Anda di halaman 1dari 20

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-3:2012
PROGRAM’S CODE & THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-3:2012-C06
COMPETENCY UNIT NO. THREE PHASE WIRING TESTING AND COMMISSIONING
AND TITLE

1. IDENTIFY THREE PHASE TESTING AND


COMMISSIONING SPECIFICATIONS AND
PROCEDURES
2. PREPARE THREE PHASE TESTING AND
COMMISSIONING TOOLS, EQUIPMENT AND
NO. DAN PERNYATAAN MATERIALS
AKTIVITI KERJA /WORK 3. CARRY OUT THREE PHASE INSULATION
ACTIVITIES NO. AND RESISTANCE TESTING
STATEMENT 4. CARRY OUT THREE PHASE POLARITY TESTING
5. CARRY OUT THREE PHASE CONTINUITY TESTING
6. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING RESISTANCE
TESTING
7. CARRY OUT TESTING COMMISSIONING
8. PREPARE TESTING AND COMMISSIONING REPORT
Muka Surat/Page : 1
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / of : 20

TAJUK / TITLE : KELENGKAPAN UNTUK UJIAN DAN PROSEDUR SISTEM TIGA FASA.
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini digunakan untuk menerangkan tentang mengenalpasti dan penyediaan
peralatan dan bahan untuk cara menjalankan ujian, spesifikasi pentauliahan dan prosedur sistem
tiga fasa.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

1.0 MENGENAL PASTI PENGESAHAN, SPESIFIKASI DAN PROSEDUR PENGUJIAN


PENDAWAIAN TIGA FASA

 Kehendak Perundangan
- Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 – mensyaratkan semua pendawaian,
tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak dijalankan oleh
Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat kelulusan bertulis dari
pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

 Merancang Kerja-Kerja Pendawaian


- Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai / kontraktor hendaklah merancang
dan mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur
dan selamat untuk digunakan. Pendawai / kontraktor perlulah :-
i. Membuat lawatan tapak
ii. Mengenal pasti keperluan beban pengguna
iii. Mengira permintaan beban maksimum
iv. Mengemukakan pelan, lukisan dan spesifakasi.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

Carta Alir Merancang Pemasangan Pendawaian Banggunan Kediaman Bekalan Fasa Tunggal
Dan Tiga Fasa Adalah Seperti Di Bawah :-

Lawatan tapak

 Beban Maksimum
Menyediakan Pelan  Jenis pendawaian
Pemasangan dan  Fasa tunggal atau
Spesifikasi Tiga fasa
Kelengkapan

Hantar Borang Borang permohonan bekalan


Ke PL Elektrik domestic (PL)

Tidak
Kelulusan bertulis
Menyediakan jadual kerja
dari PL

Mula Kerja – Kerja Pendawaian

Pembaikian
Penyeliaan Pemeriksaan dan
oleh pendawai Pengujian
Tidak
Ya
Borang G dan H ke PL

Bayaran Deposit dan


Tandatangan Perjanjian

PL memasang meter dan


Memberi bekalan elektrik =PL – MEMEGANG LESEN
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

 Lawatan Tapak
Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan :-
i. Kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan.
ii. Permintaan beban maksimum.
iii. Bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga.
iv.Jenis pendawaian
v. Susunatur kelengkapan.

 Mengenalpasti keperluan beban pengguna


- Melalui pelan lantai bangunan pemasangan seperti cadangan beban, penempatan
kelengkapan elektrik dan rekabentuk pelan pepasangan boleh ditentukan.

 Mengira permintaan beban maksimum


- Anggaran permintaan beban maksimum adalah untuk menentukan spesifikasi
kelengkapan pendawaian seperti kabel, aksesori dan seterusnya menyediakan pelan
pepasangan elektrik.
- Mengikut MS IEC 60364 Part 1 Klausa 311, pengiraan permintaan maksimum bagi
setiap litar bertujuan supaya rekabentuk pepasangan yang ekonomi, berdaya harap dan
dalam had voltan susut yang dibenarkan. Faktor kepelbagaian boleh diambil kira.
- Pengiraan kesemua permintaan arus maksimum setiap litar perlu disediakan dengan
lengkap. Butiran ini menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampiar dan
membantu dalam menentukan saiz kabel.
- Rujuk Jadual Ketiga (Jadual A dan B), Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Elektrik
1994 untuk menghitung permintaan arus maksimum dan kelonggaran bagi kepelbagaian
untuk pepasangan domestik.

1.2 Mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi


- Peraturan 65, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan kelayakan Pendawai
mengemukakan pelan adalah seperti berikut :-
i. Pendawai dengan sekatan fasa tunggal – Voltan rendah fasa tunggal sehingga
60 ampiar.
ii. Pendawai dengan sekatan fasa tiga – voltan rendah sehingga 60 ampiar.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

 Ciri-ciri Pendawaian Elektrik


 Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel, papan suis, suis
utama pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus baki (PAB/RCB), mata lampu,
penangkap kilat dan lain-lain lekapan elektrik.
Pendawaian elektrik pengguna fasa tiga contoh 1 seperti rajah 3.1.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

1.3 Mengetahui kaedah untuk melakukan pengujian dan pengesahan pada pendawaian
elektrik tiga fasa
 Kehendak Perundangan
i. Mengikut Peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu
diselia oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga.
Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan suatu Perakuan
Penyeliaan dan Penyiapan.
ii. Mengikut Peraturan 13(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan
Fasa Tunggal atau oleh Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji
mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian
bagi pepasangan itu.
iii. Mengikut Peraturan 14(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan
Perakuan Penyelia dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan
13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam
Jadual Pertama.

1.4 Jenis Pengujian


Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan
pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahkan kendalian litar pendawaian dan
peralatan dipasang selamat untuk digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses
pemeriksaan hendaklah dibuat. Keputusan pemeriksaan / penyeliaan dan pengujian
hendaklah menggunakan Borang G dan Borang H.
Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut hendaklah
dilakukan ;
i. Ujian Keterusan
ii. Ujian Rintangan Penebatan
iii. Ujian Kekutuban
iv. Ujian Rintangan Elektrod Bumi
v. Ujian Peranti Arus Baki.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

1.5 ALAT PENDAWAIAN TIGA FASA, PERALATAN DAN BAHAN

Kegunaan peralatan tangan mengikut kategori kumpulan dan teknik penggunaan yang
betul.
Perkakas Asas
Perkakas asas perlu dimiliki oleh seorang Juruelektrik untuk kerja pendawaian.
Keyakinan pengguna terhadap Juruelektrik ketika membuat kerja pendawaian juga bergantung
kepada alat kelengkapan perkakas kerja yang dimilikinya. Berikut adalah perkakas dan
keterangan ringkas mengenai penggunaanya.

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti kecil,
sederhana dan besar. Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan, perlu juga memilih hujung
Pemutar Skru skru philip dan flat.

 Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan


dan membengkok wayar dan juga untuk memegang
nat kecil serta washer. Playar tambahan daripada
jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga
Playar gabung diperlukan. Pelbagai jenis playar mestilah
mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

 Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung


wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan. Manakala pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
Playar Pemotong Sisi melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
wayar pengalir.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil. Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau

 Pita digunakan untuk mengukur penempatan aksesori


dengan tepat. Terdapat pelbagai saiz pita pengukur.
Dalam kerja-kerja pendawaian lazimnya
Pita Pengukur menggunakan pita bersaiz 12 kaki atau 3 meter. Pita
ini juga digunakan untuk membuat anggaran panjang
kabel bagi sesuatu pendawaian.

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran


arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.
Pena Ujian (Test Pen)

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil, memotong, membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus


Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat


kabel.

Penjerut Kabel
(Wire Stripper)

1.6 Jenis – Jenis Alat Pengujian

 RCCB TESTER digunakan untuk mengesan kepekaan


elcb, rccb diuji sebelum sebelum bekalan
dimasukkan bagi memastikan litar selamat untuk
diberikan bekalan.

RCCB TESTER

 Alat uji ini digunakan untuk menguji peralatan


eletronik seperti diod dan kapasitor.

MULTIMETER DIGITAL

 Alat uji ini digunakan untuk menguji keterusan


sesebuah litar bagi memastikan litar selamat untuk
diberikan bekalan.
MULTIMETER ANALOG
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

 Alat ini digunakan untuk menguji arus dan voltan


sesuatu pepasangan samaada ia berkesan atau
tidak.
CLAMP METER

i. Memastikan tiada kebocoran arus antara pengalir


fasa dengan fasa, pengalir fasa dengan neutral
dan pengalir fasa dengan bumi.
ii. Menguji ketahanan penebatan kabel
iii. Memastikan tiada berlaku litar pintas.
INSULATION TESTER

1.7 STANDARD AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK


i. Energy Commission Act 2001

Akta 610
AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan
Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia
aktiviti pembekalan tenaga di Malaysia, dan menguatkuasakan
undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.

ii. Electricity Supply Act 1990 (Act 447)


AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN,
PENGENDALIAN, DAN PENYELIAAN ELEKTRIK :

Akta ini diwartakan pada 1990 sebagai satu panduan kepada perlaksanaan dan
sebagai peruntukan kepada mengawal selia industri pembekalan elektrik dari segi harga
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

dan perlesenan kepada mana – mana pepasangan elektrik di samping kepada operasi
loji yang mengunapakai bekalan elektrik.

Berikut disenaraikan Seksyen-Syeksen yang mana didalamnya terkandung maklumat


serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja
PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada
buku Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, baca perkara dan
keterangan tajuk utama pada bahagian yang berkaitan dan lihat pada nombor seksyen
dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan nombor seksyen tersebut cari dan baca
secara terperinci huraian yang terkandung di dalam Seksyen tersebut.

iii. Electrical Regulation 1994


PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 AKTA 447
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN,
PENGENDALIAN, DAN PENYELIAAN ELEKTRIK :

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik
1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994


dan hendaklah, tertakluk kepada subperaturan (2), mula berkuatkuasa pada 30hb Januari
1994.
(2) Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut hendaklah
mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996:
(a) peraturan 13;
(b) subperaturan 23(2), 23(3) dan 23(4);
(c) perenggan 78(2)(c);
(d) perenggan 78(3)(c};
(e) perenggan 78(4)(c);
(f) perenggan 78(5)(c);
(g) perenggan 81(c);
(h) perenggan 85(c);
(i) peraturan 88; dan
(j) peraturan 57.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

Berikut disenaraikan Peraturan-Peraturan yang mana didalamnya terkandung maklumat


serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja
PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada
buku Akta & Peraturan Elektrik, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian
yang berkaitan dan lihat pada nombor Peraturan dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan
nombor tersebut cari dan baca secara terperinci apa yang terkandung di dalam Peraturan
tersebut.

iv. MS 1936:2006 / IEC 60364

1. Definasi
Perkembangan pesat yang ditimbulkan oleh cabaran globalisasi memberi kesan besar
terhadap sistem perundangan industri di negara kita. Maka satu paiwaian khusus telah
dibentang diperingkat antarabangsa bagi mewujudkan paiwaian yang akan digunapakai
di Malaysia agar perkembangan industri Elektrik dan Elektronik di Malaysia sama taraf
dan sistem perundangan sejajar dengan peraturan-peraturan lain yang telah digunapakai
diperingkat antarabangsa.

2. Tujuan
Helaian ini memberi panduan yang lengkap kepada pelatih bagi memudahkan
pelatih merujuk buku peraturan Electrical Installation of Building-Paiwaian MS
IEC 60364 supaya pelatih dapat memilih peraturan yang betul berkaitan dengan
kerja-kerja pepasangan,pengendalian dan penyelian elektrik.

Bab Tajuk Berkaitan M/S


2. Sistem Bekalan 2
2.1 Spesifikasi Bekalan Elektrik 2
3. Pendawaian Elektrik 3
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

3.1 Kehendak Perundangan 7


3.2 Merancang Kerja-kerja Pendawaian 7
3.3 Ciri-ciri Pepasangan Elektrik Pengguna 10
3.4 Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian
3.5 Lampu 15
Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian 17
3.6 Soket Alir Keluar 18
Litar Akhir Bagi Soket Alir Keluan 13 Amp
4. Sistem Kawalan dan perlindung Pendawaian Elektrik 19
4.1 Pengasingan dan Pensuisan 19
4.2 Perlindungan 19
5. Pemilihan Kabel 12
5.1 Pemilihan Jenis Kabel Pendawaian 22
5.2 Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan 22
Keupayaan Membawa Arus Kabel
5.3 Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas 23
5.4 Minimum Konduktor Pendawaian 23
Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas
Minimum Konduktor Perlindung Berbanding
Dengan Luas Rentas Konduktor Fasa
5.5 Fungsi Dan Pengenalan Warna Kabel Bukan 24
Boleh Lentur
5.6 Kabel Boleh Lentur 24
5.7 Fungsi Dan Pengenalan Warna Kabel Boleh 25
Lentur
5.8 Penebat Konduktor Dan Jenis 25
Pendawaian

6. Aksesori Elektrik 26
6.1 Pemilihan Eksesori Pendawaian 26
7. Pembumian Pendawaian Elektrik 29
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

7.1 Pembumian 29
7.2 Pembahagian Pembumian 29
7.3 Jenis Dan Fungsi Asesori Pembumian 30
7.4 Penyusunan Pembumian Menggunakan TT 31
7.5 Sistem 31
7.6 Bahagian-bahagian Yang Perlu Di Bumikan 32
7.7 Bahagian-bahagian Yang Tidak Perlu Di 32
7.8 Bumikan 32
Penamatan Di Bumi
Rintangan Elektrod Bumi
8. Pemeriksaan Dan Ujian Pendawaian Elektrik 33
8.1 Kehendak Perundangan 33
8.2 Pengujian 33
Lampiran I Keperluan Keselamatan 43
Lampiran II Jadual Keupayaan Membaw Arus 49
Lampiran III Jadual Voltan Susut 50
Lampiran IV Contoh Pengiraan Voltan Susut(Vd) 51
Lampiran V Borang G(Perakuan Penyelian dan
Penyiapan) 52
Lampiran VI Borang H(Perakuan Ujian) 54
LampiranVII Simbol 56
LampiranVIII Alamat –Alamat Pejabat Suruhanjaya 57

Arahan :
Pelatih akan diberi buku Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman yang
disediakan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai panduan bagi memberi kemudahan untuk
merujuk peraturan Electrical Installation of Building-Paiwaian MS IEC 60364.
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

v. MS 1979: 2007(COP) Electrical Installation of Buildings - Code of Practice (COP)

Malaysian Standard telah pun dibangunkan berdasarkan kepada bahan sumber yang
terkandung di dalam panduan MS lEe 60364 tentang pemasangan elektrik pada bangunan.
Dalam menyatakan keperluan keselamatan kepada pengguna (tanpa makluman), standard
ini menyebutkan dengan jelas amalan berkaitan dengan pemasangan elektrik pad a
bangunan untuk rumah kediaman dan tempat tinggal. Tambahan pula, standard ini juga
membincangkan contoh tertentu bila dan di mana bentuk lain bagi pemasangan elektrik
voltan rendah (LV) memberi kesan terhadap keselamatan pengguna tanpa makluman;
selagi bekalan elektrik awam LV adalah daripada sistem TT dan pemasangan tidak
bercanggah dengan yang diperintahkan oleh jurutera elektrik rekabentuk profesional.
Sembilan puluh satu kod amalan membentuk standard ini dengan setiap amalan
mempunyai nombor rujukan tersendiri. Urutan kemunculan dalam senarai amalan secara
umumnya mengikut aliran empat belas isu seperti yang dibincangkan dalam panduan MS
lEc 60364 berkenaan pemasangan elektrik pad a bangunan. Setiap daripada kod amalan
adalah penyataan ringkas berhubung keperluan berkaitan seperti yang ditetapkan oleh
pertimbangan keselamatan elektrik untuk perlindungan pengguna; seperti mana norma
industri Malaysia dan bagi setiap peraturan.

vi. Based on latest instruction by regulatory body

Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta Bekalan
Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung segala
peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada
harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan
mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang
berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi
maksud yang berkaitan dengannya.

DEFINASI AKTA BEKALAN ELEKTRIK

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah
mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui
pemberitahuan dalam Warta.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

(2) Akta ini hendaklah terpakai seluruh Malaysia, walau bagaimanapun


Menteri boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan
keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta di mana-mana negeri.

ALAT TAMBAH STANDARD


Ros Siling BS 476
Pemegang Lampu BS 5042
Soket Alur Keluar BS 1363
Palam berfius dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 1363 & BS 1362
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar 2 kutub dan
BS 546 & BS 646
berbumi (a.u)
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar berpelindung 2
BS 196
kutub dengan sentuhan bumi

Palam dan soket alur keluar jenis yang terdapat di panggung


BS 5550
wayang
Palam dan soket alur keluar jenis perusahaan BS 4343
Penyambung dan pengganding kabel BS 196, BS 1778 &
BS 4343
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

10.0 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994

Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994


- JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEMENTERIAN
SUMBER MANUSIA
Mempunyai limabelas (15) bahagian
1. Permulaan (preliminary);
2. Perlantikan pegawai (appointment of officers);
3. Majlis negara bagi keselamatan &kesihatan (national council for osh);
4. Kewajipan am majikan & orang yang bekerja sendiri (general duties of employers
and self-employed persons
5. Kewajipan am perekabentuk, pengilang & pembekal (general duties of designers,
manufacturers and suppliers);
6. Kewajipan am pekerja (general duties of employees);
7. Organisasi keselamatan & kesihatan (safety and health organizations)
8. Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian; berbahaya, keracunan pekerjaan
& penyakit pekerjaan & siasatan (notification of accidents, dangerous occurrence,
occupational poisoning and occupational diseases and inquiry);
9. Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan (prohibition against use of plant or
substance);
10. Tataamalan industri (industry codes of practice);
11. Penguatkuasaan & penyiasatan (enforcement and investigation);
12. Liabiliti bagi kesalahan (liability for offences);
13. Rayuan (appeals);
14. Peraturan-peraturan (regulations);
15. Pelbagai (miscellaneous).
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

11.0 Authorisation requirement to access site such as:


Green card / Safety passport

i. Apakah yang dimaksudkan dengan program kad hijau?

Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan
menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama
sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau.
Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta
perlindungan Takaful secara percuma.

ii.Apakah Kad Hijau?

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja
yang terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak
binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta
tahap kemahiran yang dimilikinya.

iii. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Kad Hijau?

1. Terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan


2. Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
3. Berumur tidak kurang dari 16 tahun

iv. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kad Hijau?

 Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen
sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web
CIDB Malaysia. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat.
 Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan
bagi Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan
diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

v. Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Kad Hijau?

 Pembaharuan kad hijau boleh dibuat secara datang sendiri ke pejabat CIDB
terdekat atau melalui pos. Pemohon perlu mengisi Borang UPP1 dan lampirkan
gambar, salinan kad pengenalan/pasport dan permit serta bayaran yang diperlukan.
 Bagi permohon yang berurusan di kaunter, kad baru akan diproses terus semasa
pemohon berurusan dikaunter. Permohonan yang dibuat oleh wakil akan diproses
terus hanya jika jumlah permohonan yang dikemukakan kurang dari lima.
 Jika pemohon memilih untuk berurusan melalui pos, bayaran hendaklah dibuat
melalui wang pos/bank draf/cek bank atas nama ’Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia’. CIDB akan menghantar kad baru melalui pos.

vi. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Kad Hijau baru bagi menggantikan kad
yang telah hilang?

* Jika Kad Hijau yang hilang masih sah laku, anda boleh mendapatkan kad gantian
dengan mengemukakan kepada CIDB perkara-perkara berikut:

 Gambar berwarna terbaru berukuran gambar kad pengenalan


 Salinan kad pengenalan/salinan paspot dan permit kerja
 Bayaran denda RM 20.00

* Jika Kad Hijau yang hilang telah tamat tempoh sahlaku, prosedur untuk mendapatkan
kad adalah sama seperti prosedur membuat pembaharuan.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C06/P(1/8)
Drp / Of : 20

SOALAN / QUESTION :
1. Nyatakan nama alat ujian dan fungsinya sekali.

ALAT PENGUJIAN FUNGSI

2. Berikan 5 jenis ujian yang perlu dibuat setelah setiap pendawaian.

RUJUKAN/REFERENCE:
1. Undang-Undang Malaysia,2005.Akta Bekalan Elektrik 1990 Dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan Sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia ,Standart Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Building-MS IEC 60364) Jabatan Standart Malaysia.
3. The Institution Of Electrical Enginieers,1998,Peraturan-Peraturan Bagi Pemasangan
Elektrik ,Edisi 16, Golden Book Centre Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai