Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

KEMENTERIAN VOKASIONAL
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 3

KOD DAN NAMA


EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S
THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-320-3:2012-C 01 THREE PHASE DRAWING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. Identify three phase drawing specifications and requirement


NO. DAN PERNYATAAN
2. Carry out layout drawing equipment and materials
AKTIVITI KERJA / WORK
3. Carry out three line / schematic diagram drawing
ACTIVITIES NO. AND
4. Carry out three phase wiring drawing
STATEMENT
5. Inspect three phase drawing

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

TAJUK / TITLE : MELUKIS LUKISAN TIGA GARISAN / RAJAH SKEMATIK

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan
tentang lukisan skema adalah sangat mustahak sebelum kerja-kerja pemasangan di buat
supaya kedudukan alat-alat yang di pasang dapat ditentukan dan memudahkan kerja
pendawaian.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

3.1 KEPERLUAN DAN SPESIFIKASI LUKISAN SKEMATIK

Lukisan skema pemasangan domestik dilukis bagi menunjukkan pengagihan tenaga


elektrik dari punca bekalan tenaga elektrik hingga ke litar akhir pengguna (kotak fius
agihan). Pengagihan ini akan ditunjukkan dengan satu garisan. Oleh kerana itu lukisan ini
juga dikenali sebagai rajah satu garisan.

3.1.1 Lukisan Skematik

Lukisan skematik dapat memberi maklumat berkaitan bekalan serta kadaran arus yang
diperlukan dipemasangan itu.Pihak berkuasaakan dapat menentukan kadaran arus bagi
alat-alat kawalan utama, saiz dan jenis kabel yang hendak digunakan dan bilangan litar
akhir yang diperlukan. Para pendawai, perancang atau pemasang pendawaian pula
menjadikan rajah skema itu sebagai panduan untuk menentukan jenis pendawaian yang
hendak digunakan dan beban yang dipasang pada setiap litar akhir disamping mematuhi
kehendak alat-alat kawalan utama yang perlu disediakan. Dalam kerja pemasangan elektrik,
rajah ini amat diperlukan selepas rajah pelan tata letak (lay out plan)

3.1.2 Definisi Lukisan Skematik Tiga Fasa.

Lukisan skematik adalah satu garisan yang menunjukkan pengalir, kabel atau dawai. Biasanya
garisan ini menyambungkan beberapa kompenan elektrik atau alat pelindungan yang
digambarkan melalui simbol piawai elektrik. Lukisan skematik adalah lukisan yang menunjukkan
susunatur alatan perlindungan elektrik dari litar pembekal ke litar pengguna berserta maklumat
pembahagian beban didalam sesuatu fasa.

3.1.3 Ciri-Ciri Lukisan Skematik Tiga Fasa

i. Gambarajah skematik 3 fasa terbahagi kepada dua jenis iaitu :


a) Skematik busbar gabungan
b) Skematik busbar berasingan
ii. Perbezaan bagi kedua-dua jenis gambarajah skematik ini ialah dari segi susunan litar
kecil akhir.
iii. Perbezaan juga boleh dilihat pada susunan MCB di KFA 3 fasa.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

iv. Pada gambarajah skematik 3 fasa, agihan litar kecil akhir (MCB) perlu seimbang bagi
setiap fasa Merah, Kuning dan Biru.
v. Gambarajah skematik 3 fasa gabungan :

Rajah 3.1 : Gambarajah skematik 3 fasa berasingan :

Rajah 3.2: Gambarajah skematik 3 fasa KFA tambahan (SUB DB) :


Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

Rajah 3 Gambarajah pendawaian busbar gabungan

3.1.4 Peraturan Pemasangan Elektrik Domestik

Sebelum menyediakan lukisan elektrik domestik, peraturan


pemasangan elektrik domestik perlu diketahui dan difahami terlebih dahulu
supaya lukisan yang dihasilkan memenuhi syarat dan piawaian yang telah
ditetapkan. Peraturan pemasangan elektrik domestik boleh dirujuk daripada
buku peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan
Kerja Raya.

3.1.5 Keperluan asas bagi litar akhir

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus elektrik.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

i. Tujuan kegunaan litar akhir adalah:


ii. Untuk mencegah bahaya ketika kerosakan dengan mempastikan arus
kerosakan tidak lebih daripada keperluan untuke mengendalikan sistem
pelindung.
iii. Untuk membolehkan sebahagian pemasangan dimatikan bagi tujuan
penyenggaraan atau untuk ujian tanpa melibatkan litar yang lain
iv. Untuk mencegah kerosakan ke atas satu litar akibat kehilangan
pemasangan lengkap

3.1.6 Susunan litar piawai

i. Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar (SSO) jenis BS 1363 A
ii. Litar akhir yang menggunakan SSO jenis BS 196 A
iii. Litar akhir jejari yang menggunakan SAK jenis BS 4343
iv. Litar akhir pemasak dalam rumah kediaman
v. Litar akhir selain dari di atas

3.1.7 Peraturan IEE bagi litar akhir (keperluan umum)

i. Bagi suatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir,
setiap litar akhir itu hendaklah disambung kepad fius atau pemutus litar
yang berasingan.
ii. Pendawaian bagi setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik
daripada litar akhir yang lain.
iii. Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan disetiap litar akhir
mestilah tidak kurang daripada kadar arus nominal alat perlindungan litar
kecuali litar akhir gelang.

3.2 SPESIFIKASI ALAT DAN KABEL

Berikut adaah spesifikasi alat dan kabel yang digunakan didalam lukisan tiga fasa.

i. Suis Utama - berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar dan


perlindungan arus lebihan.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

ii. Pemutus Litar Arus Baki - berfungsi sebagai perlindungan kebocoran


arus bumi dan pengasing litar.
iii. Alat perlindungan lebihan arus - ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar
bekalan dengan sendiri(automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti
yang dihadkan bagi litar itu.
iv. Pemotong Dan Perangkai Neutral - berfungsi sebagai perlindungan arus
lebihan dan menghadkan arus pengguna.
v. Meter Kilowatt-Jam - berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang
digunakan bagi menetapkan kadar bayaran tarif.
vi. Litar Akhir- berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus
lebihan. Satu litar simpanan bagi setiap fasa hendaklah disediakan bagi
menampung keperluan masa hadapan.
vii. SOKET –
a) Litar jejari - Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada
litar jejari. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6
unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung
pada MCB bersaiz 16A.
b) Litar gelang - Litar gelang adalah di mana pangkal dan hujung wayarnya
disambung pada MCB yang sama. Soket alir keluar 13A di luar bilik (seperti ruang tamu
dan dapur) biasanya disambung pada litar gelang. Jumlah maksimum soket plug yang
dibenarkan pada satu litar gelang adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini
adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3.3 KAEDAH PENYAMBUNGAN LITAR

Pemilihan penempatan aksesori dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah mustahak. Ia
menjadi panduan bagi pendawai elektrik untuk mengetahui penempatan aksesori atau
kelengkapan yang dikehendaki. Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian:
(i) Suis hendaklah dipasang pada tempat yang mudah dicapai, tidak terlindung atau di
tempat yang dilarang oleh peraturan MS IEC 6034. Berikut ialah beberapa contoh
penempatan suis yang dicadangkan:
a) Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi.
Ia mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

b) Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan jalan, kaki lima, tangga dan
sebagainya.
c) Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.
d) Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama
dikumpulkan bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan
memudahkan kawalan.
(ii) Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar
dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. Berikut ialah contoh-
contoh penempatan lampu yang sesuai.
 Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4
meter persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah
sempadan kedua-dua bilik.
 Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat. Oleh kerana cahaya yang dapat
disebarkannya terbatas, maka bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.
 Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya
lampu-lampu itu akan dilukis di tengah-tengah bilik.

(iii). Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, mestilahdipasang di
tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang
(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau ditepi dinding
bahagian dalam pintu masuk rumah.
(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada
300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.

3.3.1 Menulis nombor litar kecil akhir

Setelah kesemua kelengkapan dan aksesori siap dilukis, nombor bilangan litarakhirnya
hendaklah ditulis bersebelahan simbol pada pelan bentangan. Nombor ini bertujuan untuk
memudahkan pembaca dan pendawai memasangkan litarnya. Bilangan litar akhir ini hendaklah
dikirakan untuk ditetapkan nombor bilangan litar akhir.
Jadual 1 di bawah adalah panduan untuk menetapkan bilangan beban yang boleh
ditampung oleh sesuatu litar akhir.Kadaran saiz alat perlindungan dan keupayaanya
menanggung beban maksima
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

Jadual 1 : Kadaran peranti perlindungan lebihan arus

Kadaran Peranti perlindungan


Bil Beban yang ditanggung
Lebihan Arus
1 6A 10 bilangan lampu +kipas (tidak melebihi 1000 w)
2 16A 1 soket alur keluar 15A

3 16A 2 soket alur keluar 13 A disambung secara litar jejari

4 20A 1 unit pemanas air


5 32A Soket alur keluar 13 A disambung secara litar gelang

3.4 JENIS LUKISAN TIGA FASA

3.4.1 Lukisan pelan bentangan elektrik


Lukisan pemasangan elektrik bagi rumah kediaman dimulakan dengan mendapatkan lukisan
pelan premis tersebut. Kebiasaannya lukisan tersebut diperolehi daripada arkitek atau pemaju.
Butiran yang perlu diperolehi daripada lukisan tersebut adalah ukuran setiap ruang bangunan,
tinggi bangunan dan jadual pemasangan alat tambah dan alat kelengkapan elektrik.

Daripada maklumat yang diperolehi, pelukis perlu meletakkan simbol alat tambah dan
kelengkapan elektrik ke dalam pelan bentangan berdasarkan peraturan pemasangan elektrik
domestik, dan menggunakan simbol piawai. Pelukis juga perlu menunjukkan cadangan laluan
kabel dari alat pengawal seperti suis ke alat tambah seperti lampu dan kipas. Label pada setiap
alat tambah boleh diletakkan jika perlu. Akhir sekali, satu lagenda hendaklah diletakkan pada
penjuru kanan lukisan. Lagenda ini digunakan untuk menerangkan tentang simbol dan nama
simbol berkenaan.

Pelan ini lazimnya disertakan dengan saiz atau ukuran terperinci bagi setiap bahagian
bangunan. Berpandukan kepada pelan bangunan inilah seseorang pendawai akan membuat
pelan pemasangan iaitu dengan menempatkan simbol-simbol pemasangan pada ruang yang
diperlukan oleh pelanggan. Daripada pelan pemasangan ini, pendawai akan dapat membuat
angggaran taksiran kos pendawaian, kerana pada pelan ini terdapatnya petunjuk bilangan
lampu, aksesori dan panjang kabel yang diperlukan.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

Rajah 4 : Lukisan bentangan


Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

3.5 SIMBOL ELEKTRIK DALAM LUKISAN


Jadual 2 menunjukkan nama dan simbol yang digunakan didalam lukisan elektrik tiga fasa.

NAMA SIMBOL NAMA SIMBOL

ALAT HAWA
DINGIN LAMPU

KIPAS SILING LAMPU


KECEMASAN

ALATUR KIPAS LAMPU


PENUNJUK

PERANGKAI PAPAN FIUS


NEUTRAL AGIHAN 12 HALA
3 FASA

KAWALAN PAPAN FIUS


UTAMA AGIHAN
4 HALA

POIN LAMPU
PEMUTUS LITAR
TUNGSTEN
MINIATUR (MCB)
TUMPU

POIN LAMPU PEMUTUS LITAR


TUNGSTEN ARUS BAKI
DINDING

POIN LAMPU METER


TUNGSTEN KILOWATT
LIMPAH JAM

POIN LAMPU
TUNGSTEN
LITAR GELANG
GLOB

SUIS UTAMA LOCENG


Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

NAMA SIMBOL NAMA SIMBOL

KIPAS EKZOZ PEMBAZ


(BUZZER)

POIN LAMPU SUIS SATU HALA


PENDARFLUOR SATU KUTUB

POIN LAMPU
PENDARFLUOR SUIS DUA HALA
DENGAN ROD SATU KUTUB
GANTUNG

POIN LAMPU SUIS


PENDARFLUOR PERANTARAAN
KEMBAR

POIN LAMPU SUIS DENGAN


PENDARFLUOR PEMALAP
DINDING

SOKET ALUR SUIS TARIK


KELUAR

SOKET ALUR SUIS DUA KUTUB


KELUAR
BERSUIS

SOKET ALUR
KELUAR SUIS TIGA KUTUB
BEREGU

SOKET ALUR
JAM ELEKTRIK
KELUAR 15A

SOKET ALUR SOKET ALUR


KELUAR 13A KELUAR
DENGAN
LAMPU
PENUNJUK

SUIS DUA KUTUB SUIS TIGA KUTUB


BERANGKAI BERANGKAI
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

SUIS FIUS
FIUS SUIS
3 FASA
3 FASA

3.5.1 Simbol Grafik


Simbol grafik ialah simbol yang berupa huruf, tanda, lambang atau tulisan. Simbol digunakan
bagi menerangkan sesuatu dokumen , data atau konsep. Sering dijumpai di kebanyakan
gambarajah.

Jadual 3 : Simbol dan penerangan

Simbol Penerangan Simbol Penerangan


A Ampere PFA/ Peti fius agihan
B Biru, bumi KFA (DB) Kotak fius agihan
B/L Beban lebih PK Pengalir kuprum
C Pemuat (capacitor) PL Pemutus litar
CF Fius pemotong PLAB (ELCB) Pemutus litar arus baki
CR Geganti kawalan PLM (MCB) Pemutus litar miniatur
D Diod PSM Pusingan seminit
DKN Dua kutub dan neutral PSSU Papan suis subutama
F Fius PSU Papan suis utama
FK Faktor kuasa PVK Polivanil klorida
F/S Fius suis R Perintang
I/P Masukan RL Gaganti
K Kuning, katod S Suis
KK Kuasa kuda S/F Suis fius
KPT Keupayaan pemutus tinggi S/K Soket
KWJ Kilowatt-jam SKN Satu kutub dan neutral
LB Lazim buka S/U Suis utama
LT Lazim tutup T Pengubah (transfomer)
M Merah TDR Geganti lengah masa
N neutral TKN Tiga kutub dan neutral
TPT Terus pada talian TR Transistor
V volt VR Perintang boleh ubah
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

W watt 1Ø 1 fasa
3Ø 3 fasa

3.6 PROSEDUR MELUKIS LUKISAN SKEMATIK

Keterangan lanjut seperti kadaran arus, voltan dan jenis komponen perlulah dicatatkan pada
simbol-simbol berkenaan.Jangan mencampur adukkan simbol-simbol daripada piawaian lain
dalam rajah ini kecuali jika tidak dapat pilihan lain. Hal ini hendaklah diberi keterangan melalui
nota tersebut.

Fius piawaian
Amerika

5A
1

5A
2
KWJ 10A
3
Suis
Utama 20A
Piawaian 4
Amerika

Fius piawaian Fius B.S


British (simbol baru) (simbol lama)

Rajah 5 : Contoh simbol piawai Amerika dan British

Arah lukisan ini mestilah bermula dari atas ke bawah (Rajah 5 a) atau dari kiri ke kanan (rajah 5
b) sesuai dengan cara pembacaan biasa. Arah ini mengikut piawaian British atau arah biasa
bekalan masuk (rajah 5a dan 5b). Piawaian lain mungkin berbeza arah pembacaannya.

salah bertentangan
KWJ betul KWJ dengan arah pembacaan
biasa

Rajah 5 b
Rajah 5 a
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

KWJ

KWJ

Sesuai untuk bekalan dari


dalam tanah / bawah Sesuai untuk bekalan dari
tanah talian tanah

Rajah 6 : Simbol meter dan perangkai neutral.

Papan fius agihan yang dilukis mestilah memuatkan kesemua fius atau pemutus litar yang
akan digunakan walaupun hanya untuk simpanan. Ini termasuklah kadarannya, litar akhir
yang keluar dari setiap fius atau pemutus litar itu mestilah diberikan nombor untuk rujukan
pembaca termasuk litar akhir simpanan (lihat rajah 7)

Rajah 7 : Contoh Rajah Skematik pengguna


Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

Rajah 8 : Contoh lengkap rajah skematik pengguna


Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

Sebelum kerja-kerja melukis rajah skema dimulakan, perkara-perkara yang berikut hendaklah
dipastikan terlebih dahulu. Bilangan litar akhir dapat ditentukan dengan memperhatikan nombor
pada setiap beban termasuk soket alur keluar dan lain-lain komponen yang terdapat pada pelan
tata letak itu.Jika nombor yang paling akhir pada beban itu ialah 6.Ini bererti bilangan litar akhir
bagi pemasangan itu 6 buah tidak termasuk simpanan. Litar akhir simpanan biasanya tidak
melebihi separuh jumlah litar akhir.

Kadaran arus bagi setiap peranti pelindung arus lebih litar akhir, dapat ditentukan berdasarkan
beban yang dipasang pada litar itu.Untuk mendapatkan kadaran yang tepat, satu pengiraan
khas perlu dilakukan. Sebagai latihan asas kepada pelatih untuk melukis rajah skema, judul
yang berikut bolehlah dijadikan panduan penentuan kadaran arus bagi peranti pelindung arus
lebih itu. Jadual ini sebenarnya ialah rumusan pengiraan penentuan kadaran arus peranti
pelindung.

Jadual 4 : Kadaran Arus MCB

Beban Bilangan Beban Kadaran Arus peranti Pelindung


(MCB) dan saiz kabel
Lampu/ kipas 10 6 amp (kabel 1.5 mm² pvc)
Soket Alur Keluar 13 amp 2 16 amp (kabel 2.5 mm² pvc)
Soket Alur Keluar 13 amp Tidak terhad 30 amp (kabel 4.0 mm² pvc)
Pemasak 1 30 amp (kabel 4.0 mm² pvc)
Pemanas 1 30 amp(kabel 4.0 mm² pvc)
Soket Alur Keluar 13 amp Tidak terhad 30 amp (kabel 2x2.5 mm² pvc)
(gelang)

Bagi litar akhir simpanan, kadaran arus peranti pelindungnya berdasarkan kadar pertengahan
di antara nilai-nilai kadaran peranti pelindung yang terdapat di pemasangan itu. Misalnya satu
pemasangan mempunyai kadaran arus peranti pelindung 6 amp, 10 amp, 16 amp, 20 amp
dan 30 amp, jadi kadaran arus peranti pelindung simpanan adalah di antara 6 amp hingga 30
amp. Biasanya kadar pertengahan yang diambil, iaitu sama ada 10 amp atau 20 amp.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

3.6.1 Saiz kabel yang digunakan

Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang dipasang dan
jenis pendawaian yang hendak digunakan.Satu pengiraan khas perlu dilakukan bagi
mendapatkan saiz kabel yang tepat.Hal ini ada dibincangkan dengan terperinci dalam buku
peraturan pemasangan atau buku-buku pemasangan elektrik.Bagi memudahkan kerja
melukis dan sebagai panduan awal tanpa pengiraan khas, jadual di bawah bolehlah
digunakan untuk kerja-kerja melukis rajah skematik.

Jadual 5 : Saiz kabel

Saiz kabel Jenis Kabel Beban


1.25 mm² pvc/ 1.5 mm² pvc PVC Lampu- 6 amp
2.5 mm² pvc PVC Soket Alur Keluar 13 amp

Pemasak/pemanas dan
4 mm² pvc PVC Penghawa Dingin
Bekalan Utama bagi jumlah
6/10 mm² pvc PVC permintaan arus tidak melebihi
30 amp
Bekalan Utama bagi jumlah
16 mm² pvc /25 mm² pvc PVC permintaan arus tidak melebihi
60 amp

Teknik melukis lukisan skematik ini adalah dengan melukis litar akhir terlebih dahulu dan
kemudian diikuti oleh litar kawalan menggunakan simbol yang tepat. Akhir sekali, semua
maklumat tentang pepasangan seperti saiz kabel, kadar arus alat pelindung dan lain-lain
dimasukkan ke dalam lukisan.

Lukisan ini digunakan secara terperinci dalam maklumat pemasangan dan pendawaian seperti:
i. Kadar kendalian arus dan voltan peranti kawalan dan pelindung.
ii. Susun atur pemasangan alat kawalan.
iii. Bilangan litar akhir yang digunakan dan beban yang dikawal.
iv. Saiz dan jenis kabel yang digunakan.
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

3.6 FORMAT LUKISAN ELEKTRIK

3.6.1 Gambarajah skema berpandukan gambarajah pendawaian

Melukis gambarajah skema tidaklah sesukar melukis gambarajah skema yang berpandukan
gambarajah plan bentangan. Ini kerana hampir kesemua maklumat yang diperlukan oleh
gambarajah skema ada ditunjukkan oleh gambarajah pendawaian.
Walaupun begitu sebagai panduan dan kemudahan kerja melukis, perkara-perkara atau
maklumat penting yang diperlukan dalam gambarajah skema perlulah dicatatkan.

i. Bilangan litar kecil akhir termasuk simpanan


ii. Kadaran arus pelindungan arus lebih di papan agihan
iii. Saiz dan jenis kabel
iv. Sistem pendawaian yang digunakan
v. Kadaran arus atau jenis alat-alat kawalan pengguna
vi. Jenis takrif dan pengguna kuasa

3.6.2 Melukis gambarajah skema berpandukan data

Dalam data perincian yang diberikan itu perlulah di hurai dan di buat pembahagian untuk
memudahkan melukis gambarajah skema, di samping memudahkan untuk menyemak iaitu :-

i. Bilangan litar kecil akhir termasuk simpanan


ii. Kadaran arus pelindungan arus lebih di papan agihan
iii. Saiz dan jenis kabel
iv. Sistem pendawaian yang digunakan
v. Kadaran arus atau jenis alat-alat kawalan pengguna
vi. Jenis takrif dan pengguna kuasa

3.6.3 Maklumat penting

Kesemua maklumat yang penting perlu di catat pada gambarajah skema ini termasuk nama
peranti, saiz dan bilangannya, kadaran arus peranti, jenis pendawaian, jenis bekalan, jenis takrif
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

pengguna.Untuk menjelaskan maksudnya, huruf-huruf singkatan boleh digunakan. Ini bertujuan


untuk meringkaskan penulisan dan menjimatkan ruang supaya lukisan akan kelihatan kemas. Di
antara huruf singkatan biasa digunakan ialah :-

a. P. F. A ………. Papan fius agihan


b. P.A ………. Papan agihan
c. SKN ………. Satu kutub & neutral
d. TKN ……….. tiga kutub & neutral
e. PVK ……….. polivinial klorida
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

SOALAN:

1. Berapakah bilangan maksima lampu/kipas yang boleh dipasang pada satu litar akhir?
2. Berapakah bilangan Soket Alir Keluar yang boleh dipasang pada kawasan yang tidak melebihi
100mm² kabel 2,5mm² pvc , 32A litar gelang ?
3. Berikan 5 jenis-jenis pendawaian yang anda tahu ?
4. Senaraikan 4 Alat-alat kawalan pada Litar Skematik yang anda tahu ?
5. Berikan 5 data penting untuk melukis Litar Skematik ?
6. Berikan nama penuh bagi singkatan berikut ?
a. P. F. A
b. P.A
c. SKN
d. TKN
e. PVK
7. Sebuah rumah memerlukan beban-beban yang berikut. Lukisakan gambarajah skema bagi
pemasangan tersebut.
a. 15 lampu tungsten (T)
b. 4 soket alur keluar
c. 5 kipas siling
d. 1 loceng elektrik
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(3/5)
Drp / of : 21

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik,
Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth
Edition) Institution of Electrical Engineers.
6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif
7. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional) Oleh; Abd. Samad Bin Haji
Hanif Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka Sistem Pelajaran
Sdn. Bhd. ISBN 967-902-285-4

Anda mungkin juga menyukai