Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEMENTERIAN VOKASIONAL,
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / DVM

KOD / KURSUS DEA2323 : ELECTRICAL APPLIANCES AND SERVICING

KOMPETENSI 01 . CARRY OUT PREVENTIVENTIVE MAINTENANCE ON CONNECTION


TERMINATION

 Identify location of the connection


 Obtain blueprint schematic diagram
KOMPETENSI UNIT  Identify type of maintenance
 Carry out maintenance
 Perform test maintained equipment

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :-


 Perform maintenance on terminal connection according to
standard procedure. (C2, PLO2)
HASIL
 Complete maintenance on terminal connection according to
PEMBELAJARAN
standard procedure. (A2, PLO6)
 Assemble maintenance on terminal connection according to
standard procedure. (P3, PLO2)
TARIKH 21 Oktober 2020

NO KOD DEA2323/NK/01-04 KOD JPK -


MAKLUMAT CALON

NAMA
DEA2323 / NK1

NAMA KURSUS DEA2323 ELECTRICAL APPLIANCES SERVICING

STANDARD
1 PERFORM MAINTENANCE ON CONNECTION TERMINATION
KANDUNGAN

TAJUK: PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN PENAMATAN, SOKONGAN DAN LENTURAN KABEL

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar kaedah-kaedah pemeriksaan
dan penyelenggaraan ke atas penamatan, sokongan dan lenturan kabel.

TAJUK: PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN PENAMATAN, SOKONGAN DAN LENTURAN KABEL

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar kaedah-kaedah pemeriksaan dan
penyelenggaraan ke atas penamatan, sokongan dan lenturan kabel.

Unit Tek.Elektrik KVTwu 2 / 9


DEA2323 / NK1

Sendi dan penamatan yang membentuk sebahagian suatu pemasangan hendaklah tetap boleh dimasuki bagi
keseluruhan hayat pemasangan itu.

Apabila kabel ditamatkan di atas basbar penebatan hendaklah berupaya bertahan dengan suhu pengendalian
maksimum basbar itu. Apabila ini tidak berupaya, penebatan itu hendaklah dilucut balik pada sekurang-kurangnya
150 mm dan digantikan dengan penebatan rintangan haba yang sesuai seperti dalam Rajah 16.7.

Proses penamatan ini memerlukan pembuangan sarung kabel dan penebatan dengan selamatnya daripada
pengalir. Dalam praktik tangan, pisau adalah alat yang berguna, tetapi penjagaan hendaklah diambil tentang
penggunaanya. Penebatan atau sarung hendaklah dikupas dengan mata pisau yang dipegang pada sudut yang
runcing kepada kabel itu untuk mengelakkan kerosakan kepada pengalir itu seperti dalam Rajah 16.8 hingga rajah
16.10.

Unit Tek.Elektrik KVTwu 3 / 9


DEA2323 / NK1

Pelucut yang boleh laras seperti dalam rajah 16.11 kerap digunakan bagi dawai yang lebih kecil. Ia mempunyai skru
pelaras (S) yang menyediakan bukaan antara mata pisau seperti rajah 16.12 apabila pelucut itu tertutup sepenuhnya.
Pelucut itu diselaraskan dalam keadaan sedemikian supaya penebatan boleh dipotong dan dibuang tanpa merosakkan
konduktor itu. Pembuangan sarung luar boleh dibuat dengan menggunakan pisau bagi bahan bukan logam.

Perisai dawai keluli boleh dibuang dengan pertolongan sebuah gergaji kecil seperti dalam rajah 16.13 tetapi mineral
kabel bersarung logam bertebat memerlukan teknik pelucutan khusus seperti dalam rajah 16.14.

*M.I.M.S CABLE – Mineral Insulated Metal Sheath Cable (Kabel Sarung Logam Bertebat Mineral)

Unit Tek.Elektrik KVTwu 4 / 9


DEA2323 / NK1

Adalah penting untuk memastikan bahawa kabel tidak dibenarkan mengenakan tegangan ke atas penamatannya.
Amalan biasa ialah membenarkan sejumlah kecil kenduran supaya gerakan berikutnya tidak mewujudkan
ketegangan.

Kabel bersarung hendaklah diikat dengan selamat semasa ia memasuki terminal penamatan, sama ada secara
mengklip atau dengan cara suatu sesendal. Di mana kord boleh lentur ditamatkan dalam alat tambah seperti
Pemegang lampu dan palam, genggaman kord adalah dipasang seperti dalam rajah 16.15 dan rajah 16.16.

Kabel bersarung jenis logam (iaitu kabel PVC/SWA/MIMS) tidak sahaja menggunakan apit ke atas sarung sebagai
cara menahan tegang pada penamatan, tetapi juga sebagai sambungan kepada sarung itu supaya ia boleh
digunakan sebagai pengalir dalam rajah 16.17 dan rajah 16.18. Ini bermakna bahawa apit kabel itu mestilah kedua-
duanya baik secara mekanik dan elektrik.

Unit Tek.Elektrik KVTwu 5 / 9


DEA2323 / NK1

Apit kabel pada kabel FP 200 dan kabel lain yang mempunyai satu sarung luar membulat, mengandungi sesendal
getah kuat, yang termampat ke atas sarung apabila sesendal itu ketat seperti dalam rajah 16.19.

SOKONGAN KABEL

Kabel yang tidak disokong boleh mengalami kerosakan akibat daripada regangan mampatan lampau penebatan itu.
Dalam larian mengufuk penyaluran dan conduit, kabel tidak memerlukan sokongan. Dalam larian tegak yang
melebihi 5 meter, sokongan adalah dikehendaki supaya kabel tidak tertakluk kepada ketegangan berlebihan. Bagi
kabel yang dipasang secara langsung kepada permukaan seperti dalam jadual 16.1 memberikan suatu panduan
kepada jarak maksimum di antara klip. Contoh klip kabel adalah diberi dalam rajah 16.20 hingga rajah 16.22.

Unit Tek.Elektrik KVTwu 6 / 9


DEA2323 / NK1

JARAK SOKONGAN KABEL


Jenis Kabel Saiz Pengalir (mm) Dimensi Jarak
keseluruhan (mm) Mendatar (mm) Tegak (mm)
Kembar rata dan 1.0 4.3 × 8.0 250 400
C.P.C (kegunaan 1.5 5.0 × 9.8 250 400
am) 2.5 5.7 × 9.8 300 400
4.0 6.2 × 12.0 300 400
6.0 7.2 × 13.8 300 400
10.0 8.7 × 17.8 350 450
16.0 10.0 × 20.0 350 450
3 teras rata C.P.C 1.0 4.4 × 10.3 300 400
(kegunaan am) 1.5 4.9 × 11.5 300 400
2.5 5.7 × 13.5 300 400
P.V.C/S.W.A/P.V.C 2.5 9.4 350 450
2 teras bulat 4.0 11.4 350 450
6.0 12.6 350 350
10.0 15.65 400 550
16.0 17.7 400 550
M.I.M.S 2 teras 1.0 5.1 600 800
tugas ringan 1.5 5.7 600 800
tertedah 2.5 6.6 600 800
4.0 7.7 600 800
M.I.M.S 2 teras 1.0 6.6 600 800
tugas ringan P.V.C 1.5 7.2 600 800
bersalut 2.5 8.1 600 800
4.0 9.4 600 1200

LENTURAN KABEL

Di mana kabel itu melentur, adalah penting bahawa ia tidak melentur terlalu tajam, jika tidak ia boleh menjadi
rosak. Jejari dalam yang minimum adalah dikira dengan menggunakan faktor yang sesuai kepada diameter luar
kabel itu seperti dalam rajah 16.23.

Unit Tek.Elektrik KVTwu 7 / 9


DEA2323 / NK1

Contoh :

Anggapan suatu kabel bertebatkan mineral mempunyai diameter luar 10 mm. Faktor mendarab yang sesuai bagi
semua kabel bertebat mineral ialah 6 seperti dalam jadual 16.2, supaya jejari lenturan dalam yang minimum ialah
seperti dalam rajah 16.24.

R=6×d
R = 6 × 10
R = 60 mm

Bagi sebab ini, semua lentur dalam salur dan conduit dsb hendaklah seperti demikian supaya kabel di dalam tidak
melentur terlalu ketat.

Jejari lenturan dalam yang minimum dalam kabel untuk pendawaian teras

Jenis Kabel Saiz Pengalir (mm) Dimensi Faktor yang akan


keseluruhan (mm) digunakan

Kembar rata dan 1.0 4.3 × 8.0 3


C.P.C 1.5 5.0 × 9.0 3
2.5 5.7 × 9.8 3
4.0 6.2 × 12.0 4
6.0 7.2 × 13.8 4
10.0 8.7 × 17.5 4
16.0 10.0 × 20.0 4
16.0 ke atas 25.0 ke atas 6
3 teras rata dan 1.0 4.4 × 10.3 4
C.P.C 1.5 4.9 × 11.5 4
2.5 5.7 × 13.5 4
P.V.C/S.W.A/P.V.C Sebarang Semua 8
M.I.M.S dengan Sebarang Semua 6
atau tanpa salut

Unit Tek.Elektrik KVTwu 8 / 9


DEA2323 / NK1

KOLEJ KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

UNIT ELEKTRIK

KERTAS NOTA KULIAH

KOD DAN NAMA


DEA2323 ELECTRICAL APPLIANCES SERVICING
KURSUS
STANDARD
1 PERFORM MAINTENANCE ON CONNECTION TERMINATION
KANDUNGAN

JUMLAH MUKA SURAT 9

Disediakan oleh :

…………………………………………………
( MOHD.SHUFI BIN ABD RAHIM )
PENSYARAH MODUL DEA2323
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Unit Tek.Elektrik KVTwu 9 / 9

Anda mungkin juga menyukai