujian
penebatan
f) Dapatkan bacaan.
- lebih 1MΩ (Baik)
- kurang 1MΩ (Kelemahan penebat)
g) Kenalpasti kerosakan.
h) Periksa penebat N & E
i) Kerosakan dikenalpasti.
j) Buka tamatan pada bahagian rosak.
k) Baiki kerosakan.

3 Peralatan tidak Multimeter (Ohm a) Pastikan supply ada.


berfungsi. meter) b) Periksa sambungan pada terminal
penyambungan suis dan beban.
c) Uji fius ke beban (jika fius ada).
d) Uji keterusan pengalir pada alat.
e) Kerosakan dikenalpasti.
f) Baiki kerosakan.
g) Ganti bahagian yang rosak.
Jika tak boleh diganti pisahkan dari
pepasangan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

3.2 KESALAHAN PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL

Didalam mengenalpasti kerosakan yang berlaku seseorang pendawai itu hendaklah


mengetahui kaedah melakukan ujian. Kaedah menggunakan peralatan untuk menguji
adalah kemahiran asas yang sepatutnya ada pada seseorang pendawai.

Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan


sebarang ujian. Pemeriksaan penglihatan adalah pemeriksaan dengan cara melihat untuk
tujuan antara lain seperti berikut :

i) Untuk memastikan alat-alat elektrik ysng dipasang adalah mengikut British Standard
(BS), Malaysian Standard (MS), Suruhanjaya Tenaga (ST), IEE dan SIRIM. Sekiranya
alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan, pihak pemborong hendaklah diminta
supaya mengemukakan surat kelulusan berkenaan.
ii) Untuk memastikan keseluruhan pepasangan dijalankan mengikut peraturan IEE dan
lain- lain peraturan seperti dalam perkara di atas.
iii) Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan atau
yang disambung kepadanya.

3.2.1 Litar Pintas

Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus
elektrik. Bagi pemasangan satu fasa,litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa
dengan pengalir neutral .

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui
MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu
juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU),maka fius utama akan
didapati sering terputus bekalan apabila di „ON‟ kan .

Di antara penyebabnya ialah:-

i) Penebat kabel terkoyak.


ii) Penebat kabel cair.
iii) Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir
elektrik.
iv) Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor elektrik
yang pecah pemisahnya , soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir
elektrik dan sebagainya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

3.2.1.1 Kaedah Mengesan Kerosakan

i) Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut :-

a) Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya


renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
b) „OFF‟kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
c) Sekiranya suis utama, PBLK dan semua MCB tidak dapat di‟OFF‟kan kerana
bekalan sedang digunakan, penguji hanya perlu „OFF‟kan MCB untuk litar yang
rosak sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan
kerosakan.
d) Gunakan pakaian dan peralatan tangan keselamatan yang disyorkan.
e) Gunakan alat uji rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan
kerosakan litar pintas ini.
f) Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , perkakas elektrik dari litar
sebelum diuji. (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya
perlu di‟OFF‟kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat
keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari
alat uji tersebut.
g) Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya (fasa
dengan fasa dan neutral).
h) Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar
tersebut telah berlaku litar pintas.
i) Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
j) Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak
sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.

3.2.1.2 Penyelesaian
i) Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar
baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.
ii) Kerosakan seperti kabel terkoyak ( sedikit ) , benda asing seperti tikus ,
cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa
menukar baru pemasangan pendawaian itu. Kabel yang terkoyak boleh diatasi
dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya bahagian
yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing seperti
tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh
diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.
iii) Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran
atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh
diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

3.2.2 Litar Bocor Ke Bumi


Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan
pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral)
ke bumi. Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa
arus elektrik kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri
.
Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pengguna bahawa
PBLK terpelantik apabila digunakan litar yang rosak itu. Begitu juga apabila kerosakan itu
berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus
apabila di „ON‟kan .

3.2.2.1 Penyebab kerosakan


i) Penyebab kerosakan adalah disebabkan seperti berikut :

a) Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam
berbumi.
b) Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel
bumi atau bahagian logam berbumi.
c) Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh antara
pengalir- pengalir arus elektrik dan bumi.
d) Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor, lampu, soket alir keluar
yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.
e) Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skeru pada trunking yang berbumi
atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi .

3.2.2.2 Kaedah mengesan kerosakan


Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti
berikut :
a) Matikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch) untuk menggelakkan
sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
b) „OFF‟kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
c) Sekiranya suis utama , PBLK dan semua MCB tidak di‟OFF‟kan kerana bekalan
elektrik sedang digunakan, penguji perlu „OFF‟kan MCB untuk litar yang rosak
sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan.
Sila gunakan pakaian dan alat-alat kerja tangan keselamatan yang disyorkan.
d) Gunakan alat penguji rintangan penebat (Insulatioan Resistor Tester) untuk
mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.
e) Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, motor elektrik dan alat-alat
elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban
tersebut suisnya perlu di‟OFF‟kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada
salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik
disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
f) Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya
dengan bumi (fasa–fasa, neutral dan bumi).
g) Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka
litar tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (rujuk Jadual 71A Peraturan IEE-
Edisi 16).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

h) Teruskan mengesan litar-litar kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
i) Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih
dari satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

3.2.2.3 Penyelesaian
i) Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar
baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

ii) Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit) , benda asing seperti tikus , cicak , air dan
kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat
yang koyak tersebut dengan pita PVC , andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu
memadai dengan dibalut sahaja . Benda asing seperti tikus, cicak , air dan kepingan
logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan
penyebab-penyebab tersebut.

iii) Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran
atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh
diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

3.2.3 Litar Pintas

 Simptom : MCB terpelantik dan fius putus.


 Kaedah Ujian : Ujian Keterusan.
 Alat Uji : Multimeter (Ohm meter).
 Punca ujian - Pengalir fasa dan pengalir neutral.
 Beban - Ditanggalkan.

3.2.4 Arus Bocor Ke Bumi

 Simptom : RCCB – Terpelantik.


 Kaedah ujian : Ujian Rintangan Penebatan.
 Alat Uji: Insulation Tester.
 Punca Ujian - Pengalir fasa dan pengalir pelindung.
- Pengalir neutral dan pengalir pelindung.
 Berbeban - Semua suis dalam keadaan “OFF”.
 Tanpa Beban - Semua suis dalam kedaan “ON”.

3.2.5 Peralatan tidak berfungsi

 Ujian yang dijalankan.


 Ujian Keterusan.
 Uji fius.
 Uji suis yang berada pada alat.
 Uji pengalir tersambung pada alat.
 Alat : Multimeter (Ohm meter)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
EE-320-2:2011-C03/P(3/6)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 11

SOALAN :

1. Ujian yang dijalankan dengan hanya menggunakan alat uji sahaja dinamakan ujian
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________

2. Ujian yang dijalankan dengan menggunakan supply dinamakan ujian


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-


Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd
Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical
Installations Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.
5. Giesecke, F.E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai