Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENDIDIKAN ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 6
SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2/(2024/2025)

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK / DVM

KOD/KURSUS DEA 2332 SUPERVISORY ELECTRICAL WORK

KOMPETENSI 6.0 MONITOR LOG BOOK ON WORK ACTIVITIES

6.1 Check log book format and content activities.


KOMPETENSI 6.2 Verify book activities
UNIT 6.3 Recommendation on work done

Trainee must be able to:

KOMPETENSI 1. Manage unit budget and accident report according to standard management procedures. (C2,
PEMBELAJARA PLO3)
N 2. Proceed unit meeting according to management orders. (P2, PLO2)
3. Perform work distribution, subordinate activities, staff appraisal and log book on work activities
refer to standard management procedures. (A2, PLO5)

DEA 2332/K 06/NK 06-07


NO KOD
MUKA : 01 DARIPADA 17
NO KOD JPK -
NAMA KURSUS DEA2332 SUPERVISORY ELECTRICAL WORK

STANDARD
06 MEMANTAU BUKU LOG AKTIVITI KERJA
KANDUNGAN

PENERANGAN:

Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita
lakukan. Untuk menduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita
perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv )
Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan
perkara ini.

Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang
tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita
tentang kerja – kerja yang telah ita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis
dengan kemas. Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log
untuk Penjaga Jentera Elektrik.

Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran
seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon
persendirian, mungkin artikel ini boleh
membantu.

Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti Nama, No.KP,
Pengalaman kerja dan kategori ujian. Contohnya,

Nama : Mazrudi Bin Mustapha


No KP : 830229-09-4331
Pengalaman kerja : ( nyatakan pengalaman kerja )
Kategori ujian : AO

Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda


sekurang –
kurangnya tamat tingkatan 5.

Anda juga perlu menulis tentang kemahiran – kemahiran dalam ketukangan elektrik
seperti
pendawaian, penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain – lain.

Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan
pengalaman –
pengalaman kerja yang lalu. Contoh,
Julai 2004 – Dis 2004
Syarikat : Kilang Padi.
Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb)

Alasan mengapa anda perlu nyatakan ‘tugas / kerja’ kerana, tidak semua tempat
kerja memberikan pengalaman untuk anda. Jika anda berkerja sebagai
Pendawai Elektrik mungkin anda tidak melakukan kerja – kerja penyelanggaraan
MSB. Tetapi pengalaman kerja penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di
tempat lain jika anda di bawah seliaan seorang Penjaga Jentera Elektrik
Kompeten.

Masukkan juga butir – butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat,
No. Pepasangan didaftarkan dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten,
gambar, peta lokasi dsb. Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan
projek / kerja pertama. Berdasarkan pengalaman, saya cuma menggunakan
buku hard cover unutk membuat Buku Log.
CONTOH

Tarikh : 1/9/07
Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pam.
Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin.
Cara Kerja :
1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat.
2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.
3. Asingkan motor dari pump.
4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.
5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ).
Pusingan Kipas motor mestilah mengikut arah jam.
6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.
7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel.

Langkah – langkah keselamatan :


1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan
untuk mengelakkan kekeliruan.
2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang
tinggi.
3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara
motor dan dan pump.
4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.
5. Lakukan pengujian arah putaran motor.
6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum
dihidupkan.

Peralatan / Bahan :
1. Test pen.
2. Multi Meter.
3. Spanar mengikut kesesuaian.
4. Pemutar skru (+/-)
5. Puller.
6. Motor gantian.
7. Fius 36 A.

Analisis :
1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin,
Chiller gagal beroperasi.
2. Berpandukan Papan Alamat, kerja – kerja bermula dengan
pemeriksaan dan di ketuai oleh Ketua Jurutera. Didapati Chilled
Water Pump telah rosak berkemungkinan daripada bearing yang
haus / longar.

Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis pengalaman dengan ringkas


tapi padat. Anda seharusnya menyediakan sekurang – kurangnya 10 projek
untuk dimasukkan dalam Buku Log.

Antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah :


1. Penyelanggaraan MSB.
2. Penyelanggaraan ACB.
3. Pengujian.
4. Pembuman.
5. Motor elektrik.
6. Faktor kuasa.
7. Bekalan 3 fasa.
8. Pendawaian.
9. Pendawaian Bawah.
10. Bekalan ac / dc.
Contoh Buku Log dan Cop pengesahan dari jurutera kompeten dan penerimaan
dari Suruhanjaya Tenaga.
FORMAT BUKU LOG

1. Buku log perlulah mengikut format yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya
Tenaga Malaysia. Buku log hendaklah mengandungi latar belakang syarikat
tempat kerja dengan berpandukan butir-butir berikut:-
 Nama syarikat.
 Alamat.
 Kelas Pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (jika ada).
 Nama kakitangan yang Berkompeten.
 Kelas Pendaftaran dengan PKK (jika ada).
 Gambar-gambar kedudukan syarikat.
 Skematik, jenis-jenis papan suis utama, papan suis, gambarajah dan
yang sebagainya yang terdapat dipepasangan yang
dikendalikan/diawasi.

2. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan berjadual atau tidak berjadual dan


pembaikan, laporan perlu disediakan sebagaimana garis panduan berikut:-
 Tarikh:
 Masa Mula:
 Masa selesai:
 Tugas.
 Penyelenggaraan yang berjadual/tidak berjadual.
 Pembaikan sesuatu kerosakan yang tidak dijangka.

3. Jika penyelenggaraan yang berjadual/tidak berjadual sila selaraskan jadual


penyelenggaraan dan nyatakan:-
 Tempat kerja-bilik atau kawasan terlibat.

 Butir-butir kerja yang dijalankan.

 Sebab-sebab perlunya penyelenggaraan.

 Teori teknikal yang berhubung kait dengan penyelenggaraan.


 Peraturan-peraturan keselamatan yang diamalkan.

 Masalah-masalah teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa

 penyelenggaraan.

 Lukisan-lukisan skematik yang berkaitan pepasangan yang


diselenggarakan.
 Rajah-rajah dan gambar-gambar yang berkaitan.

 Lain-lain keterangan.

4. Jika pembaikan sesuatu kerosakan biasa/kerosakan yang tidak dijangka,


sila nyatakan:-
 Tempat kerja-bilik atau kawasan yang terlibat.

 Samada kerosakan baru atau kerosakan berulang.

 Butir-butir kerja yang dijalankan.

 Sebab berlakunya kerosakan.

 Teori teknikal yang berhubung kait dengan kerosakan.

 Peraturan-peraturan keselamatan yang diamalkan.

 Masalah-masalah teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa


pembaikan.
 Lukisan-lukisan skematik yang berkaitan pepasangan yang dibaiki.

 Rajah-rajah dan gambar-gambar yang berkaitan.

 Ulasan-ulasan dan pendapat ke atas kerosakan dan bagaimana cara


bagi mengatasinya supaya tidak berulang lagi.
 Lain-lain keterangan.

5. Calon-calon perlu menyertakan bersama-sama skematik pepasangan. Di


akhir setiap kerja yang dijalankan perlu disahkan oleh orang yang
berkompeten.
 Tandatangan Orang Kompeten.

 Tandatangan majikan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG (Wireman & Chargeman)

Buku log hendaklah mengandungi butiran berikut:


1) Butir – Butir Peribadi
Nama
No. Kad pengenalan
Tarikh mula melibatkan kerja-kerja elektrik

2) Butir – Butir Kontraktor Elektrik


Nama syarikat
Alamat
Kelas pendaftaran dengan ST
Nama orang kompeten, no. Kad pengenalan dan nombor
perakuan kekompetenan
Gambar – gambar kedudukan syarikat
Lain-lain jika ada.

3) Butir – Butir Kerja Pendawaian yang dijalankan


Nama projek
Alamat projek
Tarikh mula projek
Tarikh siap projek

4) Kerja – Kerja Harian


Tarikh
Pendawai yang menyelia (orang kompeten)
Tempat/lokasi
Jenis kerja pendawaian baru, tambahan, GI & PVC.
Jenis peralatan yang digunakan
Jenis-jenis pengujian yang dijalankan :
a) Ujian kekutuban
b) Ujian keterusan
c) Ujian penebatan
d) Ujian pembumian dan sebagainya
Cara mengendalikan/menjalankan ujian di atas
Lukisan susunatur elektrik ( electrical layout drawing)/skematik
Carta-carta seperti keputusan ujian
Gambar-gambar yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian
elektrik

5) Di akhir tiap – tiap kerja perlu disahkan oleh orang kompeten dan
majikan.

..................................................... ....................................
...............
Tandatangan Orang Kompeten Tandatangan Majikan
Nama : ........................................
Nama : .......................................
No. Perakuan : ............................ Cop
Syarikat : ...........................
CONTOH MUKA DEPAN BUKU LOG


1

Anda mungkin juga menyukai